[Catatan Ilmu]

::Pengajian Tasawwuf bersama Maulana Wan Helmi::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani serta selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Baginda Solallahu'alaihiwassalam


"Maka, apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu main-main(sia-sia) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"- [Al-Mukminun]

Sesungguhnya melalui ayat ini Allah Subhanahwata'ala menegaskan bahawa manusia serta segala benda di atas muka bumi ini sia-sia. Bahkan segala benda yang diciptakan di tujuh petala langit dan di tujuh petala bumi serta di antara petala langit dan dibumi itu diciptakan bukan untuk sia-sia. Dan ditegaskan bahawa Allah subhanahwata'ala menciptakan manusia dengan sangat serius dengan kurniaan akal yang tidak duberikan kepada makhluk yang lainnya.

Al-Imam Al- Hanifi ada menyatakan bahawa walaupun sekiranya tidak dihantarkan Al-quran dan Rasul oleh Allah Subhanahwata'ala kepada manusia, manusia masih mampu untuk mengkaji kehidupan ini dengan akal yang dikurniakan kerana akal ini boleh membuat sesuatu yang diluar jangkaan dengan izin Allah Subhanahwata'ala. Sehinggakan disebutkan oleh Allah bahawa segala harta dan nilaian di dunia ini semuanya dalam pengetahuan manusia namun, mereka tidak sempat untuk berkenalan dengan pencipta kita iaitu Allah Azza Wajalla.

Ramai antara manusia yang diberi nikmat akal dan begitu juga nikmat pendengaran serta penglihatan masih tidak berupaya untuk mengunakan nikmat-nikmat tersebut untuk mengenal pemilik alam ini, pengurus alam ini iaitu Allah Subhanahwata'ala dan mengenali Allah sebagai raja yang menaungi alam ini. Manusia di dunia ini sempat berkenalan antara satu sama lain, tidak terlepas si tukang sapu, pensyarah, guru-guru dan sebagainya tetapi sangat malang bagi manusia sekiranya ketika di dunia tidak sempat untuk mengenali Allah Subhanahwata'ala. Berkata Ibrahim Adham:

"Ramai dalam kalangan manusia yang kembali kepada Allah Subhanahwata'ala gagal membawa ma'rifatullah yakni mengenali Allah"

Sesungguhnya yang mana Allah ini yang Maha Baik, Maha Pengasih dan Penyayang. Di setiap saat kita, kita selalu berhajat kepada Allah Subhanahwata'ala. Malang bagi manusia yang di dalam hatinya ada perasaan sensitif sebagai contoh masyarakat Korea yang sangat sensitif dengan keadaan kucing mereka tetapi kenapa manusia tidak prihatin dengan hubungan mereka dengan Allah Azza Wajalla?

Di dunia ini kita diberikan hati yang fitrah, bersih dan tidak kotor bahkan cenderung kepada kebenaran, suka kepada benda yang benar dan tidak suka yang tidak benar. Inilah naluri manusia sejak kecil dan kekal sehinggalah berumur 15 tahun aqil baligh. Sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak dengan suasana yang baik dan apabila diusahakan dengan ketaatan menjadikan hati yang tadi jernih memantulkan cahaya yang dinamakan basyirah yang membolehkan manusia untuk berjalan seolah-olah berjalan di tengah malam dengan penuh kesenangan sehingga sampai ke destinasi yang dituju dengan baik dan selamat.

Sebaliknya, sekiranya anak-anak tidak dididik dengan suasana yang tidak baik dan tidak taat, hati yang tadi suci bersih akan menjadi kotor dan akan ada titik hitam di hati tersebut. Bahkan hati menjadi kotor bukan sahaja disebabkan perkara maksiat yang dilakukan, kalau tidak dilakukan apa-apa, tidak zikir, buat perkara sia-sia dan tidak bermanfaat boleh menyebabkan hati menjadi kotor. Kelalaian juga boleh menyebabkan hati menjadi kotor diibaratkan seperti rumah kita yang ditinggalkan 2-3 bulan atau berbulan-bulan dalam keadaan dibersihkan terlebih dahulu pasti akan bersarang, kotor dan sebagainya. Apabila pulang kita pasti perlu membersihkan semula rumah kita itu. Begitu juga dengan pakaian yang kita pakai seawal pagi untuk ke tempat kerja, pasti malamnya akan digantikan dengan pakaian yang baru agar rasa selesa.

Inilah hakikat dunia yang menyebabkan kotornya hati. Di dalam kehidupan kita di dunia ini Allah Subhanahwata'ala sertakan dengan dua perkara iaitu :

1- Dikurniakan hati yang bersih
2- Diletakkan oleh Allah Subhanahwata'ala tentera yang terdiri daripada:

- Malaikat: mengajak membuat kebaikan dan amalan soleh.

Berkata Al-Imam Jaafar As-Saddiq:

"Jangan memandang kecil pada mana-mana kebaikan kerana Allah Subhanahwata'ala menyembunyikan keredhaanNya di dalam setiap amal soleh yang dikerjakan".

Sesungguhnya mana-mana amalan soleh yang dilakukan boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam syurga. Maka, jangan lepaskan untuk membuat kebaikan.

Apabila ditanya kepada Al-Imam As-Syafie Rahimahullah yang telah wafat di dalam mimpi seorang sahabat tentang apa yang dilakukan oleh Allah kepada Imam Syafie setelah beliau wafat. Maka, jawab Al-Imam sesungguhnya Allah Subhanahwata'ala telah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkannya di tempat yang baik gara-gara kerana satu selawat yang ditulis di dalam risalahnya bukan kerana kitab-kitab yang telah dikarang olehnya (seringkali dibacakan di dalam tahlil)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كلما ذكره الذاكرون وغفل عن ذكره الغافلون

Sesungguhnya Allah Subhanahwata'ala menunjukkan kekuasaanNya dengan memasukkan seseorang itu ke dalam syurga kerana amalan soleh yang kecil.

Begitu juga kisahnya tentang Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah. Seorang sahabat bermimpi berjumpa dengan beliau dan bertanya kepada Al-Imam atas sebab apakah Allah mengampuninya. Adakah sebab karangan kitab-kitabnya yang hebat atau tulisan-tulisannya yang banyak? Lalu jawab Al-Imam bukanlah dosanya diampunkan kerana kitab-kitab karangannya ataupun tulisan-tulisannya yang banyak tetapi Allah Subhanahwata'ala mengampunkan dosanya hanyasanya kerana pada suatu ketika sedang beliau mengarang kitab, ada seekor lalat yang dahaga datang dan minum dakwat kalamnya. Lalu Al-Imam membiarkan lalat itu minum sehingga kenyang dan setelah si lalat berlalu Imam kemudiannya meneruskan penulisan kitabnya.

Begitu juga kisah seorang pelacur yang selalu kita dengar. Seorang pelacur turun ke dalam perigi untuk mengambil air untuk menghilangkan rasa dahaganya. Setelah minum si pelacur tadi naik ke atas semula. Kemudian, si pelacur terlihat seekor anjing yang terjelir lidahnya kerana dahaga. Si pelacur lalu turun semula ke dalam perigi tersebut dan mengambil air menggunakan kasutnya dan diberikan kepada anjing itu untuk minum. Sesungguhnya dengan amalannya itu Allah gunakan untuk memberikan keatasnya keredhaan daripada Allahu Subhanahwata'ala.

Bersabda Sayyiduna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam :

"Sentiasa seorang hamba Allah yang berkata baik dan tidak sengaja mengatakan hal yang baik menyebab dirinya masuk ke dalam syurga dan begitulah sebaliknya".

Al-Jaafar As-Sadiq juga ada mengatakan bahawa:

"Allah Subhanahwata'ala menyembunyikan kekasih-kekasih dan wali-walinya dalam kalangan manusia."

Sesungguhnya semua orang yang berada di hadapan kita adalah semua yang dimuliakan Allah Subhanahwata'ala. Sesungguhnya orang-orang yang beriman menyangka dirinya mulia dan orang-orang yang beriman itu dimuliakan oleh Allah Subhanahwata'ala dan mereka mengatakan bahawa mereka melakukan perkara ini supaya Allah memberikan kebaikan juga. Tidak ada ketakukan dan gundah gulana bagi mereka yakni para wali dan mereka adalah orang yang beriman dan bertaqwa.

Allahu Subhanahwata'a berfirman:

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar” (Yunus: 62-64)

Sebab itu apabila kita melakukan sesuatu kebaikan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allahu Subhanahwata'la telah memberikan kita taufiqNya untuk kita membuat satu kebaikan yang lainnya dan dengan itu Allah Subhanahwata'ala kemudiannya akan membuka pintu amal soleh dan berterusan akan buka pintu amal soleh itu untuk kita sekiranya kita merebut tawaran yang telah diberikan oleh Allah Subhanahwata'ala. Sepertimana disebutkan di dalam sebuah hadis qudsi tentang solat tahajjud:

Rasulullah SAW bersabda, ''Tuhanmu yang Maha Pemberi Berkah dan Maha Mulia, selalu turun ke langit dunia setiap malam, pada separuh waktu sepertiga malam terakhir, dan Dia berfirman, 'Barang siapa yang berdoa kepadaKu maka akan Aku kabulkan, barangsiapa mengajukan permintaan kepadaKu akan Aku berikan, dan barangsiapa memohon ampun kepadaKu akan Aku ampuni'.'' [Hadis Riwayat Bukharis, Muslim, Malik, Tirmidzi, Abu Daud]

Maka, dengan itu Allah akan membukakan segala pintu kebaikan. Namun, jika sebaliknya dan kita menerima tawaran pintu kemaksiatan atau keburukan oleh syaitan untuk melakukan maksiat dan kejahatan maka, Allah akan membiarkan pintu kejahatan itu terbuka dan membiarkan kita terus-terusan melakukan kejahatan.

