Orang zaman
sekarang yang ingin membela Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam,
tetapi tidak dengan ilmu. Ketahuilah bahawa penghinaan terhadap Sayyiduna
Rasulullah ada suatu jenayah. Maka, melihat akan isu ini, terdapatnya
kepelbagaian dalam merespon. Namun, cara merespon akan tuduhan dan penghinaan
ke atas Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam di seluruh dunia dilihat sedikit
lari daripada apa yang diajarkan Rasulullah. Penilaian, reaksi yang perlu ada
dan yang sepatutnya dilakukan adalah:-
Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid |
1 Sebagai pengikut Sayyiduna
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam, apabila Baginda dituduh, dihina atau yang
sewaktu dengannya maka wajiblah di dalam hatinya merasa terguris. Namun, yang
tidak terguris dek penghinaan dan tuduhan terhadap Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam, maka perlu muhasabah kembali akan kesempurnaan IMANnya.
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam bersabda :
“Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu
sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia
lainnya”
Ketahuilah bahawa
Rabbul ‘alamin adalah yang pertama akan membela Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam. Telah banyak ayat-ayat Allah yang menunjukkan Allah membela
Sayyiduna Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Seperti asbab turunnya surah
Al-Masad, sebagai pembelaan terhadap penghinaan Abu Lahab terhadap Rasulullah.
Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah
mengumpulkan orang-orang Quraisy di sebuah bukit untuk menyampaikan ceramahnya.
Dalam ceramahnya Baginda bertanya “Percayakah kamu sekiranya aku katakan ada
musuh di sebalik bukit ini?”. Kami percaya “sahut golongan Quraisy”. Lalu
kata Baginda, “Aku ini adalah utusan untuk memberitahu kamu bahawa Allah adalah
tuhan yang tunggal dan berhala-berhala yang kamu sembah itu bukanlah tuhan.
Abu Lahab bapa saudara Nabi yang
turut berada dalam majlis itu marah dan mencaci Nabi dengan berkata..”Kamu
mengumpul kami semata-mata untuk mengatakan apa yang kami sembah selama ini
adalah salah. Katanya lagi, “Tabbat ya Muhammad” yang bermaksud “Binasalah kamu
hai Muhammad”
Lalu turunlah ayat yang membalas
laknat Abu Lahab:
“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama”
[Al-Masad:1 ]
Begitu juga apabila bangsa Arab
berkata Rasulullah itu majnun yakni gila, Allah jualah yang menafikan tohmahan
itu. Baginda juga dituduh sebagai bomoh, tukang sihir, mereka memaki Baginda
dan Allah jualah yang membela dan menjawab segala tuduhan dan tohmahan
itu. Oleh itu, tanyakan kepada orang
yang tidak terguris sedikitpun apabila Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam
dihina, sedang Allah jua menjawab segala
tohmahan terhadap Rasulullah, apatah lagi kita ini hanya sang hamba kepadanya.
“Orang yang menganggu kehormatan Allah dan Rasulullah, maka dia
dilaknat oleh Allah”
Selain itu turut diceritakan oleh
Al-Habib tentang kisah sahabat yang mengguris hati Rasulullah. Allah jua yang
menyedarkan mereka. Kisah ini berlaku semasa majlis perkahwinan Rasulullah
dengan Sayyidatina Zainab Bin Jahsy. Pada ketika itu majlis sudah berakhir dan Rasulullah ingin memasuki rumah baginda,
tetapi para sahabat masih lagi makan. Maka, melihat akan hal itu Rasulullah
Solallahu’alaihiwassalam yang sangat mulia itu menunggu sahaja. Walaupun para
Rasulullah tidak memberikan reaksi tentang hal itu, tetapi Sang Maha
Mengetahui tahu bahawa Rasulullah
Solallahu’alaihiwassalam terguris. Natijah daripada peristiwa itu, Allah telah
menurunkan ayat ini untuk menegur para sahabat :-
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki
rumah-rumah Nabi jika kamu diizinkan untuk makan tanpa menunggu waktu masak
(makanannya), tetapi jika kamu dipanggil
maka masuklah dan apabila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa
memperpanjangkan percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi
sehingga dia, malu kepadamu (untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak (malu
menerangkan)yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka
(isteri-isteri Nabi), mintalah daripada belakang tabir. (Cara) yang demikian
lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti hati
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam dan tidak boleh pula menikahi
isteri-isteri Nabi selama-lamanya setelah (Nabi Wafat). Sungguh, yang demikian
itu sangat besar (dosanya) di sisi Allah. Jika kamu menyatakan sesuatu atau
menyembunyikannya , maka Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
[Al-Ahzab:53-54]
Sesungguhnya, melalui ayat Allah
menyatakan bahawa duduk lama di rumah Nabi, menyakitkan perasaan Nabi Solallahu
‘alaihiwassalam. Turut Allah tegaskan bahawa sama sekali tidak dibenarkan
menyakiti perasaan Rasululullah Solallahu ‘alaihiwassalam hatta berkahwin dengan
isterinya stelah kewafatannya. Begitu Allah membela insan mulia ini, mana
mungkin kita sang hamba ini tidak wujud rasa terguris dengan sebarang
penghinaan dan tohmahan terhadap Rasulullah?
2-
Setelah merasa terguris akan tohmahan dan penghinaan terhadap Sayyiduna
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam, maka reaksi terhadap hal itu adalah
seharusnya selaru dengan uslub atau cara Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam
apabila diri Baginda dihina. Diceritakan oleh AL-Habib tentang kisah di sebalik
“Perjanjian Hudaibiyah”.
Suhaib Ibn Amnan menjadi utusan
pihak Quraisy untuk pergi berjumpa dengan Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam
semasa peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Maka, Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam memerintahkan Sayyidina Ali KWJ menulis surat perjanjian itu
dengan permulaannya dengan Basmallah. Tetapi Suhaib Bin Amnan berkata kepada
Baginda mereka yakni bangsa Quraisy tidak mengenal Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Lalu, Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam memerintahkan Sayyidina Ali
menghapuskan perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu. Kemudian Rasulullah meminta
Sayyidina Ali KWJ menulis perkataan daripada Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam. Suhaib lantas
menyatakan kepada Rasulullah jika mereka yakni bangsa Arab mengetahui Baginda
adalah Rasulullah, masakan mereka meminta agar dibuat perjanjian ini. Para
sahabat yang melihat akan peristiwa itu merasa geram dengan sikap Suhaib itu.
Setelah dua tahun perjanjian itu termeterai, telah ramai yang masuk Islam
hikmah daripada sikapnya Sayyiduna Al-Habib Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam. Diceritakan juga pada tahun ke sepuluh perjanjian itu
termeterai, dan pada ketika itu Rasulullah memotong rambut dan sahabat-sahabat
berebut untuk mendapatkan rambut baginda Solallahu ‘alaihiwassalam termasuklah
Suhaib yang dahulunya memperkecilkan Allah dan Baginda. Kerana kebijaksaan
Baginda berjaya menambat hatinya Suhaib.
Namun, apabila melihatkan sikapnya
masyarakat sekarang dalam merespon akan penghinaan atau penghinaan terhadap
Sayyiduna Rasulullah langsung tidak mengikuti akhlaknya Rasulullah. Diceritakan
tentang kisahnya Sayyiduna Abu Bakar di
dalam suatu majlis Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam.
Di dalam majlisnya Rasulullah,
datang seorang lelaki ke dalam majlisnya Rasulullah dan memaki Sayyiduna Abu
Bakar RA. Untuk kali pertama dan kedua beliau dimaki, Sayyiduna Abu Bakar RA
hanya mendiamkan diri, namun setelah tiga kali beliau dimaki, beliau bangun
lantas mengatakan “Aku mengatakan apa engkau katakan kepadaku” kepada lelaki tersebut.
Beliau kemudiannya meminta maaf kepada Rasulullah kerana mengganggu majlisnya
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Rasulullah berkata kepada Sayyiduna Abu
Bakar bahawa ketika beliau dimaki dan diherdik beliau diam Baginda Solallahu
‘alaihiwassalam nampak banyak malaikat di sampingnya, namun apabila beliau
bangun nak memaki semula kepada lelaki tersebut Baginda lihat syaitan
menghampiri majlis itu.
Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam jubg pernah berkata bahawa. Beliau tidak diutuskan untuk
mencaci maki dan juga membuat huru hara. Hakaza Sayyiduna Rasulullah Solallahu
‘alaihiwassalam. Sesungguhnya, orang yang menjadi asbab masyhurnya Sayyiduna
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam adalah orang yang memaki kepada
Rasulullah. Buktinya adalah ketika peristiwa haji.
Pada musim haji, beberapa orang
pengikut Abu Lahab dan yang lainnya ditugaskan untuk menyampaikan kebatilan
kepada jemaah-jemaah haji. Mereka aan duduk di pintu Mekah dan mula menyebarkan
kebatilan tentang Rasulullah. Disebabkan kebatilan yang disampaikan oleh mereka
itu orang yang datang ingin melihat sendiri siapakah gerangan yang disebutkan
oleh mereka. Namun, apabila melihat akan akhlak dan sikapnya Rasulullah yang
jauh bezanya daripada apa yang disampaikan oleh mereka itu lantas menarik mereka
untuk memeluk Islam. Subhanallah Tabarakallah…
Oleh yang demikian, untuk merespon
terhadap penghinaan dan tohmahan terhadap Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam kita perlulah
melihat kepada sikap dan cara yang sepatutnya dilakukan. Sama ada Muslimin atau
muslimat, lelaki atau wanita. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk
melindungi kehormatan Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam. Diceritakan tentang
kisah seorang wanita ansar yang bernama Nasibah Binti Kaab yang sanggup
memperjuangkan nyawanya untuk melindungi Rasulullah. Beliau memiliki keimanan
yang mantap dan mengagumkan. Beliau turut serta di dalam peperangan uhud
bersama-sama dengan Rasulullah. Ketika
peperangan berlangsung, beliau memegang pedang untuk melindungi Rasulullah.
Beliau berkata kepada musuh agar hadapinya terlebih dahulu sebelum Rasulullah.
Subahanallah Tabarakallah betapa kecintaan terhadap Sayyiduna Rasulullah
menjadikan dirinya seorang yang berani. Allahu Allah…Baginda berkata bahawa
Nasibah tangannya dipotong oleh seorang kafir ketika ingin melindungi
Rasulullah.
Kesimpulannya, sikap yang
seharusnya ditonjolkan dalam merespon penghinaan dan tohmahan terhadap
Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam hendaklah berdasarkan ilmu yang datangnya
daripada sikapnya Sayyiduna Al-Habib Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam.
Nota kaki : Tausiyah Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid, 25 Zulkaedah 1433H
WAllahu'alam
1 comment:
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.
Post a Comment