Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta ya Allah,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepadaMU Ya Allah
Agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaimu

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya gentar kepadamu
Agar aku tidak terjatuh ke dalam
ukuran cinta maksiat

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hati aku padanya
Agar aku tidak berpaling daripadaMu

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindukan syahid di jalanMu

Ya Allah,
Jika aku menemui cinta Ya Allah
Jagalah kenikmatan cintaku
Agar aku tidak terpedaya dengan
bisikan cinta-cinta dusta Ya Allah

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihku Ya Allah
Jangan biarkan aku terus hanyut dan terjatuh
di dalam angan-angan yang panjang Ya Allah

Ya Allah,
Jika kau halalkanku pada kekasihku
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga membuatkan aku melupai diriMu
dan merinduinya kerana turutan nafsu
semata-semata

Sesungguhnya Ya Allah,
Tiada apa yang aku inginkan Ya Allah,
Melainkan mendambakan cinta dan kasih sayangmu Ya Allah
Dalam mencapai "MARDHATILLAH"

[doa-akhir-thn0.jpg]

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas
mereka tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.(3x sebelum maghrib)


[doa-awal-thn0.jpg]

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka(3x selepas maghrib)


"Saat kekalahan itu bermula adalah apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"
(Syed-Qutb)


Wahai sahabat-sahabat pembaca yang ana hormati sekalian. Marilah sama-sama kita tanamkan azam baru dan semangat yang baru bersempena masuknya tahun baru Islam. Semoga amal ibadah kita lebih mantap dan hebat sepanjang tahun 1431H ini. Salam mujahadah buat semua.




"Banyak mata terjaga , banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah atau yang akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampunya kerana memikul beban duka boleh membuat hilangnnya kemarahan. Kelmarin Allah telah menolongmu. Percayalah esok ALLAh pasti menolongmu"

(IMAM AS-SYAFIE)

Bismillahirrahmanirrahim...

Sumber rujukan: Blog Ustaz Muhammad Fauzi
http://satuperkongsian.wordpress.com/

video

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


Wanita-wanita dalam Neraka


Diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Ali karamallahu wajhah:

“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah S.A.W kami dapati baginada sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis ya Rasululullah?”

“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat,tangannya terikat kearah ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dank ala.”

“Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakn api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah petiyang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan kepalanya seperti babi, badannya seperti keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar ke duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka”.

Fatimah berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda ; apakah kesalahan yang dilakukann oleh perempuan-perempuan itu?

Rasulullah menjawab:”Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu, ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan muhrimnya.”

“Perempuan yang lidahnya tergantung itu, ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.”

“Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu, ialah perempaun yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.”

“Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.”

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing,bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain.”

“Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah ubun-ubun dan disuakan dengan ular dank ala,ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mengerjakan sembahyang, juga tidak mahu mandi janabah(junub).”

“Perempuan yang kepalanya itu seperti kepala khinzir dan badannya berupa badan keldai, ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.”

“Perempuan yang seperti anjing itu, adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.”


Sumber Rujukan: Bersolek(Tabarruj) karangan Ni'mat Siddiq

Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka?
www.iluvislam.com
kelopak_mawar
Editor: lailatulema

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.


Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke-15 Zulhijjah. Selamat kembali kepada fitrah kita sebagai seorang pelajar setelah pulang ke kampung untuk berhari raya korban. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dipanjatkan kerana di dalam ruang masa yang agak padat ditambah dengan kehadiran demam Imtihan yang akan menjelma lebih kurang beberapa hari sahaja lagi Allah meringankan tangan ana untuk menaip sesuatu yang InsyaAllah bermanfaat ini buat tatapan semua pengunjung yang dirahmati Allah.

Berbalik kepada topik yang ingin dibincangkan dalam ruangan blog ana untuk kali ini, solat yang umumnya diketahui oleh semua adalah wajib tidak wajar dipandang enteng kerana jika solat tidak didirikan maka runtuhlah tiang agama sepertimana yang ana pernah perkatakan di dalam post yang lalu. Jika dilihat pada sejarah bagaimana solat itu diwajibkan sewaktu peristiwa Isra' dan mikraj Rasulullah Allah yakin bahawa umat Muhammad mampu menunaikan kewajipan ini. Oleh itu, kenapa masih ada yang masih hendak tak hendak sahaja atau ala kadar sahaja menunaikan solat?

Di dalam sebuah kisah ketika zaman Rasulullah S.A.W, seorang sahabiah yang tidak dikurniakan anak telah bernazar untuk meminum air kencing 'babi' sekiranya dikurniakan anak kerana terlalu kempunankan cahaya mata. Dengan izin Allah, beliau dikurniakan Allah seorang cahaya mata. Beliau bingung untuk melaksanakan apa yang telah dinazarkan dan berasa tidak tenteram sekiranya tidak melaksanakan nazarnya itu lalu beliau pergi menemui Rasulullah untuk merungkai kemusykilan yang dialaminya. Rasulullah bermafhum bahawa nazar yang melibatkan benda atau perkara-perkara yang haram akan terbatal dengan sendirinya.

Namun, sahabiah itu tetap berasa tidak tenteram sekiranya nazarnya tidak dilaksanakan. Lalu Rasulullah bermafhum lagi dan sekiranya beliau mahu juga melaksanakan nazarnya itu, Rasulullah mengarahkan beliau pergi jauh ke hujung kampung dan cari rumah yang penghuninya yang langsung tidak bersolat dan tadah air hujan yang turun dari bumbung rumah itu untuk diminum kerana orang yang tidak menunaikan solat diibaratkan seperti 'babi'. Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat ini.

Justeru,itu wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian ringan-ringankanlah lidah anda dan diri ana juga untuk berpesan-pesan kepada kebenaran bahawa janji Allah itu pasti kerana Allah tidak pernah memungkiri janji. Sampaikanlah sedikit sebanya input yang antumna dapat daripada apa yang dibaca agar sahabat-sahabat yang lain sedar bahawa betapa besarnya tanggungjawab mengerjakan solat sehari semalam.

Wallahua'lam



PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)
TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009
TEMPAT : KAMPUS USIM
TARIKH : 23 NOVEMBER 2009
MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, FAKULTI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU UIAM)
MASA: 11.00 PAGI
SLOT : WACANA 1 TEMA : SIKAP SOSIAL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA : 1. KESEDARAN BERDAKWAH 2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH 3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA
PEMBENTANG DI DKP3 : 1. DR. KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT 2. DR. AMINI AMIR – PENSYARAH UPM 3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MACMA PEMBENTANG DI DKP4 : 1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED 2. PN. ROSMAWATI ZAINAL 3. UST. ANN WAN SENG
MASA : 2.30 PETANG SLOT : WACANA 2 TEMA : STRATEGI DAKWAH PEMBENTANGAN KERTAS KERJA : 1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH 2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL 3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN
PEMBENTANG DI DKP3 : 1. UST. ABDUL NASIR ABDUL WAHAB 2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI 3. DR. MOHAMAD RUSHDAN JAILANI PEMBENTANG DI DKP4 1. UST. ZAKARIA OTHMAN 2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI) 3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR
MASA: 8.30 MALAM SLOT : FORUM TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DKP 3 & 4 AHLI PANEL : 1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD 2. DR. HARLINA HJ.SIRAJ 3. UST. HARIRI DAUD
TARIKH : 24 NOVEMBER 2009
MASA : 9.00 PAGI
SLOT : ESQ PREVIEW TRAINING
TEMPAT : DKP 3 & 4
MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG
MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT PERWAKILAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR [PENUBUHAN URUSETIA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)] TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN
MASA : 8.30 MALAM
SLOT : PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH & RESOLUSI TAJUK : PERKONGSIAN DAKWAH KAMPUS
TEMPAT : DKP 3 & 4
TARIKH : 25 NOVEMBER 2009
MASA : 8.30 PAGI
SLOT : RUMUSAN / PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN WEHDAH’09
TEMPAT : DKP 3 & 4
MASA : 9.00 PAGI
SLOT : WACANA KHAS TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI
MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI
TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)
MASA : 22-25 NOVEMBER 2009 (AHAD-RABU)
ANJURAN SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)
&
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)
22 NOVEMBER 09
12.00-6.30 PETANG - KETIBAAN PARA PESERTA WEHDAH’09 & PENDAFTARAN (SUTERA & ACACIA)
6.30-8.00 MALAM - MAKAN MALAM
8.00 - 12.00 MALAM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)
23 NOVEMBER 09 (ISNIN)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09 (DKP3)
11.00-1.00 TGHRI - WACANA 1 (DKP3 & DKP4)
1.00-2.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR
2.30-4.30 PTG - WACANA 2(DKP3&4)
4.30-5.00 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 PTG - REHAT
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM - FORUM WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)
11..00-12.00 MLM - REHAT
24 NOVEMBER 09 (SELASA)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - ESQ PREVIEW TRAINING (DKP3&4)
11.00-1.00 PTG - BENGKEL 1 (BTS & BKS FSU)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ASAR
2.30-4.30 PTG - BENGKEL 2 (DKS FSU)
4.30 - 5.00 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 - SIDANG SPMM (FKP)
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM- PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH DI KAMPUS & RESOLUSI (DKP3 & DKP4)
11.00-12.00 MLM - REHAT
25 NOVEMBER 09 (RABU)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG -RESOLUSI & WACANA KHAS (DKP3 & 4) 11.00-1.00 PTG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR 2.30 PTG - BERSURAI (SALAM WEHDAH'09!)
* Tertakluk kepada perubahan & pindaan dari semasa ke semasa.
PETUNJUK :
TEMPAT PENGINAPAN PESERTA : KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH & ACACIA AVENUE
DKP 3 & 4 : DEWAN KULIYAH PUSAT 3 & 4
BTS & BKS FSU : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG
FKP : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN
Untuk penyertaan sila hubungi : Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)
UPDATE TERKINI : SETIAUSAHA WEHDAH'09
sumber:
*penyertaan adalah percuma