Sesungguhnya, malaikat akan sentiasa membisikkan kepada orang-orang yang beriman itu dan memberikan ilham daripada Allah kepada mereka untuk membuat kebaikan sama seperti apa yang berlaku terhadap Baginda Sayyiduna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam. Suatu hari Baginda pulang ke rumah dan melihatkan keluarga baginda berada dalam kelaparan. Melihatkan hal itu timbul perasaan keluh kesah di hati Baginda Solallahu'alaihiwassalam. Maka, tiba-tiba para sahabat mendengar suatu suara dari langit yang sangat kuat sehingga ada sahabat menyangkan kiamat telah tiba. Akhirnya, Allah Subhanahwata'a menghantar Jibril 'Alaihissalam dengan Israfil untuk berjumpa dengan Baginda Solallahu'alaihiwassalam. Israfil kemudiannya bertanya kepada Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam adakah Baginda redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah dan Allah Subhanahwata'ala memberikan dua tawaran kepada Baginda yang kedua-duanya adalah tawaran yang baik iaitu:

1- Menjadi hamba biasa dan tetap menjadi Nabi
2- Menjadi raja seperti Nabi Sulaiman dan tetap juga menjadi Rasul

Malaikat Jibril 'Alaihissalam kemudian menunjukkan ke tanah dan berkata kepada Sayyiduna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam supaya memilih tawadhuk dan dengan itu Baginda Solallahu'alaihiwassalam memilih untuk menjadi hamba dan Nabi. Baginda mengatakan bahawa ujian ini meningatkan Baginda Solallahu'alaihiwassalam bahawa ketika lapar ingat akan Allah manakala ketika kenyang berterima kasih kepada Allah Subhanahwata'ala.

Sehinggakan Para Malaikat akan datangkan perkara yang benar di dalam mimpi Nabi Solallahu'alaihiwassalam tetapi bagi kita pada hari ini berbeza sama sekali. Sehingga dikatakan suatu masa nanti sekiranya kita berterusan dalam keadaan taat, Allah Subhanahwata'ala akan memberikan kita mimpi yang indah seperti mimpikan syurga dan sebagainya. Inilah tahap yang bagus. Maka, akan tiba suatu masa sekiranya kita berterusan dalam ketaatan dengan apa yang kita ucapkan, itulah yang kita lakukan. Yang mana menjadi seorang yang bersumpah dengan nama Allah dan doanya akan dimakbulkan oleh Allah sepertimana disebutkan di dalam hadis ini:

Berkata Abu Hurairah RadhiAllahu'anha bahawasanya Nabi Solallahu'alaihiwassalam telah bersabda: Sesungguhnya Allah subhanahwata'ala telah berfirman:

“Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seseorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih kucintai daripada ia menunaikan segala yang Kufardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaku bertaqarrub kepadaKu dengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, nescaya jadilah Aku
(seolah-olah) pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan pemandangannya yang ia memandang dengannya, dan tangannya yang ia bertindak dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andaikata ia memohonKu pasti akan Kuberinya, dan andaikata ia berlindung kepadaKu pasti akan Kulindunginya”.

Sesungguhnya satu orang hamba Allah yang sentiasa mendedahkan dirinya di dalam suasana maksiat, Allah Subhanahwataa'la selalu memberikan ruang kepadanya untuk bertaubat. Yang membezakan manusia dengan binatang adalah ibadah kita adalah ikhtiyarriyyah sedangkan hamba yang lain adalah dengan paksaan daripada Allahu Subhanahwata'ala. Disebutkan bahawa dua perkataan yang ringan di lisan tetapi berat di Mizan iaitu:

‘Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil ‘azhim’.

Semua makhluk dunia ini berzikir dengan zikir ini. Dan disebabkan dengan zikir ini Allah memberikan mereka rezeki tetapi bagi kita manusia Allah Subhanahwata'ala memberikan kebebasan kepada kita. Kalau kita lupa atau terlepas solat pada hari ini tetap Allah Subhanahwata'ala akan memberikan kita makanan, rezeki namun tidak bagi makhluk lainnya.

Maka, menjelang datangnya dajjal, yang boleh mengenyangkan perut kita adalah dengan berzikir dengan zikir ini : ‘Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil ‘azhim’.

Oleh yang demikian, disebabkan hal itu Allah Subhanahwata'ala tidak bagi kita duduk dalam keadaan lalai daripada Allah kerana takut syaitan akan menguasi kita dan kerana sifatnya syaitan yang boleh bergelar di dalam salur darah manusia akan senang baginya untuk bergerak jika kita dalam keadaan lalai. Namun, bagi malaikat tidak mampu untuk bergerak di dalam salur darah manusia. Azazil dahulunya pernah memeriksa tubuh badan Nabi Adam 'Alaihissalam dan ternampak di dalam badannya ada ronggan dan dia berasa lega menyedari kewujudan rongga di dalam tubuh badan Nabi Adam 'Alaihissalam.

Ada seorang ulama', pada suatu hari melakukan solat hajat untuk mengetahui bagaimana syaitan menggoda manusia. Terus-terusan ulama' tersebut menyebut Allah..Allah... tetapi apabila sekali lalai si syaitan laknatullah memberi suntikan supaya lupa akan Allah Subhanahwata'ala.

Kita di dunia ini boleh memiliki semua yang dihajati tetapi tidak boleh memiliki hati yang mana sifatnya yang tidak pernah stabil dan selari dengan namanya "qalb" yang bermaksud yang sentiasa berpusing-pusing atau berbolak-balik.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186).

Sebab itu apabila seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam: "Jauhkan Tuhanmu kalau jauh aku ingin memekik tetapi kalau dekat khabarkan supaya aku boleh berbisik kepadaNya"

Ulama' kata apa menjawab kepada persoalan Arab Badwi tadi?

Semua hal yang manusia tanya yakni umat Baginda Solallahu'alaihiwassalam Allah biarkan Nabi yang menjawabnya sepertimana disebutkan di dalam quran tetapi juga disebutkan di dalam Al-quran tentang apabila mereka bertanya tentang Allahu Subhanahwata'ala dan Allah Subhanahwata'a bangga untuk menjawab sendiri tentang dirinya. Maka Allah berfirman:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Ulama' mengatakan lagi bahawa hanya kita yang tidak tahu bahawa Allah itu amat hampir dengan kita.

"Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata" (An-nahl:70)

Allah mengatakan bahawa; wahai manusia Aku menciptakan kamu di dalam perut ibumu dan yang memberikanmu makan dan minum tetapi apabila kamu keluar ke dunia berani kamu tunjuk derhaka kepadaKu.

Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama mana engkau berdoa dan berharap kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu atas segala dosa-dosamu dan Aku tidak akan mengendahkannya. Wahai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu mencecah ke langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu denganKu tetapi engkau tidak menyekutukan Aku walaupun sedikit, maka Aku akan pasti datang kepadamu dengan membawa keampunan sepenuh bumi.” [HR Tirmidzi]

Diceritakan tentang sebuah kisah tentang seorang lelaki Yahudi yang tua yang sudah 80 tahun menyembah berhala. Beliau sering memuja berhala dan mengabdikan dirinya dengan penuh ikhlas. Tetapi apabila Allah menkehendaki kebaikan padanya Allah Subhanahwata'a datangkan musibah kepadanya. Ketika beliau menerima musibah dan beliau mengatakan bahawa inilah masanya untuk meminta bantuan daripada Tuhannya(berhala itu) dengan berzikir menyebut nama berhala tersebut "Ya Solam" sehingga pada suatu saat beliau sedar yang doanya tidak didengar oleh berhala itu dan berasa kecewa, sedih. Tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya perkataan "Ya Somad".

Maka, kerana beliau tersasul menyebut "Ya Somad" itu menyebabkan keluarnya rahmat Allah Subhanahwata'ala kepadanya. Para malaikat pada hari itu berasa sangat ajaib dengan hal yang telah berlaku dan tidak pernah tengok peristiwa sebegini kemudian bertanyakan kepada Allah apakah yang menyebabkan Allah Subhanahwata'ala mengurniakan rahmatNya kepada lelaki yahudi itu hanya kerana tersasul menyebut "Ya Somad"? Sedangkan Allah Subahahwata'ala pernah mengatakan bahawa Allah tidak akan pernah menolong orang yang mensyirikan Allah dan lelaki Yahudi itu sudah 80 tahun meyembah berhala. Maka Allah Subhanahwata'ala menjawab:

"Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bagaimana sayangnya Aku pada hamba-hambaKu. Di setiap malam Aku menunggu hamba-hambaKu bertaubat kepadaKu".

Betapa sayangnya Allah Subahanahwata'ala kepada kita. Dengan sifat As-Satarnya Allah Subhanahwata'ala menutup kaiban hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah Subhanahwata'ala itu Maha Penerima Taubat. Oleh yang demikian, betapa pentingnya bagi kita untuk memelihara hati. Untuk memelihara hati, mengetahui tentang musuh kita adalah sangat penting dan musuh ketat kita ada empat iaitu:

1- Paling ketat : Diri sendiri

Oleh itu, apabila ulama' berkata yang menyesatkan diri kita adalah diri kita sendiri. Dahulu, siang malam syaitan menyembah Allah dan kemudian Allah Subhanahwata'ala mengangkat dirinya untuk menjadi ketua. Yang mengetahui segala yang ada di hati kita adalah Allah. Allah tahu hati kita dan Allah tahu di dalam hati syaitan itu ada sifat mazmumah iaitu sombong, hasad dengki. Sehingga terbukti apabila diciptakan Nabi Adam 'Alaihissalam dan diperintahkan kepada semua agar sujud kepada Nabi Adam 'Alaihissalam.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah:30)

Ulama' mengatakan bahawa perkataan إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ

yang tidak diketahui dan hanya Allah yang tahu adalah hatinya iblis. Iblis merupakan makhluk Allah Subhanahwata'ala yang pertama yang mengunakan qias akalnya yang mengatakan bahawa mereka diciptakan dari unsur ketiga iaitu api dan manakala manusia daripada unsur keenam iaitu tanah. Tapi pada Allah Subhanahwata'ala api ini sifatnya tiada hakikat. Tidak dapat hidup tanpa ada tempat untuk menumpang. Tetapi bagi tanah walaupun zahirnya ditumbuhi hutan belantara apabila diusahakannya di atas permukaannya boleh memberikan banyak manfaat dan di dalam permukaan tanah juga banyak manfaatnya seperti petroleum, emas dan sebagainya.

Ulama' mengatakan sebelum dihantarkan Nabi Adam 'alaihissalam terdapat tiga golongan iaitu:

1- Hin
2- Bul
3- Jin

Allah memberikan ganjaran atau balasan kerana menunaikan amanah Allah beri syurga tetapi bagi makhluk lain kalau tiada ibadah yang banyak maka tidak ada balasan bagi mereka. Tetapi bagi golongan keempat iaitu Insan sekiranya mereka taat kepada Allah, maka balasan syurga bagi mereka.

dan yang terakhirnya

4- Insan

Allah Subhanahwata'ala berfirman:

"Orang-orang yang meningati Aku di dalam hatinya, Aku akan ingat dia di dalam hatiku. Sesiapa yang menyebut namaKu di dalam suatu majlis Aku akan menyebutkan namanya di dalam majlis yang tertinggi.

Al-Imam Syah Waliyullah Ad-Dahlawi mengatakan bahawa:

Malahil a'lam (Majlis tertinggi) adalah perhimpunan para malaikat(hadratul kursiyyah) yang mana ketike perhimpunan itu Allah Subhanahwata'ala melimpahkan rahmatNya kepada mereka dan limpahan rahmat itu juga turut mengalir kepada kita yang berada di dalam Malahil Saffin yakni majlis rendah. Ketika perhimpunan para malaikat itu mereka mengelilingi rahmat 'arasy Allah dan memuji-muji Allah. Tetapi apabila kita menyebutkan nama Allah di dalam majlis yang baik, Allah tidak memuji para malaikat bahkan Allah memuji-muji dan menyebutkan nama kita di dalam majlis tertinggi. Lalu, ditanya kepada para malaikat untuk apa mereka sibuk-sibuk memuji Allah? Maka, jawab mereka, mereka mahu syurga. Kemudian Alllah bertanya kepada mereka adakah mereka nampak syurga? Setelah habis memuji-muji Allah di dalam perhimpunan mereka itu, mereka bersurai dan pulang ke tempat asal mereka dalam keadaan dosa-dosa mereka semuanya diampun oleh Allah Subhanahwata'la.

Adapun, bagi kita manusia disertakan dengan 99 buku catatan dan dikatakan apabila dibuka lembaran buku catatan kita itu akan memenuhi timur dan barat. Maka, dengan itu syaitan laknatullah berusaha untuk memenuhi buku catatan amalan kita itu. Dikisahkan melalui sejarah bahawa syaitan memutuskan bahawa supaya dihapuskan ketiga-tiga makhluk termasuk Hin,Bul dan juga jin dan syaitan turun kedunia untuk bunuh semua makhluk yang di dunia pada ketika itu. Akhirnya, Allah Subhanahwata'ala menurunkan Azazil, ketua malaikat pada ketika itu dan menetapkan mereka di gunung, laut dan juga hutan. Tetapi ketika zaman manusia, manusia suka untuk pergi ketiga-tiga tempat tersebut. Kemudian, Azazil berkata bahawa sangat baik sekiranya Azazil menjadi khalifah di atas muka bumi tetapi apabila Allah Subhanahwata'ala mengatakan mahu menciptakan dan menjadikan Sayyiduna Adam 'Alaihissalam sebagai khalifah di bumi barulah Azazil memberitahu keinginannya itu. Tetapi, Azazil membantah sekeras-kerasnya keputusan itu dan tidak mahu sujud kepada Sayyiduna Adam 'Alalihissalam serta menjadi seteru kepada Adam dan Iblis. Ulama' mengatakan bahawa syaitan adalah makhluk Allah yang tidak akan diberi taufiq oleh Allah Subhanahwata'la sampai hari kiamat.

Kesilapan Sayyiduna Adam 'Alaihissalam bukanlah disebabkan hati tetapi disebabkan kesalahfahaman dengan godaan syaitan itu. Dan hal ini menunjukkan bahawa dosa yang kita lakukan akan menyebabkan hilangnya nikmat tidak kira sekecil manapun dosa yang kita lakukan. Kita tidak mengetahui berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Sedangkan Sayyiduna Adam 'Alaihissalam hanya melakukan satu dosa dan Azazil yang 8000 tahun beribadah kepada Allah dan hanya melakukan satu dosa telah menyebabkan Allah menjatuhkan mereka ke dunia 500 tahun tempoh perjalanannya tapi bagaimana dengan kita? Berapa banyak dosa yang kita telah lakukan? Allah subhanahwata'ala telah membekalkan kepada Sayyiduna Adam 'Alaihissalam benih dari syurga, daun dari syurga(za'faran) dan batu dari syurga(hajarul Aswad).

Sayyiduna Adam 'Alalihissalam ketika tiba di dunia muntah kerana bau busuknya dunia. Berbezanya ketika kehidupannya di syurga dan di dunia. Jika mahu makan perlu tanam buah dan mengambil masa untuk buah itu masak.

Musuh kedua kita adalah syaitan, diikuti dengan dunia dan akhirnya adalah suasana di sekeliling kita. Iblis adalah salah satu musuh yang berdendam dengan kita dan berjanji dengan Allah Subhanahwata'ala akan menyesatkan kita dan mengatakan bahawa suatu hari nanti kamu akan dapati manusia itu tidak akan pernah berterima kasih kepada Allah. Iblis berjanji dengan Allah dan yakin bahawa manusia akan masuk neraka. Iblis punya sangkaan itu benar dan semua mengikutnya dan tinggallah sebilangan kecil yang bertahan daripada mengikutinya. Mereka itulah orang yang menjaga iman mereka. Sesungguhnya Allah kelilingkan neraka dengan perkara-perkara yang disukai oleh syahwat, hawa nafsu, kebebasan dan oleh sebab itu ramai yang masuk neraka kerana lebih cenderung kepada keseronokan.

Baginda Sayyiduna Rasululllah Solallahu'alaihiwassalam mengatakan bahawa:

"Aku melihat kamu berlari-lari mencampakkan dirimu ke dalam api neraka seperti apabila seorang menghidupkan api lalu ternampak oleh kelkatu. Dan si kelkatu itu kemudiannya menghampiri api itu dan terjun ke dalam api itu dan akhirnya dirinya terbakar".

Adapun syurganya Allah Subhanahwata'ala itu, diliputi dengan benda-benda yang tidak digemari oleh nafsu, tawar, pahit dan juga masam.

"Orang yang takut untuk bertemu Allah Subhanahwataa'la di hari akhirat akan menahan nafsunya untuk mendapatkan syurga Allah dan kenikmatan baginya".

Sesungguhnya syurga itu diciptakan dengan batu-batu permata yang indah. Airnya terdiri daripada salsabila dan zabik. Rumahnya diperbuat daripada batu bata emas dan delima. Sesungguhnya tawaran Allah Subhanahwata'la ini adalah suatu tawaran yang mahal. Baginda Sayyiduna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam memberitahu bahawa segala benda yang indah yang terdapat di luar syurga ada di dalamnya syurga bahkan lebih indah dan banyak. Maka, penghuni syurga firdaus tidak perlu keluar untuk mendapatkan semua itu kerana di dalamnya sudah tersedia semuanya. Tetapi untuk mendapatkan inilah payah dan perlu kepada mujahadah yang bersungguh-sungguh. Berkata Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi :

"Tidak ramai yang memilih jalan syurga tetapi yang memilih jalan ke syurga ramai yang gagal di tengah jalan dan susah untuk istiqamah".

Sesungguhnya orang yang takut akan Allah Subhanahwata'ala, perlahan-lahan dia berjalan. Siapa yang perlahan-lahan berjalan dia akan sampai syurga. Siapa yang taat, sesunggunya tawaran syurga bagimu kata Allah. Tetapi musuh kita sangat berdendam dan bersumpah bahawa akan duduk di atas jalan itu untuk menghalang kita daripada melakukan kebaikan. Sesiapa yang lulus ujian ini maka balasan baginya syurga. Ibn Qayyim Al-Jauzi juga mengatakan bahawa, hikmah diciptakan manusia adalah:

إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ : Malaikat tidak tahu bahawa dalam kalangan manusia ini adanulama', pendakwah, wali-waliNya yang berjuang untuk agama Allah. Baginda Solallahu'alaihiwassalam pernah ketika dakwahnya diludah, dicaci, dihina, disakiti. Sesungguhnya, semakin tinggi keimanan seseorang itu semakin hebat syaitan yang Allah hantarkan untuk menggoda dan menyesatkannya. Sebab itu, ketika Baginda Solallahu'alaihiwassalam lhair, Azazil menangis berguling-guling kerana mengetahui bahawa Baginda adalah musuhnya yang paling ketat. Bahkan Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam telah menggagalkan musuh dalam kalangan kafir dan syaitan sepertimana yang disebutkan di dalamnya ucapan Baginda ketika Haflatul wida' dan syaitan serta musuh-musuh mereka orang Islam menangis dan berputus asa.

Syaitan menggagalkan manusia dengan balutan nafsu dengan menjauhkan kita daripada Allah dengan balutan nafsu. Kita jauh daripada Allah Subhanahwata'ala kerana dua hijab iaitu:

1- Hijab Nurani : Allah terlalu cantik, bercahaya. Sesungguhnya telah disebutkan bahawa 70 000 lapisan cahaya yang menghijab kita untuk dekat dengan Allah.

2- Hijab Zulmani yang terdiri daripada dosa, maksiat dan sekali kita melakukan dosa bertambah satu hijab kita untuk dekat dengan Allah Subhanahwata'ala. Jika kita bertaubah akan runtuh satu hijab itu dan sehingga akhirnya sampai kepada Allah Subhanahwata'ala.

Walaup apa hijab sekalipun yang ada, kita tetap perlu berusaha untuk mendekatkan diri kita dengan Allah Subhanahwata'ala. Iblis tidak akan putus asa dengan matlamatnya dan berusaha untuk menyesatkan manusia. Ketika Baginda Sayyiduna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam menyebarkan dakwahnya di Masjidil Haram, Allah turunkan bicara baik yakni Al-quran kepada Baginda dan dalam masa yang sama syaitan buka channelnya(lahwal hadis). Dahulu, Nadhar mengumpulkan orang-orang di Masjidil haram dan jual komik-komik supaya orang lain lari daripada dakwah Rasulullah. Tetapi usahanya gagal kerana Nabi Solallahu'alaihiwassalam menyebarkan keindahan Al-quran dan quran itu punya Nur dan mereka pergi kepada Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam.

Begitu juga di zaman moden ini, dijadikan channelnya dalam bentuk FB, surat khabar dan radio. Ketika zaman Baginda Sayyiduna Rasulullahu Solallahu'alaihiwassalam membuka channel dakwah Baginda di Masjid dengan ta'lim, dakwah dan pada masa yang sama syaitan buka channelnya di mall-mall, shopping complex dan pasar-pasar. Berkata As-Syeikh Ubaidillah:

"Setiap zaman ada dua seruan iaitu:

1- Nidaul masajid (seruan Nabi Solallahu'alaihiwassalam) dan tiga perkara yang diperolehi daripada seruan in termasuklah Iman, diberi rasa takut kepada Allah dan mudah-mudahan mendapat hidayah.

2- Nidaul Sauq (pasar) untuk mewujudkan rasa bahawa semua yang diperlukan ada di mall.

Sesungguhnya keperluan kita semua ada di dalam masjid. Ketika zaman Nabi Solallahu'alaihiwassalam produk Nabi semuanya lahir daripada masjid tetapi sebaliknya di zaman kita lahirnya di pasar-pasar, mall, shopping complex. Siapa yang dominan dia yang akan menguasai. Ketika zaman Baginda Solallahu'alaihiwassalam mereka yang berniaga pun akan berhenti sebentar apabila masuk waktu solat. Bahkan suasana masjid yang masuk ke dalam pasar dan Abdullah Ibn Mas'ud mengatakan rijalul sebenar adalah di zaman Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam. Abu Hurairah juga masih mengajak untuk ke masjid dan mengatakan ada harta pusaka Nabi akan diagihkan. Kemudian setelah mereka keluar daripada masjid Abu Hurairah bertanya adakah mereka dapat harta pusaka Nabi. Jawab mereka tidak dan Abu Hurairah pun mengatakan bahawa zikir, solat itulah harta pusaka Nabi Solallahu'alaihiwassalam. Berkata Syeikh Yusuf Al-Kandahlawi:

"Rosaknya umat ini apabila terpisah daripada masjid".

Dahulu pada zaman Nabi Solallahu'alaihiwassalam berbondong-bondong manusia masuk ke dalam masjid dan terdetik pada hati mereka bahaw tidak perlu dakwah apabila melihatkan suasana itu. Sesungguhnya kita satu amalan hidayah telah terkeluar daripada masjid.

Ketika zaman Abdullah Ibn Mubarak, beliau yang mempunyai madrasah keluar 6 bulan untuk berdakwah dan menetap 6 bulan di madrasahnya untuk menguruskan madrasahnya. Beliau kemudiannya menghantar surat kepada sahabatnya yang hanya berdakwah ditempatnya dan mengatakan bahawa seolah-olah sahabatnya itu bermain-main dengan amalannya.

Maka, dikatakan tinggal 3 golongan iaitu:

1- Ahli ilmu, dan suatu hari ilmu mengatakan bahawa masjid penuh dan tidak cukup ruang dan perlu bina tempat belajar. Maka, wujudnya universitu-universiti.
Kemudian tinggal dua golongan lagi dan ilmu di dalam masjid itu ada di universiti-universiti. Mereka tidak berhajat lagi kepada ulama'.

2- Ahli Ibadat dan mereka juga merasakan masjid penuh dengan orang-orang fasiq dan mereka juga keluar daripada masjid dan akhirnya tinggallah golongan ketiga,

3- Ahli khidmat dan akhirnya mereka ini juga meninggalkan masjid dan merasakan tidak ada yang perlu dibersihkan.

Kemudian golongan pasar tengok dan cuba mengambil kesempatan. Masuk ke dalam masjid dan membawa tertib pasar di dalam masjid sehinggakan suatu saat Imam juga mereka yang tapis dan sebab itu jadi huru hara dalam kalangan umat. Semua meninggalkan ulama' sehingga pada akhir zaman ada yang berbangga dengan pendapat mereka sendiri. Berlakunya kerosakan. Ada orang yang sibuk dengan ilmu tetapi melupakan ibadah. Dalam masa yang sama ahli ibadah sibuk dengan ibadah sehingga meninggalkan ilmu. Maka, untuk kembalikan umat adalah dengan kembalikan mereka kepada institusi masjid.

Hari ini, hati kita semakin berkarat seperti besi. Kita selalu mengatakan najis itu jijik dan kotor tetapi kita tidak menyedari bahawa najis dan kekotoran itu menguasai hati kita. Kita tidur di malam hari dalam keadaan hati kita dipenuhi dengan macam-macam najis tapi masih dapat tidur dalam keadaan tenang. Roh kita daripada langit tetapi apabila ada kekotoran di dalam hati kita, kita akan rasa resah dan gundah gulana. Dosa itu sifatnya ialah meresahkan dan kebaikan itu adalah apabila dilakukan menimbulkan ketenangan di dalam hati.

“Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya.” (Riwayat Muslim)

Dalam proses membersihkan hati, pengenalan tentang hati

1- Taqalli : bersihkan hati daripada segala selain daripada Allah.

2- Tahalli : hiasi hati

3- Tajalli : akan datang kebesaran Allah di dalam hati.

Q&A Session:

Sesungguhnya, ada orang yang masuk syurga dalam kalangan ahli zikir, ada orang masuk syurga dalam kalangan pelajar ilmu atau ahli ilmu dan dakwah kita ini adalah sebahagian daripada juzuk-juzuk agama dan kita menghormati dakwah jemaah lain selagimana berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Waljama'ah (ASWJ). Maka mintalah kepada Allah:

1- kekuatan aqal dan kalau tak ada kekuatan aqal dia akan menjadi ragu dan meragukan. Perkara yang tidak disalurkan mengikut syariatullah dan mereka yang tidak ikut syariat itu sebenarnya ekstrimis dan begitu juga sebaliknya.

2- Kekuatan marah tapi kalau keterlaluan akan jadi syaitan dan biarlah marah kita kerana Allah.

3- kekuatan nafsu tetapi kalau ikut nafsu akan jadi ifrat dan tafrit.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
Al-Faqirah Wal-Haqirah Ila Allah Al-Ghani

[Pengajian kitab Penawar Bagi Hati bersama Maulana Wan Helmi, 14 Jamadil Akhir 1435H, Majlis Ta'lim UIAM Kuantan. Masjid KOM]

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

PEREMPUAN

Jika jadi pasangan, ia adalah kesenangan terindah

"Perempuan,

Duhai, siapakah engkau ini?"



"Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bonda,
Permata yang siang malam dijaga keduanya.
Jika jadi pasangan, ia adalah kesenangan terindah,
Surga untuk pasangannya di dunia.
Jika jadi orang tua, waaah..
Surga itu telah berpindah di telapak kakinya,
Ia bawa kemana-mana."

"Nabi pun membilangnya sebagai tiang,
Tatkala kehidupan adalah bangunan.
Ya, engkaulah tiang itu,
Engkaulah, perempuan."

"Perempuan adalah tiang negara.
Jika perempuan baik, baiklah negaranya.
Jika perempuan rusak, hancurlah negaranya.
Engkaulah tiang dalam bangunan rumah tangga mu,
Engkau sandaran bagi dinding, pintu, atap dan jendela."

"Nabi selalu benar dalam memilih istilah kata,
Karena di rumah mu semua urusan kepada mu bertumpu.
Maka, sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan,
Sebagai sandaran kokoh mu adalah karang di lautan,
Tidak rentan diterjang angin dan badai."

"Tapi aku tak sekuat itu..., kata mu.
"Aku tak berdaya menghadapi kebrutalan dunia ini,
"Zaman semakin menggerusku, bebannya melumatku hingga luluh,
"Aku begitu lemah, aku tertindas, aku teraniaya.., kata mu pula."

"Tunggu, wahai perempuan,
Engkau lupa.
Ada ALLAH dalam hidup mu.
Yang siap menanggung segala keluh.
Ada ALLAH dalam hari mu,
Sumber kekuatan yang penuh.
Ada ALLAH dalam hati mu,
Jika kau serahkan pada-NYA segala sesuatu,
DIA akan menjaganya hingga utuh."

"Maka, dalam tiap gerimis kesedihan,
Hanyutkan diri mu dalam zikir panjang malam mu.
Dalam tiap kerikil tajam di jalanan,
Benamkan wajah mu dalam sujud kepasrahan.
Dalam tiap duka yang menyapa,
Hanyutkan air mata mu dalam sungai kasih-NYA."

"Dalam tiap nestapa,
Larutkan pahit air mata mu dalam manis cinta-NYA.
Dan dalam tiap kelabu langit mu,
Panggil lah nama-NYA.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Dan tunggulah,
Hingga DIA merubah mendung mu,
Menjadi pelangi warna-warni."

Ustazah Hubabah Halimah Alaydrus 
Topik Jumaat, IKIM.fm
21.03.2014

[Kredit: FB Al-Akh Ahmad Salihin]


[Catatan Ilmu]

::Majlis Pembukaan Pengajian PAKSI Pahang bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Hafiz::

A)
Ilmu itu cahaya
Fadhilat Majlis Ilmu

Orang-orang yang hadir di dalam majlis ilmu ini adalah orang-orang yang telah dipilih oleh Allah Subhanahwata'ala dan diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah Subhanahwata'ala. Allah Subhanahwata'ala berfirman di dalam Al-quran :

“Allah menyaksikan bahawsanya tidak ada ILAH melainkan DIA. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga mengatakan demikian juga). Yang menegakkan keadilan” (Ali Imran : 18)

Ulama' menta'rifkan ilmu sebagai :

1- Keyakinan terhadap sesuatu pengetahuan
2- Apa-apa yang diamalkan seseorang daripada apa yang diketahui olehnya

Menuntut ilmu itu adalah sebahagian daripada ibadah. Tidak ada yang lebih mulia memainkan duduk di dalam majlis ilmu. Ibadah itu terbahagian kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Menuntut ilmu itu adalah termasuk di dalam kategori ibadah umum. Antara fadhilatnya adalah :

1- Kerana kelebihan orang berilmu itu sendiri
2- Berdasarkan hadis Nabi Solallahu'alaihiwassalam :

"Sekali melihat wajah orang berilmu, adalah lebih aku suka daripada beribadat selama satu tahun, rajin berpuasa dan mendirikan sembahyang malam. Ini kerana, sudah tentu orang yang berilmu yang mahu mengajarkannya".

3- Berkata Baginda Sayyiduna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam kepada para sahabat :

"Mahukan kamu sekalian aku beritahu siapakah orang yang paling mulia di dalam syurga? Lalu jawab sahabat : Bahkan kami ingin tahu. Kemudian jawab Baginda : Ulama' Rabbani"

Ulama' Rabbani adalah ulama' yang beramal dengan ilmu yang ada padanya.

Berpesan Sayyiduna Hassan Al-Basri :

"Tuntulah ilmu dan jangan lupa beribadah. Beribadahlah tetapi jangan lupa untuk menuntut ilmu"

Orang-orang yang berilmu itu tahu untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah dan barangkali orang-orang tidak dapat hadir dalam majlis ilmu ini ada hal yang lain perlu diuruskan. Berkata ulama':

"Ilmu itu ibarat pokok yang berbuah"

Ilmu ibarat pokoknya dan amalan itu diibaratkan seperti amal berdasarkan apa yang diketahui oleh seseorang itu hasil daripada ilmu yang dipelajari olehnya. Ilmu, jikalau tidak ada ibadah, maka, ia tidak menjadi dan tidak diasing daripada ibadah (harus selari ilmu dan ibadah). Ayat pertama yang telah diturunkan oleh Allah adalah daripada Surah Al-'alaq yang bermaksud:

"“Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta.” ( Al-'alaq:1)

Ilmu itu perlu kepada pembacaan dan juga penulisan. Bahkan Allah Subahanahwata'ala bersumpah dengan pena di dalam surah Al-Qalam :

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis" (Al-Qalam:1)

B) Kepentingan Ilmu

1- Hadarah yang bermaksud kemajuan sesebuah negara itu adalah dengan adanya ilmu.

2- Kegemilangan Islam pada zaman Baginda Solallahu'alaihiwassalam adalah dengan institusi ilmu.

3- Dengan ilmu, Islam menjadi gemilang dengan sangat hebat.

4- Ketika Baginda Solallahu'alaihiwassalam masih hidup, Islam hanya tertumpu di Madinah sahaja. Setelah Baginda Solallahu'alaihiwassalam wafat, empayar Islam diluaskan oleh Para Sahabat dengan ilmu yang mereka ada. Tanpa ilmu kemajuan Islam tidak akan berkembang.

5- Ilmu dunia diperlukan dan ilmu akhirat juga penting dan amat diperlukan. Berfirman Allah Subahanahwata'ala di dalam al-quran:

"Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?"

Berdasarkan ayat Allah ini, bukanlah bermaksud Allah tidak mengetahu bahkan Allah lah yang Maha Mengetahui dan ilmu Allah itu tidak akan pernah berkurang. Apabila berjumpa dengan ayat-ayat berbentuk persoalan di dalam Al-quran, persoalan itu bukanlah menunjukkan Allah tidak tahu tetapi untuk diambil perhatian oleh hamba-hambaNya. Begitu juga dengan ayat-ayat yang diulang-ulang. Adakah sengaja Allah berfirman begitu? Tidak, tetapi untuk menunjukkan kepada hamba-hambaNya bahawa betapa pentingnya ayat itu. Baginda Solallahu'alaihiwassalam pernah bersabda:

6- "Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Apabila kita tiba di sesuatu tempat pasti ada ada peraturan yang perlu diikuti. Begitu juga untuk mempelajari ilmu, mesti ada hukum dan garis panduan yang perlu diikuti.

7- Allah mengangkat darjat orang-orang Islam yang berilmu dengan beberapa darjat.

Sayyiduna Abdullah RadhiAllahu'anha (RadhiaAllahu'anha- digunakan untuk sahabat yang masuk Islam tetapi jika sahabat itu dan bapanya juga telah masuk Islam maka digunakan RadhiaAllahu'anhuma). Baginda Solallahu'alaihiwassalam ada menyebutkan bahawa Abdullah adalah sebaik-baik nama untuk diberikan kepada anak-anak.

SAHABAT menurut ulama' adalah mereka-mereka yang pernah melihat dan beriman dengan Baginda Solallahu'alaihiwassalam. Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani mengatakan jumlah sahabat adalah 240 000. Allah meredhai para sahabat dan mereka redha terhadap Allah. Antara sebab-sebab yang menyebakan para sahabat Baginda Solallahu'alaihiwassalam mulia adalah:

a) Apabila diturunkan syariat oleh Allah Subhanahwata'la, mereka bersama-sama Baginda Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam untuk menjalankan syariat Allah itu.

b) Berada di dalam majlis ilmu bersama Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam.

c) Berperang bersama Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam.

d) Keluar untuk menyebarkan ilmu di zaman Rasulullah.

e) Pergi ke hadhramaut untuk menyampaikan ilmu.

f) Bertebaran di luar Madinah untuk menyebarkan ilmu.

8- "Barangsiapa, Allah mahukan kebaikan di dalam dirinya maka ditambahkannya dengan ilmu dalam agama"- Hadis Nabi

Sesungguhnya orang-orang yang Allah mahukan kebaikan di dalam dirinya dipilih oleh Allah. Maka, bagi orang-orang yang datang ke majlis ilmu bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada mereka-meraka yang tidak dapat hadir sepertimana sabda Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam:

"Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"- (Hadis Nabi)

Antara salah satu sunnah terbesar yang diperlu dilakukan di zaman ini adalah bergilir-gilir hadir ke majlis ilmu. Kerana apa? Kerana jika ada yang tidak dapat hadir maka, orang yang dapat hadir boleh berkongsi ilmu kepada yang tidak dapat hadir. Oleh itu, bersyukurlah bagi orang yang dapat ke majlis ilmu dan perlu untuk kita berasa kasihan kepada mereka-mereka yang tidak dapat hadir ke majlis ilmu. Tetapi jangan dikutuk mereka-mereka yang tidak dapat hadir kerana mungkin mereka ada urusan lain dan berharap agar mereka juga dapat hadir. Gunakan kata-kata yang baik untuk mengajak mereka untuk turut serta dalam majlis-majlis ilmu.

9- "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalannya ke syurga"- (hadis Nabi)

Maksud daripada kalam Baginda Solallahu'alaihiwassalam ini ialah apabila menuntut ilmu, kita akan melakukan apa yang Allah dan Rasulullah perintahkan. Maka, dengan itu akan memudahkan jalan kita menuju ke syurga.

10- Dari Safwan bin Assal Al-Muradi r.a. meriwayatkan satu ketika aku datang menemui baginda Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di dalam masjid duduk bersandar di atas cadar merah,lantas aku berkata:"Ya Rasulullah SAW sesungguhnya aku datang untuk menuntut ilmu."

Nabi menjawab: "Selamat datang bagi orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu, kemudian berkumpul bertumpuk-tumpuk antara satu sama lain, hinggalah ke langit dunia.Mereka melakukannya kerana cintanya kepada orang yang menuntut ilmu."

(HR Tabrani)

11- Baginda Solallahu'alaihiwassalam bersabda:

"Yang benar-benar takut pada Allah adalah para ulama' "

Bukanlah bermaksud ulama' itu hanya ustaz-ustaz tetapi mereka-mereka yang datang di dalam majlis ilmu itu dan memahami serta mengamalkannya juga tergolong di dalam hadis ini. Alim yakni mengetahui. Cuma yang membezakan adalah lebih dan kurangnya ilmu seseorang itu.

12- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama." - Riwayat al-Tabrani

Sesungguhnya Allah Subhanahwata'ala itu bersifat dengan sifat Maha Pemurah. Allah tahu bahawa hamba-hambaNya banyak melakukan dosa-dosa kecil. Lalu, disediakan olehNya amalan-amalan yang dapat memberikan keampunan atas dosa-dosa itu dan menyebabkan terhapusnya dosa-dosa itu. Selain beristigfar, menghadiri majlis ilmu juga akan mendapatkan keampunan daripada doa yang berada di langit dan di bumi seluruhnya. Selain amalan-amalan zikir Fatimah, berjalan ke masjid. Kita ini tidak maksum dan sentiasa memerlukan pertolongan sepertimana firman Allah Subahanahwata'ala:

"Manusia dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan"

13- Belajar/ tuntutlah ilmu kerana sesungguhnya mereka-mereka yang memperlajari sesuatu ilmu adalah termasuk dalam kalangan orang-orang yang takut akan Allah dan termasuk dalam kalangan orang-orang yang beribadah dalam berbincang akan sesuatu ilmu(Muzakarah). Mencari Ilmu adalah jihad. (meyampaikannya juga adalah jihad kerana cuba untuk menjauhkan manusia lainnya daripada kejahilan). Mengajarkan sesuatu ilmu itu sedeqah (pemergian yang baik sesuatu itu, maka baiklah ia) dan berbelanja untuk orang-orang yang menuntut itu adalah qurbah (dekat dengan Allah).

Antara salah satu kitab yang telah disarankan oleh Al-Fadhil untuk mendapatkan lebih banyak berkenaan kepentingan ilmu adalah kitab Riyadhus Solihin karangan Al-Imam Nawawi Rahimahullah. Berdoalah kepada Allah agar diberikan taufiq dan hidayah olehNya untuk melakukan amal kebaikan. Sesungguhnya, orang yang malas dan orang rajin menuntut ilmu banyak perbezaanya. Sayyiduna Anas Ibn Malik khadamnya Baginda Sayyiduna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam pernah didoakan oleh Rasulullah dengan doa memperolehi anak yang ramai dan dijadikan kaya raya. Mereka-mereka yang banyak berkhidmat kepada alim ulama' akan dikurniakan kemurahan rezeki oleh Allah di kemudian hari walaupun di masa ini mereka terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan untuk berkhidmat.

C) Syarat-syarat menuntut ilmu

1- Ikhlas : tidak ada sesuatu bersamanya. Maka, jika buat sesuatu kerana yang lainnya selain Allah, itu dikira tidak ikhlas seperti Riya'. Riya' ini tergolong dalam syirik kecil. Hadis tentang niat telah ditekan sebagai hadis pertama oleh para ulama' menunjukkan bahawa kepentingan niat sebelum melakukan sesuatu. Di dalam hadis ini mengisahkan tentang sahabat Nabi Solallahu'alaihiwassalam yang tujuan hijrahnya adalah kerana perempuan iaitu Uqais.

2- Tahu tujuan belajar ilmu

a) Feqah (al-fahmu=faham) menurut bahasa. Jika menurut istilah pula feqah bermaksud mengetahui sesuatu hukum hakam dan dipetik daripada sumber-sumber yang benar. Untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat kerana dengan ilmu ini membantu kita untuk mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah dan Allah akan menerima ibadah kita.

b) Aqidah

Punca gagalnya seseorang itu adalah kerana tidak tahu kenapa belajar akan sesuatu ilmu itu.

3- Perlu ada guru/pengajar

Jika belajar tanpa berguru, berkemungkinan seseorang itu silap dan akan jatuh ke lembah syaitan. Mengulangkaji sesuatu ilmu itu dengan orang-orang yang lebih tahu ada suatu kelebihan sepertimana menurut ulama' bahawa kuatnya sesuatu ilmu itu dengan berdiskusi.

"Menuntut ilmu itu daripada bayi sehingga ke liang lahad'- Maksud Hadis

Menuntut ilmu itu tidak ada penghujungnya bagi seorang pelajar ilmu.

4- Perlu ada buku di dalam bidang yang dipelajarinya.

5- Mampu untuk faham akan sesuatu ilmu itu.

Kitab untuk satu-satu cabang keilmuan itu berbeza penyampaiannya kerana ulama' mempunyai gaya yang berbeza. Sebagaimana kitab Ihya' Ulumuddin yang merupakan karya terakhir Al-Imam Ghazali Rahimahullah sebelum kewafatannya dan merangkumi semua hukum-hakam di dalam Islam.

6- Berusaha untuk menyampaikan apa-apa pada orang lain. Baginda Solallahu'alaihiwassalam pernah memberitahu tentang bahayanya orang yang tidak mahu menyampaikan ilmu :

"Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka". (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

D) Jenis-jenis ilmu/ pembahagian ilmu

1- Ilmu syara': berkaitan dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahwata'ala. Antaranya termasuklah :

a) Fiqh
b) Tafseer
c) Hadis

2-Ilmu adab yang berkaitan dengan bahasa Arab :

a) Nahu
b) Shorof
c) Balaghah

3- Ilmu akal : berkaitan tentang perbahasan akal :

- mantik :lojik
- Usul fiqh
- Usuluddin
- Falsafah
- Jidal

Ta'rif ilmu :

a) Fiqh : ilmu berkenaan tentang hukum hakam syara' dan berkaitan dengan perbuatan manusia yang dipetik daripada dalil-dali yang terperinci secara ijmali dan tafsili (umum dan terperinci)

Faedah : untuk mengikuti suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
Bahagian ilmu fiqh :

1- Hukum hakam berkaitan ibadah
2- Berkaitan munakahat
3- Faraid
4- Jenayah seperti hudud
5- Mua'amat berkenaan hukum jual beli
6- Siyasah : politik

Yang wajib dipelajari oleh kita adalah ilmu fardhu ain yakni hal-hal yang telah diwajibkan keatas kita.

b) Tafseer : suatu ilmu yang dengannya kita mengetahui tafsir ayat-ayat Allah Subhanahwata'ala yang terdiri daripada suruhan dan laranganNya. Membolehkan kita mengetahui betapa besarnya kalam Allah Subhanahwata'ala.

c) Hadith : ilmu yang berkaitan dengan Nabi Solallahu'alaihiwassalam termasuklah :

1) Percakapan Baginda
2) Perbuatan Baginda
3) Sifat-sifat Baginda

Kelebihan : Mengetahui apa yang telah diajarkan oleh Baginda Solallahu'alaihiwassalam

d) Lughah : Ilmu bahasa yakni ilmu yang dengannya kita tahu akan binaan percakapannya yakni makna dan ta'rif perkataan di dalam bahasa Arab dan merupakan kunci untuk memahamo al-quran dan hadis Nabi Solallahu'alaihiwassalam

e) Ilmu Tasawwuf : Ilmu yang dengannya kita tahu segalanya berkaitan dengan hati.

f) Usuluddin : Ilmu berkaitan dengan aqidah yang dipetik daripada dalil-dalil yang diyakini

E) Ilmu-ilmu yang paling penting untuk dipelajari :

1- Usuluddin
2- Tauhid
3- Qiraat
4- Tafseer
5- Hadith
6- Usul fiqh
7- Fiqh

اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Al-Faqirah Wal Haqirah Ila Allah

[Al-Fadhil Ustaz Syed Hafiz, Pengajian PAKSI Pahang, Masjid Bukit Sekilau, 8 Rabi'ul Awwal 1435H]

WAllahu'alam


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani serta selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Solallahu'alaihiwassalam

[Catatan Ilmu]

Bersama Murabbina Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll
Maulid@IKIM.fm : "Hukum Menyambut Maulidur Rasul : Suatu pencerahan"

Malam ini kita akan membicarakan suatu tajuk yang mudah-mudahan menjadi manfaat untuk kita
Keindahan wajahnya bak bulan purnama, Rasulullah yang dirindu
dengari dan untuk kita amalkan dan untuk kita jadikan hujah. Di dalam kita membicarakan hukum menyambut Mualidur Rasul Solallahu'ala 'alihi wa sohbihi wabaraka wassalam. Pertama yang ingin kita sebutkan di sini bahawa

Yang harus kita pegang perkara-perkara yang melibatkan agama ialah kita hendaklah bertanya kepada orang yang ahli ataupun ahli dalam bidangnya sekiranya tidak mengetahui ataupun kurang jelas ataupun kurang faham pada sesuatu yang ada kaitan dengan agama. Kerana itu Allah Azza Wajalla menyebutkan:

"Maka. hendaklah kamu bertanya kepada orang yang tahu sekiranya kamu tidak tahu"

Sebab itulah timbulnya fitnah, timbunyal kecelaruan dalam masyarakat apabila sesuatu yang berkaitan dengan agama itu tidak tahu sama ada ditanya kepada orang yang bukan ahlinya ataupun bertanya kepada orang yang bidang agama tetapi bukan membidangi dalam jurusannya. Tidak semestinya orang yang faham hadis itu faham akan ilmu tasawwuf, demikian orang yang faham ilmu feqah tidak semestinya faham ilmu hadith, demikian orang yang membidangi bidang lughoh( bahasa) belum tentu dia akan faham bidang feqah. Demikianlah...

Istimewanya, Alhamdulillahi rabbil 'alamin para Aimmah Ad-Deen, para imam-imam yang dalam agama antaranya para imam 4 Mazhab yang sangat dimuliakan Allah itu MasyaAllah Tabarakallah, mereka bukan hanya membidangi satu ilmu sahaja tetapi ilmu-ilmu yang sangat berguna dan sangat banyak bidangnya. Alhamdulillah Kerana itulah apa yang kita bicarakan pada malam ini mengikut panduan yang telah ditunjukan oleh para Aimmah ini, para imam-imam ini supaya kita kita berpedoman dan bukan hanya mengikut hawa nafsu kita.

Ketika membicarakan hukum menyambut Maulidur Rasul Solallahu'alaihi wabarikwassalam ini maka kita merujuk kepada para Aimmah. Kalau Al-Faqir (ustaz) menyebut beberapa nama sahaja dan tidak menyebut yang lain maka, itu sudah cukup untuk menjadi hujah untuk kita pegang. Umpamanya para imam yang membolehkan dan membenarkan malah mengatakan orang yang menyambut Maulid Rasul itu adalah dibagi pahala oleh Allah Subhanahwata'ala antaranya :

1- Imam Al-Muhaddithin Al-Hafiz Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqalani mensyarahkan kepada Sahih Al-Bukhari yang sangat terkenal itu.
2- Al-Hafiz Al-Imam An-Nawawi yang sangat barakah dan sangat terkenal akan karangannya
3- Al-Hafiz Al-Imam As-Sayuthi
4- Al-Hafiz Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami
5- Al-Hafiz Al-Imam Ibn Katheer
6- Al-Hafiz Al-Imam As-Sakhawi

Dan seluruh pengarang kitab-kitab maulid yang sangat terkenal dan sangat barakah itu. Sengaja Al-Faqir (ustaz) sebutkan di sini "title" yang ada pada mereka itu yang dibagikan oleh ummah itu Al-Hafiz. Al-Hafiz di sini bukan orang hafiz Al-quran semata-mata, tidak tetapi membidangi akan bidang hadith malah mereka itu sudah menghafaz sehingga 100 000 ribu hadith sanad dan matannya. Mengetahui akan ilmu rijal dan ilmu ilal yang ada pada hadith itu. MasyaAllah TabarakAllah...

Al-Imam ini bukan merujuk kepada imam yang dekat masjid, bukan. Tetapi Al-Imam di sini bermaksud orang yang sudah ada tokoh dalam ilmu agama sehingga dikatakan MaasyaAllah TabarakAllah...mereka ini membidangi bidang mereka dalam bidang agama mereka sehingga dikataan Al-Imam. Sehingga Al-Imam As-Sayuthi mengatakan :

"Merayakan Maulidun Nabi Solallahu'alaihi wabaraka wassalam tidak bertentangan dengan Al-quran, juga sunnah, juga atshar mahupun ijmak"

MasyaAllah TabarkAllah, seorang yang soleh dan sangat terkenal dengan ilmunya As-Sayyid Muhammad Soleh As-Sahrawardi beliau menulis dalam kitab maulidnya "Tuhfatul Abrar fi tarikh Masy'uriyyat Al-Haffal bi Maulidin Nabiy Al-Mukhtar" beliau mengemukan dalil-dalil yang sangat meyakinkan sehingga memberi akan suatu keputusan bahawa sambutan maulidun Nabiy itu adalah suatu ibadah yang sangat ditekankan. Beliau mengatakan ia adalah sunnah muakkadah dan dibagi pahala kalau kita menyambutnya.

Dalil daripada Al-quran dan hadith dan kaedah agama membawa kita kepada hukum menyambut Maulid Nabi itu adalah sunnah dan dibagi pahala. Dalil Al-quran umpamanya, Allah Azza Wajalla menyebutkan :

"Katakanlah wahai Muhammad kepada kaummu dengan kurniaan daripada Allah dan rahmatNya"

Al-Imam As-Sayuthi menyebutkan apa yang dinukilkan daripada Sayyiduna Ibn Abbas Ta'ala An-Huma Birahmatihi di sini :

"Katakanlah wahai Muhammad kepada kaummu dengan kurniaan daripada Allah yang sangat pelbagai itu dan kehadiran/kelahiran atau keputeraan Sayyidina Rasulillah Solallahu'alaihiwassalam adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam. Maka, dengan nikmat ini hendaklah kamu bergembira dan itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan."

Rahmat apakah lebih besar daripada rahmat kedatangan Rasulillah Solallahu'alaihi wasahbihi wabaraka wassalam?

Sehingga As-Sayyid Ahmad Alawi Bin Abbas Al-Maliki mengatakan:

1-"Kalau tidak ada Nabi Muhammad tidak akan ada perutusan Nabi Muhammad"

Mesti lahir dahulu Nabi Muhammad, baru ada perutusan.

2-" Kalau tidak adanya Nabi Muhammad tidak akan ada peristiwa yang namanya Nuzul Al-quran"

3- "Kalau tidak adanya Nabi Muhammad, tidak akan adanya peristiwa hijrah"

4- "Kalau tidak adanya Nabi Muhammad, tidak akan adanya peristiwa isra' wal mi'raj"

Sebab tidak ada Nabi dan Rasul yang berlaku pada mereka peristiwa agung ini melainkan hanya dan hanya Baginda Rasulillah Solallahu'alaihiwassohbihi wabaraka wassalam. Kerana itulah sangat benar firman Allah Subhanahwata'ala :

"Dan tidaklah kami utuskanmu Muhammad melainkan rahmat kepada seluruh alam"

MaasyaAllah TabarakAllah, rahmat Nabi ini bukan hanya dirasai oleh umat yang hidup pada zaman Nabi iaitu para sahabat malah melimpah kepada zaman selepas itu sehingga ke zaman kita. Buktinya di dalam surah Al-Jumu'ah.

"Dan juga rahmat Nabi ini melimpah daripada kaum yang lain daripada generasi mereka iaitu sahabat, yang belum berhubungan dengan mereka. Siapa? Kumpulan Tabi'in, Kumpulan tabi' tabi'in sampai kepada kumpulan kita. Jadi, Allah menyuruh kita bergembira dengan kurniaan dan rahmatNya. Maka Allah suruh kita bergembira, maka kita bergembira dengan salah satu daripadanya mensyukuri Allah dengan kehadiran Rasulillah Solallahu'alaihiwassalam. Maka, kita menyambut Maulid Nabi. Firman Allah yang kedua, Allah menyebutkan:

"Maka orang-orang yang beriman dengannya, dengan ajaran Rasulillahi solallahu'alaihiwasohbohi wabaraka wassalam dan memuliakannya dan menolongnya"

Ini adalah sifat-sifat orang yang beriman kepada Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabarakwassalam ulama' mengatakan maksud Wa'azaruhu adalah memuliakannya bermaksud wawaqqaruhu dan membesarkannya, mentakzimkannya. Ini maasyaAllah TabarakAllah... Sebab itu kita menyambut Maulid Nabi adalah satu cara memuliakan dan memuji dan menagungkan Baginda Rasulillah Solallahu'alaihi wasohbihi wabarak wassalam. Ayat yang lain Allah mengatakan :

"Dan ingatkan mereka akan hari-hari Allah, hari-hari besar yang telah Allah wujudkan"

(Ibrahim: 5)

Tidak diragukan lagi bahawa hari kelahiran Rasulillah Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam adalah termasuk daripada hari-hari yang besar. Itulah dalil daripada AL-quran Al-kareem yang menunjukan akan bolehnya malahan suruhan daripada Allah untuk kita menyambut mawlid Nabi ini. Daripada hadith Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam, hadith ini sahih riwayat Imam Muslim:

"Nabi sesungguhnya, Rasulullah Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam ditanya tentang kenapa Baginda berpuasa pada hari Isnin?"

Kata Nabi :

"Pada hari itu (Isnin) aku( Nabi) diputerakan dan pada hari Isnin wahyu yang pertama turun kepadaku".

Ketika As-Sayyid Muhammad Alawi Bin Abbas Al-Maliki, ini alim besar dan saya (ustaz) selalu sebut nama beliau kerana ketokohan beliau. MasyaAllah TabarakAllah, umur 25 tahun sudah mendapat gelaran doktor dan mendapat tempat yang sangat tinggi dalam kedoktorannya membicarakan hadis di dalam kitab Muwatto' Imam Malik Rahimahullah. MasyaAllah TabarakAllah.. dan tesis beliau itu diishrafkan oleh Syeikh Muhammad Abu Zahroh yang sangat terkenal itu, alim yang sangat terkenal dan tidak ada orang yang tidak mengetahuinya. MaasyaAllah TabarakAllah...

Sebab itu apa kata beliau? Ini isyarat daripada Nabi untuk kitab sambut maulid Nabi.

1-Memang benar Nabi menyambut dengan cara berpuasa tetapi bukan secara mutlak kita berpuasa, yang penting Nabi sambut dengan cara berpuasa tetapi kita silakan sahaja.

2- Nabi berpuasa pada hari Isnin dan ditanya kenapa ya Rasulullah? Sebab mengingatkan hari keputeraan Baginda.

Sebab itu sebahagian ulama' mengatakan kalau kita sambut Maulid Nabi pada setiap tahun, Nabi menyambutnya setiap minggu. Buktinya pada hari Isnin Baginda akan berpuasa. Menyambut maulid Nabi dengan cara berpuasa. Demikian para sahabat yang ikut Nabi, ikhtidak Nabi. Demikian para tabi'in MasyaAllah tabarakAllah sampailah sekarang. Allahumma Solli 'ala Rasulika Muhammadan 'Abdika warasulikan nabiyyi ummiyyi wa 'ala alihi wasohbihi ajmain.

Tadi kita bicarakan dalil daripada Al-quran dan hadith yang membolehkan malah memberikan pahala kepada sesiapa yang menyambut Maulidur Rasul itu sebab niat kita adalah tidak lain menyahut seruan Allah supaya kita membesarkan Rasulillah Solallahu'ala alihi wasohbihi wabarakawassalam. Sekarang kita berpindah kepada kaedah fiqhiyyah.

Kaedah Fiqh bagaimana sesuatu itu dilihat akan apakah maksud dan tujuan ia dilakukan. Dalam kaedah feqah ada menyebut :

"Hukum atau cara jalan sesuatu itu mengikut hukum apa yang dimaksudkan, apa yang diniatkan".

Kalau niat itu membuatnya bagus, maka perkara itu menjadi bagus dan terpuji. Kalau sebaliknya maka hukumnya adalah sebaliknya. Kerana itu kita meilhat orang yang menyambut Maulid Nabi Solallahu'alahi wasobihi wabaraka wassalam, siapapun kalau kita tanya apa tujuan kamu menyambut Maulid Nabi itu? Tujuan mereka dan maksud mereka pasti tidak lain hanyalah utama untuk menzahirkan kecintaan kepada Nabi Solallahu'alaihi wasohbihi wabaraka wassalam.

Cinta kepada Nabi adalah satu dasar rukun dalam keimanan. Maka, hendaklah kita mengambil berat tentangnya. Orang yang menyambut Maulidun Nabi itu menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas dikurniakan, diutuskan Nabi yang paling mulia dan Nabi yang membawa rahmat ke seluruh alam. Alam 'uluwi, alam atas ataupun alam sufli, alam bawah. Semuanya mendapat rahmat daripada Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam. Orang yang meyambut maulidur Rasul itu dengan apa cara sekalipun yang InsyaAllah dibenarkan syarak adalah menyahut seruan Allah dan Rasul untuk mengagungkan dan membesarkan Baginda Rasulillah Solallahu'alaihi wasohbihi wabaraka wassalam.

Oleh kerana itu, tujuan dan maksud yang kita sebutkan tadi sekadarnya. Saya (ustaz) hanya menyebutkan tiga sahaja semuanya banyak lagi. Semuanya adalah baik dan terpuji. Maka, menyambut Maulidur Rasul Solallahu'alaihiwasohbihi wabara wassala adalah baik dan terpuji dan mendapat pahala.InsyaAllah

Dalam kaedah yang kedua :

"Apa-apa sahaja yang dilihat oleh orang-orang Islam bermaksud ulama'-ulama' Islam sebagai amalan yang baik. Maka, ia baik di sisi Allah dan apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam yakni ulama'-ulama' Islam keji dan tidak baik, maka ia keji di sisi Allah"

Sebenarnya kaedah yang saya bacakan ini adalah bertitik tolak daripada hadith sama sahaja matan dan nasnya hadith daripada Ibn Mas'ud RadhiAllahu Ta'ala anhu yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullahu ta'ala 'alaihi wanafa'abihi wabi 'ulubihi fid darroini aamin. Hadith ini menyebutkan dan kaedah menyebutkan apa-apa sahaja yang dipandang baik oleh ulama'-ulama' Islam maka, InsyaAllah baik di sisi Allah dan begitulah sebaliknya. Maka, kita lihat dalam keadaan realiti dan faktor sejarah amalan meyambut Maulidur Rasul ini Solallahu'alaihiwasohbihi wabara wassalam sudah pun disambut sejak dahulu lagi, lama lagi bukan zaman la. Lama lagi dah dan para ulama' Islam yang sudah terkenal dengan keilmuan dan kedalaman kefahaman mereka dalam agama mengakui akan perkara. Dan bahkan umat Islam seluruhnya sejak dahulu lagi melihat sebagai suatu yang sangat mulia dan baik, tidak ada cacat celanya.

Adapun yang barangkali umpamanya dalam perarakan ataupun dalam majlis keramaian sebegini mungkin ada percampuran , ikhtilat di antara muslimin dan muslimat adalah dari segi teknikal sahaja. Adapun dari segi keseluruhan hukumnya adalah sangat baik sekali. Kita lihat dari segi umum. Kalau kita melihat maulidur Rasul Solallahu'alaihi wasohbihi wabaraka wassalam itu terkumpul padanya pelbagai akan kebaikan, hasanat dan kebajikan. Kita lihat sahaja. MaasyaAllah.. Semasa kita meyambut Maulidur Rasul maka, bukankah dimulakan dengan pembacaan Al-quran Al-kareem? Maka, Al-quran itu adalah suatu yang baik sekali. Malah dimulakan dengan doa juga adalah baik. Selawat ke atas Nabi Solallahu'alaihi wasohbihi wabarak wassalam itu tidak ada seorang pun yang mengatakan amalan ini tidak baik.

Demikian pembacaan sirah Nabi. Ada yang faham dan tidak faham. Itu cerita lain. Yang penting dibacakan sirah Nabi, malah ada translationnya dan dikupas oleh pentazkirah ataupun orang yang bagi kuliah ataupun penceramah. Bukankah ini sangat bagus sekali. MaasyaAllah TabarakAllah... Qasidah dan Madaih pujian keatas Nabi. Kita sahaja suka dan senang kalau dipuji oleh orang, kembang seorang diri kita kalau dipuji. MaasyaAllah TabarkAllah...orang kata lebar senyum sampai ke telinga. Memang pujian itu sangat menyenangkan dan mengembirakan. Kita sahaja senang dipuji dan suka dipuji. Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam sangat suka dipuji. Demikan Allah Azza Wajalla lebih senang untuk dipuji. Sebab itulah, rahsia surah Al-Fatihah itu selepas sahaja بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
terus Alhamdulillahirabbil 'alamin. Kerana Allah Azza Wajalla sangat suka dan sangat senang dipuji. MasyaAllah TabarakAllah...

Demikian dalam majlis sambutan Maulidur Rasul, ada yang menyampaikan ilmu, ada belajar ilmu melalui ceramah dan tazkirah yang disampaikan. MaasyAllah...maka selepas akan adalah jamuan makan kepada orang miskin, kepada anak yatim dan semua orang. MaasyaAllah dan nanti akan ada hati-hati yang cenderung untuk bersedekah, menginfakkan hartanya. Ini disebabkan oleh apa tadi? Maulidur Rasul. Berkumpul sama-sama dengan rakan taulan yang barangkali rakan sepejabat yang sudah lama kita tidak bersilaturrahim. Ia mengukuhkan, menguatkan tali silaturrahim. Kalau majlis seperti ini dilakukan di masjid bukankah kita akan beri'tikaf nanti dan duduk dalam masjid besar pahalanya. MaasyaAllah tabarkAllah... dan mendekatkan hati-hati para jemaah kepada masjid. Bukankah dengan kita menghadiri majlis ilmu itu merupakan sunnah Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam? Yang pergi itu dengan niat menghadiri majlis ilmu, itu sudah menjadi sunnah Nabi. Duduk dalam majlis ilmu itu sunnah Nabi. Kalau yang pergi dengan pakaian serbannya, pakaian sunnahnya, MaasyaAllah TabarakAllah bukankah itu suatu kebaikan?

Kanak-kanak dan orang muda yang majlis itu dibuat di mana pun di stadium, di tempat ataupun di masjid, di surau bukankah ini menggalakkan mereka mencintai masjid dan mencintai majlis ilmu? Suatu yang sangat baik sekali. Dan dalam majlis sebegini InsyaAllah yang hadirnya orang-orang yang soleh. Orang-orang yang baik. MaasyaAllah TabarakAllah. Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam menyebutkan:

"Hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang apabila kamu memandang wajahnya mereka teringat akan Allah"

MaasyaAllah orang duduk dalam majlis ini adalah orang-orang yang soleh, yang bagus. MaasyaAllah TabarAllah dan pelbagai kelebihan yang lain lagi. Tidak ada seorang yang berakal sihat mengatkan perkara-perkara yang tadi sebagai suatu dosa dan kesalahan. Kalau kita nak bicarakan yang terakhir, tidak ada satu pun dalil al-quran mahupun hadith hatta yang dhoif sekalipun yang mengharamkan menyambut Maulid Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam. Maka kerana itu kita melihat, orang kafir sahaja bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad. Siapa? Abu Lahab. MaasyaAllah TabarakAllah...

Abu Lahab itu dikatakan ini disebutkan oleh Al-Imam As-Sayuthi di dalam kitabnya "Husnul maqsid fi amalin maulid" beliau menukilkan apa yang disebutkan oleh Al-Hafiz Shamsuddin Ibn Nasarruddin Al-Dimashqi di dalam kitab beliau "Mauridus sodi fi maulidil hadi". Apa kata beliau? Kata Al-Hafiz ini. Kedua-keduanya Al-Hafiz. Telah sohih, benar riwayat yang menyatakan Abu Lahab diringan dari azab neraka pada hari ini kerana telah memerdekan hambanya yang bernama Thuwaibah. Gembira kerana mendapat anak saudara baru Nabi Muhammad Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam.Maka, tabiat orang Arab dia akan beri halwa, manisan dan yang ini dilepaskan hambanya yang bernama Thuwaibah itu sehinggakan dikatakan oleh Al-Hafiz Shamsuddin Ibn Nasarruddin Al-Dimashqi, apa katanya? :

"Kalaulah orang kafir ini yakni Abu Lahab memang sudah pasti tangannya terbelenggu di dalam api neraka, mendapat celaan padanya dan dibinasakan kedua belah tangannya kekal dalam neraka jahil. Namun, datang keistimewaan sedikit pada hari isnin, boleh minum sedikit air daripada hujung jari (setengah ulama' mengatakan demikian diringankan azabnya sedikit) sebab bergembira dengan kedatangan Nabi Muhammad tadi. Apa pada fikiran kamu? Seseorang yang sentiasa sepanjang hidupnya sentiasa bergembira dengan Nabi dan meninggal dalam keadaan tauhid yang sempurna. "

Dikhabarkan oleh hambanya Thuwaibah kemudian dilepaskan kerana bergembira dengan kelahiran Baginda, dapat keringanan sedikit . Orang sebegini kafir, dapat keringanan bagaimana pula denganeseorang yang sentiasa sepanjang hidupnya sentiasa bergembira dengan Nabi dan meninggal dalam keadaan tauhid yang sempurna. Mungkin ada yang bertanya bagaimana mungkin Abu Lahab yang telah dimasukkan ke dalam neraka diberi keringanan, apakah benar kisah ini?

1- Kisah ini telah diriwayat dalam kitab Sahih Bukhori di dalam bab nikah.

2- Dinukilkan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari.

3- Diriwayatkan oleh Imam Abdul Razak As-Som'ani di dalam kitabnya Al-Musonnaf.

4- Imam Al-Hafiz Al-Baihaqi menyebutkan juga di dalam kitabnya Ad-Dalail.

5- Al-Hafiz Ibn Katheer di dalam kitabnya Al-Bidayah wal nihayah di dalam bab sirah An-Nabawiyyah.

6- Al-Imam As-Syaibani menyebutkan dalam kitabnya Hadaiqul Anwar.

7- Al-Hafiz Al-Baghawi di dalam kitabnya Syarhus sunnah.

8- Ibn Hisham As-Suhaili di dalam kitabnya Raud Al-'Unuf

9- Al-Amiri di dalam kitabnya Bahca Al-Mahafil

dan banyak-banyak lagi kitab-kitab yang lain. Sebab itulah Al-Imam Al-Baihaqi mengatakan walaupun hadith in tahapnya mursal tetapi boleh diterima sebab dinaqalkan oleh Al-Imamul Bukhari hadith ini di dalam kitabnya. Sebab itulah para ulama' yang lainnya menerima akan hadith ini sebab hadith ini termasuk dalam bab manaqib dan dalam madaih, qasais bukan termasuk dalam bab yang berkaitan hukum halal dan haram.

Kesimpulannya, apa yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar Al-Haitami:

"Sesungguhnya bid'ah hasanah yang baik diiktifakkan atas sunat melakukannya dan perbuatan maulid dan berkumpulnya orang ramai untuk menyambutnya disebut juga sebagai bid'ah hasanah".

Sebagai akhirnya dan ini sebagai muhasabah sahaja. Minta maaf sahaja, orang yang kadang-kadang yang selalu menyalahkan orang yang menyambut maulid Nabi ini merujuk kepada pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah, walhah Syeikh Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Al-Iktidak Siratul Mustaqim, apa kata beliau? :

"Maka, membesarkan Maulidn Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam dan menjadikannya sebagai suatu waktu atau musim yang dirayakan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka itu yang merayakan maulid itu akan mendapat ganjaran yang besar kerana bagusnya niat mereka itu dan mereka membesarkan Baginda Rasulullah Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam"

Syeikh Ibn Taimiyyah juga ada menyebutkan perkara yang sama di dalam kitabnya yang lain iaitu kitabnya Fatawa.

Setelah saya (al-Fadhil Ustaz) menyebutkan Imam-Imam yang besar berpangkat Al-Hafiz, yang berpangkat Imam, yang berpangkat 'alim, yang berpangkat Al-'Alamah hatta sebahagian mereka adalah Al-'Arifbillah, wali-wali Allah. Maka, apakah ada lagi keraguan bagi kita mengatakan ia tidak sunnah malah ada ulama' yang mengatakan tidak keterlaluan sekarang sudah ramai yang tidak ingat Nabi Solallahu'alaihiwassalam seperti yang disebut oleh Al-Imam Abdul Rahman Ad-Dibaie di dalam kitabnya Maulid Ad- Dibaie :

"Kalaulah kita nak buat maulid Nabi ini setiap hari sebagai menyambut Maulid Nabi Muhammad Solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam, maka jadi wajib"

Itus sebagai suatu penzahiran cintanya, perlunya kita ingat pada Nabi Solallahu'alaihi wasohbihi wabaraka wassalam. Walaupun jumhur ulama' mengatakan tidaklah wajib tetapi itu sebagai suatu kesungguhan penzahiran kecintaan kepada Nabi Solallahu'alaihi wasohbihi wabaraka wassalam, maka menyambutnya dibagi pahala dan suatu yang amat bagus sekali dan mengembirakan Rasulillah Solallahu'alaihi wasohbihi wabaraka wassalam.

Penutup :

Jiwa-jiwa yang tenang dan fikiran yang kosong daripada permusuhan, pertengkaran serta kedengkian. Melihat sesuatu dengan mata hati yang mendalam pasti akan mengakui apabila disebutkan nama Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani umpamanya, Al-Hafiz Imamun Nawawi umpamanya, Al-Hafiz Al-Imam As-Sayuthi umpamanya, Al-Hafiz Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami umpamanya, Al-Hafiz Al-Imam Ibn Katheer umpamanya, Al-Hafiz Al-Imam As-Sakhawi sekadar menyebut nama-nama sebegini merekalah yang telah mendapatkan gelaran Al-Hafiz di dalam ilmu hadis malah mereka lebih daripada Muhadiths lagi. Orang-orang sebegini kurniaan besar Allah kepada ummat. Mereka ini membolehkan dan mengiyakan bolehnya menyambut maulidun Nabi solallahu'alaihiwasohbihi wabaraka wassalam dan mereka sangat faham dan mengerti akan hadith Nabi. Dan mereka sangat faham dan tahu akan besarnya pengorbanan Nabi Solallahu'alaihiwasohbihi wabara wassalam kepada ummat. Maka, apa lagi alasan untuk tidak meyambut dan membesarkan Baginda Rasulillah Solallahu'alaihi wasohbihi wabaraka wassalam. Maka, kalau ulama' yang besar-besar ini mereka adalah hadiah Allah kepada ummat memerkatakan bahawa bolehnya menyambut Maulidur Rasul ini malah dibagi pahala dan suatu yang sangat terpuji. Siapa kita ini yang tidak mahu mengikut panduan ulama' yang dibagi hidayah dan pendoman oleh Allah Azza Wajalla. Mudah-mudahan hati-hati ini kan sentiasa insaf dan lidah-lidah ini akan sentiasa terjaga sampaikan mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang ulama'-ulama' Islam dan hukum-hukum yang berkaitan dengan syara' dan Islam itu sendiri.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

Al-Faqirah Wal-Haqirah Ila Allah Al-Ghani

WAllahu'alam

[Pencerahan Berkenaan Sambutan Maulid Nabi Oleh Murabbina Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll, Maulid@IKIM Fm, 8 Rabi'ul Awwal 1435H]