Páginas

Sunday, April 25, 2010

:: Ummu Muhammad: Isteri Seorang Syuhada'::


Alhamdulillah, usai menghadiri satu seminar bersama-sama akhawat-akhawat tercinta. Hati melonjak –lonjak rasa syukur kerana dipilih oleh Allah untuk menyertai seminar yang amat istimewa dan Jari terasa ingin menari-nari di atas papan kekunci laptop untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah diperolehi. Berpegang kepada prinsip “ Ilmu itu hak Allah dan untuk dikongsi oleh semua” menguatkan lagi rasa rindu untuk berkongsi. InsyaAllah semoga Allah merahmati apa yang cuba dikongsikan dan lihatlah pada apa yang diperkatakan bukan melihat pada siapa yang sedang berkata- kata.

Tertarik pada gerak gaya isteri seorang mujahid saat beliau masuk ke dalam dewan bersama-sama dua orang puteri dan seorang puteranya. Tidak tergambar riak wajah sedih mahupun resah di wajah isteri mujahid ini . Tergambar riak wajah tabah dan redha tatkala berbicara tentang syahidnya si suami tercinta. Subhanallah… “ Allah tidak akan membebani hambanya melainkan mengikut kemampuannya”.

Ummu Muhammad, isteri seorang syuhada’ yang bernama I’zzuddin Khalil telah memberi suatu gambaran yang amat indah buat muslimah tentang bagaimana nikmatnya sebuah perkahwinan yang didirikan kerana Allah dan mengharapkan keredhaan Allah. Ummu Muhammad sekeluarga telah dihalau oleh yahudi laknatullah daripada bumi Palestin dan meneruskan kehidupan seperti biasa di bumi Syria sehinggalah kini.

"Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan merasa ringan atau berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui'

(At- Taubah:41)

Tanggal 26 September 2004, seperti kebiasaanya Ummu Muhammad menyiapkan sarapan untuk suaminya, I’zzuddin Khalil sebelum suaminya itu berangkat ke tempat kerjanya. Ketika sedang bersarapan, datang beberapa orang jirannya memberitahu bahawa mereka terbau sesuatu yang amat wangi datangnya daripada rumah Ummu Muhammad sedangkan Ummu Muhammad tidak menyemburkan sebarang wangian pun di dalam rumahnya. Subhanallah, begitulah tanda yang Allah berikan kepada Ummu Muhammad sebelum syahidnya si suami tercinta.

Namun begitu, Allah telah memberikan peluang kepada Ummu Muhammad menyedari bahawa suaminya akan mati sebagai seorang syuhada sebelum tanggal 26 September ini. Usai si suami pulang daripada berjumpa dengan sahabat-sahabatnya, Ummu Muhammad terpandang di atas kening I’zzuddin Khalil tertulis perkataan syahid. Hatta, Ummu Muhammad memberitahu khabar gembira tersebut kepada si suami tercinta. Subhanallah, ternyata itulah mati yang diidam-idamkan oleh I’zzuddin Khalil katanya.

Setelah bersarapan, keluarlah I’zzuddin Khalil untuk ke tempat kerjanya. Seperti hari-hari kebiasaanya, I’zzuddin Khalil menaiki kereta ke tempat kerjanya.Tiba-tiba, Ummu Muhammad terdengar satu letupan amat kuat seperti datangnya daripada kereta suaminya. Ternyata benar bahawa kereta suaminya yang telah diletupkan oleh si yahudi Laknatullah. Tiada ucapan selain hamdallah kerana Allah matikan suaminya dalam keadaan syahid. Lantas, Ummu Muhammad mengenakan jilbabnya dan pergi ke tempat kereta suaminya diletupkan untuk memastikan sama ada benar ataupun tidak suaminya telah syahid. Subhanallah ternyata Allah telah mengambil suaminya dalam keaadaan syahid. Setelah memastikan kebenaran syahidnya I’zzuddin Khalil, Ummu Muhammad pulang ke rumah dan terus berwudhuk untuk menunaikan solat sunat dua rakaat.

"Meraka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah s.w.t yang diberikannya kepada mereka yang bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka gembira dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman."

(Ali I'mran:170-171)

Datanglah jiran tetangga ke rumahnya setelah mendengar berita syahidnya I’zzuddin Khalil. Ummu Muhammad menasihati tetangganya agar tidak menangis kerana sesungguhnya I’zzuddin Khalil di ambil Allah dalam keadaan syahid dan sesungguhnya syahidlah idaman suaminya. Setelah peristiwa tersebut Ummu Muhammad tidak dapat tidur sehinggalah hari ketiga selepas pemergian I’zzuddin Khalil. Allah mengizinkan Ummu Muhammad untuk bertemu dengan suaminya di dalam mimpi. Dilihatnya I’zzuddin Khalil datang dengan berpakaian putih bersih dan tersenyum kepadanya. Ummu Muhammad bertanya kepada I’zzuddin Khalil sama ada beliau redha akan isterinya dan ternyata I’zzuddin Khalil redha akan Ummu Muhammad. Ummu Muhammad memberitahu bahawa begitulah rutin harian hidup mereka suami isteri sebelum tidur. Setelah peristiwa itu, semangat juang I’zzuddin Khalil tetap membara di dalam diri Ummu Muhammad sehiggalah sekarang bersama-sama ketiga -tiga anak-anaknya yang tersayang.Subhanallah...

" Tertanya-tanya kepada diri sendiri adakah diri mampu menjadi seperti Ummu Muhammad"

Wallahua'lam

5 comments:

DAKWATUNNISA said...

Semoga kita menjadi setabah Ummu Muhammad. Berusalah agar hati kita akrab pada Allah.=)

sahel akmal said...

salam alaik'...nice info..tapi boleh tanye x, nape dianggap shahid walaupun arwah hendak pergi ke tempat keje?..apekah pekerjaan nye?..juz want to make sure about this...thanx =)

Wardah Ad-Deen said...

To angah: InsyaAllah angah=)

To sahel al-fateh: Waalaikumussalam...beliau dianggap syahid kerana berada di dalam fatrah perjaungan membebaskan palestin dan mngikut keadaan skrg palestin masih lagi d' dalam genggaman Yahudi laknatullah. Ana beri contoh kita sbgai pelajar. Jika ditakdirkan mati maka mati kita adalah mati syahid..

Wallahua'alm

Wardah Ad-Deen said...

*Dalam kontek pelajar juga..kita dikira berada dalam perjuangan yakni perjuangan menuntut ilmu maka skrinya ditakdirkan syahid...mati juga dikira mati syahid

sahel akmal said...

salam, syukran kerana memberi pendapat yg bernas..btol, dikire mati shahid jika mati ketika menuntut ilmu...tambahan sket, niat kerana Allah s.w.t..=)..insha allah