Bismillahirrahmanirrahim....

InsyaAllah untuk post ana kali ini InsyaAllah ana ingin kongsikan sedikit berkenaan yakjuj dan makjuj berdasarkan pembacaan ana. Seperti yang sedia maklum kemunculan yakjuj dan makjuj merupakan salah satu tanda-tanda besar akan tibanya "Yaumul Qiyamah". Pada waktu itu tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita melainkan amalan yang telah kita lakukan. Masing-masing bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Sumber-sumber Islam menyebut pada akhir zaman kelak, gerombolan barbar yakjuj dan makjuj akan keluar dari balik banjaran gunung (sadd) Asia, iaitu mereka keluar dari seluruh tempat-tempat tinggi, dataran-dataran tinggi. Kemudian mereka bermaharajalela dengan berbuat kerosakan yang hebat. Tidak ada seorang pun yang mampu melawannya. Tidak ada suatu kekuatan di muka bumi yang dapat membendungnya. Allah memerintahkan kepada semua orang beriman supaya menghindari yakjuj dan makjuj dengan melarikan diri ke tempat-tempat yang aman. Kemudian berkat doa seorang hamba Allah yang baik, iaitu Isa Al-Masih, seluruh pasukan yakjuj dan makju terkena serangan wabak virus atau bakteria pada batang-batang lehernya, sehingga satu persatu mereka bergelimpangan mati.

Berikut sumber-sumber Islam menyebut perkara-perkara besar tersebut:

96. Hingga apabila dibukakan (tembok) yakjuj dan makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Ayat 96 menjelaskan yakjuj dan makjuj akan keluar dan turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat yang tinggi. Pada ayat ini, Syeikh Abdul Rahman as-Sa’di memetik suatu artikel di dalam Majalah Al-Manar edisi XI, halaman 284, yang menyebutkan:

“Demikianlah, sesiapa yang teringat serbuan besar-besaran bangsa Monggol Tartar dan mereka adalah keturunan yakjuj dan makjuj pada abad 7 H ke atas negeri-negeri kaum muslimin dan nasrani, serta itulah mereka dalam berberbuat kerosakan di muka bumi, membunuh ramai masyarakat, melakukan rampasan dan kecurian, mungkin peristiwa itu akan terjadi sekali lagi menjelangnya hari kiamat, selaras dengan kata Allah dalam al-Quran surah Asy-Syarif: “Hingga apabila dibuka (banteng) yakjuj dan makjuj...”.”

97. Dan telah dekatlah kedatangan janji-janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang yang zalim”. (al-Quran surah al-Anbiyak 21:96-97)

Daripada ayat 96 dan 97 al-Quran ini, adakah ayat 96 dan 97 menceritakan dalam topic yang sama ataupun topik yang berlainan? Sekiranya kedua-dua ayat ini adalah peristiwa yang berbeza, cukup dibahas hanya pada ayat 96 sahaja sebagai hari munculnya yakjuj dan makjuj. Akan tetapi sekiranya ayat 97, iaitu “terbelikanya mata orang kafir” adalah tanggapan orang kafir melihat munculnya yakjuj dan makjuj, kedua-dua ayat ini adalah suatu peristiwa yang sama. Dengan demikian, ayat 97 perlu dibahas dengan kaitan yakjuj dan makjuj. Boleh jadi janji yang benar pad ayat 97 adalah salah satu janji-janji Allah tentang akan datangnya tanda-tanda kiamat, salah satunya adalah datangnya bangsa barbar yakjuj dan makjuj. Apabila hal ini benar, maka perkataan orang kafir, “Aduhai,celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang yang zalim,” menggambarkan ketakutan orang kafir akan janji-jani gog magog. Mereka pernah mendapat maklumat sebelum ini tentang gog magog dalam berbagai-bagai inskripsi yahudi dan Islam serta sejarah. Bahkan perkara yakjuj dan makjuj yang di dalam Bible yang disebut gog magog sudah menjadi tema hangat yang dilakukan oleh sarjana barat. Namun, mereka kurang atau bahkan tidak pernah menghiraukannya. Apabila yakjuj dan makjuj tiba-tiba keluar dari balik pergunungan yang memisahkan peradaban utara selatan baharu mereka akan terkejut penuh ketakutan.

Nabi Muhammad saw juga meramalkan malapetaka yakjuj dan makjuj akan dating kembali pada akhir zaman. Keluarnya yakjuj dan makjuj adalah salah satu tanda daripada sepuluh tanda-tanda besar sudah dekatnya hari kehanjuran alam semesta. Sebagaimana hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim daripada Hudzaifah Bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata:

“Rasulullah saw pernah muncul ke hadapan kami ketika kami sedang berbincang-bincang, Beliau bertanya, ‘Apakah yang kamu sedang bincang?’ Mereka (para sahabat) menjawab, ‘Kami sedang memperbincangkan hari kiamat. Beliau berkata, ‘Sesungguhnya kiamat ituy tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda sebelumnya. Kemudian Beliau menyebut 1) Ad-Dukhoon (asap atau kabut panas); 2)Dajjal(pendusta); 3) Dabbaah(binatang yang akan keluar daripada perut bumi) ; 4) terbitnya matahari dari barat; 5) Turunnys Isa Bin Maryam; 6) yakjuj dan makjuj; 7-9) Tiga gempa bumi iaitu di Timur, Barat, dan Jazirah Arab; dan yang terakhir adalah 10) keluarnya api dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka.”

Ana rasa semua tahu janji Allah itu pasti. Sekiranya Allah perintahkan Israfil meniup sangkakala pada ketika ini nescaya akan datangnya kiamat. Sesunguhnya kiamat itu pasti kerana sesungguhnya Allah itu tidak pernah memungkiri janjinya padahal hambaNya yang sering melupakanNya. Perbanyakkanlah amal ibadah dan doakan agar Allah matikan kita dalam ISLAM.

Wallahua'lam

1 comments:

ابن عمر said...

Menarik. Sepatutnya beginilah cara menghurai tentang kiamat. Bukannya dengan teori Black Hole atau apa sahaja yang manusia gambarkan.

Dalam satu ceramah, Kiamat 2012,di akhir ceramah tersebut,penceramah mengakhiri dengan slide berperkataan:

Kiamat pasti trjadi. (Teori "Black Hole")

Sepatutnya,tulislah teori al-Quran ataupun letaklah sepotong ayat al-Quran menandakan tahap HaqqulYaqin dalam mempercayai Al-Quran...

Terima Kasih Ukhti.