Páginas

Thursday, October 1, 2009

::Madah buatmu Hawa::


Hayatilah video ini dan cuba fahami maksud tersirat disebalik bait-bait kata yang didengari. Salam sayang buat mereka yang bergelar Hawa.Terasa sayu hati mendengar tiap-tiap bait kata-kata yang dilontarkan di dalam video ini. Wanita itu ibarat sekuntum bunga mawar bukan sahaja cantik malahan harumannya bisa menawan hati sang kumbang. Namun begitu, mawar yang dipuja dek kerana kecantikan dan keharumannya pada generasi ini kian bebas dan sewenang-wenangnya menyerahkan dirinya kepada sang kumbang yang bukan memilikinya untuk dijaga tetapi kerana tampak gagah dan hebat kerana bisa menawan si mawar yang indah. Namun begitu, ingatlah mawar-mawar sekalian Allah telah kurniakan duri sebagai perisai dirimu. "Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia". Sedarlah wahai mawar-mawar sekalian tanggungjawabmu sebagai sayap kiri dalam perjuangan menuntumu untuk sentiasa matang dalam berfikir dan tak mudah goyah jika diusik. Hiasilah dirimu dengan akhlak solehah dan lengkapkan dirimu dengan baju ibadah.

"SEBAIK-BAIK PERHIASAN DI DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH"

No comments: