Páginas

Saturday, August 1, 2009

Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim....
(sekadar hiasan)

Pertama-tamanya ana ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah penguasa alam semesta kerana diberi kesempatan untuk menaip post untuk kali ini. Alhamdulillah ana telah diberi peluang untuk mengupdatekan blog ana dengan pakaian yang baru dan diserikan dengan lagu yang memang menjadi kegemaran ana dan kegemaran sahabat tersayang ana Afifah Kamarul Baharin. Ana hadiahkan lagu ini buat sahabat ana yang sorang ni.


Berbalik kepada tajuk post ana kali ini, ingin ana mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ibu saudara ana Nornamadiana Bin Mohd Yunus(mak teh) dan suaminya yang telah selamat diijabkabulkan pada 7 Jun 2009 yang lalu. Alhamdulillah ana berkesempatan untuk meraikan saat-saat bahagia mereka bersama-sama ahli keluarga yang lain. Buat mak teh dan pak teh semoga sentiasa bahagia melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan seribu satu macam dugaan Walau apa pun, along doakan semoga mak teh dan pak teh berbahagia sehingga ke anak cucu.


(Mak teh kesayangan)


Tidak lupa juga ana kepada kakak kesayangan ana Kak Izaidah yang selamat disatukan pada 17 Julai yang lalu di Bangi. Semoga baitulmuslim dibina melahirkan masyarakat yang terbaik untuk Islam. InsyaAllah.


(Kak Izaidah dan suami)

"Ya Allah Ya Tuhanku semoga mereka diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan onak dan duri"










No comments: