Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata naqibah ana ketika liqa’ tempoh hari :

Adik-adik, dakwah itu bukan suatu perkara yang mudah. Adik-adik bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk berada di dalam tarbiyah dakwah pada usia yang masih muda.Tidak ramai yang sanggup berada di dalam kalangan mereka yang memperjuangkan risalah dakwah ini seperti mana perjuangan As-Syahid Hassan Al-Bana. Hanya mereka yang benar-benar mampu dan faham hakikat sebenar dalam berdakwah sahaja bisa tetap teguh di dalam jalan ini. Pilihan di tangan adik-adik sama ada mahu tetap teguh di dalam berdakwah atau mengambil jalan mudah dengan meninggalkan sahaja jalan ini . Malangnya lebih ramai yang “futur” setelah berkeluarga berbanding ketika masih bujang padahal kalau hendak diikutkan selepas berkahwinlah “gear” kita dalam berdakwah ini pasti lebih laju , tetapi hakikat sebenar yang terjadi sebaliknya. Siapa lagi yang sanggup berada di dalam dakwah kalau bukan orang seperti adik-adik. Semoga Allah thabatkan adik-adik dalam perjuangan” .

Menitis air mata kakak naqibah yang kami kasihi ini tatkala berbicara tentang usaha dakwah ini.

Terkesan di hati ana dan adik-beradik seusrah tatkala kakak naqibah kami menyatakan kesedihannya melihat generasi-generasi muda yang sepatutnya lebih mantap fizikal dan mentalnya berbanding golongan yang telah berumur tidak mampu untuk terus kekal atau mengambil bahagian di dalam perjuangan dakwah ini. Ana cuba menghayati tiap butir-butir kata yang keluar dari mulut naqibah ana itu dan berfikir dimana silapnya kita. Bicaranya bukan sekadar cakap-cakap kosong tetapi tersirat seribu makna yang amat menyentuh hati ana dan adik –beradik seusrah ana angah,alang dan ucu. Ana bermonolog sendirian di dalam hati ana :

“Adakah engkau mampu wahai diriku? Sedangkan rakan-rakan seusiamu yang lain masih mampu berseronok-seronok dan menumpukan sepenuh perhatian sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi tetapi engkau, masih mahu menyibukkan diri dengan semua ini(dakwah)”

Kembali berfikir adakah jalan yang dipilih ini betul ataupun sebaliknya.

Tidak! cuba engkau lihat wahai diri, berapa ramai sahabat-sahabat seusiamu yang luarannya Nampak gembira, gembira kerana bebas melakukan apa sahaja? Sedangkan di dalam hati mereka masih lagi dipenuhi dengan karat-karat jahiliyah. Allah… tidakkah engkau terfikir untuk membantu mereka kembali kepada hakikat sebenar sebuah kehidupan? Kasihanilah mereka, sedangkan Rasulullah sehingga ke akhir hayat hidup baginda, mengingati umatnya. Yakinlah engkau mampu InsyaAllah”

Ummati, ummati! Begitulah ungkapan Rasulullah ketika hayat hidup baginda hampir ke penghujungnya. Subhanallah lihat, betapa hebatnya dakwah Rasulullah sehingga saat sakaratul maut, masih mampu memperlihatkan kesungguhan baginda untuk menyeru ummatnya agar kembali kepada tuntutan kehidupan yang sebenar-benarnya.

Hai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu ngan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU. Masuklah ke dalam syurgaKU”

(Al-Fajr:27-30)

Sahabat-sahabat, walaupun hakikat orang yang bergelar seorang Dai’e itu akan sentiasa dibenci, dicaci ataupun dijauhi , tetapi yakinlah bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama kita. Sekali kita rebah seribu bahu akan membantu. Nikmat berada di dalam tarbiyah hanya dapat dirasakan oleh mereka yang benar-benar mahukannya. Jangan sesekali kecewa andai nasihat kita tidak diendahkan, asalkan kita telah berusaha. InsyaAllah berusaha semampunya ditambah dengan tawakal dan doa kepada yang Esa. Andai Allah inginkan dakwah kita ditolak maka terimalah dengan hati terbuka dan jangan pernah rasa menyesal kerana memilih untuk berada di jalan ini tetapi bersyukurlah kerana Allah telah pilih kita untuk rasa nikmat ditarbiyah dan mentarbiyah.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.”

(Al-Ankabuut:69)

Gunakalah bahasa yang berhikmah dan cara yang kreatif dalam menyampaikan sesuatu. Ingat, Rasulullah adalah contoh terbaik dalam menyampaikan dakwah. Tutur katanya yang penuh hikmah dan akhlaknya yang indah dan bibirnya yang tidak lekang dengan senyuman walaupun disakiti, dibenci hatta digelar ahli sihir sekalipun bisa meruntun hati ummatnya. Lihat bagaimana Rasulullah bisa menarik perhatian dan kepercayaan isteri tercintaNya Saidatina Khadijah untuk menyertainya berdagang. Bijaknya Rasulullah berdakwah…subhanallah. Berbloging, berceramah, meyebarkan risalah-risalah dan menggunakan analogi-analogi yang menarik ketika berbicara begitulah cara-cara yang bisa membantu kita untuk berdakwah. Jangan salah faham dalam konsep berdakwah. Banyak method yang boleh digunakan, bukan hanya berbicara ataupun berceramah sahaja. Ingat, seorang muslim itu perlu bijak mengambil peluang untuk menyampaikan risalah dakwah hatta kepada non-muslim sekalipun. Berpakaianlah sepertimana dituntuk syariat kerana melalui cara pemakaian juga bisa menggambarkan segala-segalanya tentang ISLAM.

Sertailah majlis-majlis ilmu. Tingkatkan thaqafah agar dakwah yang disampaikan tidak lari daripada apa yang Rasulullah ajarkan. Perbanyakan bacaan, tidak kira sama ada bahan-bahan bacaan seperti novel atau buku-buku ilmiah.” Sesungguhnya kita perlukan dakwah dan dakwah perlukan kita “ . Mana mungkin bahtera dakwah bisa berlayar andai tiada sesiapa yang bisa menjadi nakhodanya dan mana mungkin nakhoda itu bisa melayarkan bahteranya andai tiada ilmu tentang melayarkan behtera. Ayuh, tingkatkan gear dakwah kita wahai Da’ie!

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah pelajaran yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih baik mengetahui tentang sesiapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”

(An-Nahl:125)

Wallahua’lam

4 comments:

dakwatunnisa said...

Semoga kita istiqamah berada dalam medan dakwah ini.

TheSinner™ said...

Satu cara dakwah yang bagi saya atau pendapat saya adalah paling baik :

menjadi orang yang soleh dan berakhlak.

berakhlak pula jangan hanya di hadapan khalayak, tetapi biarlah akhlak dengan Allah itu baik.

Jangan hipokrit.

Jika akhlak kita akhlak yang baik, dakwah itu subur. Mad'u mudah didekati.

Sama-sama kita memperbaiki akhlak...imsyaAllah dengan kekuatan daripadanya.

Wallhu A'lam.

Wardatul Ad-Din said...

Waalaikumussalam...

To angah: InsyaAllah angah selagi mana masih berdaya dakwah itu dihati achik. Hanya bertawakal kepada Allah.
Semoga thabat selalu=)

To the sinner: Taib betul 2 seorang Dai'e itu mestilah mempunyai sifat yang telah Rasulullah anjurkan.

Sila rujuk 10 mowasafat tarbiyah dan salah satu daripadanya adalah akhlak yang sejahtera.

Semoga terus thabat InsyaAllah

Al-Imam said...

Insya' Allah