 |
| "Terdidik wanita, terdidik generasi" |
Wanita,
muslimah atau perempuan merupakan calon madrasah kepada anak-anak yang bakal
dilahirkan kelak. Hakikatnya, mendidik madrasah (wanita) adalah untuk
melahirkan madrasah-madrasah(anak-anak). Jika baik madrasah yang dididik itu,
maka baiklah madrasah-madrasah yang akan dihasilkan kelak. Betapa di dalam
Islam, turut ditekankan tentang kepentingan mendidik wanita dalam usaha
melahirkan generasi anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta untuk menjadi
penerus kepada perjuangan Sayyiduna Rasulullah صلى
الله عليه وسلم . Walaupun
dewasa ini telah wujud banyak madrasah-madrasah, sekolah-sekolah mahupun
pesantren-pesantren dalam usaha untuk mendidik anak-anak, pada hakikatnya belum
dapat menandingi madrasah-madrasah yang ditadbir oleh kedua ibu bapa. Kuasa ibu dan bapa sangat besar
impaknya dalam melahirkan generasi-generasi penerus perjuangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang kuat rohani dan jasmaninya apatah lagi
cerdas fikirannya.
Sayyidatuna Aisyah RA ketika menghuraikan hadis
Nabi صلى الله عليه وسلم menyatakan bahawa tiada
fitnah yang paling besar melainkan fitnah wanita kepada lelaki. Maka, pada zaman
modenisasi yang mana umat manusia disogok dengan pelbagai kemudahan, dilalaikan
dengan bermacam-macam-macam hiburan dan budaya-budaya yang entah dari mana
datangnya musuh-musuh Islam dengan bijaknya menggunakan wanita sebagai umpan untuk merosakkan umat manusia yang muslim
terutamanya. Sedarkah kita? Wanita dipaparkan di media-media, di FB-FB dan
sebagainya. Oleh itu, betapa pentingnya
mendidik madrasah yakni wanita yang bakal melahirkan madrasah (anak-anak) kelak.
“Terdidiknya wanita akan menyebabkan terdidiknya
lelaki. Namun, apabila rosaknya wanita maka rosaklah lelaki kerana isyaratnya
adalah untuk baiknya moral seseorang lelaki itu apabila baiknya seseorang
wanita itu.”
Terdapat banyak kisah-kisah wanita-wanita agung
ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dididik untuk menjadi madrasah yang
baik dan hasilnya melahirkan madrasah-madrasah yang baik juga. Betapa madrasah
ibu telah terbukti berjaya melahirkan pejuang-pejuang yang hebat di dunia dan
akhirat serta tinggi akhlak dan adabnya.
 |
| Madrasah IBU |
1-
Madrasah Ibu ketika zaman Bani Israel (kisah Maryam)
Ibu kepada Maryam berdoa ketika Maryam masih di
dalam kandungannya dengan doa ini:
"Ya Allah aku bernazar, janin yang ada di
dalam perutku ini, untuk aku jadikan MUHARRAR (untuk berkhidmat) di
Baitulmaqdis, maka perkenankanlah nazarku ini wahai Allah."
Walaubagaimanapun, ketika lahirnya Maryam,
ibunya tidak dapat menghantarnya ke Baitulmaqdis untuk berkhidmat di sana
kerana keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan. Namun kerana cita-cita dan
kecintaan ibunya yang amat mendalam kepada Allah, ibunya menamakannya dengan
nama Maryam yang membawa maksud orang yang berkhidmat kepada Allah dan berharap
agar Maryam akan menjadi seperti maksud di sebalik namanya itu.
2- Mardasah
Ibu ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه
وسلم (Sayyidutina Fatimah R.A)
 |
| "Generasi penerus perjuangan Rasulullah" |
Sayyidatuna Fatimah RA si puteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendapat
jolokan Al-Batul yang bermaksud tidak pernah putus beribadah kepada Allah swt.
Sayyidatuna Fatimah Az-Zahra' dididik oleh kota
kepada tarbiyyah iaitu Sayyiduna Rasulullah صلى الله
عليه وسلم. Maka atas didikan
yang diterima daripada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu beliau telah
berjaya melahirkan pejuang-pejuang agama yang hebat iaitu Sayyiduna Hassan dan
Sayyiduna Hussain, dua orang cucu
kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم
.
Dikisahkan pada suatu hari Sayyidatuna Fatimah RA pergi menziarahi Rasulullahصلى الله عليه وسلم
di rumah Baginda dan bertanyakan kepada Rasulullah صلى
الله عليه وسلم berkenaan
apakah yang lebih baik daripada pembantu? Maka dijawabnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Bacalah
Subhanallah( 33x), Alhamdulillah (33x) dan
Allahu Akhbar (34x) (Dinamakan sebagai zikir Fatimah)
Maka ketika pulanq ke rumahnya, Sayyidatuna
Fatimah RA berkata kepada suaminya Sayyiduna Ali Kwj.
