Taubat
: Maulana Johari Bin Ali Al-Jenderaki
Taubat adalah daripada perkataan
bahasa Arab yang bermaksud rujuk atau kembali. Rujuk di
sini bukan rujuk secara
lughawi atau bahasa tetapi istilahi atau pada istilahnya. Rujuk pada istilah
bermaksud kembali daripada jauh menyimpang kepada Allah SWT, daripada tidak
taat kepada taat kepada Allah SWT, daripada jahat kepada baik, daripada tholih
kepada soleh , daripada fasik kepada soleh.
Sesungguhnya taubat itu wajib bagi setiap
mukhallaf yang berdosa. Maka, sesuatu yang wajib mesti ada rukunnya. Ulama’
mengatakan bahawa sekiranya gugur salah satu daripada ruknrukunya atau
syarat-syaratnya, maka, tidak sah taubat seseorang itu. Daripada Sayyiduna Abu
Hurairah RA, Sayyiduna Rasulullah Solallahu’alaihiwassalam bersabda :
“
Demi Allah (menegaskan sungguh-sungguh dan dengar dengan sungguh-sungguh akan apa
yang ingin disampaikan), sesungguhnya Aku (merujuk kepada Sayyiduna Rasulullah)
bertaubat kepada Allah sebanyak 70x setiap hari”.
Kalau Nabi Solallahu’alaihiwassalam
yang maksum itu, bebas daripada dosa bertaubat sebanyak 70x setiap hari,
bukanlah kita sebagai hamba Allah yang biasa-biasa ini terlebih-lebih lagi
perlu bertaubat kepada Allah? Kerana sesungguhnya tidak kita melakukan apa-apa
melainkan kita berdosa kepada Allah sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak
sedar? Merujuk kepada hadis ini, Maulana mengingatkan bahawa :
1-
Jumlah
atau 70x di dalam hadis tersebut bukanlah figure yang mahu difokuskan tetapi
kasrah yakni banyaknya Baginda beristighfar pada setiap hari sedangkan Baginda
itu maksum, tidak punya dosa.
2-
Baginda
Solallahu’alaihiwassalam bertaubat bukan kerana berdosa tetapi kerana
perkara-perkara khilaf aula yakni sama ada buat A dahulu atau buat B dahulu.
Sebagai contoh :
-
Di
dalam surah ‘Abasa, Allah SWT menegur Sayyiduna Rasulullah
Solallahu’alihiwassalam apabila Baginda bermasam muka kepada seorang buta yakni
Ibn Maktum sedangkan pada ketika itu Baginda sedang berceramah kepada
pemuka-pemuka yang mempunyai peluang untuk memeluk Islam tetapi Allah SWT
menegur Baginda Sayyiduna Rasulullah Solallahu’alaihiwassalam agar mendahulukan
Ibn Maktum. Baginda Solallahu’alaihiwassalam bertaubat tentang hal itu
sedangkan kedua-duanya adalah khair yakni baik.
-
Baginda
juga bertaubat atas peningkatan ma’rifah Baginda Solallahu’alaihiwassam yakni
atas kadar ma’rifah Baginda pada hari ini sebagai contoh, adalah lebih baik
daripada hari semalam.
3-
Baginda
Solallahu’alaihiwassalam bertaubat untuk mengajarkan kepada Umat Baginda.
Reflekkanlah pada diri kita. Siapa kita untuk sombong daripada
bertaubat kepada Allah? Sombong untuk bertaubat atas dosa yang kita lakukan
secara sedar mahupun tidak sedara?
4-
Baginda
Solallahu’alaihiwassalam bertaubat bukan kerana berdosa tetapi untuk
meninggikan darjat Baginda Solallahu’alaihiwassalam di sisi Allah SWT kerana
setiap kali bertaubat kepada Allah, akan meninggikan darjat Baginda di sisi
Allah. Maka, jika kiat selalu betaubat kepada Allah, kita akan menjadi seorang
hamba Allah yang Berjaya.
“Bertaubatlah kamu semua tanpa
kecuali wahai orang-orang yang berimansupaya kamu Berjaya”
Mafhum mukallaf di dalam ayat ini
adalah kamu akan Berjaya.
Adapun,
sekiranya kita tidak melakukan kesalahan tetapi kita tidak bertaubat pasti kita
ini tergolongan dalam golongan mereka-mereka yang tidak bersyukur. Maka, ini
merupakan satu kesalahan, tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh
Allah kepada kita. Nikmat segala nikmat hatta tada sesiapa di atas dunia ini
yang tidak sayang akan kita, tidak ada makanan untuk dimakan, hatta dia
terlentang di atas tikar kerana sakit, namun jangan dilupakan bahawa ada suatu
nikmat yang perlu disyukuri iaitu nikmat kehidupan yang telah diberikan oleh
Allah SWT. Bukankah kehidupan itu juga suatu kenikmatan buat kita?
Demi
memastikan taubat kita diterima oleh Allah SWT, betapa pentingnya kita
mengetahui tentang syarat-syarat yang menyebabkan sahnya taubat seseorang hamba
Allah itu. Antara syarat-syarat yang menyebabkan sahnya taubat seseorang itu
dan amat berkait rapat dengan haq terhadap Allah SWT adalah :
1-
Menyesali
akan perbuatannya yang lalu : Sesungguhnya penyesalan itu tidak akan datang
tanpa kita terlebih dahulu merenung atau bermuhasabah kembali akan kesalahan
yang lalu serta memikirkan balasan atau ‘uqbah yang akan diterima atas
kesalahan yang telah dilakukan.
2-
Meninggalkan
sama sekali perbuatan itu.
3-
Berazam
bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya.
Antara hak kepada hamba-hamba Allah
adalah :
4-
Selesaikan
dengan orangnya serta mengembalikan haknya.
Sekiranya salah satu daripada
syarat-syarat ini gugur, maka tidak sah taubatnya.
Antara
kepentingan-kepentingan dan kesan-kesan taubat adalah;
Berkata Abu Said Al-Qudri :
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim,
Nabi Solallahu’alaihiwassalam menceritakan bahawa pada zaman dahlu kala ada
seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian hatinya terdetik ingin
bertaubat. Kemudian, dia telah menemusi seorang alim dan bertanya adakah
taubatnya masih dapat diterima Allah. Sayangnya, orang alim tersebut telah
memberitahu bahawa taubat pembunuh itu tidak diterima oleh Allah kerana telah
ramai manusia yang dibunuh.
Apabila
mendengar jawapan orang alim itu, lelaki tersebut meradang dan telah membunuh
orang alim itu maka genaplah mangsa bunuhnya seramai 100 orang. Kemudian, dia
telah mencari orang alim yang lain pula dan bertanyakan soalan yag sama “adakah
taubatku diterima Allah?” Kali ini, orang alim itu menjawab kemungkinan
taubatnya akan diterima Allah. Dengan syarat, lelaki tersebut perlu berhijrah ke
negeri yang mana penduduknya taat kepada Allah. Ini kerana negeri yang
didiaminya ketika itu penuh dengan penjahat dan orang yang tidak taat kepada
Allah SWT.
Maka,
berangkatlah pembunuh tersebut ke negeri yang dimaksudkan dengan niatnya ingin
bertaubat kepada Allah. Namun, di dalam perjalanannya, lelaki itu telah
dipanggil menemui Allah SWT dan ajal sebelum sempat tiba di negeri yang
ditujunya. Kemudian, datanglah malaikat Rahmat untuk membawa rohnya, tetapi datang pula malaikat Azab
untuk membawa rohnya juga. Kedua-dua
malaikat ini berebut untuk membawa roh lelaki itu.
Berkata malaikat Rahmat;
“Dia telah menempuh perjalanan kerana dia ingin bertaubat kepada Allah dan
mencari keampunanNya” Berkatalah malaikat Azab; “Dia belum pernah
berbuat kebaikan sama sekali”.
Orang dahulu
akan digelar seorang ‘Abid sekiranya beribadah selama 500 tahun atau
menurut Imam AL-Ghazali RH paling minimum 70 tahun. Adapun, umat pada zaman ini
bukanlah untuk menjadi ‘abid tetapi berjihad fisabilillah.
Merujuk kepada
hadis ini. Menurut riwayat Imam Muslim mengatakan sejengkal lagi lelaki
tersebut sampai di tempat yang dituju, manakala menurut riwayat Daud lelaki
tersebut mengalakan dadanya ke tempat yang dituju. Menurut riwayat lain pula;
Allah dekatkan dirinya dengan tempat yang dituju dan renggangkan dirinya
daripada tempatnya yang lalu.
Sesungguhnya kita tidak tahu bila
kita akan pergi meninggalkan dunia ini.
“Sesungguhnya kamu akan mati seperti kamu tidur, bangkit seperti
kamu jaga, lalu kamu akan dihantar sama ada ke syurga atau ke neraka”
Maka, itu
adalah haq mutlak Allah tetapi Allah telah beri ikhtiar buat kita. Taubat tidak
akan berakhir peluangnya kerana Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat buat
hamba-hambanya.
“Engkau ingat Aku (Allah), Aku ingat kamu. Engkau lupa Aku, Aku
tetap ingat kamu”
[Hadis Qudsi]
Antara manfaat-manfaat taubat adalah
:
1-
Dekat
dengan Allah SWT / hampir dengan Allah SWT
·
Taubat
itu adalah fitrah. Sejauh mana seseorang itu pergi daripada Allah, pasti suatu
hari nanti dia akan kembali kepada Allah seperti mana kita yang pergi merantau jauh, pasti akan pulang kembali ke
tempat asal.
·
Maulana
ada menceritakan kisah tentang seorang kafir yang menyemah berhala setiap hari
selama 70tahun dan menyebut Ya sonam
kemudian tersasul menyebut Ya Somad. Allah kemudiannya menyebut labbaika ya
‘abdi sahutan demi sahutan disebabkan ketersasulan si kafir itu. Malaikat berkata, sesungguhnya dia 70 tahun
kafir dan hanya tersasul menyebut As-Somad Allah menyahutnya? Maka, jawab Allah
“Aku sentiasa menunggu taubat hamba-hambaku”
2-
Sebagai
tanda menghargai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, maka bertaubatlah
pada setiap hari
3-
Dapat
meredakan kemurkaan Allah SWT
“ Allah SWT tidak akan mengazab
mereka selagi mana kamu (Rasulullah) bersama mereka. Allah SWT tidak akan
mengazab kepada mereka selagi mana mereka bertaubat(beristighfar) kepada Allah”
“Kalau kamu tahu apa yang aku
tahu, nescaya kamu akan menangis banyak dan ketawa sedikit”
Turut
diceritakan tentang seorang wanita Juhainah yang datang kepada Rasulullah
Solallahu ‘alaihiwassalam dan mengatakan bahawa beliau telah terlanjur dan
meminta agar dijalankan hukuman ke atas beliau.Kemudian Baginda bertanya di
mana waris wanita itu dan meminta agar biar wanita itu selesai bersalin dahulu kemudian datang kembali
menemui Baginda. Setelah selesai bersalin, wanita itu datang buat kali keduanya
untuk menerima hukuman. Baginda meminta wanita itu pulang buat kali keduanya
agar dikitham/ menyusukan anaknya.
Setelah itu wanita datang semula
menemui Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam dan bersedia untuk menerima
hukuman. Lalu, Rasulullah meminta agar ditanam wanita itu sehingga separuh
badan, diikatnya sekalian pakaiannya agar tidak terdedah auratnya ketika
hukuman dijalankan. Kemudian hukuman ke atas wanita itu dijalankan. Pada ketika
hukuman itu dijalankan, Sayyidina Umar RA ada di situ. Darah wanita itu
terpercik terkena pada Sayyidina Umar RA dan beliau merasa jijik. Rasulullah
kemudian bangun untuk solat jenazah wanita tersebut tetapi Sayyidina Umar RA
tidak berpuas hati. Kemudian Rasulullah Solallahu ‘alaihiwassalam berkata :-
“Kalau diagihkan taubatnya wanita ini kepada seluruh penduduk
Madinah, nescaya akan cukup untuk menampung taubatnya mereka”
Kemudian
Maulana menceritakan tentang kisah Nabi
Musa ‘Alaihissalam. Umatnya Nabi Musa meminta agar Baginda memohon Allah
menurunkan hujan. Kemudian, Allah berkata :
“Selagi mana ada seorang pendosa dalam kalangan kamu dan selagi
mana dia tidak bertaubat, maka tidak akan diturunkan hujan”
Kemudian,
Baginda bertanya kepada umatnya. Siapa yang dimaksudkan Allah itu. Kemudian,
pendosa itu bertaubat tanpa memberitahu bahawa dialah pendosa yang dimaksudkan.
Disebabkan taubat beliau, Allah menurunkan hujan. Kemudian Allah tahan semula hujan daripada
turun. Allah menurunkan hujan disebabkan lelaki itu dan Allah menahan hujan
juga disebabkan lelaki itu. Nabi Musa ‘Alaihissalam bertanya siapakah gerangan
lelaki yang dimaksudkan. Allah kemudian memberitahu bahawa Allah menurunkan
hujan dan menahan hujan disebabkan taubat lelaki itu. Kata Allah, jikalau sewaktu dia melakukan
dosa Allah tidak zahirkannya, mengapa tidak setelah beliau bertaubat Aku tidak zahirkannya?Maka, daripada cerita
ini dapat disimpulkan bahawa bertaubat juga sebagai kurbah pada Allah
yakni dekat pada Allah.
4-
Orang
yang bertaubat akan mendapat kemuliaan daripada Allah
5-
Istijabah dalam berdoa
(doanya mustajab)
Ulama’ ada
mengatakan bahawa Allah memberi peluang kepada setiap hamba-hambaNya untuk
bertaubat kerana rahmat dan kasih sayangnya yang tidak bertepi. Sesungguhnya,
tidak mahu bertaubat itu bermaksud menunggu kemurkaan Allah.
Diceritakan
pula kisah Hassan Al-Basri yang didatangi oleh seorang lelaki yang anaknya sakit, maka disuruh oleh
Hassan Al-basri agar memohon keampunan pada Allah. Kemudian, datang pula seseorang yang dirinya
sendiri sakit, lalu disuruh juga oleh Hassan Al-basri agar memohon keampunan pada Allah. Seterusnya seorang lelaki datang menemui
Hassan Al-Basri dan mengadu harga barang naik, maka disuruhnya juga bertaubat.
Anak muridnya berasa hairan kerana setiap kali diminta penyelesaian akan
sesuatu masalah, disuruhnya agar memohon keampunan Allah. Lalu, bertanya kepada Hassan AL-Basri
akan hal itu. Jawab Hassan Al-Basri, bahawa sesungguhnya ketika memohon
keampunan kepada Allah seseorang itu dekat dengan Allah, mustajab doanya, dalam
rahmat dan kasih sayang Allah.
Rasulullah
Solallahu ‘alaihiwassalam pernah bertanya kepada sahabat tentang siapa orang
yang muflis. Maka, jawab sahabat orang yang muflis adalah orang yang tidak ada
sebarang harta. Jawab Rasulullah tidak. Lalu Baginda menjelaskan bahawa orang
muflis adalah orang yang pada hari kiamat kelak, amalannya bagai gunung
banyaknya tetapi dia merampas hak orang,dia memukul orang, mencaci dan
mengambil harta orang lain. Maka, apabila sampai di mahkamah Allah, datang
seorang demi seorang untuk menuntut haknya sehingga habis berbukit-bukit
amalannya sehingga ditimbuni dengan dosa yang banyak dan natijahnya adalah ke
neraka.
Taubat juga
merupakan salah satu daripada tuntutan taqwa. Kelak Allah akan tanya balik,
tidakkah kamu (kita) membaca ayat-ayatNya. Kemudian, disebutkan; kami (kita)
tidak sempat kerana shiqwah yakni sibuk dengan sesuatu yang melalaikan
daripada mengingat Allah SWT. Lalu, meminta agar Allah kembalikan ke dunia untuk
bertaubat dan untuk membuat amal soleh. Allah berkata dengan nada menghalau kepada orang yang
meminta agar dikembalikan ke dunia itu. Sesungguhnya, apabila nyawa kita
diambil, kehidupan dunia ditinggalkan, maka, tidak akan ada lagi peluang dan
ruang untuk kembali ke dunia untuk bertaubat dan mengerjakan amal soleh.
6-
Taubat
juga menyelamatkan kita daripada kehinaan Allah yang Maha dahsyat.
Sesungguhnya kemurkaan Allah itu tidak akan dapat diselamatkan
hatta seorang itu membawa 70 ketaatan Nabi di hadapan Allah kelak di yaumul
mahsyar, maka akan berkata ia celakalah aku pada hari ini. Namun, Allah
itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta sentiasa menunggu taubat
hamba-hambaNya. Betapa ruginya kita sekiranya tidak mahu mengambil peluang
untuk bertaubat kepada Allah.
“Allah Ta’ala menerima taubat
seorang hamba Allah itu selagi mana nyawanya tidak dicabut”
Maka, sesungguhnya sempadan taubat
itu ada dua yakni :-
1-
Individu
: selama mana nyawa tidak sampai ke halkum seperti mana kisah tentang kematian Firaun di Laut Merah .Ada riwayat
cerita firaun sebelum mati sempat beliau mengakui bahawa tuhan kepada Musa dan
Harun adalah benar tetapi taubatnya tetap tidak diterima oleh Allah.
2-
Antarabangsa
: Bilamana matahari terbit di sebelah barat, maka tidak akan diterima lagi
taubat seorang hamba Allah itu
Oleh yang demikian, hargailah
peluang yang Allah berikan kepada kita untuk bertaubat kepada Allah SWT.
WAllahu'alam
No comments:
Post a Comment