Páginas

Friday, June 29, 2012

::Mendidik Madrasah Untuk Melahirkan Madrasah::




"Terdidik wanita, terdidik generasi"
   Wanita, muslimah atau perempuan merupakan calon madrasah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Hakikatnya, mendidik madrasah (wanita) adalah untuk melahirkan madrasah-madrasah(anak-anak). Jika baik madrasah yang dididik itu, maka baiklah madrasah-madrasah yang akan dihasilkan kelak. Betapa di dalam Islam, turut ditekankan tentang kepentingan mendidik wanita dalam usaha melahirkan generasi anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta untuk menjadi penerus kepada perjuangan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Walaupun dewasa ini telah wujud banyak madrasah-madrasah, sekolah-sekolah mahupun pesantren-pesantren dalam usaha untuk mendidik anak-anak, pada hakikatnya belum dapat menandingi madrasah-madrasah yang ditadbir oleh kedua  ibu bapa. Kuasa ibu dan bapa sangat besar impaknya dalam melahirkan generasi-generasi penerus perjuangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم   yang kuat rohani dan jasmaninya apatah lagi cerdas fikirannya.

   Sayyidatuna Aisyah RA ketika menghuraikan hadis Nabi صلى الله عليه وسلم   menyatakan bahawa tiada fitnah yang paling besar melainkan fitnah wanita kepada lelaki. Maka, pada zaman modenisasi yang mana umat manusia disogok dengan pelbagai kemudahan, dilalaikan dengan bermacam-macam-macam hiburan dan budaya-budaya yang entah dari mana datangnya musuh-musuh Islam dengan bijaknya menggunakan wanita sebagai umpan  untuk merosakkan umat manusia yang muslim terutamanya. Sedarkah kita? Wanita dipaparkan di media-media, di FB-FB dan sebagainya. Oleh itu,  betapa pentingnya mendidik madrasah yakni wanita yang bakal melahirkan madrasah (anak-anak) kelak.


“Terdidiknya wanita akan menyebabkan terdidiknya lelaki. Namun, apabila rosaknya wanita maka rosaklah lelaki kerana isyaratnya adalah untuk baiknya moral seseorang lelaki itu apabila baiknya seseorang wanita itu.” 


   Terdapat banyak kisah-kisah wanita-wanita agung ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dididik untuk menjadi madrasah yang baik dan hasilnya melahirkan madrasah-madrasah yang baik juga. Betapa madrasah ibu telah terbukti berjaya melahirkan pejuang-pejuang yang hebat di dunia dan akhirat serta tinggi akhlak dan adabnya.



Madrasah IBU



1-  Madrasah Ibu ketika zaman Bani Israel (kisah Maryam)

Ibu kepada Maryam berdoa ketika Maryam masih di dalam kandungannya dengan doa ini:


"Ya Allah aku bernazar, janin yang ada di dalam perutku ini, untuk aku jadikan MUHARRAR (untuk berkhidmat) di Baitulmaqdis, maka perkenankanlah nazarku ini wahai Allah."


   Walaubagaimanapun, ketika lahirnya Maryam, ibunya tidak dapat menghantarnya ke Baitulmaqdis untuk berkhidmat di sana kerana keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan. Namun kerana cita-cita dan kecintaan ibunya yang amat mendalam kepada Allah, ibunya menamakannya dengan nama Maryam yang membawa maksud orang yang berkhidmat kepada Allah dan berharap agar Maryam akan menjadi seperti maksud di sebalik namanya itu.


2-  Mardasah Ibu ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم (Sayyidutina Fatimah R.A)

"Generasi penerus perjuangan Rasulullah"


Sayyidatuna Fatimah RA si puteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم  mendapat jolokan Al-Batul yang bermaksud tidak pernah putus beribadah kepada Allah swt.

   Sayyidatuna Fatimah Az-Zahra' dididik oleh kota kepada tarbiyyah iaitu Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka atas didikan yang diterima daripada Sayyiduna Rasulullah  صلى الله عليه وسلم itu beliau telah berjaya melahirkan pejuang-pejuang agama yang hebat iaitu Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna  Hussain, dua orang cucu kesayangan Rasulullah  صلى الله عليه وسلم .

   Dikisahkan pada suatu hari Sayyidatuna Fatimah RA pergi menziarahi Rasulullahصلى الله عليه وسلم di rumah Baginda dan bertanyakan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkenaan apakah yang lebih baik daripada pembantu? Maka dijawabnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bacalah 


Subhanallah( 33x), Alhamdulillah (33x) dan Allahu Akhbar (34x) (Dinamakan sebagai zikir Fatimah)

   Maka ketika pulanq ke rumahnya, Sayyidatuna Fatimah RA berkata kepada suaminya Sayyiduna Ali Kwj.
"Wahai suamiku Ali, sesungguhnya ketika aku berjumpa bapaku, aku menginginkan dunia tetapi aku membawa pulang akhirat untukmu"

   Daripada madrasah ibu ini iaitu madrasah Sayyidatuna Fatimah RA lahirnya dua orang putera yakni Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna Hussain yang sangat menjaga adabnya  terhadap orang yang lebih tua. Bukti ketinggian adab mereka ini dapat dilihat di dalam sebuah kisah yang menceritakan tentang suatu peristiwa ketika mana mereka ingin menegur seorang lelaki tua yang salah cara wudhuknya. Subhanallah Tabarakallah..


3-Madrasah Ibu selepas zaman Rasulullah (Kisah Khalifah Umar 
Abdul Aziz)

   Calon ibunya merupakan merupakan seorang gadis yang jujur dalam berniaga. Ibu kepada ibunya yang menyuruhnya agar ditambahkan air di dalam susu yang dijual mereka. Namun, tidak dilaksanakan olehnya takutkan Tuhannya Khalifah Umar . Khalifah Umar terdengar perbualan mereka itu. Dibuatnya tanda di rumah gadis tersebut untuk datang semula keesokkan harinya untuk meminang si gadis untuk anaknya. Hasil daripada madrasah ini lahir Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan kepimpinannya. Seorang gadis yang jujur dalam berniaga, akhirnya dapat melahirkan seorang pemimpin yang hebat.


4-Madrasah Ibu selepas zaman para sahabat ( Kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

Ibu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani menyatakan kepadanya bahawa:
"Ribath Az-Zahra'"


"Wahai anakku aku bernazar, untuk menyerahkanmu (berkhidmat kepada Allah) kepada Allah"

   Maka, ibunya meminta Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibunya membekalkannya wang yang dimasukkan ke dalam kocek yang dijahit ibunya pada bajunya dan menasihatinya agar bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun.

   Ketika di dalam perjalanan ke Baghdad,  rombongan yang disertainya diserang perompak. Namun, perompak-perompak memperlekehkannya dan menyatakan bahawa beliau hanya budak kecil dan tidak punya apa-apa. Namun, ada seorang perompak dari kalangan perompak-perompak tersebut menghampirinya dan bertanya sama ada beliau ada mempunyai harta untuk diserahkan kepadanya. Maka, jawabnya dengan jujur bahawa dia mempunyai sejumlah wang yang dibekalkan oleh ibunya.

   Perompak tersebut bertanya kepada As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani sama ada beliau mengenalinya ataupun tidak kerana hairan melihat sikapnya yang terlalu jujur. Maka, jawabnya ya beliau mengenalinya , perompak yang mahu merompak hartanya. Perompak itu bertanya lagi. Jadi jika engkau tahu aku perompak, mengapa engkau tidak hanya memberitahu kepadaku bahawa kamu tidak mempunyai harta. Maka, jawab beliau, sesungguhnya aku berpegang pada pesanan ibuku bahawa bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun. Disebabkan kejujuran As-Syeikh Abdul Qadir, akhirnya perompak itu menyesal dengan segala perbuatannya dan mengembalikan semua harta rompakan kepada pemiliknya. Ditanya kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani kemana destinasinya. Maka, jawabnya ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Maka, kata  perompak itu, Aku ikutmu. Akhirnya daripada seorang perompak kepada muta'allim. Tabarakallah

   Kesimpulannya, madrasah seorang ibu itu adalah amat penting dalam melahirkan anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta benar dalam berkata-kata. Bukankah telah banyak contoh-contoh daripada umat-umat yang terdahulu yang dapat dijadikan panduan di dalam hidup kita? Buat para wanita, berusahalah membuat persediaan untuk menjadi madrasah yang baik untuk anak-anak. Buat para lelaki, jadikan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai contoh ikutan di dalam apa jua keadaan kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلمcontoh ikutan sepanjang zaman. Sollu ‘alan Nabiy!


“Dunia ini adalah perhiasan, seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah”
(Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu’alam

Nota kaki : Olahan daripada Tausiyah yang disampaikan oleh Habibuna Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid bersempena perasmian Ribat Az-Zahra' milik Murabbina Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni

Wednesday, April 4, 2012

::Kitab Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama' cetakan kedua::



TERBARU DI PASARAN!!!


915 Muka surat, 2013 Nota Kaki, menjawab 117 persoalan Khilafiyyah,
Terbitan Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Cetakan Kedua, November 2011
(Cetakan pertama, Januari 2011)

RM 150 Sebuah

Kata-kata Aluan daripada Mantan Ketua Pengarah JAKIM
2 Mantan Mufti
Timbalan YDP Persatuan Ulama' Malaysia ILMUWAN  

Susunan
 Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll (Pensyarah Di UIAM)

(Penulis Buku : "6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah" dan "Solat Nabi Mengikut Mazhab Syafi'e", Kolumnis di majalah Q&A pada ruangan Paradigm & Suluhan Ibadah, Penceramah Jemputan di segmen topik Jumaat di Radio IKIM 
Hubungi : Puan Wardah :013-3409960 (mawleedpublishing@yahoo.com
Wallahu'alam
Nota Kaki: Mohon disebar-sebar dan dipanjang-panjangkan. Jazakumullahu khairan kathira. Semoga seluruh masyarakat mendapat manfaatnya. InsyaAllah

Thursday, February 23, 2012

::Kitab Solat Nabi Sekarang Di Pasaran::


KITAB SOLAT NABI KARANGAN GURU KAMI
 

Para pencinta ilmu dan warisan ulama….

Alhamdulillah….

Buku “Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e”
karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy telah terbit.
(beliau juga penulis buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ “, 915 ms dan “6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah” )

Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd., 279 muka surat, 440 nota kaki, berwarna-warni, gambar, rujukan lebih 20 kitab turath, RM35.00 senaskhah

Hubungi:

Puan Nur Wardah - 0133409960 (mawleedpublishing@yahoo.com)


Kata-kata aluan daripada para ulama‘

“Alhamdulillah, saya telah meneliti buku ini. Saya rasa kagum dan gembira dengan usaha ini kerana usaha ini amat teliti dan lengkap dengan dalil-dalil yang dikehendaki oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah....

Risalah seperti ini mesti dijadikan contoh kepada para pendakwah masa kini untuk memartabatkan ilmu dan memperkukuhkan pengetahuan dalam ilmu Mazhab Syafi‟e. Aliran Ahli Sunnah kini makin diancam oleh mereka-mereka yang beraliran Wahabiah, sehinggakan wujud orang yang berani menyalahkan Imam Syafi‟e. Suasana ini amat membimbangkan kita.

Semoga dengan terbitnya naskhah yang bertajuk “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi‟e” ini amat dihargai bagi memastikan generasi hadapan tidak keliru dan hanya mengikut-ikut dalam melakukan ibadah lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia yang wujud pelbagai aliran kefahaman...“

(Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan Guru Haji Salleh bin Musa)
Mudir, Madrasah ar-Rahmaniah, Sik, Kedah

“Alhamdulillah. Setelah diamati dengan teliti buku ini, saya mendapati bahawa ianya sebuah naskhah yang amat baik. Tahniah saya ucapkan kepada penulis di atas usaha untuk menerbitkan buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi‟e”, ini yang merupakan satu inisiatif ke arah melahirkan generasi Muslim yang sejati.

