(Ali-Imran:14)
Dengan kalam Basmallah, pena perjuangan Musafirah dakwah pada kali ini meneruskan gerak tarinya. Entah kenapa hati berasa terpukul dan diri merasa terlalu malu tatkala menonton salah satu iklan pewangi lelaki kalau tidak salah ana, sewaktu makan malam yang pada ana amat memalukan itu. Bukankah itu iklan pewangi lelaki? Mengapa si wanita pula yang perlu dipertonjolkan? Pelik betul!
Lihat sahaja bagaimana kaum wanita itu dijadikan agen di dalam agenda si golongan Iluminati yang licik gerak langkahnya untuk melancarkan serangan terhadapan pemikiran kita. Bukan setakat di dalam iklan, malahan boleh dikatakan di dalam semua bentuk media massa mahupun media elektronik, jelas membuktikan bahawa sungguh kaum wanita itu dijadikan boneka di dalam agenda “Ghazwatul Fikr” mereka. Terasa maruah kami, kaum wanita diperkotak katikkan, diinjak-injak dan dipijak –pijak. Bukankah Allah dan kekasihNya Rasulullah s.a.w memuliakan kami, kaum wanita?! Hati terasa dicarik-carik. Malu merajai diri. Beginilah hakikat akhir zaman. Bumi sudah tua dan seandainya bumi mampu berkata-kata pasti ia akan mengeji kita dek kerana kesombongan dan rasa tidak bertanggungjawab kita untuk memakmurkannya dengan perkara-perkara yang haq dan dengan apa yang Allah perintahkan.
“dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".
(Al-Baqarah:11)
Sungguh, kita ini amat bongkak dan sombong. Berjalan di atas muka bumi Allah ini seolah-olah kehidupan ini tiada penghujungnya. Kerosakan, kemaksiatan serta kefasadan seperti sudah menjadi lumrah.Tiada sense of sensitivity langsung. Benarkah begitu? Nyahkan rasa ego kita, nyahkan rasa hebat kita dan nyahkan segala rasa yang menjadikan kita ini seolah-olah robot yang tiada rasa sensitivity terhadap keadaan semasa. Kalau ego itu setinggi gunung, rendahkan ia serendah-rendah dasar lautan, kalau merasa diri terlalu hebat, maka ketahuilah Allah itu jauh lebih hebat.
Natijahnya, terjadilah kes pembuangan anak, sumbang mahram dan sebagainya. Parah benar masyarakat kita sekarang. Yang lebih parahnya? Anak-anak muda.Ya, mereka yang bakal memimpin kelak. Risau memikirkan generasi akan datang. Berpakaian seolah-olah berada di negara barat. Bercakap tidak mahu kalah dengan gaya mat salehnya dan jangan lupa kalau boleh segala-galanya mahu ditiru daripada barat. Singkat betul kita berfikir. Mana identiti kita sebagai muslim? Nampaknya, agenda si Iluminati seperti sudah mencapai sasarannya. Kecewa betul dengan budaya hidup masyarakat kita, mengikut atau meniru tanpa memeriksa dahulu kesan atau natijahnya. Main mengikut sahaja. Macam pak turut pula gayanya. Sudahlah wanita diagung-agungkan. Longgokan-longgokan iklan-iklan, cerita-cerita di media juga seolah-olah ataupun sememangnnya menjadikan wanita sebagai pelarisnya. Sakit hati ini kerana melihatkan golongan wanita diperagakan seolah-olah barang perhiasan. Mengapa pula? Kerana ana seorang wanita. Malu apabila melihat wanita lain terdedah auratnya sana sini. Melenggok gayanya di kaca-kaca tv. Seakan- akan rendah betul martabat kami sebagai wanita. Bukankah kami golongan yang Rasulullah muliakan dan merupakan sayap perjuangan si Rijal?
Bagaimana mungkin kami, golongan hawa yang bengkok sifatnya dapat diluruskan andai si Rijal yang Allah amanahkan untuk meluruskan kami ini masih lagi terumbang ambing hidup dan masih lagi enak dibuai dengan cinta dunia? Wahai Rijal yang Allah amanahkan untuk membimbing kami dan membentulkan kami yang bengkok sifatnya, ketahuilah bahawa besar pengaruh entum semua dalam sebuah kehidupan. Kuatkan aqidah entum dan tingkatkan keimanan entum agar entum benar-benar bersedia memikul amanah Allah ini kerana entumlah Amir yang Allah ciptakan dengan nikmat 9 akal. Jadikan Rasulullah sebagai qudwah.
Sudah jelas bukan? Keruntuhan moral para pemuda kita adalah disebabkan kepincangan terhadap pemahaman aqidah dan juga lemahnya iman. Apabila kedua-dua komponen ini diambil ringan maka berlakulah kepincangan dalam kehidupan. Hilang moral yang Islam ajarkan, tunggang langgang akhlak Islamiyah yang Rasulullah bawakan. Barah hendosime semakin merebak. Boleh disimpulkan bahawa hampir keseluruhan hidup kita dikawal oleh golongan-golongan Iluminati ini dalam keadaan kita sedar ataupun tidak. Halus betul cara mereka menyerang kita. Tapi jangan lupa Allah jauh lebih halus perancangannya. Perkukuhkan aqidah kita dan pertingkatkan iman kita agar hidup kita bergerak sejajar dengan hukum Allah(sunnatullah).
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
“ Buat si Hawa yang Allah ciptakan cantik dan indah, mari sama-sama kita pelihara diri kita agar tidak dijadikan boneka dunia kerana sesungguhnya Allah jadikan kecantikan kita ini hanya buat si Rijal yang bergelar zauj. Bukan untuk kita pertontonkan dan bukan untuk diagung-agungkan. Mahu jadi sayap perjuangan si Rijal seperti Saidatina Khadijah perlulah bersedia daripada awal. Jadilah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang dan jadilah wanita yang apabila dipandang teringat akan Allah. Biar hidup kita berprinsip agar syariat terjaga. Semoga Allah pelihara kita daripada menjadi fitnah dunia dan seisinya. Ameen”
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
3 comments:
Assalamualaikum...
nice post... :-)
Waalaikumussalam.
Alhamdulullah. Semoga bermanfaat.
Addunya mata'un waghoiri mataiha al-maratus solehah
Dunia itu hiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Muslimah yang mukminah tidak suka memandang lelaki ajnabi dan tidak suka lelaki ajnabi memandangnya.
Post a Comment