Assalamualaikum....

Berita baik! buat sahabat-sahabat CFS IIUM PJ. Buat julung-julung kalinya pihak Keluarga PRESSS telah berbesar untuk menjemput sahabat-sahabat tidak kira ahli keluarga PRESSS atau keluarga Student Based Society yg lain untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang InsyaAllah bermanfaat buat semua kerana objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi tentan
g bidang-bidang yang ana kira menarik untuk dikaji.Bermula pada 2 November dan akan berakhir pada 6 November 2009.



Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk menjayakan program ini:





2 November 2009
#Opening Ceremony
#Talk about Qiayamah 2012
#Launching of PRESSS blog
#Exhibition and book sales
#Video show


3 November 2009
#Career Forum: Halatuju pelajar PRESSS ke alam kerjaya
#Exhibition and book sales
#Video show


4 November 2009
# Animated movie show: Meet the Robinson
#Exhibition and book sales
#Video show


5 November 2009
#Motivational Talk: A while... with fabulous future
#Exhibition and book sales
#Video Show


6 November 2009
#Exhibition and book sales
#Video show


Untuk maklumat lebih lanjut sahabat-sahabat boleh merujuk pada poster yang telah ditampal di setiap Mahallah. Ana sebagai salah seorang ahli keluarga PRESSS amat-amat mengalukan kedatangan sahabat-sahabat dari society lain untuk sama-sama berkongsi kemeriah keluarga PRESSS. Setiap yang kita lakukan tidak Allah lihat pada sejauh mana yang dicapai tetapi pada kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu. Salam Mahabbah buat semua daripada ahli keluarga PRESSS!


"Start Moving Forward"

http://cfsdaily.ning.com/(jom kita lawat web nie dan join sekali)
Assalamualaikum....

Alhamdulillah cuti baru-baru nie ana dan 2 orang sahabat ana berpeluang untuk pulang ke maktab yang lebih kurang dua tahun ditinggalkan . Video kat bawah nie hasil daripada ciptaan ana sendiri. Bagi sahabat-sahabat batch 22 mrsm beseri, ana tahu mungkin sahabat-sahabat ada yang tak sempat nak pulang maktab. Jadi jadikanlah video ini sebagai pelepas rindu buat maktab dan warganya. InsyaAllah nanti ana ceritakan apa yang dibuat sewaktu kat maktab tercinta. Salam kerinduan buat sahabat-sahabat batch 22 yang sangat-sangat dikasihi kerana Allah.


video

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung-pengunjung yang dihormati dan juga buat sahabat-sahabat seperjuangan di Center For Foundation Studies kerana telah selesai menduduki final exam, semoga mendapat keputusan yang c
emerlang. Setelah berusaha marilah kita sama-sama bertawakal dan hiaskan tawakal kita dengan doa. InsyaAllah setiap keputusan yang kita
terima selepas ini datangnya daripada Allah.

Sedarkah wahai sahabat-sahabat sekalian bahawa setiap daripada kita bertanggunjawab ke atas Islam? Sebelum adanya buah pasti dulunya biji benih. Buah epal,pisang ataupun mangga. Semuanya Allah jadikan dengan fitrah asalnya daripada biji benih. Sama seperti mana Allah jadikan manusia yang asalnya daripada benih ibu dan ayah ataupun umi atau abi. Allah jadikan buah-buahan dengan taklifatnya iaitu sumber rezeki kepada manusia. Allah jadikan haiwan sebagai sumber makanan,pengangkutan dan sebagainya. Dan tahukah kita apa hikmah di sebalik penciptaan setiap daripada kita? Apabila dilontarkan persoalan sebegini sudah semestinya pelbagai jawapan bakal diterima. Ada yang mengatakan manusia diciptakan untuk mencari rezeki dan kadang-kadang persoalan seperti ini tidak bisa dijawab dek kerana kehidupan ini dijadikan hanya untuk bersuka ria. Sanggup bekerja hingga larut malam kerana mendapatkan kemewahan untuk keluarga malangya tugasan sebagai hamba Allah tidak ditunaikan. Solat lima waktu sehari semalam kadang-kadang penuh dan kadang-kadang lompong sana sini. Qada' solat? Bukan perkara asing dalam hidup. Katanya tak apa, Allah dah jadikan qada' solat untuk kemudahan jadi tak apa qada'kan sahaja yang ditinggal. Betulkah begitu?


Sedih rasanya masih ada lagi daripada kita tidak sedar tanggungjawab sebenar kita sebagai hamba Allah. Walaupun telah banyak tanda-tanda kemurkaan Allah kerana kelalaian kita. Gempa bumi,tsunami,H1N1. Adakah bencana ini hanya dijadikan hanya sia-sia? Sedangkan di dalam al-Quran Allah ada menyatakan tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Sedarlah bahawa Allah jadikan akal untuk kita berfikir dan fahami setiap sesuatu yang kita perhatikan mahupun tahu.


Wahai sahabat-sahabat sekalian, setiap daripada kita adalah diibaratkan seperti biji benih dan seterusnya bercambah menjadi pokok yang akan menghasilkan buah.Biji benih itu berhak memilih sama ada mahu menjadi biji benih yang berkualiti ataupun sebaliknya. Biji benih yang memilih mahu menjadi biji benih yang berkualiti di antara biji benih yang terpilih dan mendapat permintaan ramai bakal menghasikan buah yang ranum dan berharga tinggi dek kerana berkualiti. Biji benih ini bukan sahaja bisa memberi faedah buat dirinya semata-mata bahkan orang-orang disekelilingnya. Tapi sebaliknya, apa yang berlaku kepada biji benih yang memilih untuk tidak mahu menjadi antara biji benih yang berkualiti? Nah, dek kerana kecuaiannya membuat pilihan, terhasilnya buah yang buruk,busuk dan tidak digemari oleh pembeli. Lebih malangnya, kekurangannya itu bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan orang-orang disekelilingnya. Begitu juga, kita yang bisa memilih mahu menjadi manusia biasa yang bisa melakukan perkara yang luar biasa ataupun mahu menjadi manusia biasa dan melakukan perkara yang biasa-biasa sahaja.


Ana rasa semua mampu membuat pilihan yang terbaik. Diharapkan semua mahu menjadi manusia biasa yang bisa melakukan perkara yang luar biasa demi ISLAM tercinta. Allah tidak memandang kepada kejayaan terhadap apa yang dilakukan tetapi Allah memandang pada sejauh mana kesungguhan kita yang bisa membuktikan bahawa kejadian manusia itu tidaklah sia-sia.
Salam penuh hormat buat semua pembaca. Semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin

Wallahua'lam


video

Hayatilah video ini dan cuba fahami maksud tersirat disebalik bait-bait kata yang didengari. Salam sayang buat mereka yang bergelar Hawa.Terasa sayu hati mendengar tiap-tiap bait kata-kata yang dilontarkan di dalam video ini. Wanita itu ibarat sekuntum bunga mawar bukan sahaja cantik malahan harumannya bisa menawan hati sang kumbang. Namun begitu, mawar yang dipuja dek kerana kecantikan dan keharumannya pada generasi ini kian bebas dan sewenang-wenangnya menyerahkan dirinya kepada sang kumbang yang bukan memilikinya untuk dijaga tetapi kerana tampak gagah dan hebat kerana bisa menawan si mawar yang indah. Namun begitu, ingatlah mawar-mawar sekalian Allah telah kurniakan duri sebagai perisai dirimu. "Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia". Sedarlah wahai mawar-mawar sekalian tanggungjawabmu sebagai sayap kiri dalam perjuangan menuntumu untuk sentiasa matang dalam berfikir dan tak mudah goyah jika diusik. Hiasilah dirimu dengan akhlak solehah dan lengkapkan dirimu dengan baju ibadah.

"SEBAIK-BAIK PERHIASAN DI DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH"
Assalamualaikum....
InsyaAllah tiada apa yang ingin diperkatakan untuk p
ost kali ini. Cuma ana rasa nak kenalkan adik-adik yang ana sayang. Rindurasanya pada adik-adik ana yang bermacam-macam ragam. Sebagai kakak sulung dan juga cucu sulung bagi kedua-dua belah keluarga emak dan ayah,tanggungjawab yang berat tidak dapat dinafikan namun, dek kerana adik-adik ana yang cute dan banyak
ragamnya menambahkan warna dalam hidup ana sebagai kakak sulung. Mem
ang tak terhitung sayangana pada adik-adik ana nie.


(ni adik yang paling ana sayang hariz. Comelkan? anak pak ngah)



(nie anak sulong pak ngah kecek ganu)



(along kimi berbaju biru sma umur ngan adik bongsu ana)




(dari kiri:Una, Fasehah & hidayah sepupu ana yang comel2 blaka)



(nie adik bongsu berbaju coklat di belakang ana digelar uda oleh sepupu-sepupunya)

Untuk post kali ini ana cuma kenalkan adik-adik ana dari sebelah ayah. InsyaAllah ada waktu ana kenalkan sepupu-sepupu ana dari sebelah emak. Buat semua sayangilah keluarga kita selagi mana kita masih mampu bernafas dan masih lagi bebas bergerak di atas muka bumi Allah ini.

Emak ana pernah berkata sekiranya kita membenci seseorang, ingatlah yang lebih ramai lagi orang yang akan membenci kita dan kita sayangkan seseorang sesungguhnya lebih ramai lagi orang yang akan sayang kita.

Wallahua'allam