Sebagai umat Islam di Malaysia yang berpegang dan mengamalkan Mazhab Syafi‟e, ianya memberi panduan yang sangat baik dan jelas berkenaan cara melakukan ibadah solat dengan sempurna menurut mazhab tersebut. Jika masyarakat Islam mengembara atau berkunjung ke negara-negara Islam yang lain, mereka akan mendapati cara melakukan solat yang berbeza-beza dan bercampur-aduk dan adakalanya mendatangkan kekeliruan kepada mereka sendiri. Kadangkala ada yang terbawa-bawa dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui daripada sumber ilmu yang betul…”

(Tan Sri Sheikh Haji Ismail bin Muhammad)
Imam Besar Masjid Negara

“Saya telah membaca buku hasil tulisan Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini dan mendapati buku ini sangat bermanfaat untuk umat Islam di tanah air. Ia menyumbang kepada kekayaan khazanah Islam yang mungkin terselindung bagi sebahagian orang kerana kurang pendedahan tulisan-tulisan seumpama ini dalam Bahasa Melayu moden.
Buku ini mengupas isu-isu dalam solat berdasarkan huraian dan dalil yang berasaskan mazhab Syafi‟e dan ini amat sesuai dengan konteks masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan fuqaha„ dalam mazhab Syafi‟e dan hadith-hadith yang berkaitan, didedahkan dengan penuh amanah yang menjadikan buku ini mempunyai nilai yang tersendiri khususnya dari segi pendedahan dalil ilmiah dalam setiap isu yang diperkatakan. Ia tentunya akan menjadi panduan yang bermanfaat bagi mereka yang berminat untuk mendalami hukum-hakam solat...“

(Ustaz Dr. Hj Luqman b Hj Abdullah)
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, merangkap Mudir, Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah


“Buku ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin mendalami cara mengerjakan solat beserta dalil-dalilnya yang lengkap kerana mungkin selama ini sebahagian kita hanya solat ikut-ikutan tanpa dalil yang jelas dalam mazhab Syafi‟e.
Selain itu, buku ini juga amat berguna kepada sesiapa yang mengkaji sifat solat Nabi هيلع للها ىلص
وسلم kerana buku ini lengkap dengan takhrij hadis. Penulis juga menyenaraikan kitab-kitab turath karangan ulama‟-ulama‟ bermazhab Syafi‟e serta pengenalan ulama‟-ulama‟ untuk memudahkan sesiapa yang ingin mengkaji tentang solat...”

(Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis)
Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID), Pokok Sena, Kedah


“Dunia ilmu bergembira lagi dengan terbitnya buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi‟e” yang merupakan karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menghasilkan buku ilmiah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta ilmu pengetahuan. Tanpa ketekunan, kesabaran dan kesungguhna beliau sudah pasti isi buku ini tidak akan dapat dikongsi manfaatnya. Inilah buku yang menerangkan bentuk solat Rasulullah yang merupakan pintu manusia untuk sampai ke hadrat Allah...“

(Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi)
Pengarah Urusan, Mawleed Publishing Sdn. Bhd.

Komen dari pembaca:
“Salam. Tahniah Al-Fadhil Ustaz Muhadir di atas usaha yang gigih & mengkagumkan ini. Panduan solat yang komprehensif dan tepat mengikut mazhab Shafii…”
(Hj Zul, Puchong)

“Alhamdulillah….. Lama dah cari buku mcm ni… Kupasan yg santai, jelas, mudah difahami. Tajuk “Kesempurnaan Rukun” mmbuatkan saya benar2 insaf. Rupa2nya, dalam rukun ade rukun… Lampiran2 sgt bagus penerangannya. Tak rugi beli buku ini.”
(Fatin, Kampung Baru, KL)

“Buku SOLAT NABI MENURUT MAZHAB SYAFI’E ini adalah satu karya ilmiah yang bermutu, teliti dan amanah. Gabungan kitab turath dan penulisan moden yang ceria dan segar. Setiap hujah disertakan dengan kitab rujukan dan muka surat serta jilid. Usaha sebegini patut diikut oleh penulis/ penyelidik masa kini. Mahasiswa/i pengajian Islam patut memilikinya….”
(ex-pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, UKM)

“Saya peminat karya Ustaz Muhadir As-Sanariyy. Setiap karya beliau insyaAllah tidak mengecewakan pembaca dan penuntut ilmu. Saya bagi 5 bintang untuk buku Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi’e. Teruskan berkarya untuk agama ustaz….”
(Yusuf, Masjid Putrajaya)

“Kemas kitab ni… Sapa khatam kitab ni, kira macam baca berpuluh-puluh kitab kuning/ lama.”
(Ali, Jitra)

“Dalil yang jelas dan rujukan kitab muktabar. Penjelasan hukum melafaz niat, qashad ta’rud ta’yin, cara letak tangan lps takbir, cara turun, bangun dari sujud, menekan dengan penumbuk ketika bangun ke rakaat lain, sayyidina, gerak jari ketika tasyahhud, sapu muka, ditambah dgn cara hilang was2 dan jawapan kpd orang tak mau ikut mazhab, menjadi nilai tambah kepada buku ini”.
(Hajah Salwa, Kota Damansara)

“Buku ini hadiah buat ummat bermazhab Syafi’e. Harganya tidak setanding isinya…”
(Ust Abu Humaira’, UIAM)

“Patut ada segmen khusus mempromote buku Solat Nabi ini di TV atau Radio IKIM. Buku macam ini sangat patut disebar luaskan….”
(Peminat Radio IKIM.fm)

P/s: Mohon disebarluaskan demi kebaikan Ummah sama ada di FB, Blog dan sebagainya. Jazakumullahu khairan kathira

Saturday, January 7, 2012

::Hidup Sihat Seperti Rasulullah::

Hidup Sihat Seperti Sayyidina Rasullulloh SAW

 
1 .SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

Berlimpah pahala dari Allah
Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan /terapi penyakit TB
Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

“Mandi pada hari Juma'at adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman”(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :

“Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)”(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan

sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk,dan bila duduk maka berbaring
Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari syaithon
Segeralah berwudhu
Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga st abi litas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Dalam berbagai aktifitas dan pola kehidupannya, Rasulullah memang sudah di rancang oleh Allah SWT sebagai contoh teladan yang baik (al uswah hasanah) bagi semua manusia. Teladan ini mencakup berbagai aspek kehidupan termasuk dalam pola makan.

Sepintas maslaah makan ini tampak sederhana, tapi dengan pola makan yang dicontohkan Rasulullah, beliau terbukti memiliki tubuh yang sehat, kuat dan bugar. Bahkan, berbagai riwayat shahih menjelaskan bahwa Rasulullah sanggup membanting Rukanah beberapa kali dalam sebuah pertarungan gulat, padahal Rukanah adalah juara gulat Mekkah yang saat itu tak terkalahkan.

Ketika Kaisar Romawi mengirimkan bantuan dokter ke Madinah ternyata selama setahun dokter tersebut kesulitan menemukan orang yang sakit. Dokter tsb bertanya kepada Rasulullah tentang rahasia kaum muslimin yang sangat jarang mengalami sakit. Rasulullah bersabda: ‘Kami adalah kaum yang tidak makan kecuali sudah betul betul lapar dan apabila makan, kami berhenti sebelum kekenyangan’ (Al hadist*)

Aktifitas Rasulullah yang padat dengan dakwah dan perjuanganmenegakkan agama yang masih muda ini, sehingga tiap menit dalam kehidupan Rasulullah selalu di isi dengan kegiatan yang produktif. Rasulullah hampir tidak pernah bermalas malasan, berbicara tanpa tujuan ataupun tidur yang melebihi batas. Siang dan malam waktu bleiau dipadati oleh urusan dakwah dan perjuangan. Aktifitas yang sarat beban ini harus di dukung oleh kondisi fisik yang prima. Dan Alhamdulillah, Rasulullah selalu dalam keadaan sehat dan hanya mengalami dua kali sakit selama hidupnya. Pertama, ketika di racun oleh seorang wanita Yahudi yang menghidangkan makanan kepada Rasulullah di Madinah. Kedua, menjelang wafatnya.

Para ahli kesehatan menilai gaya hidup Rasulullah dalam mengkonsumsi makanan, memberikan pengaruh besar terhadap kondisi kesehatan beliau. Kecerdasan Rasulullah dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsi telah menentukan tingkat kesehatan beliau.

Akhir akhir ini dunia medis baru menyadari bahwa ternyata pola makan merupakan faktor penentu dari penyakit2 yang di derita manusia. Kebanyakan penyakit disebabkan oleh kacaunya pola makan, dan begitu pula faktor penyembuhan penyakit seringkali ditentukan dari pola makan seseorang.

SAYANGI DIRIMU!!!!!!!!!!!!

Sumber: Group Para Pencinta Habaib dan Ulama

Friday, January 6, 2012

::Kisah Cinta Yang Sebenar-benarnya::


KISAH CINTA ZAHIR BIN HARAM 



Dikisahkan dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, ia berkata bahwa ada seorang laki-laki berasal dari daerah pedalaman bernama Zahir bin Haram. Dia sering memberi hadiah kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam barang-barang dari pedalaman. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam selalu memberi bekal saat ia ingin kembali ke kampungnya. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Zahir adalah orang pedalaman kita, dan kita orang perkotaannya”. 

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sangat mencintai Zahir bin Haram, meskipun orang ini bermuka sangat buruk. Pernah, suatu hari beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menghampirinya ketika ia sedang berjualan. (tiba-tiba) Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam memeluknya dari arah belakang, sehingga Zahir bin Haram tidak bisa melihatnya.

Maka ia pun berseru: 
“Lepaskan aku. Siapakah ini?” 

Maka Rasulullah berkata: 
“Siapa yang mau membeli hamba (budak) ini?” 

Zahir bin Haram menyahut: 
“Engkau akan mendapati aku tidak mungkin laku dijual, wahai Rasulullah,” 

maka beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 

لَكِنْ عِنْدَ اللَّه لَسْتَ بِكاَ سِدٍ (أوْ قَا لَ) لَكِنْ عِنْدَ ا للَّهِ أنْتَ غَا لٍ

“Tetapi engkau di sisi Allah bukan barang yang tidak laku,” atau beliau bersabda: “Tetapi engkau di sisi Allah sangat mahal”

(syamail muhammadiyah, bab ma ja' fi sifat mizah Rasulullah)


Nota kaki : Mereka sibuk menyatakan rasa cinta, rindu dan kasih mereka kepada junjungan besar Rasulullah saw , kita pula? Sibuk meluahkan rasa cinta dan rindu kita kepada si "dia" yang belum halal menjadi milik kita? Allahu Allah.. Semoga Allah rezekikan kita untuk berada di dalam kalangan mereka-mereka yang mencintai Allah dan Rasullah saw melebihi cinta kepada dunia dan seisinya. Sabda Nabi mafhumnya: Kita akan berada bersama-sama orang kita cintai di akhirat kelak.Subhanallah. ♥♥♥" Ini kisah cinta yang sebenar-benarnya..sebarkanlah ke seluruh pelusuk dunia.

Sunday, December 25, 2011

::Jatuh Cinta pada Hadhramaut, Yaman::






 
Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya. Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan. Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.

Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.


Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.


Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.


Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?


Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.


Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.


Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.


Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim. Indah nian gambaran para wanita dan lelaki di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah bersama mu wahai Kekasih Hati, wahai Penghulu seluruh manusia. Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini.



Wallahu'alam
Nota kaki : Hasil Nukilan seorang sahabat di laman "FB". Allahu Allah teringin sangat untuk ke sana. Belajar di Ribat Az-Zahra' dan dekat dengan ulama'. Semoga Allah memperkenankan hajat ini.Allahumma Ameen. 

Sunday, December 18, 2011

~Iklan:Kitab Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi'e~

Kitab Karangan Syeikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll

Panduan yang paling sempurna dalam sembahyang ialah sembahyang yang didirikan seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW bersabda, “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullah SAW) sembahyang.”

Buku Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e ini hadir dihadapan para pembaca untuk menerangkan bahawa solat yang kita dirikan selama ini hakikatnya datang daripada bentuk solat Rasulullah SAW yang telah diterangkan dengan lebih jelas oleh ulama’-ulama’ yang alim dalam empat mazhab terutama imam kita yakni Imam Syafi’e.

Justeru, hendaklah kita yakin bahawa sembahyang cara mazhab Syafi’e adalah mengikut sembahyang cara Nabi SAW. Cara inilah yang telah dipelajari dan ditekuni oleh masyarakat Islam di negara ini yang bermazhab Syafi’e sejak zaman berzaman. Cara inilah yang telah dan sedang diajar, malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah (KAFA dan PAFA) di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian, malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab Syafi’e. 

Tunggu Kemunculannya!!