Páginas

Sunday, July 12, 2009

Kenapa kamu harus futur wahai Da'ie Allah???


Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalamualaikum.... Agak lama rasanya ana meniggalkan blog ana ini setelah pertama kali menghantar post ana yang pertama kira-kira lebih kurang sebulan yang lalu.

Kesibukan kehidupan harian ana sebagai pelajar tahun dua CFS IIUM dan juga taklifat yang perlu ana laksanakan di dalam persatuan membataskan diri ana untuk meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu pada blog ana bagi tatapan semua. Agak sedih rasanya kerana tidak mampu membahagikan sedikit masa ana untuk blog yang ana niatkan untuk menjadi salah satu medan dakwah. Kadang-kadang terdetik pada hati ana yang ana pelu Istiqamah untuk menjadikan blog yang ana namakan sebagai Musafirah Dakwah ini sebagai salah satu method untuk menyampaikan dakwah.


Alhamdulillah baru-baru ana berkesempatan menghadiri satu program yang mampu menyedarkan ana dari kefuturan dalam berdakwah. Apa yang ana maksudkan futur di sini ialah kelesuan dalam berdakwah. Teringat ana pada kata-kata As-Syahid Hassan Al- Bana:


" Sesungguhnya jalan dakwah itu penuh onak dan duri"


Siapa kata untuk mencapai sesuatu kejayaan itu kita hanya perlu pejamkan mata dan meminta kepada Allah tanpa usaha? Siapa kata kita tak perlu merasa susahnya untuk mencapai kejayaan untuk menjadikan kita kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Cuba telusuri sejarah hidup Rasulullah S.A.W, setiap kejayaan baginda tidak terkecuali daripada diuji oleh Allah S.W.T. Walaupun baginda dicaci,dihina semata-mata untuk memperjuangkan agama Allah namun, baginda tidak pernah futur malahan menjadikan baginda tetap pendirian dan bersemangat untuk menegakkan kebenaran. Subhanallah sungguh tinggi Iman Rasulullah.


Alangkah tidak terbilangnya pengorbanan Rasulullah untuk menegakkan Deen Allah.

Namun, apa terjadi kepada kita yang tergolong dalam umat Rasulullah, umat yang terpuji dan dikasihi Rasulullah. Baru sedikit Allah uji, tetapi mudah futur kerana tidak sanggup dengan apa yang Allah uji. Padahal Allah telah berbicara kepada kita dalam surah Al-Baqarah:286


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang diperbuatnya"(2:286)


Oleh itu, wahai sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Adakah kita layak digelar "KHALIFAH" Allah sedangkan tanggungjawab yang disandarkan kepada kita tidak mampu dilaksanakan? Adakah kita hanya perlu fokuskan kehidupan kita hanya sebagai PELAJAR,MAHASISWA,DOKTOR,GURU,SAINTIS, dan sebagainya tanpa meletakkan satu tanggungjawah yang paling utama dalam diari hidup kita yakni untuk mencapai MARDHATILLAH? Adakah kita tergolong dalam Hamba Allah yang sanggup syahid untuk agamaNYA?


Ana tinggalkan persoalan ini buat kita sama-sama merenung kembali dan fahami apa sebenarnya tujuan kehidupan kita di bumi Allah ini dan sama-sama tajdidkan niat kita untuk setiap perkara yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah.


Wallahua'lam.






1 comment:

Amal said...

salam.
sgt terkesan.
nak buat sesuatu benda yg dianggap remeh oleh org lain tp dianggap sgt besar bg kita kdg kala perlukan pengorbanan yg besar.
masa adlh salah satunya..