Assalamualaikum w.b.t...
Buatmu,
Pemilik cintaku selepas Allah & Rasul.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak berniat memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buat dirimu sebelum tiba masanya. Kehadiran lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan juga cintaku, membuatkan aku tersedar dari lena dan angan-anganku yang panjang.
Aku telah dididik ibu sejak dari kecil agar menjaga maruah dan juga mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya buat pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul, yang tidak lain dan tidak bukan dirimu. Kata ibu, tanggungjawab ibuu bapa adalah menjaga dan mendidiknya sehinggalah seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah Allah janjikan untukku sejakku dari alam roh lagi dan sepanjang umurku ini.
Aku menutup pintu hatiku untuk mana -mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.
Aku menghalang diriku untuk mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain dirimu., apatah lagi memahami mereka. Dengan itulah aku dengan sedaya kudratku yang lemah ini membataskan pergaulanku dengn bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat apabila diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, kerana aku tahu telah banyak contoh yang telah berlaku di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka aku akan buat "expressionless face" dan "cool". Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku atau cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah RA:
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"
(seindah perhiasan adalah wanita solehah)
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki lain. Biarlah aku cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki kerana pemilik cintaku selayaknya selepas Allah dan Rasul adalah dirimu. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan ramai lelaki bahkan aku rasa terhina kerana ibarat diperlakukan seperti barang yang boleh dijual beli. Aku juga tidak mahu menjadi punca kekecewaan dan juga kejatuhan seseorang lelaki lantaran terlalu mengharap sesuatu yang tidak mampu aku berikan yakni cintaku kerana sudar tersurat hanya untuk dirimu.
"Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak apabila disoal?"
"Adakah hanya itu sumbanganku kepada manusia selama aku hidup?"
Kalau aku tidak ingin engkau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan. Aku harus memperbaiki kelemahanku dan memperhias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku igni lelaki baik yang menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
"Bukankah Allah telah janjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?"
Tidak dapat dinafikan sebagai seorang remaja aku punya perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang akan aku damaikan hatiku dengan janji-janji Allah yang tersemat kemas di dalam hatiku. Aku tidak mahu hatiku ini dinoda oleh dosa-dosa yang licik dan halus hatta tidak terzahir diluar kerana hanya yang benar-benar berhak sahaja yang selayaknya memiliki cintaku.
Diriku yyang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki yang secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolaknya, pelbagai dalil telah aku gunakan namun dia tetap tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak berhenti di situ. Dia sentiasa cuba untuk menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram seolah-olah hidupku yang ceria dirampas dek kerana dirinya. Aku tertanya-tanya adakah diriku ini berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar dan memohon keampunan agar dihindari dari segala kejahatan manusia mahupun jin. Kehadirannya banyak membuatkanku memikirkan dirimu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Dimana sahaja ku berada, akalku akan membuat perhitungan bahawa lelaki yang cuba memiliki cintaku bukanlah dirimu. Kasihku pada jalan dakwah membuatkanku kuat dan teguh dengan keyakinan diriku. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa aku telah belajar dari ujian yang Allah hadiahkan buatku.
Aku bukanlah gadis cerewat dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku yang ingin memiliki berlian sedangkan diriku yang hanya sebutir pasir yang tidak punya nilai sebaik berlian. Tetapi aku juga ingin seperti gadis lain yang ingin cintanya dimiliki oleh seorang wira yang bakal dinobat sebagai ahli syurga dan memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau setampan Nabi Yusuf A.S yang bisa meruntut seluruh hati. Andai kaulah jodohku yang telah tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam diriku dan juga dirimu. Itu janji Allah. Akan tetapi selagi mana kita tidak diikat dengan ikatan yang sah selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kau masih tidak punya hak untuk berbuat begitu. Permintaanku tidak banyak cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya untuk mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur kiranya aku ditakdirkan menjadi peniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atu tersungkur di medan perjuangan. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti akan berendam air mata darah andai seluruh cintamu diserahkan untuk diriku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan ssepenuh hatimu. erana dengan mencintai Allah akan membuatkan kau mencintaiku keranaNYa. Cinta itu lebih mulia daripada cinta kepada insan yang sentiasa leka dan alpa. Moga cinta itu juga yang mempertemukan kita di syurga. InsyaAllah.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewaham dunia. Cukuplah kesenangan yang diusahakan oleh titik peluh kita bersama. Apa guna sekiranya harta terlalu banyak tetapi agama ditinggalkan.Aku tidak akan-akan sekali bahagia sekiranya begitu. Biarlah kita hidup di bawah perlindungan yang Maha berkuasa yakni Allah Rabbul Izzati. Wallahua'lam
Dariku,
Yang mahu cinta dimiliki kerana Allah.
p/s: Bingkisan ini diedit daripada bingkisan yang bertajuk " Tinta buat bakal suamiku" daripada laman web Iluvislam. Bukanlah tujuan tinta ini ditulis untuk kepentingan diri sendiri tetapi hanya sebagai perkongsian yang mungkin berguna buat kita. Selagi mana ilmu yang disampaikan tidak memudaratkan tidak menjadi masalah jika dikongsikan. Semoga post kali ini memberikan sedikit sebanyak manfaat buat semua yang membaca. Semoga Allah merahmati penulisan yang ana kongsikan untuk kali ini. Amin Wallahua'lam.
3 comments:
Post hal yang hampir berkait...
http://theswordofallah.blogspot.com/2009/10/wanita.html
thank for ur articels
Sama-sama...
Post a Comment