Páginas

Thursday, June 10, 2010

:: Apa? Bermusim!::




31 Mei 2010, negara telah digemparkan dengan berita tentang serangan si zionis Israel laknatullah ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa sukarelawan-sukarelawan daripada beberapa buah negara dalam misi kemanusian ke Gaza. Kapal ini yang mengetuai konvoi membawa barangan-barangan keperluan buat rakyat Gaza ini turut disertai oleh beberapa orang sukarelawan bukan kerajaan daripada Negara kita, Malaysia. Serangan nekad yang dilakukan ke atas Mavi Marmara mengakibatkan seramai 19 orang sukarelawan yang menyertai misi ini syahed dan berpuluh-puluh lainnya cedera. Menurut Tuan Haji Noorazman Bin Samsudin, ketua misi LL4G Malaysia Mavi Marmara diserang sejurus selepas sukarelawan-sukarelawan muslim selesai menunaikan solat fajr secara berjemaah. Bahang keberangan terhadap ketidakperikemanusiaan itu dapat dirasakan oleh seluruh komuniti di dunia. Tindakan yang dianggap bodoh dan ibarat meletakkan leher sendiri di mata pedang untuk dipancung turut menerima kutukan daripada pihak media negara yang tidak diiktiraf ini sendiri. Itulah akibatnya jika terlalu bijak. Ya, terlalu bijak sehingga konspirasi yang kononnya provokasi terhadap mereka ini akhirnya memakan diri sendiri.

Tidak cukup dengan itu, kapal Rachel Corrie milik kerajaan Ireland yang meneruskan misi Flotilla untuk membawa bantuan ke Gaza turut disekat. Walaupun amaran telah diberikan oleh kerajaan Ireland agar Rachel Corrie tidak diganggu sepanjang perjalanan ke sana namun, amaran itu tidak diendahkan sama sekali oleh ketenteraan Negara yang tidak diiktiraf itu. Ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Begitulah peribahasa yang pantas menggambarkan kebiadaban zionis Israel ini. Rachel Corrie terpaksa berlabuh di Perlabuhan Ashod milik Isreal pada 6 Jun 2010 yang lalu. Berjuta-juta barangan yang dibawa di dalam misi itu dirampas dengan kejam oleh pihak zionis. Pelbagai persoalan berlegar-legar di benak. Apa sebenarnya konspirasi mereka? Mengapa mereka takut sangat andai bantuan-bantuan itu sampai ke Gaza? Apalah sangat yang dimiliki oleh rakyat di Gaza jika dibandingkan dengan rakyat-rakyat si zionis ini dapat sedangkan tanah yang mereka tinggal itu bukanlah milik mereka. Tidak tahu malukah mereka kerana sanggup mengaku yang tanah yang jelas-jelas milik rakyat Palestin ini milik mereka? Sedangkan di dalam al-Quran Allah nyatakan berkali-kali bahawa tanah suci itu adalah milik muslim. Entahlah. Mungkin mereka sedang merasakan kebangkitan Islam dan takut kalau-kalau mereka tertewas. Maka, bergembiralah wahai muslim sekalian kerana sesungguhnya zionis Israel itu takut. Ya, takut pada muslim.

Namun, apa yang cuba saya sampaikan untuk entri kali bukan semata-mata untuk mengutuk kebiadaban si zionis Israel laknatullah ini tetapi untuk menggamit kesedaran buat sahabat-sahabat pembaca tentang sejauh mana kita ambil kisah tentang isu Palestin ini dan apa pula kaitannya dengan masyarakat di negara kita. Adakah mengikut musim? atau sekejap tenggelam sekejap timbul? atau sekadar ambil tahu dan cukup sampai di situ? Terpulanglah kepada diri masing-masing. Walaubagaimanapun, sepanjang pemerhatian saya tentang isu ini seperti sudah menjadi lumrah. Mungkin ramai yang sedar pada satu-satu masa, isu ini sangat hebat dibincangkan, seperti pisang goreng panas tetapi setelah beberapa lama, sayup-sayup sahaja kedengaran. Tidak cukup dengan itu, boikot barangan mereka.Tetapi sampai bila sahaja boleh bertahan?
Pernah dengar dialog seperti ini?

“Hari ini kita boikot Starbucks tetapi esok kita minumlah balik. Alah kira kita boikot jugalah?”

Atau

“ Ish, buat apa boikot-boikot ni nanti habis merudum ekonomi negara kita. Bukan depa yang rugi kita juga yang rugi.”

Siapa kata mereka tidak rugi? Lupakah kita bahawa suatu ketika dahulu ekonomi Britain pernah tergugat kerana satu dunia memboikot barngan mereka?

Ataupun

“Alah aku tak biasalah gunakan barangan-barangan selain bla..bla..”

Mesti pernah bukan?
Tak perlu pergi jauh. Cuba lihat orang-orang di sekeliling kita. Itu sudah sudah cukup membuatkan kita menggelengkan kepala tanda tidak enak dengan sikap sebegitu. Tetapi setiap yang berlaku tersirat beribu-ribu hikmah.
Selain boikot, berdemonstrasi juga salah satu cara yang acapkali kebanyakan daripada memandang enteng. Walaupun pada pandangan yang lain, cukuplah memboikot barangan mereka. Namun, semua punya pendapat dan pandangan masing-masing kerana kita bebas bersuara dan berdemonstrasi juga menunjukkan bahawa kita benci dengan kekejaman mereka. Tetapi awas jangan kita asyik berdemonstrasi sedangkan amal ibadah lain ditinggalkan dan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan tidak dilaksanakan. Kita sibuk ke sana ke mari tetapi sayang anak kita entah ke mana. Ke mana mereka pergi? Dengan siapa mereka bergaul? Saya amat tertarik dengan penulisan yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Juoi di dalam blog kepunyaannya tentang isu berdemonstrasi ini. Memang rasa terpalit di muka sendiri apabila membacanya. Walaupun penulisannya agak santai namun, cukup mantap untuk membuatkan kita berfikir di mana sebenarnya kesalahan kita. Cuba baca petikan yang saya copy daripada penulisannya ini.

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”


Bagaimana? Terkedu bukan? Kita sibuk berdemonstrasi sedangkan hati? Wallahua’lam. Kita seronok membakar bendera Israel tetapi kita lupa yang ramai yang membakar rokok Amerika yang merupakan sekutuYahudi sedangkan itu salah satu tanda kita menyokong mereka dan jangan lupa rokok juga penyebab umat kita lemah. Lemah tubuh badan, lemah akal. Bagaimana mahu berjihad sedangkan tubuh badan tidak kuat. Lemah jantung, batuk sana batuk sini. Tidakkah ia menghalang kita untuk berjihad? Bukan itu sahaja. Cuba baca petikan ini yang juga diambil dari blog Ustaz Pahrol.

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”


Benarkah kita tidak ikut cara hidup mereka? Saya amat bersetuju dengan ustaz. Dedah aurat, pergaulan bebas, riba dan yang sewaktu dengannya adalah cara hidup yang diamalkan oleh mereka. Lihat sahajaberapa ramai anak muda di Malaysia yang mati dek kerana merempit. Dan jangan lupa berapa banyak kes-kes yang berlaku di Malaysia kerana pergaulan bebas? Bukankah setiap hari berita-berita tentang pembuangan bayi tersiar di dada-dada akhbar? Tidak cukupkah itu sebagai bukti cara hidup kita ini menyamai cara hidup mereka. Sudah lupakah kita tentang ayat Allah ini?

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Sesungguhnya mereka tidak akan sesekali redha andai kita tidak mengikut cara hidup mereka. Maka dengan itu, sedarlah wahai sahabat-sahabat pembaca yang budiman boleh dikatakan separuh daripada cara hidup kita adalah cara hidup mereka. Maka, usah rasa selesa selagimana ramai anak muda di jalanan dan masjid-masjid dipenuhi jemaah-jemaah yang sudah berumur. Dengan itu, tanggungjawab menyedarkan kita terletak di pundak mereka yang bergelar da’ie. Oleh itu, disamping kita berang dengan kekejaman si zionis laknatullah ini kita juga patut berang dengan ketandusan akhlak masyarakat Malaysia umumnya dan anak-anak muda amnya.

Tunggu sahaja FIFA World Cup 2010 nanti, pasti isu ini ditinggalkan jauh ke belakang. Lihat sahaja anak-anak muda, sudah sibuk menilik-nilik pasukan yang bakal disokong mereka. Meneka-meneka pasukan mana yang pasti juara. Sekejap sahaja bising-bising pasal isu Gaza selepas itu, diam kerana sibuk dengan FIFA World Cup 2010. Entahlah apa nak jadi dengan kita. Isu Palestin ini kan isu ummah bukan isu individu, bukan isu sesuatu persatuan sahaja dan bukan isu anda seorang atau saya seorang. BerFIFA, berFIFA juga jangan sampai isu Palestin dicampak ke tepi. Wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian jangan sesekali kita memandang enteng terhadap masalah ini. Ambil ikhtibarlah daripada apa yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Biar si zionis laknatullah tahu, Islam tidak mudah diperdayakan. Biar mereka tahu kita ini ibarat satu badan cuba paha kiri paha kanan juga merasa sakitnya. Berusahalah sehabis mampu. Buatlah sehabis baik agar negara Palestin itu akan aman. Letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah kerana Dialah pemilik segala-galanya.
Wallahua’lam

No comments: