Assalamualaikum...

Insya'Allah untuk entri kali ini ana ingin mengajak sahabat-sahabat pembaca sekalian untuk bersama-sama dalam berfikir secara kritikal. Bukanlah niat ana untuk mengelirukan pembaca, cuma ana cuba untuk menyedarkan diri ana sendiri dan sahabat-sahabat pembaca bahawa kita kadang-kadang malas hendak berfikir secara kritikal kerana sentiasa beranggapan bahawa kita berada di dalam zon selesa. Setuju atau tidak jika ana kata katakan bahawa kita kurang menggunakan otak untuk memikirkan permasalahan ummah kerana kurang kesedaran kita tentang pentingnnya golongan pemuda dan pemudi yang bijak dalam menggunakan peluang dalam keadaan apa sekalipun untuk bersama-sama bergerak setanding golongan-golongan yang telah berumur dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan islam yang kembali dagang pada hari ini.


Ingin ana tegaskan di sini, antara salah satu faktor yang menyebabkan pemuda dan pemudi amat mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis budaya, tidak kira sama ada budaya yang berasal daripada barat mahupun rekaan mereka sendiri ialah kerana kurangnya menggunakan otak yang Allah kurniakan untuk menentukan perkara yang baik atau buruk untuk berfikir dalam keadaan kritikal. Cuba periksa otak anda mungkin sudah berkarat barangkali. Begitu juga dengan diri ana yang hina ini. Insya'Allah soalan yang ana cuba lontarkan ini akan dapat melatih otak kita untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara.

Soalannya mudah sahaja =)

Antara perkataan Islam yang bermula dengan huruf besar dengan perkataan islam yang bermula dengan huruf kecil yang manakah paling tepat?


Mungkin ramai dalam kalangan sahabat-sahabat yang akan memilih perkataan Islam yang bermula dengan huruf besar daripada memilih perkataan islam yang bermula dengan huruf kecil betul atau tidak telahan ana?

Kedua-duanya adalah betul. Tapi pernah atau tidak sahabat terfikir apa perbezaan kedua-duanya?

Ana bagi dua contoh untuk bolehkan sahabat-sahabat nampak lebih jelas apa yang ana cuba terangkan.


1) Saya Makan (contoh untuk Islam yang bermula dengan huruf besar)

2) Saya makan (contoh untuk islam yang bermula dengan huruf kecil)


Sudah nampak apa yang cuba ana terangkan?

Cuba kita lihat pada contoh pertama apabila perkataan Makan yang bermula dengan huruf besar dibuat satu ayat. Saya Makan. Apa yang boleh anda faham berdasarkan ayat ini?

Ya, sepertimana yang kita belajar di dalam tatabahasa, perkataan yang bermula dengan huruf besar tergolongan dalam kata nama khas. Betul atau tidak? Kata nama khas merujuk kepada nama seseorang atau nama tempat. Begitu juga kalau kita buat ayat yang menggunakan perkataan Islam yang bermula dengan huruf besar.

Saya Islam.

Pentafsiran yang boleh dibuat pada ayat ini adalah nama seseorang itu Islam kerana huruf pertama meggunakan huruf besar.

Mari kita lihat pada ayat kedua. Saya makan. Apa pula yang dapat sahabat-sahabat tafsirkan?

Di dalam tatabahasa, perkataan yang bermula dengan huruf kecil adalah boleh merujuk kepada kata nama khas umpamanya perbuatan. Jika ditafsirkan dalam ayat kedua itu adalah saya sedang makan. Betul atau tidak? Cuba kita lihat pada ayat yang menggunakan perkataan islam yang bermula dengan huruf kecil.

Saya islam.

Jadi apa yang sahabat-sahabat faham? =)

Ya, jika merujuk kepada ayat ini saya seorang islam. Jelas atau tidak apa yang ana cuba sampaikan?

Sebenarnya begini, Allah jadikan kita seorang islam bukan hanya pada nama betul atau tidak? Jika kita lihat pada kebiasaan masyarakat zaman sekarang. Namanya sahaja Islam tetapi perangai atau akhlak yang ditonjolkan bukanlah melambangkan apa yang diajar oleh agama islam. Oleh itu, kita tidak mahu menjadi seseorang yang beragama islam hanya pada nama (kata nama khas) tetapi matlamat kita jelas yang kita mahu menjadi seorang islam yang faham islam, tahu syariat islam dan segala-galanya tentang agama tercinta kita islam serta mengamalkan apa yang digariskan di dalam islam.

Apa yang paling utama matlamat hidup kita kena jelas. Pertama, sebagai khalifatullah dan yang keduanya sebagai I'badurrahman. Sekiranya matlamat kita jelas InsyaAllah segala macam apa yang kita lakukan hanyalah kerana Allah dan kita akan sentiasa sedar yang semua yang kita dapat adlah berbalik kepada Allah yang esa sifatnya.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat pembaca sekalian, persoalan ini merupakan salah satu daripada muqadimah di dalam ISK(Ini Sejarah Kita). InsyaAllah sekiranya ada kesempatan ana akan kongsikan sedikit sebanyak tentang ISK dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian. Jadi, selepas ini jika orang tanya kita orang apa? Kita jawab?

Saya islam(islam yang permulaan hurufnya kecil). Sekadar gurauan tetapi InsyaAllah semoga dapat membuka minda semua. Semoga dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain.


Wallahua'lam




p/s: hendak kembalikan kegemilangan islam kita perlu tahu tentang sejarah yang berlaku sebelum kita agar sejarah tidak kembali berulang tanpa mengetepikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama . Fikir-fikirkanlah sahabat- sahabat sekalian. Semoga enti kali ini dapat memberi manfaat buat semua.
Selamat berfikir! InsyaAllah









Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya ana tidak menaip sesuatu untuk blog ana ini. Bukan kerana sudah jemu atau malas tetapi kerana tanggungjawab yang lebih penting dan perlu diberikan lebih perhatian menyebabkan blog ini terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu. Alhamdulillah buat waktu ini InsyaAllah Allah sediakan sedikit masa untuk ana menaip sesuatu buat tatapan sahabat-sahabat pembaca.

Setuju ataupun tidak jika ana katakan yang masyarakat Islam di Malaysia kini khasnya dan masyarakat Islam dunia amnya sudah jauh tenggelam dengan keindahan dunia? Maksiat di sana sini. Bunuh membunuh sudah perkara biasa. Fitnah memfitnah menjadi bahan lawak jenaka. Setiap hari pasti terpapar pada dada-dada akhbar berita anak bunuh bapa, bayi ditinggalkan di di tempat pembuang sampah, haruan makan anak dan pelbagai lagi permasalahan umat yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Siapa yang harus dipersalahkan dalam masalah ini?

Sayu dan hiba menyelubungi jiwa tatkala melihat masyarakat kini yang semakin hilang pedoman hidup. Hidup ibarat robot yang setiap hari mengulangi perkara yang sama tanpa tahu matlamat hidupnya. Anak-anak muda lebih gemar berseronok-seronok daripada belajar. Lihat sahaja di kelab-kelab malam dan di pawagam-pawagam, tidak kira siang atau malam, sudah pastinya mata tidak akan lari daripada menangkap kelibat anak-anak muda yang cuba menyibukkan diri mereka untuk berseronok-seronok. Sanggup bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket untuk menonton filem tetapi tidak sanggup bersesak-sesak untuk menunaikan solat lima waktu di masjid atau tidak sanggup bersesak-sesak untuk menghadiri majlis ilmu.

Mana perginya anak-anak muda yang sanggup menggadaikan segala-galanya untuk mempertahankan Islam? Siapa yang bakal menggantikan Asma' Binti Abu Bakar? Siapa yang bakal menggantikan Umar Al-Khatab? Wujudkah pemuda dan pemudi seperti mereka pada zaman ini? Semoga Allah berikan kekuatan kepada mereka yang siang dan malam memikirkan permasalahan umat yang tidak tahu di mana pengakhirnya. Adakah kita tergolong di dalam golongan ini?

Sedarilah semua bahawa matlamat hidup kita hanyalah sebagai Khalifah dan juga Ibadurrahman. Bukan untuk menjadi manusia terkenal di mata manusia tetapi terkenal di mata Allah. Jadi, dimanakah orang-orang yang sedar itu?Sedarkah kamu yang tenagamu amatlah diperlukan pada ketika ini? Kamu sudah berada berada di dalam kandang U'budiyah itu. Sesungguhnya, tugasmu belum selesai hatta kamu sudah berada di dalam kandan itu. Bukan sekarang masanya untuk kamu berada dalam zon selesa kerana masih ramai lagi di luar sana yang masih lagi terpinga-pinga mencari apa matlamat sebenar hidup mereka. Gunakanlah tali syariat, Al-quran dan hadis untuk kamu menarik mereka masuk ke dalam kandang itu. Berusahalah sedaya mungkin untuk menarik mereka bersama-samamu di dalam kandang itu. Semoga Allah membantu permudahkan segalanya. Amin










Lelaki dambaan wanita solehah

http://kongsibersama07.blogspot.com/

Biarlah dia seorang yang buta…
Buta kerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,
Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi…

Asalkan kedua-dua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.


Biarlah dia seorang yang bisu...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,
Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.


Biarlah dia seorang yang bakhil...
Bakhil dalam memberi senyuman
kepada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
kembali megah di muka dunia!


Dan biarlah dia seorang yang papa...
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat,
Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
yang berfaedah lagi bermanfaat,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!



Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi
dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…