"Wahai
suamiku Ali, sesungguhnya ketika aku berjumpa bapaku, aku menginginkan dunia
tetapi aku membawa pulang akhirat untukmu"
Daripada madrasah ibu ini iaitu madrasah
Sayyidatuna Fatimah RA lahirnya dua orang putera yakni Sayyiduna Hassan dan
Sayyiduna Hussain yang sangat menjaga adabnya
terhadap orang yang lebih tua. Bukti ketinggian adab mereka ini dapat
dilihat di dalam sebuah kisah yang menceritakan tentang suatu peristiwa ketika
mana mereka ingin menegur seorang lelaki tua yang salah cara wudhuknya. Subhanallah
Tabarakallah..
3-Madrasah Ibu selepas zaman Rasulullah (Kisah
Khalifah Umar Abdul Aziz)
Calon ibunya merupakan merupakan seorang gadis
yang jujur dalam berniaga. Ibu kepada ibunya yang menyuruhnya agar ditambahkan
air di dalam susu yang dijual mereka. Namun, tidak dilaksanakan olehnya
takutkan Tuhannya Khalifah Umar . Khalifah Umar terdengar perbualan mereka itu.
Dibuatnya tanda di rumah gadis tersebut untuk datang semula keesokkan harinya
untuk meminang si gadis untuk anaknya. Hasil daripada madrasah ini lahir
Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan kepimpinannya. Seorang gadis yang
jujur dalam berniaga, akhirnya dapat melahirkan seorang pemimpin yang hebat.
4-Madrasah Ibu selepas zaman para sahabat (
Kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)
Ibu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani menyatakan
kepadanya bahawa:
 |
| "Ribath Az-Zahra'" |
"Wahai anakku aku bernazar, untuk
menyerahkanmu (berkhidmat kepada Allah) kepada Allah"
Maka, ibunya meminta Syeikh Abdul Qadir
Al-Jilani ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibunya membekalkannya wang yang
dimasukkan ke dalam kocek yang dijahit ibunya pada bajunya dan menasihatinya
agar bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun.
Ketika di dalam perjalanan ke Baghdad, rombongan yang disertainya diserang perompak.
Namun, perompak-perompak memperlekehkannya dan menyatakan bahawa beliau hanya
budak kecil dan tidak punya apa-apa. Namun, ada seorang perompak dari kalangan
perompak-perompak tersebut menghampirinya dan bertanya sama ada beliau ada
mempunyai harta untuk diserahkan kepadanya. Maka, jawabnya dengan jujur bahawa
dia mempunyai sejumlah wang yang dibekalkan oleh ibunya.
Perompak tersebut bertanya kepada As-Syeikh
Abdul Qadir Al-Jilani sama ada beliau mengenalinya ataupun tidak kerana hairan
melihat sikapnya yang terlalu jujur. Maka, jawabnya ya beliau mengenalinya , perompak
yang mahu merompak hartanya. Perompak itu bertanya lagi. Jadi jika engkau tahu
aku perompak, mengapa engkau tidak hanya memberitahu kepadaku bahawa kamu tidak
mempunyai harta. Maka, jawab beliau, sesungguhnya aku berpegang pada pesanan
ibuku bahawa bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun. Disebabkan
kejujuran As-Syeikh Abdul Qadir, akhirnya perompak itu menyesal dengan segala
perbuatannya dan mengembalikan semua harta rompakan kepada pemiliknya. Ditanya
kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani kemana destinasinya. Maka, jawabnya ke
Baghdad untuk menuntut ilmu. Maka, kata
perompak itu, Aku ikutmu. Akhirnya daripada seorang perompak kepada
muta'allim. Tabarakallah
Kesimpulannya, madrasah seorang ibu itu adalah
amat penting dalam melahirkan anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta
benar dalam berkata-kata. Bukankah telah banyak contoh-contoh daripada
umat-umat yang terdahulu yang dapat dijadikan panduan di dalam hidup kita? Buat
para wanita, berusahalah membuat persediaan untuk menjadi madrasah yang baik
untuk anak-anak. Buat para lelaki, jadikan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم
sebagai contoh ikutan di dalam apa jua keadaan kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلمcontoh ikutan sepanjang zaman.
Sollu ‘alan Nabiy!
“Dunia ini adalah perhiasan, seindah
perhiasan di dunia adalah wanita solehah”
(Hadis Riwayat Muslim)
Wallahu’alam
Nota kaki : Olahan daripada Tausiyah yang disampaikan oleh Habibuna Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid bersempena perasmian Ribat Az-Zahra' milik Murabbina Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni