Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Suasana CFS IIUM Petaling Jaya semakin hari semakin sayu... Mana tidaknya, masing-masing menghitung hari perpisahan dengan kakak-kakak dan abang-abang senior yang bakal ke Gombak dan ke Kuantan. Tinggal lebih kurang beberapa hari lagi tempoh untuk si junior dan si senior sama-sama mengukir kenangan pahit dan manis b sebelum masing-masing membawa haluan yang berbeza ketika di Main Campus. Suasana? Cara belajar? dan sudah tentunya pemikiran yang perlu dibawa seharusnya berbeza berbanding di CFS.
Kita lupakan dahulu kesedihan kita. Kunci kejap-kejap dalam hati kerana kita ada misi yang lebih utama iaitu misi bermujahadah untuk final examination. Oleh itu, pemilik blog ini ingin mengucapkan salam Imtihan dan Salam Mujahadah buat semua sahabat-sahabat sama ada yang berada di CFS IIUM mahupun sahabat-sahabat dari universiti-universiti lain. Pemilik blog dengan rendah hati memohon sebilion kemaafan kepada semua andai pernah terkasar bahasa atau salah berbicara. Memang fitrah seorang manusia, tidak akan lepas daripada melakukan.kesalahan. InsyaAllah semoga Allah bantu kita.=)
"Kejayaan kita kejayaan Islam Jua"
“Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Al-Ankabuut:69)
No comments:
Post a Comment