Mampukah aku?
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung
Cintanya kepada Allah dan Rasulullah, hartanya diperjuangkan
Ke jalan fisabilillah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang rela bersama…
Dapatkanku didik jiwa seperti Sayidatina Aisyah? Isteri Rasulullah
Yang bijak, pendorong keksusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku melihat pengorbanan Puteri solehah
Sayidatina Siti Fatima, akur dalam setiap perintah dan taat dengan abuyanya
Yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia, layaklah dia sebagai
Wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar, dari catatan hidup Siti Sarah..
Tabah jiwaku, setabah umi Nabi Ismail, menggendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga, di tengah-tengah terik padang pasir merah,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapannya hanya
Pada Allah, itulah wanita agung yang bernama Siti Hajar
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah...
Mampukah aku menjadi wanita solehah yang sentiasa menjaga hatinya,
akhlaknya hanya buat si dia yang layak memiliki cintaku selepas cintaku kepadaMu dan RasulMU...
Mampukah aku?
Ya Rabbul Izzati andai aku jatuh cinta, jatuhkanlah ia pada si dia yang melabuhkan cintanya kepadamu
dan RasulMu...
Ya Rabbana, andai aku dicintai, janganlah engkau campakkan rasa cintanya hanya kerana kecantikan
yang ada padaku,jawatan yang ada padaku atau segala kelebihan yang engkau kurniakan padaku kerana
aku takut ya Allah, cintanya padaku itu hanya kerana nafsunya semata...
Peliharah hatiku ya Allah daripada cinta yang penuh tipu daya semata.
Maka ya Allah, hanya padaMu tempatku mengadu dan hanya kepadaMu tempatku meminta...
Allahumma Ameen3x Ya Rabbal ‘Alamin~
::Wardah Ad-Deen::
ps: diedit daripada kata-kata yang dimuatkan di dalam sebuah gambar. Didedikasikan buat sahabat-sahabat yang bergelar wanita. Peliharalah diri kita dengan sebaik-baiknya~ Wallahu'alam
1 comment:
walaupun kita xmmpu nk menjadi, tpi kita mampu utk mencontohi serikandi2 yg sehebat mereka.
Post a Comment