Páginas

Wednesday, September 2, 2009

:: Dedikasi BUat Keluarga PRESSS & FRC ::

AKU RELA (algebra)


















Telahku rela nama dan diri menjadi sasaran


kerana cinta,aku berkorban


Telahku rela segala tohmahan bermaharajalela


Kerana Cinta, aku terpaksa




Kerana cinta jua

Biarku tanggung segala derita


Asalkan agama selamat akhirnya


Yang membantah hanya berfalsafah


Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan


Lalu kebenaran disingkirkan

Demi hidangan belian pendustaan


Namun aku yang sengsara zahirnya


Redha telah pun penuhi jiwa


Dalam keletihan, aku bahagia


Kerana...

Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga





p/s: Buat sahabt-sahabat yang juga pernah membantu sama ada PRESSS mahupun FRC. Hayatilah dan renungilah maksud disebalik lirik lagu ini. Dan ana dedikasikan lagu ini khas buat sahabat ana yang amat meminati lagu ini (Fatin Nabila).


















:: Bingkisan buatmu Hawa::


"Jadilah khazanah kerahsiaan... Seperti mawar yang memagari dirinya dengan duri, tidak mudah didekati, Apatah lagi disentuh, menjadi idaman Sang Kumbang walaupun gentar dan sukar dimiliki, Akhirnya hanya yang benar-benar hebat bakal menjadi penyunting mawar berduri, Untuk terus mekar di taman keredhaanNYA.."

Tuesday, September 1, 2009

:: Tinta Buat Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul::



Assalamualaikum w.b.t...


Buatmu,

Pemilik cintaku selepas Allah & Rasul.


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak berniat memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buat dirimu sebelum tiba masanya. Kehadiran lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan juga cintaku, membuatkan aku tersedar dari lena dan angan-anganku yang panjang.


Aku telah dididik ibu sejak dari kecil agar menjaga maruah dan juga mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya buat pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul, yang tidak lain dan tidak bukan dirimu. Kata ibu, tanggungjawab ibuu bapa adalah menjaga dan mendidiknya sehinggalah seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah Allah janjikan untukku sejakku dari alam roh lagi dan sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku untuk mana -mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.
Aku menghalang diriku untuk mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain dirimu., apatah lagi memahami mereka. Dengan itulah aku dengan sedaya kudratku yang lemah ini membataskan pergaulanku dengn bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat apabila diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, kerana aku tahu telah banyak contoh yang telah berlaku di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka aku akan buat "expressionless face" dan "cool". Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku atau cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah RA:


"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"




(seindah perhiasan adalah wanita solehah)

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki lain. Biarlah aku cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki kerana pemilik cintaku selayaknya selepas Allah dan Rasul adalah dirimu. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan ramai lelaki bahkan aku rasa terhina kerana ibarat diperlakukan seperti barang yang boleh dijual beli. Aku juga tidak mahu menjadi punca kekecewaan dan juga kejatuhan seseorang lelaki lantaran terlalu mengharap sesuatu yang tidak mampu aku berikan yakni cintaku kerana sudar tersurat hanya untuk dirimu.

"Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak apabila disoal?"

"Adakah hanya itu sumbanganku kepada manusia selama aku hidup?"


Kalau aku tidak ingin engkau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan. Aku harus memperbaiki kelemahanku dan memperhias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku igni lelaki baik yang menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

"Bukankah Allah telah janjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?"

Tidak dapat dinafikan sebagai seorang remaja aku punya perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang akan aku damaikan hatiku dengan janji-janji Allah yang tersemat kemas di dalam hatiku. Aku tidak mahu hatiku ini dinoda oleh dosa-dosa yang licik dan halus hatta tidak terzahir diluar kerana hanya yang benar-benar berhak sahaja yang selayaknya memiliki cintaku.

Diriku yyang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki yang secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolaknya, pelbagai dalil telah aku gunakan namun dia tetap tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak berhenti di situ. Dia sentiasa cuba untuk menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram seolah-olah hidupku yang ceria dirampas dek kerana dirinya. Aku tertanya-tanya adakah diriku ini berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar dan memohon keampunan agar dihindari dari segala kejahatan manusia mahupun jin. Kehadirannya banyak membuatkanku memikirkan dirimu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Dimana sahaja ku berada, akalku akan membuat perhitungan bahawa lelaki yang cuba memiliki cintaku bukanlah dirimu. Kasihku pada jalan dakwah membuatkanku kuat dan teguh dengan keyakinan diriku. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa aku telah belajar dari ujian yang Allah hadiahkan buatku.

