Páginas

Saturday, June 20, 2009

"Sampaikanlah Walau sepotong ayat"


Ana mulakan permulaan hari ana pada hari ini dengan niat yang Ikhlas dan suci untuk mencuba dan terus mencuba memacu diri merentasi dunia teknologi demi niat yang satu yakni berkongsi sesuatu walaupun diri yang kecil ini tidaklah sehebat mana. Namun, bila lagi jika bukan hari ini?? Alhamdulillah dengan kudrat yang Allah kurniakan kepada ana, blog yang baru ana bina dalam


usia yang baru dua hari ini ingin ana jadikan salah satu wadah atau cara untuk ana menyampaikan apa yang ana tahu buat tatapan semua. Teringat ana pada sabda Rasulullah yang menyeru kepada kita agar menyampaikan walaupun hanya sepotong ayat. Jika ditelusuri sejarah kewujudan kita berdasarkan surah al-Baqarah ayat ke 30 Allah memberitahu kepada para malaikat, akan diciptakan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.


Namun, para malaikat merasa ragu dan tidak yakin dengan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah kerana manusia merupakan golongan yang bakal menyebabkan pertumpahan darah sedangkan mereka sentiasa patuh dan berzikir kepada Allah tidak diutuskan sebagai khlifah di muka bumi. Walaubagaimanapun, Allah itu Maha mengetahui dan Maha Adil kerana setiap sesuatu yang diciptakan bukanlah hanya sia-sia. Jadi ayuh kita sama-sama "menyampaikan walaupun sepotong" ayat kerana telah terbukti kita mampu menggalas tanggujawab ini. Semoga Allah thabatkan hati kita pada jalanNya.




Siru'a'labarakatillah





"Wahai khalifah-khalifah Allah perjalananmu masih jauh dan penuh onak berliku, namun teruskanlah pengembaraanMu kerana pasti akan kau temui destinasi terbaik buat dirimu kerana janji Allah tiada dusta"

1 comment:

Amal said...

Ahlan wasahlan ke dunia blogging.
xoxo