Páginas

Saturday, October 20, 2012

:: Tausiyah Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid : Penghinaan Terhadadp Nabi::


  
 Orang zaman sekarang yang ingin membela Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam, tetapi tidak dengan ilmu. Ketahuilah bahawa penghinaan terhadap Sayyiduna Rasulullah ada suatu jenayah. Maka, melihat akan isu ini, terdapatnya kepelbagaian dalam merespon. Namun, cara merespon akan tuduhan dan penghinaan ke atas Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam di seluruh dunia dilihat sedikit lari daripada apa yang diajarkan Rasulullah. Penilaian, reaksi yang perlu ada dan yang sepatutnya dilakukan adalah:-
Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid

1         Sebagai pengikut Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam, apabila Baginda dituduh, dihina atau yang sewaktu dengannya maka wajiblah di dalam hatinya merasa terguris. Namun, yang tidak terguris dek penghinaan dan tuduhan terhadap Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam, maka perlu muhasabah kembali akan kesempurnaan IMANnya.

Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam bersabda :

“Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya”

Ketahuilah bahawa Rabbul ‘alamin adalah yang pertama akan membela Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Telah banyak ayat-ayat Allah yang menunjukkan Allah membela Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Seperti asbab turunnya surah Al-Masad, sebagai pembelaan terhadap penghinaan Abu Lahab terhadap Rasulullah.
   Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan orang-orang Quraisy di sebuah bukit untuk menyampaikan ceramahnya. Dalam ceramahnya Baginda bertanya “Percayakah kamu sekiranya aku katakan ada musuh di sebalik bukit ini?”. Kami percaya “sahut golongan Quraisy”.  Lalu kata Baginda, “Aku ini adalah utusan untuk memberitahu kamu bahawa Allah adalah tuhan yang tunggal dan berhala-berhala yang kamu sembah itu bukanlah tuhan.
Abu Lahab bapa saudara Nabi yang turut berada dalam majlis itu marah dan mencaci Nabi dengan berkata..”Kamu mengumpul kami semata-mata untuk mengatakan apa yang kami sembah selama ini adalah salah. Katanya lagi, “Tabbat ya Muhammad” yang bermaksud “Binasalah kamu hai Muhammad”
Lalu turunlah ayat yang membalas laknat Abu Lahab:
“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama” [Al-Masad:1 ]
   Begitu juga apabila bangsa Arab berkata Rasulullah itu majnun yakni gila, Allah jualah yang menafikan tohmahan itu. Baginda juga dituduh sebagai bomoh, tukang sihir, mereka memaki Baginda dan Allah jualah yang membela dan menjawab segala tuduhan dan tohmahan itu.  Oleh itu, tanyakan kepada orang yang tidak terguris sedikitpun apabila Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam dihina, sedang  Allah jua menjawab segala tohmahan terhadap Rasulullah, apatah lagi kita ini hanya sang hamba kepadanya.
“Orang yang menganggu kehormatan Allah dan Rasulullah, maka dia dilaknat oleh Allah”
   Selain itu turut diceritakan oleh Al-Habib tentang kisah sahabat yang mengguris hati Rasulullah. Allah jua yang menyedarkan mereka. Kisah ini berlaku semasa majlis perkahwinan Rasulullah dengan Sayyidatina Zainab Bin Jahsy.  Pada ketika itu majlis sudah berakhir  dan Rasulullah ingin memasuki rumah baginda, tetapi para sahabat masih lagi makan. Maka, melihat akan hal itu Rasulullah Solallahu’alaihiwassalam yang sangat mulia itu menunggu sahaja. Walaupun para Rasulullah tidak memberikan reaksi tentang hal itu, tetapi Sang Maha Mengetahui  tahu bahawa Rasulullah Solallahu’alaihiwassalam terguris. Natijah daripada peristiwa itu, Allah telah menurunkan ayat ini untuk menegur para sahabat :-
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi jika kamu diizinkan untuk makan tanpa menunggu waktu masak (makanannya),  tetapi jika kamu dipanggil maka masuklah dan apabila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa memperpanjangkan percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi sehingga dia, malu kepadamu (untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak (malu menerangkan)yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), mintalah daripada belakang tabir. (Cara) yang demikian lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti hati Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam dan tidak boleh pula menikahi isteri-isteri Nabi selama-lamanya setelah (Nabi Wafat). Sungguh, yang demikian itu sangat besar (dosanya) di sisi Allah. Jika kamu menyatakan sesuatu atau menyembunyikannya , maka Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
[Al-Ahzab:53-54]
   Sesungguhnya, melalui ayat Allah menyatakan bahawa duduk lama di rumah Nabi, menyakitkan perasaan Nabi Solallahu ‘alaihiwassalam. Turut Allah tegaskan bahawa sama sekali tidak dibenarkan menyakiti perasaan Rasululullah Solallahu ‘alaihiwassalam hatta berkahwin dengan isterinya stelah kewafatannya. Begitu Allah membela insan mulia ini, mana mungkin kita sang hamba ini tidak wujud rasa terguris dengan sebarang penghinaan dan tohmahan terhadap Rasulullah?
2-      Setelah merasa terguris akan tohmahan dan penghinaan terhadap Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam, maka reaksi terhadap hal itu adalah seharusnya selaru dengan uslub atau cara Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam apabila diri Baginda dihina. Diceritakan oleh AL-Habib tentang kisah di sebalik “Perjanjian Hudaibiyah”.
Suhaib Ibn Amnan menjadi utusan pihak Quraisy untuk pergi berjumpa dengan Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam semasa peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Maka, Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam memerintahkan Sayyidina Ali KWJ menulis surat perjanjian itu dengan permulaannya dengan Basmallah. Tetapi Suhaib Bin Amnan berkata kepada Baginda mereka yakni bangsa Quraisy tidak mengenal Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Lalu, Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam memerintahkan Sayyidina Ali menghapuskan perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu. Kemudian Rasulullah meminta Sayyidina Ali KWJ menulis perkataan daripada Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam.  Suhaib lantas menyatakan kepada Rasulullah jika mereka yakni bangsa Arab mengetahui Baginda adalah Rasulullah, masakan mereka meminta agar dibuat perjanjian ini. Para sahabat yang melihat akan peristiwa itu merasa geram dengan sikap Suhaib itu. Setelah dua tahun perjanjian itu termeterai, telah ramai yang masuk Islam hikmah daripada sikapnya Sayyiduna Al-Habib Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Diceritakan juga pada tahun ke sepuluh perjanjian itu termeterai, dan pada ketika itu Rasulullah memotong rambut dan sahabat-sahabat berebut untuk mendapatkan rambut baginda Solallahu ‘alaihiwassalam termasuklah Suhaib yang dahulunya memperkecilkan Allah dan Baginda. Kerana kebijaksaan Baginda berjaya menambat hatinya Suhaib.
