Ku Kejar Cinta
Ilham: Majalah Cahaya
"Kalau tidak mendengar tazkirah lebih daripada 3 hari, hati kita akan jadi mati."
Kata-kata ini amat sesuai dengan diriku... sementelah lagi selepas kaki menjejakkan ke alam IPTA yang merupakan alam yang amat mencabar buat mereka yang bergelar remaja. Amat kurang aku mengisi hatiku yang lapar dan dahagakan santapan rohani yang menjadi sebaik-baik tarbiyah buat hati mereka yang bergelar remaja seperti diriku. Bila dah agak lalai ni makin banyak anasir-anasir yang cuba menerjah masuk ke dalam hati yang keringnya santapan rohani. Antivirus pun dah lama tak diupdatekan ditambah dengan rutin harian yang sentiasa dipenuhi dengan lambakan assignment sampaikan aku merasakan diriku ini ibarat robot yang kerjanya setiap hari belajar, buat assignment, pergi kelas dan begitulah gambaran kehidupan diriku yang aku anggap sibuk.
Saban waktu, aku selalu lihat roomateku berbalas-balas mesej dengan si buah hati pengarang jantungnya.. Terdetik juga di hatiku perasaan iri hati... Sebelum ini, aku sentiasa diberi peringatan oleh sahabat-sahabatku tentang couple. Seperti yang semua sedia maklum tiada istilah "COUPLE" pun sebenarnya dalam ajaran ISLAM. Yang ada hanyalah jalan-jalan yang dapat melorong ke arah penzinaan. Ayat-ayat al-Quran seperti ISLAM menggalakan perempuan dan lelaki berkenalan antara satu sama lain sebagai modal untuk mengatakan yang "COUPLE" itu wujud dalam ISLAM. Sedangkan apa yang perlu kita perlu tahu bahawa:
"tiada hubungan antara lelaki dan perempuan melainkan perkahwinan"
"La taqrabuz zina!! Menghampiri zina pun dah tak boleh, apalagi melakukan zina..menghampiri zina itu termasuklah bercouple dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sebaran urusan, zina ni boleh jadi zina hati,mata,kaki, telinga dan sewaktu dengannya" Nasihat daripada eorang sahabatku di dalam satu majli ilmu sewaktu di sekolah dahulu.
Tetapi, setelah masing-masing membawa haluan sendiri, tiada lagi nasihat yang mengunjung tiba... yang ada hanyalah bisikan nafsu muda yang ingin bebas setelah lama dibiuskan dengan ingatan dan nasihat sahabat-sahabatku...
Akhirnya, aku berkenalan dengan "seseorang"...mulanya atas sebab tersalah dail nombor telefon. Aku terlupa akan kata-kata yang pernah kuucapkan pada sahabatku dulu.
"Imah kalau boleh elakkan daripada bercakap dengan lelaki di dalam telefon untuk mengelakkan zina hati dan telinga, mungkin kita boleh kawal hati kita, tapi macam mana dengan si lelaki itu? kalau bercakap, sudah pasti, akan bergelak ketawa, dan sedikit sebanyak ia akan mencetuskan sedikit perasaan di hati masing-masing."
Dan juga kata-kata seorang ustazahku...
"Dua orang (lelaki dan perempuan) yang bercakap di dalam telefon di tempat yang sunyi, sama sahaja dengan berkhatwat... yang bezanya tidak nampak muka secara zahir tetapi hanya diimaginasikan ada di depan mata... lainlah kalau bercakap depan ibu bapa dan kawan-kawan...intonasi suara dan apa yang dicakapkan itu boleh dikawal lagi, tapi kalau sorang-sorang dalam bilik?? mula-mula ok lagi, tanya khabar je, lama-lama...Antum fikirlah sendiri.."
Benarlah Allah akan uji setiap bait kata yang kita ucapkan..itulah yang berlaku pada diriku. Pada mulanya aku sekadar menganggap Azhar sebagai kawan biasa sementelahan lagi aku sebenarnya agak malu dengan lelaki sebelum ini...tapi, lama-kelamaan, dari seorang teman yan "biasa" dah jadi agak "luar biasa"..Diriku semakin hanyut dengan cinta manusia yang tidak berkesudahan. Cinta yang penuh dengan kepuraan tapi disebaik kepuraan itulah aku tetap berada dan hinggap. Terasa agak pelik dan janggal bunyinya...Masa itu terselit juga satu perasaan bersalah pada diri sendiri, lebih-lebih lagi perasaan takut dan malu pada Allah masih ada..tapi, perasaan untuk enjoy lagi mendominasi diri. "muda hanya sekali,so kita enjoy!' entah macam mana aku boleh terlupa. Ya!! muda memang sekali, tetapi alangkah eloknya masa muda itu aku gunakan untuk gerak kerja ISLAM!! membantu teman-teman yang masih lagi diulit mimpi yang tak berkesudahan!! dan sudah tentu membantu diriku sendiri...
Tapi...............
bersambung...
No comments:
Post a Comment