“Tanda seseorang itu diberikan taufik dan hidayah oleh Allah
adalah bilamana mempunyai istijabah yakni cepat respon pada seruan dan
panggilan yang mana telah terjadi sejak zaman Sayyiduna Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam”
Seperti mana yang disebutkan di dalam Al-Quran :
“Wahai Tuhan, kami
telah mendengar seseorang menyeru kepada IMAN”
Habib Ali sedang mentahnik anak kepada Habib Syed Idrus |
Seruan itu telah berlalu tetapi istijabah tetap berterusan.
Seruan itu masih lagi disahut walaupun Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam
telah lama pergi meninggalkan kita, sebagai tanda taufik dan hidayahnya Allah
sehingga kita berjumpa Allah kelak. Sesungguhnya, Allah tidak melihat pada
pakaian seseorang atau pada segala apa yang seseorang itu punya, tetapi Allah
melihat kepada isi hatinya.
“Allah tidak melihat pada rupa kamu, pada tubuh badan
kamu tetapi Allah melihat pada isi hati kamu”
Disebutkan oleh Al-Habib tentang sebuah hadis tentang tiga
jenis manusia mafhumnya:
“Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam bertanya kepada para
sahabat: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang tiga jenis manusia?
1-
Dia datang kepada Allah dan
Allah datang kepadanya – seseorang yang datang memenuhi tempat kosong di
hadapan di dalam sesebuah majlis ilmu kerana kecintaannya kepada Sayyiduna
Al-Habib Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam.
2-
Dia malu pada Allah dan
Allah malu kepadanya – sesorang yang datang ke majlis ilmu dan memilih untuk di
belakang. Berkata ulama’ :
“Allah
malu kepadanya, maka Allah tidak akan menghukumnya”
3-
Dia berpaling daripada
Allah dan Allah berpaling daripanya- manusia sebegini bahaya kerana dia
berpaling daripada apa-apa ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam. Mafhum sebuah hadis :
“Sesungguhnya
para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan
dinar mahupun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang
mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat
besar”
Madrasah Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam telah melahirkan banyak pakar di dalam bidang mereka seperti :
1-
Sayyidina Muaz Ibn Jabar :
Orang pertama yang pakar di dalam bidang syariah
2-
Sayyidina Abdullah Ibn
Salam : Pakar di dalam bidang Qiraat
3-
Sayyidina Ibn Abbas : Pakar
di dalam bidang Al-quran
Madrasah
pimpinan Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam bermula di Masjid, tempat mencari
ilmu yang pertama. Maka, perhatikan keberadaan kita. Sesungguhnya, dengan ilmu
tingginya darjat seseorang itu dengannya dan dengan ilmu juga tidak akan
jatuhnya darjat seseorang bahkan sebaliknya.
“Ilmu itu didatangi, bukan ilmu yang
mendatangi”
[Imam Malik]
Sayyiduna
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam berpesan agar :
1-
Belajar dan mencari ilmu
kerana dengan ilmu, Allah akan mengganjari ganjaran sebagai orang yang takut
kepada Allah dan juga dikira sebagai ibadah kepada Allah.
2-
Bermuzakarah : ganjarannya
seperti dia bertasbih kepada Allah
3-
Menyampaikan ilmu: dikira
sebagai sedekah
“Barangsiapa yang tidak merendahkan
diri untuk mencari ilmu dan melepaskan peluang untuk mencarinya, ucapkan takbir
4 kali kepadanya kerana dia sudah mati”
[Imam Syafie]
Ilmu
dan takwa kepada Allah itu adalah nilai seorang remaja. Jika tidak kedua-duanya
maka, tiadalah nilai akan seorang remaja itu kerana dengan ilmu akan mengangkat
darjat seorang remaja itu. Sayyidina Ali KWJ berkata:
“Ilmu itu memelihara dan menjaga kita,
tetapi harta pula, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya”
[Sayyidina Ali KWJ]
Seorang
sahabat bertanya kepada Imam Tusturi
tentang apakah dosa yang paling buruk terhadap Allah. Maka jawabnya dosa
yang paling buruk terhadap Allah adalah orang yang menyembah Allah tetapi
jahil. Kemudian, sahabat bertanya lagi, adakah yang lebih teruk daripada itu.
Maka jawab Imam Tusturi ada yang lebih teruk iaitu orang yang jahil, tetapi dia
masih dalam keadaan jahil.
Disebutkan
juga oleh Al-Habib tentang 4 jenis manusia iaitu :
1-
Seseorang yang tahu dirinya
tahu, maka dia seorang ‘alim
2-
Seseorang yang tahu tetapi dia tak tahu dirinya tahu,
maka perlu ingatkannya
3-
Seseorang yang tahu bahawa
dia tidak tahu, maka ajarkan dia
4-
Seseorang yang tak tahu,
dirinya tidak tahu, maka jauhkan diri daripadanya
Puncanya,
berbalik kepada ilmu. Maka, pulangkan segala-galanya kepada yang Maha Berilmu
Allah SWT.
Nota Kaki : Tausiyah ini disampaikan oleh AL-Habib Ali Zeinal Abidin EL-Hamid ketika UMP berselawat pada 25 Zulkaedah 1433H.
WAllahu'alam
No comments:
Post a Comment