   Namun, apabila melihatkan sikapnya masyarakat sekarang dalam merespon akan penghinaan atau penghinaan terhadap Sayyiduna Rasulullah langsung tidak mengikuti akhlaknya Rasulullah. Diceritakan tentang kisahnya  Sayyiduna Abu Bakar di dalam suatu majlis Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam.
   Di dalam majlisnya Rasulullah, datang seorang lelaki ke dalam majlisnya Rasulullah dan memaki Sayyiduna Abu Bakar RA. Untuk kali pertama dan kedua beliau dimaki, Sayyiduna Abu Bakar RA hanya mendiamkan diri, namun setelah tiga kali beliau dimaki, beliau bangun lantas mengatakan “Aku mengatakan apa engkau katakan kepadaku” kepada lelaki tersebut. Beliau kemudiannya meminta maaf kepada Rasulullah kerana mengganggu majlisnya Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Rasulullah berkata kepada Sayyiduna Abu Bakar bahawa ketika beliau dimaki dan diherdik beliau diam Baginda Solallahu ‘alaihiwassalam nampak banyak malaikat di sampingnya, namun apabila beliau bangun nak memaki semula kepada lelaki tersebut Baginda lihat syaitan menghampiri majlis itu.
   Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam jubg pernah berkata bahawa. Beliau tidak diutuskan untuk mencaci maki dan juga membuat huru hara. Hakaza Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Sesungguhnya, orang yang menjadi asbab masyhurnya Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam adalah orang yang memaki kepada Rasulullah. Buktinya adalah ketika peristiwa haji.
   Pada musim haji, beberapa orang pengikut Abu Lahab dan yang lainnya ditugaskan untuk menyampaikan kebatilan kepada jemaah-jemaah haji. Mereka aan duduk di pintu Mekah dan mula menyebarkan kebatilan tentang Rasulullah. Disebabkan kebatilan yang disampaikan oleh mereka itu orang yang datang ingin melihat sendiri siapakah gerangan yang disebutkan oleh mereka. Namun, apabila melihat akan akhlak dan sikapnya Rasulullah yang jauh bezanya daripada apa yang disampaikan oleh mereka itu lantas menarik mereka untuk memeluk Islam. Subhanallah Tabarakallah…
   Oleh yang demikian, untuk merespon terhadap penghinaan dan tohmahan terhadap Rasulullah  Solallahu ‘alaihiwassalam kita perlulah melihat kepada sikap dan cara yang sepatutnya dilakukan. Sama ada Muslimin atau muslimat, lelaki atau wanita. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melindungi kehormatan Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Diceritakan tentang kisah seorang wanita ansar yang bernama Nasibah Binti Kaab yang sanggup memperjuangkan nyawanya untuk melindungi Rasulullah. Beliau memiliki keimanan yang mantap dan mengagumkan. Beliau turut serta di dalam peperangan uhud bersama-sama dengan Rasulullah.  Ketika peperangan berlangsung, beliau memegang pedang untuk melindungi Rasulullah. Beliau berkata kepada musuh agar hadapinya terlebih dahulu sebelum Rasulullah. Subahanallah Tabarakallah betapa kecintaan terhadap Sayyiduna Rasulullah menjadikan dirinya seorang yang berani. Allahu Allah…Baginda berkata bahawa Nasibah tangannya dipotong oleh seorang kafir ketika ingin melindungi Rasulullah.
   Kesimpulannya, sikap yang seharusnya ditonjolkan dalam merespon penghinaan dan tohmahan terhadap Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam hendaklah berdasarkan ilmu yang datangnya daripada sikapnya Sayyiduna Al-Habib Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam.
Nota kaki : Tausiyah Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid, 25 Zulkaedah 1433H 
WAllahu'alam

Friday, October 19, 2012

::Tausiyah Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid : ILMU::




“Tanda seseorang itu diberikan taufik dan hidayah oleh Allah adalah bilamana mempunyai istijabah yakni cepat respon pada seruan dan panggilan yang mana telah terjadi sejak zaman Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam”

Seperti mana yang disebutkan di dalam Al-Quran :

“Wahai Tuhan, kami telah mendengar seseorang menyeru kepada IMAN”

Habib Ali sedang mentahnik anak kepada Habib Syed Idrus
Seruan itu telah berlalu tetapi istijabah tetap berterusan. Seruan itu masih lagi disahut walaupun Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam telah lama pergi meninggalkan kita, sebagai tanda taufik dan hidayahnya Allah sehingga kita berjumpa Allah kelak. Sesungguhnya, Allah tidak melihat pada pakaian seseorang atau pada segala apa yang seseorang itu punya, tetapi Allah melihat kepada isi hatinya.

“Allah tidak melihat pada rupa kamu, pada tubuh badan kamu tetapi Allah melihat pada isi hati kamu”

Disebutkan oleh Al-Habib tentang sebuah hadis tentang tiga jenis manusia mafhumnya:

“Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam bertanya kepada para sahabat: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang tiga jenis manusia?

1-      Dia datang kepada Allah dan Allah datang kepadanya – seseorang yang datang memenuhi tempat kosong di hadapan di dalam sesebuah majlis ilmu kerana kecintaannya kepada Sayyiduna Al-Habib Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam.

2-      Dia malu pada Allah dan Allah malu kepadanya – sesorang yang datang ke majlis ilmu dan memilih untuk di belakang. Berkata ulama’ :

“Allah malu kepadanya, maka Allah tidak akan menghukumnya”

3-      Dia berpaling daripada Allah dan Allah berpaling daripanya- manusia sebegini bahaya kerana dia berpaling daripada apa-apa ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Mafhum sebuah hadis :

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar”

Madrasah Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam telah melahirkan banyak pakar di dalam bidang mereka seperti :

1-      Sayyidina Muaz Ibn Jabar : Orang pertama yang pakar di dalam bidang syariah
2-      Sayyidina Abdullah Ibn Salam : Pakar di dalam bidang Qiraat
3-      Sayyidina Ibn Abbas : Pakar di dalam bidang Al-quran

Madrasah pimpinan Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam bermula di Masjid, tempat mencari ilmu yang pertama. Maka, perhatikan keberadaan kita. Sesungguhnya, dengan ilmu tingginya darjat seseorang itu dengannya dan dengan ilmu juga tidak akan jatuhnya darjat seseorang bahkan sebaliknya.

“Ilmu itu didatangi, bukan ilmu yang mendatangi”
[Imam Malik]

Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam berpesan agar :

1-      Belajar dan mencari ilmu kerana dengan ilmu, Allah akan mengganjari ganjaran sebagai orang yang takut kepada Allah dan juga dikira sebagai ibadah kepada Allah.

2-      Bermuzakarah : ganjarannya seperti dia bertasbih kepada Allah

3-      Menyampaikan ilmu: dikira sebagai sedekah

“Barangsiapa yang tidak merendahkan diri untuk mencari ilmu dan melepaskan peluang untuk mencarinya, ucapkan takbir 4 kali kepadanya kerana dia sudah mati”

[Imam Syafie]

Ilmu dan takwa kepada Allah itu adalah nilai seorang remaja. Jika tidak kedua-duanya maka, tiadalah nilai akan seorang remaja itu kerana dengan ilmu akan mengangkat darjat seorang remaja itu. Sayyidina Ali KWJ berkata:

“Ilmu itu memelihara dan menjaga kita, tetapi harta pula, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya”

[Sayyidina Ali KWJ]

Seorang sahabat bertanya kepada Imam Tusturi  tentang apakah dosa yang paling buruk terhadap Allah. Maka jawabnya dosa yang paling buruk terhadap Allah adalah orang yang menyembah Allah tetapi jahil. Kemudian, sahabat bertanya lagi, adakah yang lebih teruk daripada itu. Maka jawab Imam Tusturi ada yang lebih teruk iaitu orang yang jahil, tetapi dia  masih dalam keadaan jahil.

Disebutkan juga oleh Al-Habib tentang 4 jenis manusia iaitu :

1-      Seseorang yang tahu dirinya tahu, maka dia seorang ‘alim
2-      Seseorang  yang tahu tetapi dia tak tahu dirinya tahu, maka perlu ingatkannya
3-      Seseorang yang tahu bahawa dia tidak tahu, maka ajarkan dia
4-      Seseorang yang tak tahu, dirinya tidak tahu, maka jauhkan diri daripadanya

Puncanya, berbalik kepada ilmu. Maka, pulangkan segala-galanya kepada yang Maha Berilmu Allah SWT.


Nota Kaki : Tausiyah ini disampaikan oleh AL-Habib Ali Zeinal Abidin EL-Hamid ketika UMP berselawat pada 25 Zulkaedah 1433H.
WAllahu'alam