Wahai Hawa,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,
bukannya dicipta daripada kepala untuk dijunjung dan dipyja,
bukan pula diciptakan daripada kaki intuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,
kau bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan mawar yang unggul
terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.
Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.
Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan.
namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu,
sang kumbang tertuduk kagum
terhadap keindahan yang terjaga
hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekati
SI MAWAR BERDURI

(Petikan daripada Novel Tautan Hati:Fatimah Syarha Nordin)

0 comments: