Páginas

Friday, February 25, 2011

::Keistimewaan Pembaca & Penghafaz Al-Quran::

  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani serta selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana diberi kesempatan waktu untuk menjengah sebentar ke laman coretan diri ini. Alhamdulillah mendapat perkongsian daripada seorang ukhti daripada Universiti Malaya berkenaan keisitimewaan pembaca dan penghafaz Al-quran. Silakanlah membacanya~


*      Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.
Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).

*      Berada dalam rahmat Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
*      Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. ;katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran),maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan bahawa Alif,Lam,Mim itu satu huruf,tetapi Alif itu adalah satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf."(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)
*      Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w , dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia."Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu ahai Rasulullah s.a.w.?"Jawab baginda:"Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."(Riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Ad-Darimi,Al-Hakim dan An-Nasaie).
*      Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat.
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat muslim)
*      Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.
Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya,Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia.Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)

6 comments:

syahidah said...

moga kita adalah sebahagian dari golongan2 ini....amiin...

Anonymous said...

alhamdulillah.....

khadim_ilmi said...

begitu banyak manfaat & kelebihan yg dkurniakn oleh Allah kepada golongan yang menghafal & membaca al-Quran sprtimana yg telah dsbutkn dalam al-Quran al-Karim & hadis2 Nabi Sollallahu A'laihi wa Alihi Wasallam..tetapi perlulh kita ingat, jangan kita trlalu asyik dengan hiasan tentang kelebihan2 trsebut shingga lupa akan amaran & seksaan bagi orang yang tidak menjaga & mengamalkan apa yang telah dibacany itu..antarany sabda Nabi Sollallahu A'laihi wa Alihi Wasallam:
إن الله تعالى يرفع بهذا القرآن أقواما ويضع به آخرين...
~peringatn buat diri sndiri jg~

وعالم بعلمه لم يعمل معذب من قبل عباد الوثن..
والله تعالى أعلى وأعلم

Wardah Ad-Deen said...

Syidah~Allahumma Ameen3x

khadim_ilmi
Semoga Allah sentiasa memperingatkan kita.InsyaAllah~

Wardah Ad-Deen said...
This comment has been removed by the author.
Wardah Ad-Deen said...
This comment has been removed by the author.