Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi masih mengumpulkan harta.


Aku hairan terhadap mereka yang yakin terhadap kubur,tetapi masih tertawa.


Aku yakin terhadap mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat.


Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.


Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya, tetapi jahil pada hatinya.


Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah s.w.t itu mengawasinya tetapi masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.


Ketahuilah, tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan utusanKu."

(Petikan Hadid Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali)


3 comments:

محمّد سيف الله بن عمر said...

Semua yang di atas bertepatan dengan yang saya alami...kenapa ya agaknya?

محمّد سيف الله بن عمر said...

(Petikan Hadid Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali)

ni hadis Qudsi ke?

nk copy paste blh?

Wardatul Ad-Din said...

Tafaddal... Smga sama-sama dapat memberikan manfaat kepada orang lain.InsyaAllah