Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke-15 Zulhijjah. Selamat kembali kepada fitrah kita sebagai seorang pelajar setelah pulang ke kampung untuk berhari raya korban. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dipanjatkan kerana di dalam ruang masa yang agak padat ditambah dengan kehadiran demam Imtihan yang akan menjelma lebih kurang beberapa hari sahaja lagi Allah meringankan tangan ana untuk menaip sesuatu yang InsyaAllah bermanfaat ini buat tatapan semua pengunjung yang dirahmati Allah.
Berbalik kepada topik yang ingin dibincangkan dalam ruangan blog ana untuk kali ini, solat yang umumnya diketahui oleh semua adalah wajib tidak wajar dipandang enteng kerana jika solat tidak didirikan maka runtuhlah tiang agama sepertimana yang ana pernah perkatakan di dalam post yang lalu. Jika dilihat pada sejarah bagaimana solat itu diwajibkan sewaktu peristiwa Isra' dan mikraj Rasulullah Allah yakin bahawa umat Muhammad mampu menunaikan kewajipan ini. Oleh itu, kenapa masih ada yang masih hendak tak hendak sahaja atau ala kadar sahaja menunaikan solat?
Di dalam sebuah kisah ketika zaman Rasulullah S.A.W, seorang sahabiah yang tidak dikurniakan anak telah bernazar untuk meminum air kencing 'babi' sekiranya dikurniakan anak kerana terlalu kempunankan cahaya mata. Dengan izin Allah, beliau dikurniakan Allah seorang cahaya mata. Beliau bingung untuk melaksanakan apa yang telah dinazarkan dan berasa tidak tenteram sekiranya tidak melaksanakan nazarnya itu lalu beliau pergi menemui Rasulullah untuk merungkai kemusykilan yang dialaminya. Rasulullah bermafhum bahawa nazar yang melibatkan benda atau perkara-perkara yang haram akan terbatal dengan sendirinya.
Namun, sahabiah itu tetap berasa tidak tenteram sekiranya nazarnya tidak dilaksanakan. Lalu Rasulullah bermafhum lagi dan sekiranya beliau mahu juga melaksanakan nazarnya itu, Rasulullah mengarahkan beliau pergi jauh ke hujung kampung dan cari rumah yang penghuninya yang langsung tidak bersolat dan tadah air hujan yang turun dari bumbung rumah itu untuk diminum kerana orang yang tidak menunaikan solat diibaratkan seperti 'babi'. Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat ini.
Justeru,itu wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian ringan-ringankanlah lidah anda dan diri ana juga untuk berpesan-pesan kepada kebenaran bahawa janji Allah itu pasti kerana Allah tidak pernah memungkiri janji. Sampaikanlah sedikit sebanya input yang antumna dapat daripada apa yang dibaca agar sahabat-sahabat yang lain sedar bahawa betapa besarnya tanggungjawab mengerjakan solat sehari semalam.
Wallahua'lam
3 comments:
Sedikit teguran daripada hamba yang lemah...
betulkah hadis ini berbentuk seperti ini?
"Sampaikanlah walau sepotong ayat"
(Hadis Rasulullah s.a.w)
Nasihat saya,seeloknya jika anda ingin memasukkan hadis, sila pastikan dari mana rujukannya.
Supaya ilmu yang kita dapat itu ada sumbernya. Saya rasa hadis di atas bukan begitu bentuk mafhumnya.
Satu lagi,untuk cerita yang berkaitan hadis seperti cerita nazar yang anda taipkan,seeloknya letak mafhum hadisnya dan sumber rujukannya supaya dapat dijadikan rujukan dan supaya kita tahu kesohehan hadis supaya kita tidak terlalu taksub dengan hadis dhaif sedangkan banyak hadis-hadis yang soheh.
Satu lagi,rujukan daripada hadis-hadis soheh seeloknya diutamakan daripada hadis dhaif supaya tidak jadi seperti satu golongan yang selalu mengkaji Kitab Fadhail Amal yang banyak hadis dhaif sedangkan hadis soheh tidak dibaca dan dikaji.
Wallahu A'lam...jika ada salah sila tegur.
Syukran jazilan di atas komen enta yang amat membina.
Sama-sama...
Post a Comment