Bismillahirrahmanirrahim....
Jikalau dalam salah satu post ana sebelum ini ada membicarakan luahan hati seorang muslimah tetapi Alhamdulillah berdasarkan hasil pembacaan ana di dalam I Luv Islam di dalam ruangan forum Allah temukan ana pada satu komen yang subhanallah jarang sekali dapat berjumpa komen yang begitu panjang dan penuh dengan mesej yang cuba disampaikan. Ingatlah wahai sahabat-sahabat yang bergelar hawa sekalian Allah menjadikan kita istimewa sebagai sayap kiri dalam perjuangan. Justeru itu, jangan kita jadikan diri kita sebagai pelemah dalam perjuangan kerana sesungguhnya amat mudah bagi kaum kita untuk masuk syurga tetapi malangnya menurut dalam salah satu hadis Rasulullah ada menyebut tentang golongan yang paling banyak masuk neraka adalah kaum Hawa. Hayatilah hasil nukilan cetusan rasa hati ini sebagai panduan kita dalam menggapai mardhatillah.
Keluhan seorang lelaki untuk wanita,
Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa. Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman?? Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami?? jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa?? tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu.. adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki?? sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta. Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani, siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..sedarlah wahai wanita..engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…
Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..
(nukilan ikhlas buat remaja yang cintakan akhirat- wantaiko)
No comments:
Post a Comment