Mampukah aku menjadi seperti Saidatina Khadijah

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuang ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah susah dan senang rela bersama

Dapatkahku didik jiwa seperti Saidatina Aisyah

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku mengenagkan puteri solehah

Saidatina Fatimah, akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyannya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia digelar wanita penghulu syurga

Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merah

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya kepada Allah

Itulah Siti Hajar isteri solehah

Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar harum tersebar

Bagai wanginya pusara Mashitah

0 comments: