Assalamualaikum...
Salam Aidilfitri buat semua pengunjung-pengunjung yang dihormati dan juga buat sahabat-sahabat seperjuangan di Center For Foundation Studies kerana telah selesai menduduki final exam, semoga mendapat keputusan yang c
emerlang. Setelah berusaha marilah kita sama-sama bertawakal dan hiaskan tawakal kita dengan doa. InsyaAllah setiap keputusan yang kita
terima selepas ini datangnya daripada Allah.
Sedarkah wahai sahabat-sahabat sekalian bahawa setiap daripada kita bertanggunjawab ke atas Islam? Sebelum adanya buah pasti dulunya biji benih. Buah epal,pisang ataupun mangga. Semuanya Allah jadikan dengan fitrah asalnya daripada biji benih. Sama seperti mana Allah jadikan manusia yang asalnya daripada benih ibu dan ayah ataupun umi atau abi. Allah jadikan buah-buahan dengan taklifatnya iaitu sumber rezeki kepada manusia. Allah jadikan haiwan sebagai sumber makanan,pengangkutan dan sebagainya. Dan tahukah kita apa hikmah di sebalik penciptaan setiap daripada kita? Apabila dilontarkan persoalan sebegini sudah semestinya pelbagai jawapan bakal diterima. Ada yang mengatakan manusia diciptakan untuk mencari rezeki dan kadang-kadang persoalan seperti ini tidak bisa dijawab dek kerana kehidupan ini dijadikan hanya untuk bersuka ria. Sanggup bekerja hingga larut malam kerana mendapatkan kemewahan untuk keluarga malangya tugasan sebagai hamba Allah tidak ditunaikan. Solat lima waktu sehari semalam kadang-kadang penuh dan kadang-kadang lompong sana sini. Qada' solat? Bukan perkara asing dalam hidup. Katanya tak apa, Allah dah jadikan qada' solat untuk kemudahan jadi tak apa qada'kan sahaja yang ditinggal. Betulkah begitu?
Sedih rasanya masih ada lagi daripada kita tidak sedar tanggungjawab sebenar kita sebagai hamba Allah. Walaupun telah banyak tanda-tanda kemurkaan Allah kerana kelalaian kita. Gempa bumi,tsunami,H1N1. Adakah bencana ini hanya dijadikan hanya sia-sia? Sedangkan di dalam al-Quran Allah ada menyatakan tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Sedarlah bahawa Allah jadikan akal untuk kita berfikir dan fahami setiap sesuatu yang kita perhatikan mahupun tahu.
Wahai sahabat-sahabat sekalian, setiap daripada kita adalah diibaratkan seperti biji benih dan seterusnya bercambah menjadi pokok yang akan menghasilkan buah.Biji benih itu berhak memilih sama ada mahu menjadi biji benih yang berkualiti ataupun sebaliknya. Biji benih yang memilih mahu menjadi biji benih yang berkualiti di antara biji benih yang terpilih dan mendapat permintaan ramai bakal menghasikan buah yang ranum dan berharga tinggi dek kerana berkualiti. Biji benih ini bukan sahaja bisa memberi faedah buat dirinya semata-mata bahkan orang-orang disekelilingnya. Tapi sebaliknya, apa yang berlaku kepada biji benih yang memilih untuk tidak mahu menjadi antara biji benih yang berkualiti? Nah, dek kerana kecuaiannya membuat pilihan, terhasilnya buah yang buruk,busuk dan tidak digemari oleh pembeli. Lebih malangnya, kekurangannya itu bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan orang-orang disekelilingnya. Begitu juga, kita yang bisa memilih mahu menjadi manusia biasa yang bisa melakukan perkara yang luar biasa ataupun mahu menjadi manusia biasa dan melakukan perkara yang biasa-biasa sahaja.
Ana rasa semua mampu membuat pilihan yang terbaik. Diharapkan semua mahu menjadi manusia biasa yang bisa melakukan perkara yang luar biasa demi ISLAM tercinta. Allah tidak memandang kepada kejayaan terhadap apa yang dilakukan tetapi Allah memandang pada sejauh mana kesungguhan kita yang bisa membuktikan bahawa kejadian manusia itu tidaklah sia-sia.
Salam penuh hormat buat semua pembaca. Semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment