Assalamualaikum...
Terasa agak lama jari-jari yang Allah kurniakan ini tidak menari-nari di atas papan kekunci laptop kesayangan. Bukan kerana faktor kekangan masa atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan menyebabkan blog kesayangan ini sudah lama tidak dikemaskini dengan entri-entri terbaru. Dek kerana ketandusan idea yang boleh diklasifikasikan di tahap yang agak kronik menyebabkan diri ini mengambil keputusan untuk lebih banyak berfikir dan mengkaji tentang tajuk-tajuk yang perlu dikongsikan bersama-sama sahabat-sahabat pembaca. Alhamdulillah dengan izin Allah terlintas dihati untuk berkongsi tentang tajuk persahabatan yang mungkin kebanyakan daripada sahabat-sahabat lebih arif dalam menjelaskan tentang tajuk ini. Terharu ana membaca blog sahabat-sahabat seperjuangan berkenaan persahabatan.
Persahabatan adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan oleh setiap makhlukNya hatta binatang yang diciptakan tidak berakal juga dikurniakan teman, cuma berbeza dengan makhluk Allah yang bergelar manusia. Dikurniakan nikmat akal untuk membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Bila berbicara tentang persahabatan pasti terlintas difikiran wajah sahabat-sahabat sewaktu zaman kanak-kanak sehinggalah alam perkahwinan cuma berbezanya ketika di alam perkahwinan, zauj atau zaujahlah yang lebih layak dijadikan sahabat yang paling utama. Bukan mudah untuk mendapatkan seorang sahabat sejati yang sanggup berkongsi suka dan duka atau susah dan senang.
Berapa ramai yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana seseorang bergelar sahabat? Seperti sahabat yang paling Rasulullah s.a.w sayangi dan merupakan sahabat yang dijanji sebagai penghuni syurga iaitu Saidina Abu Bakar R.A yang sanggup bersama-sama Rasulullah ketika susah dan senang baginda dalam menegakkan Deen Allah. Masih ingatkah sahabat-sahabat kisah bagaimana Saidina Bakar menyelamatkan Rasulullah daripada dipatuk ular semasa baginda tidur? Allah... Sungguh kasih dan sayangnya Saidina Abu Bakar terhadap Rasulullah. Sanggup Saidina Abu Bakar mempertaruhkan nyawanya demi kekasih tercinta, Rasulullah s.a.w sehinggalah air mata Saidina Abu Bakar yang kesakitan menitis di pipi Rasulullah dan membangunkan Rasulullah daripada tidur. Subhanallah dimanakah dapat kisah persahabatan seagung kisah Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya. Saidina Ali, Saidina Umar dan tidak lupa sahabat sehidup semati baginda Saidatina Khadijah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.
Persahabatan Rasulullah dengan sahabat-sahabat baginda bukanlah kerana kekayaan mahupun kecantikan rupa tetapi persahabatan mereka adalah persahabatan atas dasar aqidah yang satu. Perjuangan mereka bukanlah untuk memburu kemasyuran di dunia tetapi demi kemasyuran di hadapan Allah kelak. Persahabatan mereka tidaklah disulam demi kepentingan diri semata-mata tetapi demi kepentingan ummah. Subhanallah... Tetapi cuba kita bandingkan dengan cara kita bersahabat. Sejauh manakah rasa kasih dan sayang kita terhadap sahabat kita itu atau atas dasar apa kita bersahabat. Adakah kerana kepintaran diri sahabat kita itu atau kekayaan yang dimilik ataupun kerana kecantikan paras rupanya? (peringatan untuk diri sendiri juga). Wallahua'lam tepuk dada tanya iman. "Ya Allah ya Tuhan kami kau jadikanlah persahabatan kami ini hanyalah semata-mata keranaMu, bukan kerana nafsu semata-mata atau kebohongan dari pandangan mata kami sendiri ya Allah. Kau jadikanlah persahabatan kami ini Ya Allah sebagai jalan untuk berpesan-pesan kepada kebaikan dan keburukan" Amin ya Rabb.
Apabila berbicara tentang persahabatan, tidak lupa ana pada tingkatan di dalam persahabatan (ukhwah). Setelah membuat tinjuan ke atas beberapa orang sahabat hanya beberapa orang sahaja yang mampu menyatakan tingkatan-tingkatan ukhwah dengan tepat selebihnya memberikan jawapan yang hampir-hampir tepat. Tidak mengapa bagi yang sudah tahu kita ulangkaji kembali tingkatan-tingkatan tersebut ye.
Tingkatan yang menduduki carta terendah sekali atau berada di tangga yang ketiga adalah berlapang dada. Berlapang dada bermaksud redha atau terima apa sahaja keburukan atau kebaikan yang ada pada diri sahabat kita itu. Ana bagi contoh yang mudah. Seorang rakan anda telah berjanji untuk menemui anda di sesuatu tempat pada waktu yang telah ditetapkan namun, sahabat anda itu gagal menghadirkan diri berdasarkan waktu yang telah ditetapkan malahan terpaksa membatalkan perjumapaan anda atas sebab yang tidak dielakkan. Kalau kes ini terjadi kepada anda, apa yang anda akan rasa? Marah? Geram? atau sebaliknya? Jadi jalan penyelesaiannya adalah berlapang dada dan menerima apa yang terjadi itu adalah sebagai tarbiyah untuk menjadi lebih sabar. InsyaAllah
Bagaimana pula dengan tingkatan yang kedua? Adakah kepercayaan menduduki tempat kedua? Husnul Dhzon atau berbaik sangka merupakan tingkatan kedua yang dianjurkan di dalam persahabatan. Bukan mudah hendak melatih diri untuk sentiasa berbaik sangka tetapi bermujahadah untuk menjaga hati dengan berbaik sangka adalah sangat mulia. Bukan senang hendak berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berbaik sangka terhadap sahabatnya tetapi tidak susah untuk menjadi salah seorang hamba Allah yang sentiasa tersemat di dalam dirinya sikap Husnul Dhzon. Sentiasalah berfikiran positif dan rasional dalam menetukan baik dan buruknya sesuatu perkara. InsyaAllah semoga Allah permudahkan kita menjadi salah seorang hambaNya yang memiliki sikap Husnul Dhzon yang lawannya Su'u Dhzon (berburuk sangka).
Sampailah ke peringkat yang tertinggi di dalam persahabatan yakni Ithar atau melebihi sahabat. Bagaimanakah yang dimaksudkan Ithar itu? Ithar itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana diri kita mempunyai kehendak yang sendiri. Pernah dengar tentang kisah tiga orang sahabat di dalam sebuah peperangan? Kisah inilah yang bisa memberikan kepada sahabat-sahabat pembaca tentang apa itu Ithar sebenarnya. Kisahnya mengenai tiga orang sahabat yang berperang di dalam satu peperangan yang dengan izin Allah cedera dan kehausan. Datang seorang sahabat membawa air kepada sahabat yang pertama. Namun, sahabat pertama itu menolak agar air itu diberikan kepada sahabatnya yang kedua dan sanggup kehausan kerana tidak mahu sahabatnya itu kehausan. Begitu juga yang terjadi kepada sahabat yang kedua itu. Beliau menolak agar air itu dapat diminum oleh sahabatnya yang ketiga itu. Namun, tidak diminum air dan akhrinya ketiga-tiga orang sahabat itu meninggal dunia. Subhanallah. Begitulah tahap yang mampu dicapai oleh sahabat-sahabat tersebut. Kita bagaimana? Wallahua'lam
Alhamdulillah akhir kata, ana berharap agar Allah kurniakan kekuatan kepada kita untuk menjadi seorang sahabat yang mampu berpesan-pesan kepada kebaikan dan keburukan. Tidak lupa juga ana untuk mengucapkan salam ukhwah buat sahabat-sahabat seperjuangan ana tidak kira sama ada sahabat diwaktu zaman kanak-kanak atau seinggahlah di mana Allah letakkan ana sekarang. Dan hayatilah sahabat-sahabatku, bait-bait lagu Bersama dendangan kumpulan Devotees:
Penyanyi: Devotees
Tajuk Lirik Lagu: Bersama
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya
Salam Ukhwah dan salam mujahadah buat semua. =)
5 comments:
sayang yanti. :D
amal taktau amal di peringkat mana bila jd shbt yanti.. huhu
btw, lagu Mirwana-Khalifah Pertama.. syahdu sggh.. :|
Acik,angah sayang acik kerana Allah. Aciklah snts bersama angah dari dulu sehingga sekarang. Alhamdulillah,Allah dah bagi ujian dalam persahabatan kita,namun ikatan persahabatn itu masih tersimpul kukuh.
Kenangilah kata2 imam Al-Ghazali:
Ukhuwah itu bukan terletak pada mansnya pertemuan. namun ingatan seorang sahabat dalam doa kita.
luv u fillah..=)
Alhamdulillah,segala puji bg Allah yg mengurniakan nikmat memiliki sahabat ketika berjuang di jalan Allah..=) sungguh,memiliki sahabat sejati itu memg indah..lalu,disebabkan itu, insya-Allah kita sama2 berusaha untuk memenuhiketiga-tiga tingkatan yg ada dlm bersahabat..masya-Allah..=)
akk bersyukur kerana diizinkan untuk memmiliki yantie sebagai sahabat seperjuangan akk..=)
melalui ukhwah,benih2 kasih dn sayang timbul di segenap ruang yg ada dlm hati..oleh sbb itu,ungkapan sayang selalu meniti di bibir setiap org yg berkasih sayang kerana Allah..kan yantie?=)
moga Allah sentiasa memelihara ukhwah kita.. smoga perasaan kasih syg yg timbul untuk dicurahkan sesama kita itu sentiasa ikhlas krn Allah Ta'ala..amiin..=)
(dh mcm wat post pulak..hehe..)
Assalamualaikum...
To Amal sayang=):
InsyaAllah Amal yang apabila dipandang teringat yantie kepada Allah s.w.t dan setiap perkongsian dan pahit manis kita bersama tidak akan pernah pudar dari ingatan.InsyaAllah
Uhibbukifillah Abadan abada Amal=)
To angah sayang=):
Nikmat bersahabat hanya bisa dirasai oleh mereka yang benar-benar faham erti sebuah persahabatan. Sahabat susah dan senang achik=) Semoga Allah thabatkan kita.INsyaAllaha dan kekalkan ukhwah kita.Achik saaaaaayang angah selalu
To kak dayah sayang=):
Sebuah persahabatan itu manis andai mereka yang berada di dalamnya sentiasa bahu membahu dan sentiasa bersusah dan bersenang bersama-sama. Ukhwah yang paling hebat adalah ukhwah orang yang bergerak bersama di dalam usaha untuk memberikan kesedaran. Allah akan campak pelbagai macam rasa pahit,masam ataupun masin.hehe Nikmatnya berukhwah kerana Allah=)
Yantie saaaaaaaaaaaayang kak dayah selalu. Jaga diri ye kat rumah
Post a Comment