"Zainab binti Jahsy sering membanggakan kedudukanku di sisi Rasulullah. Padahal aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih baik agamanya selain Zainab. Dia juga lebih bertakwa kepada Allah, lebih jujur perkataannya, paling banyak menyambung hubungan kekeluargaan, paling banyak sedekahnya dan paling banyak berkorban untuk hal-hal yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhanahu wa Taala.” [Saidatina Aishah radhiallahu anha]

Ummul Mukminin yang mulia ini menghimpun segala sisi keutamaan, kebajikan dan kemurahan hati yang menjadi kebanggaan bagi beliau melebihi isteri Rasulullah lainnya. Anak kepada bapa saudara beliau adalah hamba Allah paling mulia, iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Datuknya dan datuk Rasulullah adalah satu. Bapa saudaranya adalah pemimpin para syuhada’, asaduLlah (Singa Allah), dan penunggang kuda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib. Saudaranya adalah pembawa bendera Islam yang pertama kali dikibarkan dan orang yang pertama digelar dengan sebutan Amirul Mukminin, juga salah seorang syuhada’, iaitu Abdullah bin Jahsy radiallahu anhu.

    Saudaranya yang lain merupakan salah seorang penyair Islam, iaitu Abu Ahmad bin Jahsy. Saudarinya termasuk salah seorang wanita yang terdahulu memeluk Islam, iaitu Humnah binti Jahsy. Sedang ibunya, merupakan ibu saudara Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang diberi makanan oleh baginda sebanyak empat puluh wasaq, berupa kurma dari Khaibar, iaitu Umaimah binti Abdul Muthalib.


    Zainab binti Jahsy radiallahu anha adalah satu-satunya wanita yang dinikahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala dari atas langit ketujuh, manakala malaikat Jibril menjadi dutanya. Beliau dikenali sebagai wanita yang diberkati kerana lebih dahulu masuk Islam, ikut berhijrah dan berjihad, selain terkenal atas kesabaran dan kezuhudannya. Beliau dilahirkan tiga puluh tahun sebelum kerasulan, iaitu pada 590 Masihi di Makkah. Nama asalnya adalah Barrah (wanita yang baik). Hanya ketika Rasulullah menikahinya, baginda menamakannya Zainab. Beliau membesar di tengah-tengah Bani Asad dengan kemuliaan, kecantikan dan kedudukan yang terpandang lantaran keturunannya yang mulia.

    Di saat Islam mulai berhembus menebarkan keharumannya di Ummul Qura, maka insan-insan yang memiliki akal dan hati yang bersih menerima risalah tersebut dan terbebas dari segala noda Jahiliyyah. Abdullah bin Jahsy termasuk di kalangan mereka yang mendengar dakwah ilal haq ini sehingga beliau langsung mengumumkan keislamannya. Beliau mengimani apa yang disampaikan oleh kerabatnya, baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, sehingga diikuti pula oleh keluarganya yang lain termasuk Zainab radiallahu anha. Sebelumnya, wanita mulia ini telah memiliki jiwa yang bersih, terhindar dari segala keburukan dan tradisi Jahiliyyah yang diliputi kegelapan. Setelah menerima risalah Islam, beliau menghadap kepada Allah dengan hatinya yang bersih, memurnikan keislamannya dengan keikhlasan yang menjadikannya tampil ke hadapan sebagai penghulu para wanita di dalam hal wara’, ketaqwaan, kemakrufan, kemurahan hati dan kebajikan.

    Saksi Syariat Dari Atas Langit Ketujuh
Setelah datangnya Islam, di antara tujuannya ialah untuk menghilangkan perbezaan di antara manusia. Menghapuskan kebanggaan dan kelebihan yang didasarkan kepada fanatisme dan kebutaan jahiliyah. Hanya takwa yang menjadi timbangan dan tolok ukur darjat manusia di sisi Allah. Firman Allah Subhanahu wa Taala:




”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” [TMQ Al-Hujurat:13] 

    Mulialah Zainab binti Jahsy yang menjadi pilihan Allah dan RasulNya demi memberi petunjuk kepada sekalian umat Muhammad. Lamaran Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam kepadanya buat maula (bekas hamba) baginda, Zaid bin Haritsah menjadi sebuah kesempitan kepada wanita ini. Fikirannya terkeliru dengan pelbagai persoalan yang datang satu persatu.. Bagaimana mungkin dia harus menerima pernikahan yang tidak seimbang ini? Bagaimana mungkin dia harus melangsungkan pernikahan dengan salah seorang maula padahal dia seorang wanita terhormat serta memiliki keturunan yang sangat mulia?. Lantas, beliau bersuara, ”Wahai Rasulullah, aku tidak meredhainya bagiku, kerana aku seorang wanita Quraisy yang belum bernikah”. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ”Tetapi aku meredhainya bagimu”. Atas peristiwa ini, turunlah wahyu dari langit:

”Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan, barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sungguhlah dia telah sesat, dengan sesat yang nyata” [TQS Al-Ahzab:36] 

Ketaqwaan dan keimanan yang teguh meleburkan perbezaan darjat antara manusia. Atas dasar itu, Zainab tidak mempunyai alasan untuk menyalahi perintah Allah dan RasulNya. Namun, kehidupan suami isteri di antara keduanya hanya berlangsung dalam tempoh setahun. Kemudiannya, muncul perselisihan di antara keduanya, khususnya setelah Islam menghapuskan anak angkat melalui Firman Allah:

”Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [TMQ Al Ahzab:5]. (Sebelumnya, Zaid merupakan anak angkat Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam). 

Hubungan yang semakin tidak harmonis menghantarkan kepada pertemuan antara Zaid dengan Rasulullah untuk mengadu permasalahan rumahtangganya. Berkali-kali Zaid meminta persetujuan baginda untuk menceraikan Zainab, tetapi dijawab oleh baginda dengan sabdanya, ”Tahanlah isterimu dan bertaqwalah kepada Allah!”. Pada saat yang sama, Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebenarnya menyedari bahawa perceraian tersebut pasti akan terjadi dan Allah akan memerintahkan baginda untuk menikahi Zainab dalam rangka untuk menghapuskan bid’ah anak angkat. Perkhabaran tersebut telah disampaikan melalui Jibril, bahawa Zainab akan menjadi isteri baginda dan Allah Subhanahu wa Taala akan menggugurkan pernikahan Zainab dan Zaid. Hal ini menimbulkan keresahan di hati baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam sebagai manusia biasa yang pasti akan berhadapan dengan celaan masyarakat jahiliyyah ketika itu lantaran baginda akan menikahi bekas isteri kepada ’anak’ baginda.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik segala yang terjadi. TujuanNya tidak lain untuk menghapus segala tradisi anak angkat dan hukum-hukum jahiliyyah yang berakar di dalam masyarakat ketika itu. Teguran Allah Subhanahu wa Taala kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkaitan hal ini terkandung di dalam ayat 37 surah Al-Ahzab:


“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: Jangan ceraikan isterimu itu dan bertakwalah kepada Allah, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya) dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.” [TMQ Al-Ahzab: 37] 

    Begitulah perintah dari Allah, lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam melaksanakan perintah tersebut tanpa sedikit pun keberatan di dalam hati baginda. Zainab binti Jahsy memperolehi kemuliaan yang besar dari Allah Subhanahu wa Taala kerana menjadikannya salah seorang Ummahatul Mukminin. Tatkala tamat tempoh iddah Zainab, Rasulullah mengutuskan Zaid untuk melamarnya bagi diri baginda. Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata, ” Setelah Zainab diberitahu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam ingin menikahi beliau, maka dia pun bersujud” [Tahdzibul-asma’ wal-lughat, 2/345]

     Seperti yang diduga, pernikahan tersebut telah mencetuskan kekecohan di kalangan orang-orang munafik dan kaum kafir, “Bagaimana mungkin Muhammad melarang menikahi bekas isteri anak, namun dia sendiri menikahi bekas isteri anaknya, Zaid?”. Perkara ini kemudian disanggah oleh Allah Subhanahu wa Taala melalui firmanNya:


“Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya. Nabi-nabi yang telah lalu itu ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).” [TMQ Al-ahzab: 38-39] 

Allah Subhanahu wa Taala juga menjelaskan kedudukan tentang anak angkat dan hak-hak yang menyertainya, serta melestarikan (keturunan) keluarga berdasarkan asas yang pasti dan jelas, mengembalikan hubungan nasab ke hubungan darah dan ayah, serta menolak untuk menjadikan anak angkat setaraf dengan anak kandung.

”Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [TMQ Al-ahzab: 40] 


“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).” [TMQ Al-ahzab:4] 

    Di antara rahmat pernikahan Zainab ini juga ialah turunnya ayat berkenaan hijab. Hal ini terjadi pada hari walimahnya dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Ketika baginda menikahinya, maka dilaksanakan majlis jamuan yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Ayat hijab ini diturunkan sebagai pengajaran dan petunjuk bagi manusia agar mereka tidak masuk ke rumah Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam tanpa izin dan jika diundang untuk menikmati jamuan, mereka boleh memasukinya. Setelah itu, hendaklah mereka pergi tanpa berlama-lamaan di situ dan berbincang-bincang. Selain itu, turunnya ayat berkenaan hijab ini merupakan permulaan kepada kewajiban hijab terhadap Ummahatul mukminin sekaligus barakah agar menjadi petunjuk kemuliaan, kesucian dan kebersihan mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga dia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran dan apabila kamu meminta sesuatu yang perlu diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah” [TMQ al Ahzab:53] 

Keagungan Peribadi
Di antara kelebihan Zainab binti Jahsy ialah kesaksian Rasulullah baginya, yang berupa kekhusyukan. Kesaksian baginda inilah yang mengangkat kedudukan Zainab sehingga ke tingkatan yang tertinggi di dalam ibadah.Rasulullah Sallahu Alaihi wa Sallam sendiri pernah menuturkan,

“Sesungguhnya Zainab binti Jahsy adalah wanita yang khusyuk lagi merendah diri”.

Abu Nu’aim Al-Asybahany memulai biografi sahabiyyah ini di dalam Al-Hilyah dengan menuturkan, “Dia adalah seorang wanita yang khusyuk, redha, kembali kepada Allah, lemah lembut dan banyak sekali berdoa” [Tahdzibul-Asma’ wal lughat, 2/344] 

Inilah yang menjadikan Zainab binti Jahsy menyedari kelebihan beliau di sisi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Beliau suka mengucapkannya kepada Rasulullah seperti berikut:

“Sesungguhnya aku benar-benar akan menunjukkan kepadamu tiga perkara yang tidak seorang pun di antara isterimu yang memilikinya; sesungguhnya datukmu dan datukku adalah satu, aku dinikahkan Allah denganmu dari langit ketujuh dan sesungguhnya dutanya adalah Jibril” [Al-Bidayah wan-nihayah, 4/146; Ansabul Asyraf, 1/435]

Hal ini turut diakui oleh Ummahatul Mukminin, Aisyah radiallahu anha yang memberi kesaksian bersifat khusus kepada sahabiyyah ini bagi menggambarkan kebenaran dan kekaguman beliau,

“Semoga Allah merahmati Zainab binti Jahsy. Dia telah mendapat kemuliaan di dunia ini, yang tidak disaingi oleh kemuliaan orang lain. Sesungguhnya Allah menikahkannya dengan NabiNya di dunia dan menurunkannya di dalam Al-Quran”

“Zainab binti Jahsy sering membanggakan
kedudukanku di sisi Rasulullah. Padahal aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih baik agamanya selain Zainab. Dia juga lebih bertakwa kepada Allah, lebih jujur perkataannya, paling banyak menyambung hubungan kekeluargaan, paling banyak sedekahnya dan paling banyak berkorban untuk hal-hal yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhanahu wa Taala.”
    Zainab jugalah yang mempertahankan kesucian Aisyah radiallahu anha ketika terjadinya mehnah hebat berupa fitnah kaum munafik yang menimpa ummahatul mukminin. Al-Bukhari meriwayatkan kesaksian kebaikan ini di dalam salah sebuah hadis Aisyah yang panjang tentang kes fitnah tersebut. Sebahagian perkataan Aisyah dinukilkan sebagai berikut,

“Rasulullah Sallahu alaihi wa Sallam bertanya kepada Zainab binti Jahsy tentang urusanku. Baginda bertanya,’Wahai Zainab, apa yang engkau ketahui atau apa pendapatmu berkaitan Aisyah’. Beliau menjawab, ’Wahai Rasulullah, aku memelihara pendengaran dan penglihatanku. Aku tidak mengetahui kecuali yang baik”


Di dalam kisah lain, Aisyah turut berkata,

“Dialah yang membanggakan aku dari kalangan para isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, lalu Allah memeliharanya dengan wara’. Saudarinya, Humnah binti Jahsy juga turut melakukan serangan ke atas peribadi Aisyah, sehingga akhirnya dia binasa bersama-sama orang yang terlibat dalam berita bohong itu”

Semoga Allah Subhanahu wa Taala meredhai Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy yang membenci fitnah. Beliau sentiasa memohon kepada Allah agar dirinya dijauhkan dari orang-orang yang dengki dan suka berbuat kerosakan. Beliau tidak mengatakan sesuatu kecuali kebaikan dan tidak memberi kesaksian kecuali secara benar, baik dan adil.

Ummul Mukminin, Ummu Salamah radiallahu anha turut tidak ketinggalan memberikan pujian ke atas sahabiyah ini. Beliau memuji ketakwaan dan ibadahnya dengan berkata,

“Dia adalah wanita yang solehah, banyak berpuasa dan solat malam”

Al-Imam Adz-Zahaby rahimahullah menukilkan pandangan beliau berkaitan peribadi Zainab binti Jahsy di dalam Tarikhul Islam dengan ungkapan pujian,

“Dia banyak beribadah, banyak kebajikan dan sedekahnya”.

Beliau juga termasuk salah seorang perawi hadits, yang meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sebelas buah hadits, sebahagian darinya telah ditakhrij di dalam Ash-Shahihain, dua buah hadith disepakati oleh Bukhari dan Muslim. Hadith beliau disebut di dalam kutubus-sittah (Adz-Zahaby r.a)

Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy bukanlah orang yang suka mengumpulkan harta dan kesenangan dari perbendaharaan dunia. Beliau biasa melakukan sendiri pekerjaannya seperti menyamak kulit dan menjahit lalu menjualkan hasil kerjanya untuk disedekahkan ke jalan Allah. Kemuliaan beliau di sisi Allah adalah lantaran kezuhudan pada kehidupan dunia. Barzah binti Rafi’ pernah menceritakan perihal peribadi Zainab radiallahu anha ini. Ketika Umar Al-Khattab mengirim utusan untuk memberikan bahagian harta yang menjadi milik Zainab, beliau lantas berkata,


“Semoga Allah mengampuni Umar. Saudari-saudariku yang lain lebih memerlukan bahagian ini berbanding diriku”.

Beliau segera membahagi-bahagikan harta tersebut kepada beberapa orang kerabat yang miskin dan anak-anak yatim kaum Muslimin. Sehinggalah yang tersisa di tangannya hanya lapan puluh dirham. Lalu, beliau menadahkan tangannya ke langit dan berdoa,

“Ya Allah, semoga aku tidak lagi menerima pemberian Umar setelah tahun ini”.

Maka, doanya dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Beliau meninggal dunia pada tahun itu juga.

Perginya Seorang Serikandi
Pada tahun 20 Hijrah bersamaan 641 Masihi, Zainab Ummul Mukminin mula merasakan dekatnya ajal beliau, dan dia sentiasa menyiapkan diri untuk pertemuan tersebut. Maka ketika ajalnya menghampiri, beliau berkata

“Aku sudah menyiapkan kain kafanku, dan boleh jadi Umar akan mengirimkan kain kafan kepadaku. Jika dia mengirimkan kain kafan, maka sedekahkanlah salah satu di antaranya. Jika kalian mampu menjulurkan kain kafan hingga menutupi jasadku, lalu kalian menyedekahkan kain selimutku, maka lakukanlah” (Thabaqat Ibn Sa’ad, 8/109)

Zuhud di dunia dan dalam kesenangannya, sedekah dan kebajikan masih tetap mengalir pada saat-saat sakaratul maut mengintai dirinya. Benarlah gelaran buatnya sebagai Ummul masakin (ibu kepada orang-orang miskin). Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy radhiallahu Anha menjalani kehidupan jauh dari kemewahan dunia. Beliau lebih mengutamakan kehidupan akhiratnya, lantas menjadikan kehidupan dunia sebagai ladang untuk bercucuk tanam. Beliau sangat menyedari bahawa dunia ini tidak akan menyamai satu sayap lalat pun di sisi Allah kelak.

Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy telah mendapatkan khabar gembira sebagai penghuni syurga dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, kerana beliaulah isteri yang pertama yang menyongsong kewafatan baginda. Hal ini turut diungkapkan oleh Saidatina Aisyah radhiallahu anha, sebagai berkata,


“Semoga Allah merahmati Zainab binti Jahsy, kerana dia telah menerima kemuliaan di dunia ini, yang tidak dapat ditandingi oleh kemuliaan lainnya. Allah Subhanahu wa Taala menikahkannya dengan NabiNya di dunia dan menurunkan Al-Quran tentang hal tersebut. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda kepada kami (para isteri Rasul) ketika kami berada di sekeliling baginda, ”Orang yang lebih dahulu bersua denganku (di syurga) ialah orang yang paling panjang lengannya (paling banyak bersedekah) di antara kalian”. Sesungguhnya dialah Zainab binti Jahsy, Ummul masakin.
Wallahu a’lam





oleh: Akhi Khairil Mkhairil.(Di copy daripada note FBnya)






Assalamualaikum...



    Sahabat-sahabat sekalian masih ingatkah antum pada sejarah hitam 31 Mei 2010? Sejarah yang telah menggemparkan dunia dengan sikap kejam si Yahudi laknatullah yang merobek-robek hati umat Islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Sehingga mereka sanggup menyekat misi sukarelawan-sukarelawan untuk menghantar barang-barang keperluan rakyat Palestin yang datangnya daripada pelbagai bangsa dan agama dan tidak terkecuali negara kita Malaysia.


 "Buruk benor perangai dorang ni.."


   Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, InsyaAllah Ketua Misi LL4G( Life line 4 Gaza ) Malaysia Tuan Haji Noorazman akan datang ke CFS IIUM Petaling Jaya untuk  berkongsi pengalamannya dan kisah sebenar sewaktu serangan si Yahudi laknatullah ke atas Marvi Marmara 31 Mei yang lalu. Sungguh perancangan Allah itu yang paling baik. Setiap yang berlaku pasti tersirat hikmah di sebaliknya. Berikut merupakan detail tentang program yang bakal berlangsung:-


Tarikh/hari : 1 Julai 2010 (Khamis)

Tempat: Lecture Hall A (CFS IIUM PJ)

Waktu: 10.00 am

Penceramah: Tuan Haji Noorazman Samsuddin( Ketua Misi LL4G Malaysia)


Dengan itu ana sebagai wakil ingin meyampaikan amanah untuk menjemput antum semua sama-sama untuk memeriahkan majlis ini. Adik-adik dan sahabat-sahabat CFS IIUM dijemput beramai-ramai untuk memenuhi AMF dan buat sahabat-sahabat yang bukan warga CFS IIUM, kehadiran antum amatlah kami hargai. Semoga roh dakwah akan sentiasa subur dalam jiwa kita biarpun FIFA World Cup masih terasa bahangnya. =)

Wallahua'lam.


   Dengan kalimah Alhamdulillah, pujian buat yang empunya dunia, Allah s.w.t kerana dikurniakan kenikmatan hidup yang tidak ternilai harganya. Di samping nikmat Iman dan Islam yang jarang-jarang sekali sebahagian daripada kita syukuri. Hari ini genap lebih kurang seminggu sahabat kesayangan ana, Fatima Zurwanti Zulkifly pulang ke pangkuan Rabbnya. Namun begitu, perjuangan perlu diteruskan. Selagi mana nyawa dikandung badan, selagi itu tugas menyampaikan risalah dakwah perlu diteruskan. Biarpun perasaan sedih masih berbekas di hati kecil ini, namun bahagian arwah sudah selesai manakala bahagian kita perlu diteruskan. InsyaAllah doakan kita thabat.

   Bulan Rejab bulan Allah. Bulan yang mulia. Bulan yang penuh dengan barakah. Bulan sebagai bulan persediaan sebelum datangnya Ramadhan. Sungguh, arwah Atim amat bertuah kerana diambil Allah dalam salah sebuah bulan daripada tiga bulan yang mengandungi keberkahannya yakni Rejab, sya’ban dan Ramadhan. Alhamdulillah…

    Untuk entri kali ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu tentang kelebihan-kelebihan bulan Rejab ini berdasarkan sabda Rasulullah. Biarpun entri  agak singkat, ana harap dapat memberi manfaat buat sahabat-sahabat pembaca. InsyaAllah, moga Allah redha dengan kita. Perbanyakanlah amal ibadat kepada Allah di dalam bulanNya ini. Selamat beramal=)



Sabda Rasulullah s.a.w:-

  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliandi hari kiamat.
  •  Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya,ban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.
  •  Kemuliaan Rejab dengan amalan Isra’ Mikrajnya, Sya’ban dengan Nisfunya, Ramadhan dengan Lailatul Qadrnya. Malam awal Rejab mustajab doanya (Dalam kitab Raudhah Imam Nawawi)
  •  Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  •  Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, menghalangkan dia ke nerakak(panjangnya setahun perjalanan)
  •  Puasa empat hari bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar serta daripada fitnah dajjal di hari kiamat
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman dari azab kubur.
  • Puasa enam hari bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka
  •  Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga.
  •  Puasa Sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, mengucap dua kalimah syahadah tidak ditolak diam masuk syurga.
  •  Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan padanya hamparan perhentian di titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu hari di hari kiamat.
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarah Allah di syurga.
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah adam a.s
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya.




Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas Bin Malik, apabila bulan Rejab, Baginda mendoakan : “Ya Allah berkatilah hidup di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan”


    Setiap yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Hatta harta yang kita perolehi berkat usaha sendiri, semuanya hak milik kekal Allah. Apabila mati yang dibawa hanyalah tiga yakni doa anak yang soleh, sedekah jariyah dan ilmu yang bermanfaat. Jadikanlah dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat kelak.


Daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah:
“Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnyamelainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus,ilmu yang berguna dan diamalkan serta dan doa anak yang soleh yang mendoakan baik bagi”

Wallahua’lam

   Fatima Zurwanti Zulkifly. Nama yang akan sentiasa tersemat dalam sanubariku. Gelak tawamu, usikan manjamu dan ungkapan sayangmu kepadaku akanku simpan kemas dalam hatiku. Terasa baru semalam aku bersama-sama denganmu. Bersama-sama ke kelas, bersama-sama untuk melaksanakan taggungjawab dan bersama-sama dalam menempuh onak dan duri dalam kehidupan di dunia CFS ini. Walaupun  tempoh perkenalanku denganmu  baru mencecah dua tahun tetapi terasa bagaikan sudah lama aku mengenali dirimu.  Berada di dalam kelas yang sama dari hari pertama di CFS IIUM tercinta dan sehinggalah hari-hari terakhir hidupmu di dunia. Walaupun sekejap, tetapi aku bersyukur. Bersyukur kerana Allah pinjamkanmu sebagai sahabat suka dan dukaku.


   Teringatku ketika dikau menghantar mesej meyatakan kerinduanmu dan sayangmu kepadaku semasa cuti semester lalu. Aku jadi bingung kerana tidak tertera nama penghantar di skrin handphoneku. Otakku ligat menilik-nilik siapakah gerangan yang mengukap rasa rindu dan sayangnya kepadaku saat cuti masih lagi muda.  Cuba dicheck di dalam simcard celcom tidak pula ada.

Sayang yantie, rindu yantie..”


Aku jadi kaget. Lantasku bertanya siapakah pemilik numbor telefon itu.

“Maaf ye. Syukran siapa ni?”

   Takut-takut juga hendak bertanya,tetapi aku gagahkan juga. Ligat otak memikirkan yang positif sahaja. Mungkin nombor sahabiahku yang tidak disimpan atau terdelete. Atim membalas dengan nada kecewa.


“Atim la budak kecik(panggilannya buatku). Sampai hati yantie tak simpan nombor Atim.”

   Rasa bersalah menyelubungi diri tatkala arwah berkecil hati denganku. Tetapi ku pasti Atim bukanlah seorang yang mudah berkecil hati. Aku mula berfikir kenapa nombor Atim tidak aku simpan,mustahil. Setelah beberapa saat berfikir baruku ingat yang aku telah mendelete  salah satu nombornya yang tidak digunakan. Tetapi tersalah delete  rupanya.

“Allah Atim sayang, maaf. Hari tu yantie terdelete nombor Atim. Yantie salah delete rupanya.hehe Maaf ye.. Yantie pun sayang Atim dan rindu Atim jugak. Jaga diri ye..”

   Entah kenapa tiba-tiba hati jadi pelik sedangkan Atim memang selalu menghantar mesej begitu kepadaku. Setiap kali menghantar mesej pasti mesej sayang dan rindunya dihantar. Wallahua’lam. Aku biarkan sahaja kepelikan yang dirasakan berlalu pergi begitu sahaja.


   4 Jun 2010, tarikh yang dirancang awal-awal untuk ke Perak menghadiri Walimah kakak kesayangan Wan Sufiah Binti Wan Abdul Halim dengan suaminya Ustaz Juzaili Juhan. Esoknya majlis akad dan kenduri akan dijalankan. Bergerak ke sana dengan beberapa orang sahabat. Alhamdulillah berkesempatan juga pergi. Dan di sanalah saat terakhirku bersama sahabatku. Usikan panggilan “budak kecik” , panggilan yang memecah gelak ketawaku. Aku menggelarnya pula “budak besar”. Tidak menyangka pertemuaan di walimah kakak kesayangan itu adalah pertemuan kami yang terakhir kalinya.

“ Nak tahu tak ada budak tu delete nombor atim?”


Katanya kepadaku setelah sampai di rumah sewa kak syera dan aku pun hanya membalas usikannya dengan senyuman.


“Bukan deletelah, salah delete.Itulah banyak sangat nombor sampai yantie pun confuse.”

Kataku kepadanya. Usai  makan, semua mengambil giliran untuk menggosok baju. Dan sekali lagi aku mengambil peluang menyakatnya.

“Atim, gosok baju yantie Atim. Bila lagi nak tolong gosok baju yantie kan? Baju Atim cantiklah.hehe…”  Nadaku buat-buat memuji. Dan Atim membalas.

“Gosok sendiri la budak kecik.hehe”

Aku rasa bahagia. Sangat bahagia. Alhamdulillah.

    Esoknya semua sibuk bersiap-siap untuk ke Walimah kakak kesayangan. Semua berdebar-debar, kononya berdebar untuk pengantin. Macam-macam. Sebelum bertolak kami menjamu selera. Berhalaqah di ruang tamu yang masih lagi kosong dan hanya dihiasi sebuah tv. Aku makan di tepi Atim. Seperti biasa dimulakan dengan suap menyuap. Subhanallah terasa indahnya ukhwah. Ya, suapan terakhir daripada seorang sahabat yang tidakku sangka pergi dahulu meninggalkanku. Tidak akanku lupa saat arwah tersalah amik makananku. Ya Allah…Indahnya walau seketika. Arwah Nampak sangat gembira sehinggalah pulangnya daripada walimah kakak kesayangan.


   Sampai di rumah, ku lihat arwah lebih banyak mendiamkan diri sedangkan sebentar tadi di walimah kak Sufi kami gembira. Dengan usik-usik, dengan gelak tawa yang memeriahkan lagi majlis. Daku sempat mengusiknya bahawa selepas ini gilirannya pula akan menyusul. Entah kenapa tiba-tiba Atim jadi muram. Aku bertanya kepadanya tentang apa sebenarnya membuatkannya tiba-tiba murung. Namun, pertanyaanku itu dibalas dengan diam seribu bahasa. Tidak mengapa, mungkin Atim penat, omongku di dalam hati. Kami semua tidur kepenatan dan bangun sebelum Asar kerana Atim akan pulang selepas Asar. Setelah bangun dari tidur, Atim berkemas-kemas untuk pulang. Sengajaku mengusiknnya agar arwah tidak pulang hari itu dan pulang keesokan harinya bersama kami. Dia hanya tersenyum. Kami berpelukan tanda ucapan selamat tinggal. Tapi tidakku menyangka dan itulah pelukan terakhir kalinya.Dalam keadaan arwah masih lagi sihat dan masih mampu membalas pelukanku.

   Malamnya, sewaktu berjalan-jalan di Ipoh dengan sahabat-sahabat tercinta arwah menghantar mesej ke handphone kak Fatimah untuk memberitahu bahawa dia selamat sampai ke rumahnya. Dan tidak arwah lupa untuk menyatakan kegembiraannya bersama-sama kami sewaktu walimah kak Sufi kesayangan dan rasa kasih dan sayangnya kepada kami semua. Semestinya, rasa kasih dan sayangnya kami balas dengan kasih dan sayang juga. Kami semua pun sayang Atim. Allah…

8Jun 2010 pukul 12:00AM, Atim menegurku di Yahoo Messenger.

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:00:06 AM): k.ma de kat uia kew?

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:00:13 AM): Angel

Isdiyantie (08/06/2010 12:00:30 AM): ya la budak besaq

Isdiyantie (08/06/2010 12:00:33 AM): hehe

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:00:46 AM): bak comel r

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:00:47 AM): haha

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:00:56 AM): *budak

Isdiyantie (08/06/2010 12:00:58 AM): Halo Sayang

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:01:08 AM): eeeeeeeeeeeeeeeeee...........

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:01:12 AM): gelui r kak

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:01:18 AM): *geli

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:01:19 AM): hah

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:01:21 AM): haha

Isdiyantie (08/06/2010 12:01:26 AM): haha

Isdiyantie (08/06/2010 12:03:38 AM): heeh

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:04:41 AM): comel

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:04:43 AM): lagi2

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:04:48 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:05:40 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:06:59 AM):

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:08:03 AM): kabur....

Isdiyantie (08/06/2010 12:08:59 AM): kabur

Isdiyantie (08/06/2010 12:09:04 AM): banyan sgat

Isdiyantie (08/06/2010 12:09:05 AM): kot

Isdiyantie (08/06/2010 12:09:06 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:09:09 AM): tggu sat

Isdiyantie (08/06/2010 12:09:43 AM): sapa?

Isdiyantie (08/06/2010 12:09:45 AM): haha

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:12:41 AM): apa sapa?

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:12:46 AM): x nampak

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:12:48 AM): isk2

Isdiyantie (08/06/2010 12:12:51 AM): comel

Isdiyantie (08/06/2010 12:12:56 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:13:01 AM): yantie ea?

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:14:28 AM): pasan!!!

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:14:31 AM): wek!!!!!

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:14:33 AM):

Isdiyantie (08/06/2010 12:14:37 AM): haha

Isdiyantie (08/06/2010 12:14:40 AM): atim ajq

Isdiyantie (08/06/2010 12:14:44 AM): *ajaq

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:14:52 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:16:36 AM): apa atim buat?

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:16:58 AM): atim wat video kol

Isdiyantie (08/06/2010 12:17:13 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:17:23 AM): rindu ea???

Isdiyantie (08/06/2010 12:17:27 AM): atim

Isdiyantie (08/06/2010 12:17:35 AM): dah wish besday dayah

Isdiyantie (08/06/2010 12:17:47 AM): malam tue kami buat suprise kat dayah

Isdiyantie (08/06/2010 12:18:11 AM): cpt nk tnjuk gmbaq

Isdiyantie (08/06/2010 12:19:00 AM): nie waktu p makan kat luaq

Isdiyantie (08/06/2010 12:19:02 AM): heeh

Isdiyantie (08/06/2010 12:20:06 AM): ni wak2 buat suprise

Isdiyantie (08/06/2010 12:20:07 AM): huhu

Isdiyantie (08/06/2010 12:20:14 AM): tak best atim tak dak

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:20:30 AM): jelas!!!

Isdiyantie (08/06/2010 12:20:32 AM): ni wk2 nak balik

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:20:34 AM): jeles

Isdiyantie (08/06/2010 12:20:38 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:21:32 AM): takpa2 nant

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:21:35 AM): jaat

Isdiyantie (08/06/2010 12:21:35 AM): k pa ag

Isdiyantie (08/06/2010 12:21:39 AM): ye...

Isdiyantie (08/06/2010 12:22:20 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:22:35 AM):

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:23:19 AM): comel

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:23:26 AM): sumer c omel

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:23:28 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:23:31 AM): hehe

Isdiyantie (08/06/2010 12:23:38 AM): kawan sapa?

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:25:36 AM): kwn?

Isdiyantie (08/06/2010 12:26:09 AM): comel?

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:27:00 AM): gambar2 yg yanti kasi td

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:27:02 AM): haha

Isdiyantie (08/06/2010 12:27:07 AM): hehe

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:27:09 AM): gamba mase kawin aritu adew?
Isdiyantie (08/06/2010 12:27:10 AM): i2lah

Isdiyantie (08/06/2010 12:27:14 AM): ade2

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:36:45 AM): toce2

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:36:48 AM): Happy

Isdiyantie (08/06/2010 12:36:58 AM): amboi

Isdiyantie (08/06/2010 12:37:02 AM): cantinya...

Isdiyantie (08/06/2010 12:37:04 AM): gigi

Isdiyantie (08/06/2010 12:37:09 AM): silau ngat aih

Isdiyantie (08/06/2010 12:37:10 AM): haha

Isdiyantie (08/06/2010 12:37:28 AM): Lemayan...

Isdiyantie (08/06/2010 12:38:29 AM): dah save ke?

