Friday, June 11, 2010
:: Fenomena Cinta Enta Enti::
Dipetik dr http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=594
“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (al-Hujurat: 10)
“Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya.” (HR Bukhari)
Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di ata, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan setiap muslim mempunyai tanggungjawab terhadap saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua nas dia atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan yang menunjukkan kewajiban seseorang muslim mencintai, mengambil berat, membantu, mengambil sikap peduli, dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan ‘ukhuwwah’ yang membawa erti ‘persaudaraan’ sering dijadikan tema untuk memperlihatkan satu hubungan yang ikhlas dan bertunjangkan kepada keimanan dan ketaqwaan.
Kisah-kisah para sahabat yang berjuang dan berkorban untuk para sahabat yang lain menjadi contoh teladan kepada generasi muda-mudi Muslim zaman moden ini. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiyyah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di era 70’an lagi.
Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam, pelbagai nama lagi dilabel atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pedukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi, dan juga budaya hedonisme pesat menular dan bersaing. Kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam Malaysia.
Jika di awal kebangkitan Islam dulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam duniaini di waktu ituhanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam atau pun jahiliyyah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliyyah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan dan proses evolusi berlaku. Ada yang positif dan ada yang negative. Antara yang terkesan dengan fenomena ini ialah persoalan ‘ukhuwwah’.
CINTA REMAJA DAKWAH
Fenomena ini difokuskan berdasarkan kisah-kisah pelajar dan remaja di IPT. Pelbagai masalah, isu, dan pengalaman yang mereka bawa untuk diperbincangkan. Antara perkara yang sering dibawa ke medan perbincangan ialah persoalan ‘cinta’. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari daripada fenomena dan persoalan cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah ‘diIslamikkan’ seperti mana bank-bank, institusi-institusi kerajaan, dan badan-badan tertentu. Maka timbullah istilah ‘Cinta Ukhuwwah’. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqibah-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama ‘ana-anta’ dan ‘ana-enti’.
SMS, Yahoo Messenger, e-mail dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta ‘anta-enti’ ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas, tiket wayang, dan juga kertas-kertas wangi (surat). Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.
Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus, dan juga wacana-wacana ilmiyah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat dan aktiviti persatuan sering dijadikan sebagai medan melepas rindu. Alahai… kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.
Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastic berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta ‘anta-anti’ in semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat.
PENYALAHGUNAAN ISTILAH ‘UKHUWWAH FILLAH’
Dari satu kisah, seorang siswi datang mengadu bahawa dia diusik oleh seorang ‘Pak Lebai’. Bukan sekadar sms, kad ucapan, malah sejambak bunga ros dihadiahkan.
Persoalannya, apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini? Yang pasti di setiap kad, sms, jambangan bunga tersebut terukir kata-kata ‘Ukhuwwah fillah kekal abadi…’. Sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.
Dalam satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakanoleh seorang siswi yang satu ‘jemaah’ dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mail, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu ‘jemaah’ dengan mereka. Aduh… lagi hebat daripada filem ‘Love Story’ yang pernah popular di tahun-tahun 70’an dulu. Yang pasti, sekali lagi tema ‘ukhuwwah fillah’ menjadi ‘camouflagde’ ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.
Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna tersebut terus melamarnya juga.
Sekali lagi slogan ‘ukhuwwah fillah’ menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan ‘trend’ percintaan golongan ‘anta-anti’ ini.
Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik seorang ustaz. Mengapa tidak, tatkala di dalam bilik usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampong, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka… Inilah yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman awal kebangkitan Islam sekitar 70’an dulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop ‘kafir’ dari pendukung gerakan dakwah yang lain.
Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan ‘abuya’ nya, juga tidak dapat lari daripadafenomena cinta ‘anta-enti’ ini. Kita pasti kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warni ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepadanya. Sayangnya, atas takdir ALLAH, ketika seorang ustaz berkunjung untuk menziarahi beliau, ustaz tersebut ternampak gambar seorang muslimah menghiasi desktop computer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak, emak, atau neneknya, beliau menafikannya. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah ‘kawannya’. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut ‘ukhuwwah fillah membawa ke jannah’.
Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup Islamik? Atau kitakah yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda masa kini? Atau pun fiqh Islami juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, saya menyarankan para pembaca membuat penilaian sendiri samaada fenomena ini ‘sihat’ atau sebaliknya.
Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam..
sekadar memberi pandangan dr sisi seorang yg bertudung biasa spt sy..
hri ni,klu kite tgk wanita yg bertudung biasa bercinta @ berpegangan tgn kt jln ( bila kite da sure yg die ngn pasangannya bkn suami istri k) mgkn kite x berapa terpana sgt.alasan yg org slalu bg,'ala zmn da moden.biarla,jnji xlbey2.'
tp bile perkara mcm ni melibatkan pasangan yg menggelar diri mrk ana-enti ana-enta,latar belakang agama yg bagus,fikrah yg jelas ttg syariat pastinya sgt memalukan.cthnya kejadian yg berlaku (x berapa lama sgt)seorg USTAZAH ditemui berasmaradana dgn pasangannya di asrama pelajar lelaki di sebuah sekolah.Pesalah ialah seorang USTAZAH! bukan guru biasa.(maaf guru biasa,xde niat nk merndah2 kan.nk bg cth je) seorg USTAZAH yg mna org kt sekitar die da mind set,'owh die ustz,msti baek2.die bwa agama,ajr agama.'bkn ke ini memalukan?
mereka yg da menggunakan 'ana-enti ana-enta' dlm hidup sehari2 dianggap mcm malaikat oleh org sekeliling.people hv high expectation on u guys.come on.
klu mne2 ana-enti ana-nta kt luar sna yg da x sanggup nk galas amanah dr segi penampilan dan peribadi,juz quit.jd la yg cm merka bese2 je aslkn sempurnakn kewajipan.sayangi mereka yg betul2 ikhlas nk berjuang.kasihan kt mereka yg betul2 da berhabis tenaga & fikiran.jgn jadikan 'ana-enti ana-enta' sbg tiket utk anda membolehkn mne2 yg x bole.sekurang2nya pk ttg maruah agama kite yg rmi org skrg tgk sebelah mata je.
sy sgt menghormati golongn ana-enti ana-enta ni.jgn kecewakn org mcm sy ni.sy kira sy mewakli mereka2 yg kt luar sne yg sme gak cm sy.ok? peace brother!! ('',)
(maaf klu bg terslah info psl ustzh td.sy dpt info pn dr paper kosmo.moga ustzh tu dpt hidayah)
Waalaikumussalam anonymous.
Syukran kerana sudi berkongsi pandangan ukhti.
Ketaqwaan seseorang hamba Allah tidaklah dilihat kepada sejauh mana kemahalan pakaian yang dipakainya, pangkat yang ada pada dirinya atau asal usul dirinya tetapi ketaqwaan hamba Allah itu dinilai oleh Rabbnya melalui hati yg sentiasa berpaut kepada Allah s.w.t.
Teringat kata-kata seorang sahabat ana tentang ujian Allah.
" Allah uji hambaNya sesuai dengan apa yang ada pada hambanya itu. Dalam konteks kita sebagai pemimpin , ujian kita tidak sama dengan orang lain.
Syaitan juga bijak. Kalau orang yang mahu diuji itu tinggi ilmu agamanya atau dianalogikan memegang jawatan sarjan, maka syaitan yang mengujinya juga pasti berpangkat sarjan.
Sebab itu kadang2 kta dengar. Ustaz berkalwat. Presiden BADA bercouple mengalahkan orang yang ditarbiyahnya.
Sebab itu Allah turunkan ayat Allah dalam surah as-saff :2-3. Supaya beringat. Allah akan uji kita dengan apa yang kita nasihatkan.
InsyaAllah semoga Allah pelihara kita"
Ukhti mari sama-sama kita muhasabah diri, agar kita sama-sam beroleh pahala taqwa. Moga Allah merahmati kita semua. Amin
"Hidayah Allah milik semua. Bila dan bagaimana Hidayah itu datang? Allah yang merancangnya. Tetapi kita harus berusaha untuk mendapatkannya biarpun Allah yang merancangnnya. Rebutlah peluang untuk mencari Hidayah Allah. InsyaAllah. semoga kita semua thabat"
salam alaikum....
ana tertarik dgn post ni....sgt tertarik....de manfaat nye utk difikir kn....
hakikatnye, sesiapa sje blh terjerumus ke lmbh maksiat....tmbhn pula zaman skrg ni adlh zaman fitnah....zaman yg sgt mencabar....
skdr hrpn dr ana, insan yg fakir dan hnye bertaraf khadam pd tanah....
sejahat mne pn mnusia pn itu....jgn sesekali kite membenci nye.....kita tidak thu keadaan dia ketika di uji...tp shbt2 sume....cari lah jln utk mendampingi dan betulkn kembali pe slh...kite sme2 belajar....kesilapan dia skrg, mgkn kesilapan kite akn dtg...kite x tahu....sme2 la bantu yg memrlukan...jgn di pulau....jgn di bnci....jgn dikutuk....
CINTA itu fitrah...sesiape yg menolak utk bercinte ,dia telah menolak FITRAH sbg mnusia....
bergantung kpd kita...bgaimana mahu memandu cnte itu....moge cnte kita kekal kpd Allah...dan moge cinte kite kpd mnusia yg turut mencitai dan mengamal kn suruhan Allah sepenuhnye.....ameen....
-rindusyahid-
Post a Comment