Páginas

Sunday, July 11, 2010

::C.I.N.T.A::



Ana bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara tentang C.I.N.T.A ini. Mungkin ramai yang lebih arif dan expert  di dalam hal ini. Namun begitu, tidak salah bukan sekiranya ana ingin berkongsi pemahaman dan pandangan ana tentang bab yang digemari oleh kita ini? Mungkin ada betulnya dan salahnya apa yang cuba disampaikan.

   Apabila berbicara sahaja bab C.I.N.T.A, pasti ramai yang memberikan respon positif dan tidak kurangnya respon negative. Lihat sahaja di program-program yang berkenaan cinta pasti ramai yang datang(Ana menulis berdasarkan pengalaman sewaktu mengadakan program-program “talk” terutamanya tentang perihal cinta ini). Letakkan sahaja tajuk “CINTA”, jangan risau pasti kerusi-kerusi di dalam dewan yang tersusun kemas akan dipenuhkan. Begitu penangan cinta. Subhanallah hebat bukan?

   Cinta itu fitrah bagi setiap insan. Siapa yang tidak merasakan keajaiban cinta bukankah meyalahi fitrah? Namun begitu, istilah cinta itu adalah suci dan bukan untuk sewenag-sewenangnya digunakan. Pertembungan antara cinta hakiki dan dan cinta palsu menyebabkan kebanyakan daripada kita khususnya, menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah manusia ke medan pertembunagan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidarity dan juga menodai sosial. Kepincangan pemikiran terhadap istilah cinta yang seringkali disalahtafsirkan menyebabkan pelbagai natijah yang merumitkan.

   Saksikan sahaja bagaimana permainan cinta palsu itu. Berapa ramai anak-anak yang lahir tidak punya bapa? Berapa ramai anak-anak gadis menjadi ibu tetapi tidak mempunyai suami disampingnya?  Bagaimana bayi-bayi yang dilahirkan dibuang di dalam tong sampah, ditinggalkan  di tepi-tepi jalan? Allah…di mana letaknya cinta kita itu sebenarnya? Bagaimana pula kita memandu nafsu kita terhadap cinta? Atau nafsu yang memandu kita?


“Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan”
(Surah sad:26)


   Cinta kita sebenarnya bertunjangkan apa sebenarnya? Nafsu atau iman?  Kita seringkali tertewas dengan penangan si nafsu yang seringkali menggila. “Nafsu itu bukan mainan”. Nafsu itu, seharusnya kita asuh dan kita didik sebaiknya. Ustaz kami pernah berkata, “ Nafsu itu harus di lawan. Mujahadah dan didiklah ia sebaiknya”.(Rujuk kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali)  Pengurusan nafsu yang baik adalah pacuan buat kita ke arah destinasi cinta kita yang sebenarnya. Menelusuri cinta bahagia dan hakiki sayungianya melangkal melalui lebuh raya yang luas terbentang menuju penyata ilahi.Sebarang lorong dan alur rentas yang tidak menuju Irsyadur rabbani hanyalah mempertemukan cinta dan nafsu dalam serkap yang gelita.


“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalimitu mengetahui ketika mereka melihat siksa pada hari kiamat bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaannya(nescaya mereka menyesal).
(Al-Baqarah:165)


Menangis sehingga bengkak-bengakak mata kerana putus cinta. Mahu gantung diri seperti di dalam filem-filem Hindustan kerana cinta ditolak sang kekasih. Bukankah itu antara tanda-tanda cinta palsu atau berlandaskan nafsu?


“Kamu bolehlah bercakap sebab kamu tidak pernah rasa.”


   Sebab tidak pernah merasalah, kita tidak mahu orang-orang di sekeliling kita sesekali tertipu dengan cinta palsu ini. Sudahlah, biarlah air mata itu jatuh kerana rasa rindunya kita dengan Sang Kekasih yang paling utama yakni Allah serta takutnya kita dengan azabNya kerana dosa kita yang menggunung tinggi. Bukankah cinta Allah tidak pernah mengecewakan? Tidak mengapa. Apabila terkena penangan cinta palsu ini. Kembalilah dan sedarlah, pasti Allah mahu hadiahkan cinta yang lebih baik. Sekali kita salah, jangan sesekali berniat untuk mengulanginya. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Semuanya ada di dalam pengetahuan Allah Taa’la.


“Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya”
(Al-Baqarah:42)


  Biarlah cinta Allah itu diletakkan di tempat yang pertama dan keduanya Rasul, ketiganya ibu bapa serta seterusnya. Jangan sampai cinta kepada manusia melebihi cinta kita kepada Allah. Cinta sesama manusia itu biarlah dijadikan ladang untuk menyemai kecintaan kepada Allah yang haq. Bilakah cinta itu seharusnya di semai? Biarlah selepas ikatan yang yang suci. Bukankah Islam itu Indah? 

Wallahua’lam

5 comments:

siti fatimah bt abd.ghaffar said...

SUBHANALLAH,teruskan berjuang adikku,along sokong ucu..moga stp tinta yg ditulis mjd penggerak bg mengubah remaja2 malaysia yg seringkali hannyut dengan kecintaan yg palsu.slm mujahadah,salam mahabbah dr along..

Wardah Ad-Deen said...

Along, malunya ucu. InsyaAllah semoga kita sama-sama thabat. Selagi ramai sahabat-sahabat kita diluar sana masih lagi leka dan alpa selagi itu agenda dakwah seharusnya bergerak. Biar apa cara sekalipun biarlah ia berlandaskan ajaran Islam. Doakan semoga kita tidak jatuh di dalam jurang cinta palsu.Allah akan uji kita selari dengan apa yang ada pada diri kita. Salam mujahadah kembali dan salam mahabbah dari ucu =)

siti fatimah bt abd.ghaffar said...

tidak perlu utk malu bg menyatakan kebenaran ucu.Andai tidak kita sedarkn mrk siapa lg? andai tidak pd hari ini kita menasihati mrk bila lg?(cam knal je ayat kt ats ya x?hehehe).

segala yg kita lontarkan bukan sekadar utk myedarkn mrk tetapi utk menyedarkn n mperbaiki diri kita jg sbgmana syeikhuna,imam ghazali menulis kitab2 bukan utk mgajak org lain shj mengamalkan apa yg ditulis tetapi adalah utk djadikan medan utk memperbaiki diri beliau jg.allahumma amin3x

DAKWATUNNISA said...

Marilah kita mengejar cinta Allah. InsyaAllah,bila kita mencintai Allah dan Allah mencintai kita, seluruh makhluk akan mencintai kita.

fityah91 said...

"Jatuh cinta atau jatuh nafsu?"