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:39:58 AM): dah syg

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:40:22 AM): tidoq2

Isdiyantie (08/06/2010 12:40:32 AM):zzzzzz

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:42:23 AM): bagus2

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:42:28 AM): bagus ank mak

Fatima Zurwanti Zukifly (08/06/2010 12:42:30 AM): haha

Isdiyantie (08/06/2010 12:43:11 AM): Bookmark

Tidak ku sangka , malam itu adalah malam terakhirku mengusiknya. Ya, malam terakhir aku dipanggil “budak kecik” olehnya. Malam terakhir aku bisa menyatakan kerinduanku kepadanya dalam keadaan dia masih sihat dan bisa menaip. Allah…


   12 Jun , hari yang telah Allah tentukan untukku menjejakkan kaki ke dunia. Arwahlah orang ke-7 yang mengirim kata-kata hikmah bersempena umurku yang meningkat ke-20 tahun. Kata-katanya yang ringkas tetapi penuh bermakna. Terima kasih Atim, sahabatku tersayang. Ucapan ulang tahun hari lahirku yang terakhir kalinya daripadamu akanku simpan dan akanku ambil sebagai peringatan.

“Aku menyayangimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah sayangku padamu…” (Imam Nawawi)… Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-20!=) may Allah bless you…Moga thabat dalam jalan dakwah ini.. Allahumma Ameen.

   Dan untuk tahun inilah aku akan menerima mesej ulangtahun kelahiranku daripadamu. Tidak mengapa. Aku redha ya Allah. Aku redha.


   15 Jun 2010 bersamaan 1 Rejab 1431 Hijrah. Usai menghadiri majlis ilmu, satu mesej masuk ke dalam inbox  nombor celcomku.


“Salam sahabat-sahabat. Sahabat kita Fatima Zurwanti Zulkifly kemalangan petang tadi. Keadaan dia kritikal. Doakan keselamatannya dan keluarganya. Forward ASAP”


   Aku seakan-akan tidak percaya apabila membaca nama yang dinyatakan di dalam mesej itu.  Inalillahiwainnailahirajiu’n… Atim, ya Allah… Atim. Hanya itu yang mampu aku lafazkan. Aku mengulang membaca mesej itu dengan teliti. Aku masih tidak mahu percaya sepenuhnya. Aku mengajak Hidayah ke bilik kak Fatimah untuk memastikan kesahihan berita itu. Kak Fatimah masih tidak menerima berita itu. Lantas dia mengambil keputusan untuk menghubungi nombor yang menghantar mesej kepadaku itu. Kak Hawa menyatakan kesahihan berita itu datangnya daripada kakak arwah Kak Ju. Aku menggeletar, air mata kak Fatimah sudah mula mengalir laju dan Hidayah sebak menerima kebenaran itu. Kata kak Fatimah Atim baru sahaja menghantar mesej meyatakan kerinduannya dan kasih dan sayangnya kepada kak Fatimah. Sungguh kami tidak menduga. Allah… peritnya menerima kebenaran. Terasa baru semalam kami bergelak ketawa dan sakat-menyakat di walimah kak Sufi. Kami berpelukan. Allah…kuatkan kami.


   Kami mengambil keputusan untuk menziarah arwah keesokan harinya. Bertiga kemudian bertemu dengan kak Hawa dan kak Maziah di perhentian bas di Pasar Seni. Kami masih lagi mampu berjenaka waktu itu kerana kami tidak membayangkan bahawa keadaan arwah seteruk itu. Tidak sedarkan diri dan koma. Ku fikir arwah hanya tidak sedarkan diri hanya seketika tetapi Allah…hanya Dia yang Maha  Mengetahui sesungguhnya arwah pada waktu itu koma. Ya, koma sebelum noktah. Saat kaki menjejakkan kaki ke Hospital Putrajaya, hatiku tiba-tiba berdebar tapi aku biarkan sahaja rasa itu pergi. Sampai di lobi hospital, kak Ju, kakak Atim menyambut kami. Matanya basah…Allah perasaan berdebar itu datang kembali. Ya Allah, kuatkan kami untuk menerima apa yang bakal kami hadapi. Omongku sendirian.


   Kami membuntuti kak Ju. Sampai di wad yang dituju, mataku terpandang pada papan tanda wad itu,ICU(unit kawalan rapi). Seingatku, inilah kali pertama aku sampai ke wad yang menempatkan pesakit-pesakit yang perlu dijaga rapi. Selalunya, aku hanya menonton di televisyen. Terpancar riak wajah risau di wajah sahabat-sahabatku yang sama –sama menziarahi arwah. Ku berdoa di dalam hati agar kami kuat untuk menerima kenyataan bahawa sahabat kami itu sedang koma. Entah kenapa, setelah pintu wad dikuak aku jadi tergamam dan seolah-oleh tidak percaya. Ku lihat sekujur tubuh sahabatku yang sangat ceria dan lincah itu kaku dan tidak menyambut kedatanganku. Aku dan sahabat-sahabat yang lain berdiri di tepi katilnya. Aku pandang muka arwah, tetapi aku jadi blurr , melihatkan mukanya yang bengkak dan dipenuhi wayar. Ibunya memberitahu kami bahawa Atim hanya bergantung kepada alat dan ubat-ubatan. Tekanan darahnya amat rendah dan tempoh 24 jam diberi untuk melihat sejauh mana keaadaan Atim sebelum pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya dijalankan. 

