Páginas

Friday, February 25, 2011

::Keistimewaan Pembaca & Penghafaz Al-Quran::

  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani serta selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana diberi kesempatan waktu untuk menjengah sebentar ke laman coretan diri ini. Alhamdulillah mendapat perkongsian daripada seorang ukhti daripada Universiti Malaya berkenaan keisitimewaan pembaca dan penghafaz Al-quran. Silakanlah membacanya~


*      Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.
Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).

*      Berada dalam rahmat Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
*      Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. ;katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran),maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan bahawa Alif,Lam,Mim itu satu huruf,tetapi Alif itu adalah satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf."(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)
*      Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w , dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia."Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu ahai Rasulullah s.a.w.?"Jawab baginda:"Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."(Riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Ad-Darimi,Al-Hakim dan An-Nasaie).
*      Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat.
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat muslim)
*      Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.
Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya,Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia.Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)

Sunday, February 13, 2011

:: Mutiara Ilmu Dari Masjid Al-Hidayah::


Mukadimah

  Bismillahirrahmanirrahim serta selawat dan salam ke atas junjungan besar  Muhammad s.a.w. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk merasakan nikmat hidup di dalam Iman dan juga Islam. Sungguh, kalau hendak dihitung nikmat yang Allah kurniakan buat ana selama 21 tahun ini pasti tidak akan mampu menghitungnya. Ditambahkan dengan nikmat mempunyai ibu bapa yang sangat baik, guru-guru yang sangat kasihkan kami anak-anak muridnya dan juga sahabat-sahabat yang sangat cintakan ilmu serta cintakan suasana agama, pasti air mata  akan jatuh dan terlalu murah untuk mengalir. Apabila hati terasa kusut dan sesak dek kerana tugasan harian yang sangat mencabar, maka ingatlah Allah serta sebutlah nama kekasihnya yang paling utama yakni Rasulullah s.a.w, pasti hati yang tadi sedih dan gundah gulana menjadi tenang dan juga damai. Subhanallah, sememangnya sungguh indah hidup ini seandainya kita sentiasa meyakini bahawa Allah itu adalah pemilik dan pentadbir diri kita yang paling utama.

Katakan tidak pada Valentine's Day
  Alhamdulillah, kini sudah menjangkau  4 bulan menjadi salah seorang pelajar Jurusan Biomedical Science di institusi yang banyak mengajar ana erti sebuah kehidupan yang sebenar. Rindu sebenarnya untuk menulis, namun dek kerana hambatan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang penuh dengan lambakan-lambakan assignment membuatkan masa untuk menupdate blog agak terbatas. Hanya mampu mencoretkan kata-kata ringkas di wall FB untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada pada diri yang sangat fakir ini. Sungguh, apabila mendapatkan sesuatu ilmu yang baru, hati terasa sangat perlu untuk dikongsikan dan sekiranya hasrat untuk berkongsi itu tidak dapat ditunaikan, mulahlah gundah gulana hati. Allahu Allah…sungguh kami percaya bahawa setiap ilmu itu adalah milik Allah dan wajib dikongsikan agar dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

  Terasa panjang pula mukadimah entry kali ini. Khair, InsyaAllah untuk perkongsian kali ini,  ingin sekali jari jemari menari di atas papan kekunci keyboard untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah diperolehi bersama beberapa orang sahabat ketika menghadiri pengajian kitab Bidayatul Hidayah karangan Al Iman Hujjatul Islam Imam Ghazali R.H dan Kitab Idaman Bagi Orang Yang Solat karangan As-Syaikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni. Ketika pengajian itu juga Ustaz ada menyampaikan berkenaan mawlid Nabi. InsyaAllah semoga sedikit ilmu yang ada ini dapat memberikan manfaat buat semua yang membaca.

"Banyakkan berzikir keatas Baginda Muhammmad s.a.w pada hari yang mulia ini"
(Syaikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll)

Pertama kali diadakan di UIAM
  Pada tanggal 12 Rabiul Awal, lahirlah seorang bayi yang manjadi rahmat buat seluruh alam. Siapakah bayi tersebut. Ya Rasulullah s.a.w, kekasih hati kita. Sedarkah kita bahawa pada 15 Februari 2011 merupakan hari ulang tahun kelahiran kekasih kita ini? Sungguh, apa yang dapat diperhatikan pada kebanyakan anak-anak muda kita pada masa ini Valentine’s Day lebih diingati berbanding Mawlid Nabi kekasih hati kita, sedangkan sambutan Valentine’s Day adalah haram dan bukanlah terdapat di dalam ajaran Islam. Lihat, betapa anak-anak muda kita disogokkan dengan lambakan-lambakan budaya barat yang bukan sahaja tidak diajarkan di dalam Islam malahan kerap kali menyebabkan mereka melanggari apa yang syariat tetapkan. Parah betul keadaan anak-anak muda sekarang.Wana’uzubillahi min zalik, semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang menyia-nyiakan hidup mereka.
 
Maka apakah kamu mengira, bahwa Sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, raja yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) 'Arsy yang mulia.”
(Al-Mukminun: 115-116)

MENGAPA RABIUL AWAL SANGAT MULIA?

“Setiap perkara yang di dalamnya terdapat perkara yang mulia, maka ia menjadi mulia”
(Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni)

  Rabiul Awal merupakan bulan yang sangat mulia kerana pada bulan ini kekasih Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Kemuliaan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada baginda menyebabkan Rabiul Awal  menjadi tersangatlah mulia. Maka, dengan itu kita dianjurkan untuk meraikan kelahiran baginda dengan mengadakan mawlid yang mana di dalamnya mengandungi perkara-perkara yang tidak sedikit pun menyimpang daripada ajaran Islam. Biarpun ia bid’ah tetapi ia adalah salah satu bid’ah (perkara yang baru dan tidak dilakukan oleh Rasulullah) yang dapat membawa kebaikan kepada agama (bid’ah Hasanah). Sahabat-sahabat terdahulu juga pernah mengadakan beberapa perkara yang baru dan tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Sungguh, bukanlah pembaharuan yang dibawakan oleh para sahabat itu bukanlah semata-semata untuk kepentingan peribadi tetapi tidak lain dan tidak bukan untuk memudahkan kita. Antaranya:-

1)      Sayidina Abu bakar As-Siddiq : mengumpulkan Al-quran
2)      Sayidina Umar Al-Khatab : Solat terawikh berjemaah
3)       Sayidina Uthman : Azan sebanyak dua kali ketika solat Jumaat

  Lihat, betapa pembaharuan yang telah dibawakan oleh sahabat-sahabat ini memberikan kesan yang baik buat agama. Sebagai contoh Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, yang mengarahkan agar Al-quran dikumpulkan dan dibukukan untuk memudahkan kita membacanya. Inikan pula Mawlid Nabi, majlis yang di dalamnya mengandungi zikir-zikir yang memuji Rasulullah serta qasidah-qasidah yang menyatakan kecintaan kita kepada Rasulullah, adakah ia bid’ah? MaasyaAllah. Menurut Al-Fadhil Ustaz Uwais, para ulama’ juga mengatakan bahawa Abu Lahab yang terkenal dengan kekejamannya dan mendapat laknat dari Allah, diringankan hukumnya pada setiap hari Isnin kerana suka akan kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Wallahu’alam. Lihat analogi yang disampaikan guru kepada guru kami As-Syaikh Nuruddin Marbu Al-Banjari An-Nadwi:

Orang yang mengharamkan mawlid seolah-olah dia mengharamkan roti canai dimakan”


   Maka, dengan itu Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni menganjurkan agar menghadirkan diri pada majlis-majlis mawlid, agar bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah.

Orang yang menunjukkan sesuatu yang baik, maka, ia akan mendapat kebaikan”


Kupasan Kitab Bidayatul Hidayah

Adab-adab bertayamum:
Hikmah bertayamum hanyalah untuk Umat Rasulullah s.a.w. Kenapa?

Kerana menurut ulama’ feqah :

tidak ada debu yang suci melainkan pada umat Nabi Muhammad s.a.w dan bumi umat Nabi Muhammad s.a.w adalah bumi yang suci”

Kitab Bidayatul Hidayah
Selain itu, hikmah bertayamum adalah, agar setiap umat sentiasa berada di dalam thaharah(bersih)

Sebab-sebab dibolehkan bertayamum:

1)      Bertayamum di tempat yang kebiasaannya tiada air atau sukar untuk mendapatkan bekalan air. Tetapi sekiranya tempat yang pada kebiasaannya mempunyai air akan tetapi tiba-tiba terputus bekalan air, maka solat yang dilakukan dengan bertayamum wajib diqada’kan.

2)      Ke’uzuran. Menurut ulama’ Feqah :-
            -Penyakit yang akan memberi mudharat jika terkena air.
            - Boleh baik tetapi tempoh pemulihan akan menjadi lama sekiranya terkena air.
- Boleh baik tetapi parut akan jelas kelihatan sekiranya terkena air terutamanya di muka dan tangan.

3)      Air ada tetapi mempunyai halangan untuk mendapatkannya sebagai contoh ketika perang.

4)      Air sedikit yang hanya mencukupi untuk menghilangkan dahagamu atau dahaga sahabatmu kecuali orang yang “ghairu muhtara”.

6 Golongan yang tidak wajib ke atas kita memberinya air ketika kita ketiadaan air untuk berwudhuk dan hanya air itu sahaja yang ada:-

1)      Murtad (Wana’uzubillahu minzalik)
2)      Kafir harbi (perang) seperti Yahudi
3)      Zani Musnon (Orang sudah berkahwin berzina)
4)      Khinzir
5)      Anjing yang memudharatkan yakni liar
6)      Orang yang meninggalkan solat


  Selain itu, Ustaz juga ada berkongsikan bahawa pahala seorang muslimah itu adalah sama walaupun tidak menunaikan solat Jumaat. Antara amalan yang pahalanya bersamaan dengan kaum Adam:-

1)      Banyak berzikir
2)      Bersyukur  di dalam hatinya
3)      Seoarng wanita yang membantu suami dan ahli keluarganya untuk taat kepada Allah

  Sungguh, Islam itu agama yang adil dan menyeluruh. Setiap hukum yang ditetapkan punya sebab dan musababnya.

  Alhamdulillah, berikut adalah adalah sedikit mutiara ilmu yang sebab dicatat oleh Al-Faqirah ketika pengajian. Bagi kitab Idaman Bagi Orang yang solat karangan As-Syaikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani ana tidak dapat berkongsi dek kerana topik dibincangkan adalah sambungan daripada minggu lepas. Ada masyghul dan tidak dapat menghadirkan diri. InsyaAllah, semoga sedikit coretan daripada hamba hina ini dapat memberikan sedikit manfaat buat semua pembaca yang dikasihi kerana Allah.

“Salah satu tanda kasih dan sayang sesorang itu kepada sahabatnya ialah berkongsi ilmu yang ada pada dirinya walaupun sedikit agar sahabatnya itu mendapat manfaat daripadanya”
(dipetik dari kata-kata seorang penceramah ketika menghadiri kuliah maghrib baru-baru ini. Inilah tanda kasih dan sayang ana kerana Allah)

Pondok Ar-Rahmaniah Sik Kedah

Nota kaki:  Kagum melihat mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang istiqamah menghadiri pengajian. Malu pula rasanya pada diri sendiri. Teringat pengalaman ketika berada di Pondok Sik. Rindu Tok yah dan tok-tok yang lain. Apakah khabar mereka?

Friday, February 11, 2011

:: Jaga Tujuh Sunnah Nabi::



Kiriman : Bpk. Martha Bachtiar

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama, Tahajjud
karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga shalat Dhuha
karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan dzikir berbagai kejahatan seperti narkoba, KKN, dan lainnya dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Oleh : HM Arifin Ilham


Nota kaki : Artikel ini diambil daripada FB seorang sahabat. Semoga menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah 


Maaf, blog tidak terusik. InsyaAllah andai berkesempatan akan diupdate.InsyaAllah. Doakan saya istiqamah ya sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.