Dengan kalimah Alhamdulillah, pujian buat yang empunya dunia, Allah s.w.t kerana dikurniakan kenikmatan hidup yang tidak ternilai harganya. Di samping nikmat Iman dan Islam yang jarang-jarang sekali sebahagian daripada kita syukuri. Hari ini genap lebih kurang seminggu sahabat kesayangan ana, Fatima Zurwanti Zulkifly pulang ke pangkuan Rabbnya. Namun begitu, perjuangan perlu diteruskan. Selagi mana nyawa dikandung badan, selagi itu tugas menyampaikan risalah dakwah perlu diteruskan. Biarpun perasaan sedih masih berbekas di hati kecil ini, namun bahagian arwah sudah selesai manakala bahagian kita perlu diteruskan. InsyaAllah doakan kita thabat.
Bulan Rejab bulan Allah. Bulan yang mulia. Bulan yang penuh dengan barakah. Bulan sebagai bulan persediaan sebelum datangnya Ramadhan. Sungguh, arwah Atim amat bertuah kerana diambil Allah dalam salah sebuah bulan daripada tiga bulan yang mengandungi keberkahannya yakni Rejab, sya’ban dan Ramadhan. Alhamdulillah…
Untuk entri kali ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu tentang kelebihan-kelebihan bulan Rejab ini berdasarkan sabda Rasulullah. Biarpun entri agak singkat, ana harap dapat memberi manfaat buat sahabat-sahabat pembaca. InsyaAllah, moga Allah redha dengan kita. Perbanyakanlah amal ibadat kepada Allah di dalam bulanNya ini. Selamat beramal=)
Sabda Rasulullah s.a.w:-
- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliandi hari kiamat.
- Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya,ban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.
- Kemuliaan Rejab dengan amalan Isra’ Mikrajnya, Sya’ban dengan Nisfunya, Ramadhan dengan Lailatul Qadrnya. Malam awal Rejab mustajab doanya (Dalam kitab Raudhah Imam Nawawi)
- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
- Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
- Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, menghalangkan dia ke nerakak(panjangnya setahun perjalanan)
- Puasa empat hari bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar serta daripada fitnah dajjal di hari kiamat
- Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman dari azab kubur.
- Puasa enam hari bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
- Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka
- Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga.
- Puasa Sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, mengucap dua kalimah syahadah tidak ditolak diam masuk syurga.
- Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan padanya hamparan perhentian di titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu hari di hari kiamat.
- Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarah Allah di syurga.
- Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah adam a.s
- Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas Bin Malik, apabila bulan Rejab, Baginda mendoakan : “Ya Allah berkatilah hidup di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan”
Setiap yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Hatta harta yang kita perolehi berkat usaha sendiri, semuanya hak milik kekal Allah. Apabila mati yang dibawa hanyalah tiga yakni doa anak yang soleh, sedekah jariyah dan ilmu yang bermanfaat. Jadikanlah dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat kelak.
Daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah:
“Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnyamelainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus,ilmu yang berguna dan diamalkan serta dan doa anak yang soleh yang mendoakan baik bagi”
Wallahua’lam
5 comments:
salam..asif, yanti rujuk kat mana ya hadith nabi tntang fadilat bulan rejab ni?
Waalaikumussalam sharifah daripada satu risalah yang diedar dalam majlis ilmu...
oo..khoir..
cuma terfikir martabat hadith tu shj..
selamat berdakwah..sharifah pun baru blaja buat blog..hehe
sayang yantie..lama x jmpa..rindu la plk..
hehe..yantie pun rindu sharifah..dah buka blog sharifah cuma tak baca lagi. InsyaAllah nanti yantie baca ye.. Selamat datang ke dunia blogger. Wasilah dakwah terbaik.. Mantap!hehe
Sayang sharifah jugak=) Nanti yantie linkkan blog sharifah di blog yantie ye...
Salam Perjuangan,
Jom kita beramal. Manfaatkan tetamu yang mulia ini(Rejab).
InsyaAllah.=)
Post a Comment