   Hatiku berdegup kencang apabila mendengar apa yang doktor perkatakan. Aku lihat sahabat-sahabat yang bersama-samaku ke sana mula menangis. Aku seakan-akan masih tidak lagi percaya. Airku mataku menitis tanpa dipaksa. Aku bermonolog di dalam hati. Ya Allah… kuatnya sahabatku ini sehingga dia diuji begini, selamatkanlah sahabatku ya Allah kerana kami amat menyayanginya.  Kami kena kuat di hadapan keluarganya kata salah seorang sahabatku kepada kami. Semua orang terdiam. Aku pegang kaki Atim. Ya Allah sejuknya. Tangannya hanya calar-calar sikit. Cuma kepalanya sahaja yang cedera teruk. Tengkorak kepalanya retak dek kerana hentakan yang kuat di cermin kereta myvi yang melanggarnya itu. Atim tidak bertopi dan adiknya tercampak ke tepi jalan, cerita jiran yang menghantarnya ke hospital. Petnag itu, Atim pergi mengambil adiknya pulang dari mengaji al-Quran di rumah jirannya tidak jauh dari rumahnya. Menurut mak cik itu lagi, mulut arwah tidak henti-henti menyebut Allah walaupun tidak sedarkan diri setelah dilanggar. Allah…sayunya hatiku mendengar. Kami mengambil keputusan untuk pulang setelah madam-madam yang sememangnya rapat dengan Atim.


   Usai solat zuhur kami pulang. Kak Maziah dan Kak Hawa mengambil keputusan untuk menemani Atim untuk malam itu. Ku minta kak Maziah bisikan ke telinga Atim bahawa aku sangat menyayanginya.

“Akak cakap kat Atim yantie sayang Atim sangat-sangat ye. Akak jangan sedih-sedih ye. Atim kuat InsyaAllah.”

   Entah kenapa malam itu, aku asyik terbayang-bayang wajah Atim. Basuh baju pun nampak muka Atim. Aku rasa sangat takut. Ya, takut Allah mengambil Atim dalam keadaan kami masih lagi belum bersedia. Aku sentiasa berfikir yang positif sahaja. InsyaAllah ada hikmahnya Allah uji kami semua. Kami mula merancang untuk melawat Atim keesokan harinya. Selepas membeli makanan, tiba-tiba aku terbayang wajah Atim. Dia senyum kepadaku. Aku tersentak dan tidak semena-mena menangis. Ketika sedang bersiap-siap untuk makan. Tiba-tiba satu mesej singgah ke handphone Hidayah. Air mukanya berubah. Aku memandangnya penuh tanda tanya. Aku boleh mengagak bahawa mesej itu mengenai Atim. Atim sedang nazak. Allah… Aku memeluk Hidayah erat. Otakku tidak mampu berfikir lagi. Madam menelefon Hidayah agar segera ke Hospital. Makanan yang kami beli tidak disentuh. Aku ke bilik kak Fatimah dan menemuinya. Kami berpelukan. Usia solat kami bergegas ke sana. Aku,kak Fatimah, Hidayah dan Najwa. Entah kenapa masa terasa sangat lambat.


   Di dalam bas, kami banyak menghabiskan masa membaca yassin dan saling kuat-menguatkan agar redha dengan ujian Allah. Kami sangat berharap agar sempat berjumpa arwah. Namun, sekali lagi madam menelefon Hidayah. Atim telah menghembuskan nafasnya. Esak tangis kami semakin kuat. Kaki terasa semakin lemah. Bertali arus mesej daripada sahabat-sahabatku masuk bertanyakan keadaan arwah. Ku biarkan sahaja kerana waktu itu otakku hanya berfikir tentang Atim. Sampai di hospital, ku lihat dari jauh beberapa sahabat sedang menuggu di lobi. Aku pujuk diriku agar tidak menangis, namun, aku gagal. Dia tumpah lagi. Kami semua berpelukan. Ku tanya kepada kak Maziah:


“Akak sempat tak cakap kat Atim yantie sayang Atim?”


   Kak Maziah memelukku dan memujukku. Kak Maziah tidak sempat menyampaikan pesananku. Atim pergi menghadap ilahi dalam keadaannya masih koma di samping Kak Maziah. Allah… Allah Maha Pengasih, mesti Dia tidak mahu arwah rasa sakit. Aku redha, aku redha. Atim pergi dalam bulan yang mulia. Kata kak Maziah Atim mesti tidak mahu kami semua sedih. Jadi kami semua harus kuat. Kak Fatimah pula memujuk kami, semua sahabat-sahabat Atim ada tempat di dalam hati Atim, InsyaAllah dia sedang bahagia di sana. Aku dan sahabat-sahabatku sempat menghadiakan ciuman terakhir buat Atim sewaktu menuggu waktu arwah dimandikan di bilik jenazah hospital. Ku usap-usap tangannya yang sudah dikafan buat terakhir kalinya. Tunggu yantie di sana ya Atim,sahabatku tercinta. Alhamdulillah, kami juga sempat bersolat jenazah buat arwah dan menemaninya dengan bacaan yassin sehingga waktu maghrib. Selepas maghribnya kami pulang. Jenazah sahabat kesayanganku telah selamat disemadikan di sebelah pusara ibu kandungnya yang sering diceritakannya kepadaku. Alhamdulillah… Mesti Atim seronok dapat jumpa mama kan?  Alhamdulillah...Al-Fatihah. Semoga dikau bahagia di sana sahabatku tercinta...Bersyukur kerana berada dekat dengan Arwah.Alhamdulillah...












"Ya Allah... Jagalah sahabat kesayanganku Fatima Zurwanti Zulkifly di sana. tiba masanya aku pula akan mengikut jejak langkahnya. Kerana perjuangan kami bertemu dan kerana perjuangan kami berpisah. aku redha ya Allah. Aku redha dengan pemergian sahabat kesayanganku itu. Semoga dikau tenang di sana bersama ibumu. Tunggu yantie ya atim... Yantie sayang Atim sangat-sangat..."



p/s:    Entri ini hanyalah kenangan ana dengan arwah. InsyaAllah bacalah dengan hati moga ketemu ibrah disebaliknya.


            abang arwah minta sampaikan kepada sahabat-sahabat:-
Terima kasih sebab banyak bimbing dan tolong Atim. Atim banyak berubah lepas masuk uia,