Páginas

Friday, July 17, 2009

Mutiara Kata


"Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi apabila ikan itu mati, secubit garam sudah cukup untuk memasinkannya... Dan begitulah sifat hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi apabila telah mati, mudahnya dipengaruhi... Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita.. Hati yang terpilih untuk mendapat hidayahNYA dan sudah tentu hati yang menyesali dosa-dosanya.."
Mari kita sama-sama sucikan hati dengan Zikrullah!

Wednesday, July 15, 2009

BAGAIMANA MEMBUNUH ORGANISASI?




  • Jangan hadir mesyuarat! Jika hadir pun, SENTIASALAH DATANG LEWAT! Dan bila hadir mesyuarat, CARILAH KESALAHAN AHLI-AHLI LAIN!

  • Jika dilantik menjadi jawatankuasa atau diminta memberi sumbangan, JANGAN BEKERJASAMA, tetapi sentiasalah mengkritik apa yang dibuat oleh organisasi!
  • Jika ditanya pendapat oleh pengerusi tentang sebarang rancangan mengenai sesuatu, katakan NO COMMENT. Lepas mensyuarat jajalah pada semua orang, sepatutnyer buat begini dan begitu...

  • Jika dilantik memegang amanah sebagai jawatankuasa, tolaklah dengan alasan tidak mampu, jika tidak diamanahkan pula, keluarlah dari organisasi dengan alasan tidak diberi kepercayaan atau peranan.

  • Bocorkan semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat terutamanya berkaitan keburukan ahli dan masalah dalaman dalam organisasi, dan kemudian marilah kita sama-sama MENGUMPAT ya!

  • Bila hadir mesyuarat, SOKONG SEMUA PERKARA & ANGGUK JER, tetapi selepas itu JANGAN BUAT APA-APA LANGSUNG!

  • BERSETUJULAH dengan semua perkara yang dibincangkan tetapi BANTAHLAH perkara-perkara tersebut selepas mesyuarat...

  • Salahkan persatuan atas SEMUA masalah yang dihadapi sama ada masalah akademik, masalah "Aku tak cukup masa sebab aku masuk organisasi inilah!"...

  • Sentiasalah melengah-lengahkan semua kerja dalam mesyuarat atau persatuan dengan AMBIL SIKAP JANGAN BUAT LANGSUNG dan bila ditanya mengapa, mulahlah dengan MENYALAHKAN ORANG LAIN!


"Wahai KHALIFAH ALLAH, bukanlah saudaramu yang sebenar apabila berehat di rumah sedangakn saudara kita yang lain sedang sibuk menyumbang untuk ISLAM bahkan melakukan TANGGUNGJAWAB kita bagi pihak kita dan kerja KITA dibiarkan menjadi kerja MEREKA. Ingatlah, kerja kita sebagai KHALIFAH ALLAH untuk memakmurkan bumi ini amat banyak dan terlalu banyak! Sedangkan masa yang kita ada hanyalah sepanjang hidup yang singkat ini... Bersedialah sebaik mungkin agar kelak kita mudah menjawab di mahkamah ALLAH..."



"KEBENARAN yang tidak terurus akan dapat DIKALAHKAN dengan KEBATILAN yang tersusun"


(Saidina Ali Bin Abu Talib)



p/s: artikel ini bukan ditulis untuk mengajar para pembaca untuk membunuh sesuatu organisasi tetapi sekadar peringatan buat kita semua kerana setiap apa yang dilakukan akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. Wallah hua'lam.


Sunday, July 12, 2009

Kenapa kamu harus futur wahai Da'ie Allah???


Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalamualaikum.... Agak lama rasanya ana meniggalkan blog ana ini setelah pertama kali menghantar post ana yang pertama kira-kira lebih kurang sebulan yang lalu.

Kesibukan kehidupan harian ana sebagai pelajar tahun dua CFS IIUM dan juga taklifat yang perlu ana laksanakan di dalam persatuan membataskan diri ana untuk meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu pada blog ana bagi tatapan semua. Agak sedih rasanya kerana tidak mampu membahagikan sedikit masa ana untuk blog yang ana niatkan untuk menjadi salah satu medan dakwah. Kadang-kadang terdetik pada hati ana yang ana pelu Istiqamah untuk menjadikan blog yang ana namakan sebagai Musafirah Dakwah ini sebagai salah satu method untuk menyampaikan dakwah.


Alhamdulillah baru-baru ana berkesempatan menghadiri satu program yang mampu menyedarkan ana dari kefuturan dalam berdakwah. Apa yang ana maksudkan futur di sini ialah kelesuan dalam berdakwah. Teringat ana pada kata-kata As-Syahid Hassan Al- Bana:


" Sesungguhnya jalan dakwah itu penuh onak dan duri"


Siapa kata untuk mencapai sesuatu kejayaan itu kita hanya perlu pejamkan mata dan meminta kepada Allah tanpa usaha? Siapa kata kita tak perlu merasa susahnya untuk mencapai kejayaan untuk menjadikan kita kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Cuba telusuri sejarah hidup Rasulullah S.A.W, setiap kejayaan baginda tidak terkecuali daripada diuji oleh Allah S.W.T. Walaupun baginda dicaci,dihina semata-mata untuk memperjuangkan agama Allah namun, baginda tidak pernah futur malahan menjadikan baginda tetap pendirian dan bersemangat untuk menegakkan kebenaran. Subhanallah sungguh tinggi Iman Rasulullah.


Alangkah tidak terbilangnya pengorbanan Rasulullah untuk menegakkan Deen Allah.

Namun, apa terjadi kepada kita yang tergolong dalam umat Rasulullah, umat yang terpuji dan dikasihi Rasulullah. Baru sedikit Allah uji, tetapi mudah futur kerana tidak sanggup dengan apa yang Allah uji. Padahal Allah telah berbicara kepada kita dalam surah Al-Baqarah:286


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang diperbuatnya"(2:286)


Oleh itu, wahai sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Adakah kita layak digelar "KHALIFAH" Allah sedangkan tanggungjawab yang disandarkan kepada kita tidak mampu dilaksanakan? Adakah kita hanya perlu fokuskan kehidupan kita hanya sebagai PELAJAR,MAHASISWA,DOKTOR,GURU,SAINTIS, dan sebagainya tanpa meletakkan satu tanggungjawah yang paling utama dalam diari hidup kita yakni untuk mencapai MARDHATILLAH? Adakah kita tergolong dalam Hamba Allah yang sanggup syahid untuk agamaNYA?


Ana tinggalkan persoalan ini buat kita sama-sama merenung kembali dan fahami apa sebenarnya tujuan kehidupan kita di bumi Allah ini dan sama-sama tajdidkan niat kita untuk setiap perkara yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah.


Wallahua'lam.