 |
Rasulullah fi qulubi |
Berbicara tentang seorang insan yang agung ini
akan membuatkan hati yang gundah menjadi tenang, mengubah amarah menjadi suka,
mengubah benci menjadi cinta. Baginda, Sayyiduna Al-Habib Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seorang insan agung lagi mulia yang
menjadi kecintaan seluruh makhluk di langit dan di bumi. Kerana diri Baginda
yang mulia seluruh makhluk di langit dan di bumi memperoleh manfaat yang tidak
terhingga banyaknya dan membawa rahmat untuk ke seluruh alam. Kerana berkat
rahmatnya Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم manusia, haiwan serta makhluk lainnya dapat
merasakan keindahan mahabbah yang tidak terhingga luasnya. Mana mungkin akan
datangnya cinta jika tidak mengenali siapa itu insan mulia ini. Maka, kenalilah
siapa Baginda, nescaya akan timbul rasa cinta.
"Sayyiduna Rasulullah
صلى الله عليه وسلم adalah rahmat untuk sekalian alam. Menurunkan
akan tuma'ninah(ketenangan) di atas dunia ini, bukan sahaja untuk kaum manusia
yakni kaum yang memonopoli dunia ini tetapi untuk sekalian makhlukNya. Dengan
keberkatan Sayyiduna Rasulullahصلى الله عليه وسلم bermula dengan para
malaikat, binatang-binatang bahkan manusia yang seringkali ingkar akan perintah
Allah turut mendapat manfaat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم “
Pemimpin daripada para Malaikat iaitu Jibril
‘Alaihissalam mendapat rahmat terbesar daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Iblis, makhluk yang
diciptakan daripada api sebelum dilaknat oleh Allah merupakan pemimpin kepada
Malaikat. Namun begitu, dek kerana keangkuhannya dan keingkarannya terhadap
perintah Allah SWT yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam ‘Alaihissalam dan
mengatakan dialah yang selayaknya menjadi pemimpin kerana diciptakan daripada
api, sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah, menyebabkannya dilaknat
oleh Allah. Maka, dengan itu Malaikat Jibril ‘Alaihissalam merasa takut untuk
memikul tanggungjawabnya kerana risau akan berlakunya hal yang sama
terhadapnya.
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada
malaikat : “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya
tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia
daripada golongan yang kafir. (Al-Baqarah:13)
Namun,
kerana rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم
,malaikat
Jibril ‘Alaihissalam telah diberikan kepercayaan oleh Allah SWT untuk
menyampaikan wahyuNya kepada Sayyiduna Al-Habib Rasulullah. صلى الله عليه وسلم
"Tidak semua
kedudukan yang tinggi adalah anugerah daripada Allah, tetapi boleh jadi sebagai
istidraj daripada Allah"
Maka,
sesungguhnya Al-quran, wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم
dan dibawakan oleh malaikat Jirbil ‘Alaihissalam
aman daripada istidraj.Oleh yang demikian, maqam atau kedudukan yang diperolehi
oleh Jibril ‘Alaihissalam hanyasanya kerana rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Diutusnya Baginda membawa rahmat untuk
sekalian alam.
Jika Jibril ‘Alaihissalam mendapat manfaat
diberikan kepercayaan oleh Allah SWT untuk menyampaikan wahyu kepada Baginda
berkat rahmatnya Baginda Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم , bagaimana pula dengan binatang?
Sebelum
diutusnya Rasululullah صلى
الله عليه وسلم . Manusia tidak
punya rasa belas kasihan kepada binatang. Binatang diperlakukan dengan kejam.
Namun, setelah Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم diutuskan, Baginda
mengingatkan umatnya bahawa binatang juga adalah makhluk Allah yang harus
dikasihi. Buktinya, terdapatnya hadis Nabi yang menyebut tentang berlaku ehsan terhadap
binatang hatta ketika ingin melakukan sembelihan .
“Daripada Abu Ya'la Syaddad
ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya
Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih,
maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau
dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu"
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Selain
daripada itu, terdapat beberapa kisah yang menyebutkan tentang ehsannya
Rasulullah terhadap binatang.
Ketika
Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang berjalan di Madinah Al-Munawwarah,
Baginda terlihat seorang lelaki sedang menyembelih kambing. Namun, lelaki itu
menajamkan mata pisaunya di hadapan kambing yang akan disembelihnya itu.
Melihatkan hal itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم
menghampirinya dan menasihatinya agar tidak melakukan sedemikian kerana dengan
perbuatannya itu seolah-olah dia membunuh kambing itu sebanyak dua kali.
 |
sedangkan unta begitu mencintai Rasulullah |
Kisah
kedua pula berlaku ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم
sedang melewati
sebuah kebun, Baginda melihat ada seekor unta berlari-lari ke arah Baginda seolah-olah
tidak sabar untuk mendekati Baginda Rasulullah صلى الله
عليه وسلم. Lantas, si unta itu
mencium Rasulullah dan bercucuran air matanya. Lalu Rasulullah صلى الله
عليه وسلم mendekati unta itu
kemudian bertanya, siapakah pemilik kepada unta tersebut dan menyatakan bahawa
unta itu mengadu didera oleh pemiliknya. Dan Rasulullah صلى الله
عليه وسلم mengatakan, tidak
takutkah kamu akan Allah? Lalu, menangislah si pemilik unta itu saat
mendengarkan ucapannya Rasulullah yang mulia kerana memperlakukan untanya
sebegitu. Kemudian, pemilik unta itu membebaskan unta itu dengan asbab
rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Begitu berkat rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم
dapat membebaskan binatang daripada kekejaman
manusia ke atas mereka. Subhanallah…Jika para Malaikat dan binatang mendapat manfaat
daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم , apatah lagi manusia, makhluk Allah yang diciptakan sebagai
makhluk yang dimuliakan oleh Allah.
Daripada Said
Bin Qudri:
Ketika Sayyidatuna Aisyah RA sedang menyulam baju, lampu tiba-tiba mati
dan jarum yang digunakannya terjatuh. Rasululullah صلى الله
عليه وسلم lantas masuk ke dalam
rumah, lalu mendesak bercahaya rumah tersebut. Sayyidatuna Aisyah RA dapat
melihat jarum yang terjatuh tersebut. Beliau berkata kepada Rasulullah صلى الله
عليه وسلم; Alangkah bercahaya
wajahmu ya Rasulullah. Lalu Rasulullah صلى الله
عليه وسلم berkata; Celakalah mereka
yang tidak dapat melihat wajahku di akhirat kelak. Ditanya Sayyidatuna Aisyah
RA kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم
tentang siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Maka jawab
Rasulullah ; Mereka-mereka yang apabila disebutkan namaKu tidak mahu berselawat
kepadaKu.
 |
kita hanya hamba |
Betapa
luasnya rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita umat manusia dan makhluk
yang lainnya berkat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله
عليه وسلم. Masih belum cukup lagikah bukti yang bisa membuatkan kita
mencintai insan mulia ini dengan sebenar-benar cinta? Adapun, para sahabat Baginda, Sayyiduna Abbas
sepupunya Rasulullah صلى الله عليه وسلم apa disebut namanya
Baginda Rasulullah, menangis kerana kecintaannya terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم.. Sejauh mana pula
kecintaan kita terhadap Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ? Menitiskah air mata kita saat
mendengar akan kisah-kisah hidup Baginda? Menitiskan air mata kita saat membaca
perihal keindah akhlak dan budi Baginda?
Sungguh
kita tidak punya apa-apa? Hanya menumpang keberkatan rahmatnya Sayyiduna
Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang telah dikurniakan oleh Allah. Nastaghfirullahal ‘adzim
Wallahu’alam
Nota kaki : Olahan daripada Tausiyah yang disampaikan oleh Al-Habib Al- Muhaddis Sholeh Bin Ahmad Al-Idrus dari Pesantren Darul Hadis Malang,
Indonesia Anak Murid Al-Allamah Al-Habib Muhammad Bin Alwi Al-Maliki(MEKAH)