Páginas

Wednesday, March 30, 2011

::Salam Imtihan::


  Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassolatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah. Segala puji-pujian buat Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta selawat dan salam ke atas cinta agungku, kekasih hatiku ya Rasulillah s.a.w.  Sudah lama tidak menukilkan kata-kata dan rasa yang terbuku di hati kecil ini. Di dalam fatrah Imtihan, tetapi otak kepenatan untuk mentransfer segala macam jenis terms daripada buku dan nota. Berehat sebentar sambil jari-jemari menari-nari dengan ligatnya. Otak mula mereka-reka ayat untuk mentafsirkan rasa yang terbuku di hati. Sudah lama tidak menulis, maka agak pincang sedikit gerak tarinya. Mahu sahaja jika berkesempatan untuk mencoretkan setiap ilmu yang diperoleh sepanjang di sini. Tetapi sayangnya, masa agak terhad untuk mengizinkan diri keluar seketika daripada kesibukan sebagai seorang mahasiswa, maka harus akur pada aturan Allah.

 Memandangkan buat masa ini berada di dalam fatrah Imtihan, ingin sekali ana berkongsi sedikit tips yang telah diberikan oleh Dr. Razak salah seorang pensyarah UNGS di universiti ana ketika majlis solat hajat di mahallah tempoh hari. Tips yang agak simple tetapi mengandungi beribu manfaat bagi mereka yang mahu mengamalkannya.  Berikut adalah tips yang telah diberikan oleh Dr. Razak:-

1)      Cintai ilmu atau sentiasa tanamkan perasaan cinta akan ilmu yang dipelajari
2)      Ambil berat terhadap nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah
3)      Jangan takut dan membenci exam kerana sesungguhnya hidup ini hakikatnya adalah sebuah ujian juga. Yakni ujian untuk melihat sejauh mana ketaqwaan kita kepada Rabb kita.
4)      B uat satu jadual belajar yang efektif
5)      Berada di dalam suasana atau environment yang sesuai
6)      Duduk dalam keadaan yang bersedia untuk belajar. Bukan berbaring atau meniarap.
7)      Buat nota sendiri ketika mengulangkaji sebagai guidline untuk kita.
8)      Jaga masa tidur dan makan
9)      Jaga adab ketika berada di dalam dewan peperiksaan
10)   Perkara yang paling utama adalah tawakal dan berharaplah kepada Allah.

 Haruslah, diingatkan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat pembaca yang dihormati kerana Allah, sesuatu kejayaan itu tidak akan diperolehi tanpa usaha dan juga bantuan daripada Allah. Tidak cukup hanya berdoa tetapi tidak berusaha atau hanya berusaha tetapi langsung tidak mahu memohon kepada Allah. Di samping itu, sentiasa semak kembali niat sebenar kita menuntut ilmu itu sendiri. Kadang-kadang apabila diberi kejayaan langsung lupa untuk bersyukur pada Allah, maka timbullah rasa riak kononnya kejayaan yang diperolehi hanyalah berkat usaha diri sendiri sedangkan yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita adalah Allah s.w.t. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang apabila diberi nikmat, lupa untuk bersyukur kepada Allah. Wana’uzubillahuminzalik~

 Di kesempatan waktu yang agak terhad ini, ana ingin sekali memohon sejuta kemaafan kepada kalian andai ada kata-kata yang mengguriskan hati, tingkah laku yang tidak enak dipandang mata, tulisan-tulisan yang menyakitkan hati. Sungguh, ana ini hanyalah insan biasa yang tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Mohon doa sahabat-sahabat agar diberi kesihatan yang baik dan hati yang istiqamah untuk menuntut ilmu serta hati yang cintakan ilmu sepanjang perjuangan ana di dalam imtihan ini dan jika sahabat-sahabat berkesempatan doakan ana di setiap doa kalian agar dikurniakan keberkatan masa untuk digunakan sebagai bekalan untuk menaburkan jasa buat Islam.InsyaAllah Buat sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dalam menghadapi  peperiksaan akhir semester ini dan diberi kesihatan yang baik. Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Jaga diri, jaga amal, jaga akhlak dan jaga segala-galanya.

"Siapa Usaha Dia Dapat" 

Wallahu’alam

1 comment:

mujahidah solehah said...

salam imtihan buat akak jua =)