Aku bukanlah gadis cerewat dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku yang ingin memiliki berlian sedangkan diriku yang hanya sebutir pasir yang tidak punya nilai sebaik berlian. Tetapi aku juga ingin seperti gadis lain yang ingin cintanya dimiliki oleh seorang wira yang bakal dinobat sebagai ahli syurga dan memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau setampan Nabi Yusuf A.S yang bisa meruntut seluruh hati. Andai kaulah jodohku yang telah tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam diriku dan juga dirimu. Itu janji Allah. Akan tetapi selagi mana kita tidak diikat dengan ikatan yang sah selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kau masih tidak punya hak untuk berbuat begitu. Permintaanku tidak banyak cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya untuk mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur kiranya aku ditakdirkan menjadi peniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atu tersungkur di medan perjuangan. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti akan berendam air mata darah andai seluruh cintamu diserahkan untuk diriku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan ssepenuh hatimu. erana dengan mencintai Allah akan membuatkan kau mencintaiku keranaNYa. Cinta itu lebih mulia daripada cinta kepada insan yang sentiasa leka dan alpa. Moga cinta itu juga yang mempertemukan kita di syurga. InsyaAllah.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewaham dunia. Cukuplah kesenangan yang diusahakan oleh titik peluh kita bersama. Apa guna sekiranya harta terlalu banyak tetapi agama ditinggalkan.Aku tidak akan-akan sekali bahagia sekiranya begitu. Biarlah kita hidup di bawah perlindungan yang Maha berkuasa yakni Allah Rabbul Izzati. Wallahua'lam

Dariku,

Yang mahu cinta dimiliki kerana Allah.



p/s: Bingkisan ini diedit daripada bingkisan yang bertajuk " Tinta buat bakal suamiku" daripada laman web Iluvislam. Bukanlah tujuan tinta ini ditulis untuk kepentingan diri sendiri tetapi hanya sebagai perkongsian yang mungkin berguna buat kita. Selagi mana ilmu yang disampaikan tidak memudaratkan tidak menjadi masalah jika dikongsikan. Semoga post kali ini memberikan sedikit sebanyak manfaat buat semua yang membaca. Semoga Allah merahmati penulisan yang ana kongsikan untuk kali ini. Amin Wallahua'lam.

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Lahir Wahai Anak MERDEKA!




Assalamualaikum....

Selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua... Bagaimana cara sambutan sahabat-sahabat untuk hari kemerdekaan yang ke-56 pada tahun ini yang ditakdirkan berada di dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah? Sanah helwah MALAYSIA!!!
Eh jap2... lupa pulak ana yang ari ni jugak merupakan tarikh lahirnya dua orang sahabat ana yang ana sayangi... Nak tahu tak sape mereka??? Mereka ni anak merdeka tau...

(Nurhanis Bt Badarulzaman)

Nie dia sahabat yang ana maksudkan. Namanya Nurhanis Binti Badarulzaman. Menuntut di Universiti yang sama dan berada di dalam kelas yang sama dari semester pertama sehinggalah sekarang. Manis orangnya dan juga berkepimpinan. Ana bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Hanis. Buat sahabatku Hanis ana doakan semoga Hanis sentiasa berada dalam pelindungan dan rahmat Allah. Hanis da besar sekarang..hehe da makin tua. Semoga persahabatan kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. Sahabatku sayang jadilah umpama bunga mawar yang cantik tetapi bukan senang dimiliki kerana durinya yang menjadi benteng untuk dirinya sepertimana seorang wanita yang bukan senang untuk dimiliki dah hanya lelaki yang benar-benar layak dan mampu sahaja yang bisa menawan dirinya. Salam sayang buat hanis.


(Nur Amalina Dinee Anwar-berbaju pink)

Ha! ni die sahabat ana yang kedua. Namanya Nur Amalina Dinee Anwar. Anak sulung dalam keluarga. Periang orangnya serta bijak. InsyaAllah bakal doktor ni. Sekarang sedang membuat persediaan di College Taylor's dan bakal terbang ke oversea untuk menyambung pelajarannya. Dinee ni merupakan sahabat ana ketika sama-sama menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Beseri,Perlis. MasyaAllah.... memang banyak kenangan yang kami kongsi bersama, ditambah dengan gelagat tiga orang sahabat ana yang dua orang daripadanya menuntut di tempat yang sama dengan ana sekarang dan seorang lagi yang berada nun jauh di pusat pengajian tinggi di Pantai Timur. Betapa nikmatnya ukhwah andai kerana Allah. Buat Dinee, Sanah Helwah dan semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Jaga hati, jaga Iman ye ya ukhti habibati. Jadilah umpama buah epal yang susah dipetik kerana letaknya nun jauh didahanan sepertimana wanita yang tinggi martabatnya dan hanya lelaki yang benar-benar layak mampu memiliki hatinya. SALAM sayang dari bumi CFS IIUM PJ.

Sunday, August 30, 2009

Indahnya Andai semua perkara kerana Allah...


Assalamualaikum buat pelawat-pelawat blog "MUSAFIRAH DAKWAH" yang dihormati dan dikasihi kerana Allah sekalian. Semoga sentiasa berada di dalam nikmat "IMAN" dan "ISLAM" disamping nikmat sihat yang Allah kurniakan buat sekalian hambaNYA. Bagaimana puasa tahun ini? Adakah lebih baik daripada puasa sebelum ini atau sebaliknya??? Biarlah persoalan ini dijawab untuk diri sendiri. Moga-moga puasa pada tahun ini menjadi puasa yang terbaik daripada puasa sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah sudah sembilan hari kita semua berpuasa dalam bulan yang paling istimewa buat setiap insan yang bergelar muslim. Tinggal lebih kurang sehari lagi kita akan masuk ke fasa kedua pada bulan ramadhan dimana fasa maghfirah yang Allah kurniakan buat hambaNya yang berpuasa. Tetapi, cuba kita check balik hari-hari kita dalam bulan ini.... Adakah hari-hari kita ini diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat? atau setiap perkara yang dilakukan sentiasa ditajdidkan niatnya kerana Allah? Pernah atau tidak kita terfikir yang setiap perkara itu mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah? Sepertimana disebut dalam hadis yang pertama dalam hadis 40:

"Dari Amir al-Mu'minin Abu Hafs Umar Ibn Khattab radiyallahu 'anh, katanya: Aku mendengar Rasulullah sallallahu a'layhi wasallam bersabda: Hanya segala a'mal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu"

(semoga menjadi mukmin sejati)


Subhanallah.... alangkah indahnya hidup ini andai setiap perkara yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Tidak kisahlah sama ada belajar, berpesatuan, bermain ataupun bekerja. Cuba kita semua bayangkan seandainya gagal atau keputusan peperiksaan kurang memuaskan sedangkan usaha yang diberikan sudah sebaiknya dan niat kita hanyalah untuk Allah, adakah kita perlu berputus asa ataupun sebaliknya??? Ana pernah mendengar tazkirah daripada seorang senior ana tentang seorng sahabatnya yang tidak berubah keyakinannya kepada Allah walaupun anaknya serta isterinya dibunuh di depan matanya kerana mempertahankan agamaNYA yakni ISLAM. Tetapi, cuba kita lihat pda diri kita sendiri, adakah kita sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu semuanya datang daripada Allah? Apabila mendapat keputusan yang kurang baik, apa yang dirasakan oleh kebanyakan daripada kita? Malas? Give up? ataupun Down? Sedangkan hamba Allah ini yang dibunuh anak dan isterinya semata-mata kecintaannya kepada ISLAM tetap teguh dan yakin serta tidak berubah niatnya bahawa setiap perkara yang dilakukan hanyalah kerana Allah dan juga agamanya ISLAM. Malahan apa yang hamba ini katakan apabila anak dan isterinya dibunuh???


" Damailah wahai anak dan isteriku kerana sesugguhnya kita punya Allah yang Maha satu dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Allah itu tidak akan pernah memungkiri janjiNYa sepertimana manusia yang bukan sahaja senang membuat janji malah senang juga untuk memungkirinya"


(semoga menjadi mukminah sejati)


Adakah perkara-perkara yang kita lakukan hanyalah untuk kepentingan ISLAM atau sebaliknya? Adakah sahabat-sahabat sedar betapa parahnya barah pemikiran yang melanda sahabat-sahabat kita yang masih lagi leka diulit mimpi dan angan-angan yang belum tentu menjadi kenyataan? Sedarkah setiap daripada kita punya tanggungjawab yang penting dalam mempertahankan ISLAM yang merupakan agama yang Rasulullah ajarkan kepada kita? Siapa yang bakal menjadi Salahuddin Al-Ayubbi yang berjaya menakluki kembali Jerussalem dan ke mana perginya muslimin-muslimin yang bakal menggantikan Sultan Muhammad Al- Fateh yang berjaya menawan Kota Konstatinopel? Begitu banyak persoalan yang ana kira perlu dijawabkan. Wahai sahabat-sahabat sekalian, bangunlah daripada tidur yang panjang kerana masa tidak akan menunggu kita dan juga ajal tidak mengenal siapa. Jika Allah kata hari ini hari kita maka, diperintahkan olehNYA malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawa kita. Alangkah ruginya kita sekiranya apabila ketika saat dicabutnya nyawa, kita dalam keadaan kita yang masih leka dan alpa dengan nikmat dunia yang tidak kekal lama. Apa kata bermula daripada saat ini dan waktu ini marilah kita sama-sama tajdidkan niat kita dalam setiap perkara yang dilakukan hanyalah kerana Sang Percipta yang paling Agung yakni Allah hatta kita mahu menghadiri mesyuarat ataupun tidur dan juga makan. Tak ruginya rasanya jika setiap daripada kita sentiasa ingat meperingati bahawa pentingnya niat dalam setiap perkara yang dilakukan. Semoga setiap daripada kita yang bergelar remaja ini tidak lagi hidup dalam angan-angan dan masih lagi duduk berpeluk tubuh sedangkan golongan tua ataupu golongan makcik-makcik ataupun pakcik-pakcik yang bekerja untuk agama Islam.




Wallahua'lam











Monday, August 24, 2009

Selamat datang wahai tetamu yang sangat dirindui!!!

"Jadikanlah Ramadhan kali ini tempat untuk kita bercucuk tanam. Tetapkan matlamat untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan di dalam bulan yang di awalnya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH dan pengakhirannya KEAMPUNAN. Wahai tuhan yang Maha Agung jika aku tidak akan bertemu Ramadhan yang akan datang, aku harap Ramadhan kali ini memberikan aku seribu peluang untuk bercucuk tanam berbekalkan benih ibadah dan bajanya keIMANAN. Kau jadikanlah hambaMu ini yang sentiasa bersyukur dan kasih dan sayang pada AGAMAMU. Tiada apa yang aku inginkan melainkan setiap perkara yang aku lakukan mendapat KEREDHAANMU. Sesungguhnya hidup dan matiku adalah demi ISLAM"....

"SALAM RAMADHAN KAREEM"


Wednesday, August 19, 2009

Letih? Malas? Down? Penat?

Bismillahirrahmanirrahim.....
"Ketika orang lain sibuk mengadap buku kami sibuk menguruskan keperluan untuk program untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM yang kian pudar terutama dalam kalangan mahahsiswa. Allah sahaja yang tahu kepenatan dan kelelahan setiap daripada Line up Facilitator Representative Committees pada tahun ini. Dicaci? Dihina? Dikutuk? itu sudah menjadi lumrah kami sebagai FRC. Committee gila microphone? Sejauh mana kesasihannya biarlah Allah yang menentukan. Biar telinga kami pedih mendengar kritikan, biar brkali-kali hati diguris dengan kata-kata yang menusuk ibarat ditusuk sembilu, namun, tidak akan kami mengundur walaupun selangkah kerana kami tahu Allah bersama kami. Kami tidak akan sekali-kali jatuh walaupun terpaksa syahid di medan peperangan kerana kami tahu tiada erti rehat dalam kamus hidup seorang MURABBBI, kerana tempat berehat yang abadi adalah syurga... Wahai semua ahli keluarga FRC yang ana kasihi, ingatlah bahawa "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya"(al-baqarah:286). Teruskan perjuangan kita wahai sahabat-sahabatku kerana Allah tahu apa yang kita lakukan"
SIRU A'LABARAKATILLAH