Páginas

Sunday, February 7, 2010

::Mari Berfikir Sejenak bersama ana::

Assalamualaikum...

Insya'Allah untuk entri kali ini ana ingin mengajak sahabat-sahabat pembaca sekalian untuk bersama-sama dalam berfikir secara kritikal. Bukanlah niat ana untuk mengelirukan pembaca, cuma ana cuba untuk menyedarkan diri ana sendiri dan sahabat-sahabat pembaca bahawa kita kadang-kadang malas hendak berfikir secara kritikal kerana sentiasa beranggapan bahawa kita berada di dalam zon selesa. Setuju atau tidak jika ana kata katakan bahawa kita kurang menggunakan otak untuk memikirkan permasalahan ummah kerana kurang kesedaran kita tentang pentingnnya golongan pemuda dan pemudi yang bijak dalam menggunakan peluang dalam keadaan apa sekalipun untuk bersama-sama bergerak setanding golongan-golongan yang telah berumur dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan islam yang kembali dagang pada hari ini.


Ingin ana tegaskan di sini, antara salah satu faktor yang menyebabkan pemuda dan pemudi amat mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis budaya, tidak kira sama ada budaya yang berasal daripada barat mahupun rekaan mereka sendiri ialah kerana kurangnya menggunakan otak yang Allah kurniakan untuk menentukan perkara yang baik atau buruk untuk berfikir dalam keadaan kritikal. Cuba periksa otak anda mungkin sudah berkarat barangkali. Begitu juga dengan diri ana yang hina ini. Insya'Allah soalan yang ana cuba lontarkan ini akan dapat melatih otak kita untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara.

Soalannya mudah sahaja =)

Antara perkataan Islam yang bermula dengan huruf besar dengan perkataan islam yang bermula dengan huruf kecil yang manakah paling tepat?


Mungkin ramai dalam kalangan sahabat-sahabat yang akan memilih perkataan Islam yang bermula dengan huruf besar daripada memilih perkataan islam yang bermula dengan huruf kecil betul atau tidak telahan ana?

Kedua-duanya adalah betul. Tapi pernah atau tidak sahabat terfikir apa perbezaan kedua-duanya?

Ana bagi dua contoh untuk bolehkan sahabat-sahabat nampak lebih jelas apa yang ana cuba terangkan.


1) Saya Makan (contoh untuk Islam yang bermula dengan huruf besar)

2) Saya makan (contoh untuk islam yang bermula dengan huruf kecil)


Sudah nampak apa yang cuba ana terangkan?

Cuba kita lihat pada contoh pertama apabila perkataan Makan yang bermula dengan huruf besar dibuat satu ayat. Saya Makan. Apa yang boleh anda faham berdasarkan ayat ini?

Ya, sepertimana yang kita belajar di dalam tatabahasa, perkataan yang bermula dengan huruf besar tergolongan dalam kata nama khas. Betul atau tidak? Kata nama khas merujuk kepada nama seseorang atau nama tempat. Begitu juga kalau kita buat ayat yang menggunakan perkataan Islam yang bermula dengan huruf besar.

Saya Islam.

Pentafsiran yang boleh dibuat pada ayat ini adalah nama seseorang itu Islam kerana huruf pertama meggunakan huruf besar.

Mari kita lihat pada ayat kedua. Saya makan. Apa pula yang dapat sahabat-sahabat tafsirkan?

Di dalam tatabahasa, perkataan yang bermula dengan huruf kecil adalah boleh merujuk kepada kata nama khas umpamanya perbuatan. Jika ditafsirkan dalam ayat kedua itu adalah saya sedang makan. Betul atau tidak? Cuba kita lihat pada ayat yang menggunakan perkataan islam yang bermula dengan huruf kecil.

Saya islam.

Jadi apa yang sahabat-sahabat faham? =)

Ya, jika merujuk kepada ayat ini saya seorang islam. Jelas atau tidak apa yang ana cuba sampaikan?

Sebenarnya begini, Allah jadikan kita seorang islam bukan hanya pada nama betul atau tidak? Jika kita lihat pada kebiasaan masyarakat zaman sekarang. Namanya sahaja Islam tetapi perangai atau akhlak yang ditonjolkan bukanlah melambangkan apa yang diajar oleh agama islam. Oleh itu, kita tidak mahu menjadi seseorang yang beragama islam hanya pada nama (kata nama khas) tetapi matlamat kita jelas yang kita mahu menjadi seorang islam yang faham islam, tahu syariat islam dan segala-galanya tentang agama tercinta kita islam serta mengamalkan apa yang digariskan di dalam islam.

Apa yang paling utama matlamat hidup kita kena jelas. Pertama, sebagai khalifatullah dan yang keduanya sebagai I'badurrahman. Sekiranya matlamat kita jelas InsyaAllah segala macam apa yang kita lakukan hanyalah kerana Allah dan kita akan sentiasa sedar yang semua yang kita dapat adlah berbalik kepada Allah yang esa sifatnya.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat pembaca sekalian, persoalan ini merupakan salah satu daripada muqadimah di dalam ISK(Ini Sejarah Kita). InsyaAllah sekiranya ada kesempatan ana akan kongsikan sedikit sebanyak tentang ISK dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian. Jadi, selepas ini jika orang tanya kita orang apa? Kita jawab?

Saya islam(islam yang permulaan hurufnya kecil). Sekadar gurauan tetapi InsyaAllah semoga dapat membuka minda semua. Semoga dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain.


Wallahua'lam




p/s: hendak kembalikan kegemilangan islam kita perlu tahu tentang sejarah yang berlaku sebelum kita agar sejarah tidak kembali berulang tanpa mengetepikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama . Fikir-fikirkanlah sahabat- sahabat sekalian. Semoga enti kali ini dapat memberi manfaat buat semua.
Selamat berfikir! InsyaAllah









8 comments:

Rerama Ungu said...

Sekadar tambahan daripada hamba Allah...
hendak kembalikan kegemilangan Islam, tidaklah berdaya jika al-Quran dan hadis di tinggalkan.
Al-Quran dan hadis perlu difahami sedalam-dalamnya dan sebanyak-banyaknya.
Jadi,sebagai seorang yang lemah,kita perlulah bergerak dalam dakwah yang dinaungi ulama' supaya tidak tersasar daripada jalan Islam.
Sekarang ini, jika diperhatikan ramai golongan profesional yang bergerak bukan di bawah naungan ulama' dan mereka menyatakan mereka membawa Islam.
Mana mungkin membawa Islam tanpa ilmu Islam itu sendiri.
Islam itu perlu ditegakkan dengan ilmu Islam sendiri.
Ilmu Islam itu di mana?
Bersama ulama'.
Jadi,jika diperhatikan, ramai penggerak Islam menolak politik.
Jika deperhatikan lagi,mereka dalam golongan profesionallah yang bertindak begitu.
Kenapa, kerana mereka kurang ilmu Islam dan sombong untuk menerima pendapat ulama'.

Kesimpulannya, berpeganglah dengan pendapat ulama'.
Ulama' itu pewaris Nabi.

Wallahu A'lam.

nurjalilah said...

Salam. Antara kata2 Inggeris yg famous,"Love is a verb,not a noun".Blh diaplikasikan juga pd islam.

"Islam is a verb,not a noun".
Fikirkan sendiri.

Tentang komen saudara Saifullah,

Apa yg anda mksdkn dgn istilah ulama' itu?

Dan apa pula yg anda mksdkn dgn istilah politik?

Ulama', setakat yg saya faham, mksdnya org yg berilmu.Tak semestinya golongan professional itu bkn ulama'.Bukan semestinya graduan lepasan pengajian agama shj dianggap sbg org berilmu(ulama').

Kalau anda kaji dgn baik jalan penggerak islam dan dakwah yg lain,anda akn dapati kbykn mereka mngikut jalan yg dgariskn oleh Hasan al-Banna.Saya yakin anda tak akan menolak ap yg dgariskn oleh Hasan al-Banna, dan turut melihat Hasan al-Banna sbg seorg ulama'.

Adakah politik itu sama dgn parti politik?Samakah?

Adakah kalau penggerak dkwh itu tidak terjun secara langsung ke dalam parti politik,bmksud dia menolak politik?

Saya bg cth HAMAS.Pertama kali HAMAS menyertai pilihan raya,terus menang.Kenapa?Sebab rkyt dah yakin dan thiqah dgn pimpinan HAMAS,kerana mantapnya 'aqidah dan tarbiyah orang2 HAMAS ini.

Inilah jalan yg sedang dipraktikkan oleh penggerak2 islam yg lain,iaitu memantapkan 'aqidah dan tarbiyah.Membina peribadi2 yg cukup kuat iman,'aqidah dan tarbiyahnya utk mendokong daulah islamiyah, sebagaimana Rasulullah membina peribadi para sahabat, generasi pertama dahulu.

Saya harap,anda kaji dulu sblum menuduh.Kaji dulu apa stand penggerak2 islam lain terhadap politik.

Cubalah hormati dan terima mereka yg berjuang utk islam,walaupun caranya mgkin berlainan dgn cara anda.

Mungkin anda yakin dgn jalan anda,mereka juga yakin dgn jalan mereka.Jgnlah smpi mngatakn jln lain salah, slagi jalan tersbut tak berlanggar dgn syariat.

Saya mohon maaf andai apa yang saya tulis bersifat memprovoke, tapi saya harap anda tak membuat statement2 yang boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam sendiri, terutamanya penggerak2 dakwah. Perkara sebegini dah biasa saya dengar dari mereka2, yang saya rasa sealiran dengan anda, dan menyebabkan saya rasa agak terkilan dan sedih dengan sikap2 sebegini.

Kita patut bersyukur kerana banyak golongan professional yg mempunyai kesedaran untuk mendokong gerakan Islam.

Wallahua'lam.

Wardah Ad-Deen said...

Assalamualaikum...Alhamdulillah terima kasih diatas komen-komen yang diberikan semoga Allah merahmati antumna.

Akhi Saifullah: Kembali kepada sejarah yang ana maksudkan bukanlah meninggalkan Quran dan As-Sunnah. Memang dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan islam, rujukan utama kita Al-Quran dan As-Sunnah. Cuma, dalam usaha kita untuk ke arah itu kita perlulah mengambil pelajaran daripada sejarah terdahulu agar segala kesilapan dan kebaikan yang berlaku dapat dijadikan ikhtibar untuk perjuangan kita agar lebih mantap dan lebih baik. InsyaAllah

Di dalam, al-Quran juga Allah perintahkan kita untuk mengambil pelajaran daripada umat-umat yang terdahulu.Kita boleh ambil contoh daripada kaum Luth dan kaum 'Ad. Setuju atau tidak di dalam Al-Quran juga Allah menghurai lebih lanjut tentang sirah (sejarah)

Untuk pengetahuan akhi, antara adab-adab di antara gerakan dakwah adalah berlapang dada dengan gerakan yang lain. Namun, apa yang boleh diperkatakan mengikut keadaan sekarang, masing-masing sibuk hendak membuktikan gerakan merekalah yang paling baik sedangkan matlamat dakwah yang paling utama tidak dicapai. Selagi mana, masih ada sikap yang sebegini maka matlamat hanya tinggal matlamat.

Mungkin, cara atau method yang digunakan adalah berlainan tetapi matlamatnya adalah sama. Ana menyeru agar kita sama-sama muhasabah kembali diri kita. Wallahua'lam. Syukran ala kuli hal

Ukhti Jalilah: Syukran diatas komen enti. Alhamdulillah semoga Allah thabatkan kita pada jalan dakwah. Sesungguhnya, Allah tidak memandang pada kuantiti atau kualiti kita tetapi Allah memandang kepada sejauh mana kesungguhan kita. Semoga Allah merahmati setiap usaha yang enti lakukan.

Rerama Ungu said...

To nurjalilahMungkin berlaku salah faham di sini.
Biasalah, orang yang makan cili dia merasa pedasnya.

Harap setiap kata-kata diperhatikan sebetul-betul pemerhatian sebelum mengkonklusikan ayat orang lain.

Adakah saya menyatakan siapa mereka?
Adakah anda faham apa maksud ulama'?
Oleh itu, sama-sama kita tingkatkan ilmu untuk memahami Islam dan menggerakkannya bukannya main ikut membuta tuli.

Saya ulangi kesimpulan saya.

Kesimpulannya, berpeganglah dengan pendapat ulama'.
Ulama' itu pewaris Nabi.

Saya nyatakan juga tujuan saya komen bukanlah untuk menyatakan apa yang saya buat betul cuma saya ingin menambah sedikit apa yang saudari pemilik blog katakan supaya ia tidak kelihatan terhenti.
tidak terniat nak sakitkan hati sesiapa.
Bukan niat saya nak memecahkan tapi niat saya untuk menyatukan kerana perpecahan tu bukan sunnah Rasulullah.

Ingatlah, kita tidak tahu hati orang lain, jadi jangan pertikai hati orang lain kalau tidak dizahirkan isinya.
(ingatan untuk diri sendiri)

Saya nasihatkan diri saya dan anda nurjalilah serta pemilik blog supaya kita sentiasa berpegang kepada pendapat ulama' selagi kita tidak menguasai ilmu tafsir dan hadis sebaik mungkin.

Wallahu A'lam.

Wardah Ad-Deen said...
This comment has been removed by the author.
Rerama Ungu said...

Assalamualaikum nurlailah.

Jemput ke blog saya untuk jawapan kepada soalan-soalan anda.

Sekian.

Rerama Ungu said...

maaf salah eja...
nurlailah --> nurjalilah

zahir adnan said...
This comment has been removed by the author.