KITAB SOLAT NABI KARANGAN GURU KAMI
Para pencinta ilmu dan warisan ulama….
Alhamdulillah….
Buku “Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e”
karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy telah terbit.
(beliau juga penulis buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ “, 915 ms dan “6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah” )
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd., 279 muka surat, 440 nota kaki, berwarna-warni, gambar, rujukan lebih 20 kitab turath, RM35.00 senaskhah
Hubungi:
Puan Nur Wardah - 0133409960 (mawleedpublishing@yahoo.c
Kata-kata aluan daripada para ulama‘
“Alhamdulillah, saya telah meneliti buku ini. Saya rasa kagum dan gembira dengan usaha ini kerana usaha ini amat teliti dan lengkap dengan dalil-dalil yang dikehendaki oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah....
Risalah seperti ini mesti dijadikan contoh kepada para pendakwah masa kini untuk memartabatkan ilmu dan memperkukuhkan pengetahuan dalam ilmu Mazhab Syafi‟e. Aliran Ahli Sunnah kini makin diancam oleh mereka-mereka yang beraliran Wahabiah, sehinggakan wujud orang yang berani menyalahkan Imam Syafi‟e. Suasana ini amat membimbangkan kita.
Semoga dengan terbitnya naskhah yang bertajuk “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi‟e” ini amat dihargai bagi memastikan generasi hadapan tidak keliru dan hanya mengikut-ikut dalam melakukan ibadah lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia yang wujud pelbagai aliran kefahaman...“
(Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan Guru Haji Salleh bin Musa)
Mudir, Madrasah ar-Rahmaniah, Sik, Kedah
“Alhamdulillah. Setelah diamati dengan teliti buku ini, saya mendapati bahawa ianya sebuah naskhah yang amat baik. Tahniah saya ucapkan kepada penulis di atas usaha untuk menerbitkan buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi‟e”, ini yang merupakan satu inisiatif ke arah melahirkan generasi Muslim yang sejati.
Sebagai umat Islam di Malaysia yang berpegang dan mengamalkan Mazhab Syafi‟e, ianya memberi panduan yang sangat baik dan jelas berkenaan cara melakukan ibadah solat dengan sempurna menurut mazhab tersebut. Jika masyarakat Islam mengembara atau berkunjung ke negara-negara Islam yang lain, mereka akan mendapati cara melakukan solat yang berbeza-beza dan bercampur-aduk dan adakalanya mendatangkan kekeliruan kepada mereka sendiri. Kadangkala ada yang terbawa-bawa dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui daripada sumber ilmu yang betul…”
(Tan Sri Sheikh Haji Ismail bin Muhammad)
Imam Besar Masjid Negara
“Saya telah membaca buku hasil tulisan Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini dan mendapati buku ini sangat bermanfaat untuk umat Islam di tanah air. Ia menyumbang kepada kekayaan khazanah Islam yang mungkin terselindung bagi sebahagian orang kerana kurang pendedahan tulisan-tulisan seumpama ini dalam Bahasa Melayu moden.
Buku ini mengupas isu-isu dalam solat berdasarkan huraian dan dalil yang berasaskan mazhab Syafi‟e dan ini amat sesuai dengan konteks masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan fuqaha„ dalam mazhab Syafi‟e dan hadith-hadith yang berkaitan, didedahkan dengan penuh amanah yang menjadikan buku ini mempunyai nilai yang tersendiri khususnya dari segi pendedahan dalil ilmiah dalam setiap isu yang diperkatakan. Ia tentunya akan menjadi panduan yang bermanfaat bagi mereka yang berminat untuk mendalami hukum-hakam solat...“
(Ustaz Dr. Hj Luqman b Hj Abdullah)
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, merangkap Mudir, Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah
“Buku ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin mendalami cara mengerjakan solat beserta dalil-dalilnya yang lengkap kerana mungkin selama ini sebahagian kita hanya solat ikut-ikutan tanpa dalil yang jelas dalam mazhab Syafi‟e.
Selain itu, buku ini juga amat berguna kepada sesiapa yang mengkaji sifat solat Nabi هيلع للها ىلص
وسلم kerana buku ini lengkap dengan takhrij hadis. Penulis juga menyenaraikan kitab-kitab turath karangan ulama‟-ulama‟ bermazhab Syafi‟e serta pengenalan ulama‟-ulama‟ untuk memudahkan sesiapa yang ingin mengkaji tentang solat...”
(Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis)
Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID), Pokok Sena, Kedah
“Dunia ilmu bergembira lagi dengan terbitnya buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi‟e” yang merupakan karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menghasilkan buku ilmiah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta ilmu pengetahuan. Tanpa ketekunan, kesabaran dan kesungguhna beliau sudah pasti isi buku ini tidak akan dapat dikongsi manfaatnya. Inilah buku yang menerangkan bentuk solat Rasulullah yang merupakan pintu manusia untuk sampai ke hadrat Allah...“
(Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi)
Pengarah Urusan, Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Komen dari pembaca:
“Salam. Tahniah Al-Fadhil Ustaz Muhadir di atas usaha yang gigih & mengkagumkan ini. Panduan solat yang komprehensif dan tepat mengikut mazhab Shafii…”
(Hj Zul, Puchong)
“Alhamdulillah….. Lama dah cari buku mcm ni… Kupasan yg santai, jelas, mudah difahami. Tajuk “Kesempurnaan Rukun” mmbuatkan saya benar2 insaf. Rupa2nya, dalam rukun ade rukun… Lampiran2 sgt bagus penerangannya. Tak rugi beli buku ini.”
(Fatin, Kampung Baru, KL)
“Buku SOLAT NABI MENURUT MAZHAB SYAFI’E ini adalah satu karya ilmiah yang bermutu, teliti dan amanah. Gabungan kitab turath dan penulisan moden yang ceria dan segar. Setiap hujah disertakan dengan kitab rujukan dan muka surat serta jilid. Usaha sebegini patut diikut oleh penulis/ penyelidik masa kini. Mahasiswa/i pengajian Islam patut memilikinya….”
(ex-pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, UKM)
“Saya peminat karya Ustaz Muhadir As-Sanariyy. Setiap karya beliau insyaAllah tidak mengecewakan pembaca dan penuntut ilmu. Saya bagi 5 bintang untuk buku Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi’e. Teruskan berkarya untuk agama ustaz….”
(Yusuf, Masjid Putrajaya)
“Kemas kitab ni… Sapa khatam kitab ni, kira macam baca berpuluh-puluh kitab kuning/ lama.”
(Ali, Jitra)
“Dalil yang jelas dan rujukan kitab muktabar. Penjelasan hukum melafaz niat, qashad ta’rud ta’yin, cara letak tangan lps takbir, cara turun, bangun dari sujud, menekan dengan penumbuk ketika bangun ke rakaat lain, sayyidina, gerak jari ketika tasyahhud, sapu muka, ditambah dgn cara hilang was2 dan jawapan kpd orang tak mau ikut mazhab, menjadi nilai tambah kepada buku ini”.
(Hajah Salwa, Kota Damansara)
“Buku ini hadiah buat ummat bermazhab Syafi’e. Harganya tidak setanding isinya…”
(Ust Abu Humaira’, UIAM)
“Patut ada segmen khusus mempromote buku Solat Nabi ini di TV atau Radio IKIM. Buku macam ini sangat patut disebar luaskan….”
(Peminat Radio IKIM.fm)
P/s: Mohon disebarluaskan demi kebaikan Ummah sama ada di FB, Blog dan sebagainya. Jazakumullahu khairan kathira
No comments:
Post a Comment