Páginas

Wednesday, November 11, 2009

:: Comel-comel kan?::



Bismillahirrahmanirrahim....

Beruntungkan jadi kanak-kanak? Semua tak payah fikir. Semua yang dimahukan pasti ibu dan ayah akan tunaikan hatta lambat sekalipun. Ana memang suka sangat kumpul gambar kanak-kanak.
Senang hati dan menghiburkan apabila melihat telatah mereka yang comel-comel belaka. Kanak-kanak sifatnya kadang-kadang sukar dipastikan. Ada sahaja ragam mereka yang bisa mencuit hati sesiapa sahaja. Katanya nak masuk iklan pampers la, nak jadi Power Rangers la. Erm... memang menggembirakan hatilah pendek kata jikalau kita kasihkan kanak-kanak.




Sayangilah mereka. Tapi sayang kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Sedih dan kecewa rasanya melihat pada keadaan ini. Marilah kita sama-sama muhasabah balik pada setiap kejadian pembuangan bayi ini. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Wallahua'lam

3 comments:

Rerama Ungu said...

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw bersabda: "Setiap anak dilahirkan menurut fitrah (ciptaan asli). Kedua-dua ibu bapanya yang menyebabkan anak itu beragama Yahudi dan Nasrani.Sebagaimana binatang ternak dilahirkan,adakah kamu dapati yang telah dipotong (dilubangi) hidungnya sehingga kamu tidak perlu lagi memotongnya?" Mereka bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat engkau tentang anak yang meninggal di waktu kecil?" Jawab Nabi: "Allah lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan."(Hadis ke-1779,Sahih Bukhari Jilid 4)

Ni hadis yang saya jumpa...harap dapat kita faham...memang kanak-kanak itu mengembirakan tetapi mereka juga amanah yang sangat berat.

Wardah Ad-Deen said...

Assalamualaikum...

Setiap anak yang dilahirkan seperti kain putih... Ibu bapalah yang akan mencorakkannya...Wallahua'alam

Rerama Ungu said...

Waalaikumussalam...betul3(Gaya Upin Ipin)