Páginas

Sunday, August 30, 2009

Indahnya Andai semua perkara kerana Allah...


Assalamualaikum buat pelawat-pelawat blog "MUSAFIRAH DAKWAH" yang dihormati dan dikasihi kerana Allah sekalian. Semoga sentiasa berada di dalam nikmat "IMAN" dan "ISLAM" disamping nikmat sihat yang Allah kurniakan buat sekalian hambaNYA. Bagaimana puasa tahun ini? Adakah lebih baik daripada puasa sebelum ini atau sebaliknya??? Biarlah persoalan ini dijawab untuk diri sendiri. Moga-moga puasa pada tahun ini menjadi puasa yang terbaik daripada puasa sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah sudah sembilan hari kita semua berpuasa dalam bulan yang paling istimewa buat setiap insan yang bergelar muslim. Tinggal lebih kurang sehari lagi kita akan masuk ke fasa kedua pada bulan ramadhan dimana fasa maghfirah yang Allah kurniakan buat hambaNya yang berpuasa. Tetapi, cuba kita check balik hari-hari kita dalam bulan ini.... Adakah hari-hari kita ini diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat? atau setiap perkara yang dilakukan sentiasa ditajdidkan niatnya kerana Allah? Pernah atau tidak kita terfikir yang setiap perkara itu mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah? Sepertimana disebut dalam hadis yang pertama dalam hadis 40:

"Dari Amir al-Mu'minin Abu Hafs Umar Ibn Khattab radiyallahu 'anh, katanya: Aku mendengar Rasulullah sallallahu a'layhi wasallam bersabda: Hanya segala a'mal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu"

(semoga menjadi mukmin sejati)


Subhanallah.... alangkah indahnya hidup ini andai setiap perkara yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Tidak kisahlah sama ada belajar, berpesatuan, bermain ataupun bekerja. Cuba kita semua bayangkan seandainya gagal atau keputusan peperiksaan kurang memuaskan sedangkan usaha yang diberikan sudah sebaiknya dan niat kita hanyalah untuk Allah, adakah kita perlu berputus asa ataupun sebaliknya??? Ana pernah mendengar tazkirah daripada seorang senior ana tentang seorng sahabatnya yang tidak berubah keyakinannya kepada Allah walaupun anaknya serta isterinya dibunuh di depan matanya kerana mempertahankan agamaNYA yakni ISLAM. Tetapi, cuba kita lihat pda diri kita sendiri, adakah kita sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu semuanya datang daripada Allah? Apabila mendapat keputusan yang kurang baik, apa yang dirasakan oleh kebanyakan daripada kita? Malas? Give up? ataupun Down? Sedangkan hamba Allah ini yang dibunuh anak dan isterinya semata-mata kecintaannya kepada ISLAM tetap teguh dan yakin serta tidak berubah niatnya bahawa setiap perkara yang dilakukan hanyalah kerana Allah dan juga agamanya ISLAM. Malahan apa yang hamba ini katakan apabila anak dan isterinya dibunuh???


" Damailah wahai anak dan isteriku kerana sesugguhnya kita punya Allah yang Maha satu dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Allah itu tidak akan pernah memungkiri janjiNYa sepertimana manusia yang bukan sahaja senang membuat janji malah senang juga untuk memungkirinya"


(semoga menjadi mukminah sejati)


Adakah perkara-perkara yang kita lakukan hanyalah untuk kepentingan ISLAM atau sebaliknya? Adakah sahabat-sahabat sedar betapa parahnya barah pemikiran yang melanda sahabat-sahabat kita yang masih lagi leka diulit mimpi dan angan-angan yang belum tentu menjadi kenyataan? Sedarkah setiap daripada kita punya tanggungjawab yang penting dalam mempertahankan ISLAM yang merupakan agama yang Rasulullah ajarkan kepada kita? Siapa yang bakal menjadi Salahuddin Al-Ayubbi yang berjaya menakluki kembali Jerussalem dan ke mana perginya muslimin-muslimin yang bakal menggantikan Sultan Muhammad Al- Fateh yang berjaya menawan Kota Konstatinopel? Begitu banyak persoalan yang ana kira perlu dijawabkan. Wahai sahabat-sahabat sekalian, bangunlah daripada tidur yang panjang kerana masa tidak akan menunggu kita dan juga ajal tidak mengenal siapa. Jika Allah kata hari ini hari kita maka, diperintahkan olehNYA malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawa kita. Alangkah ruginya kita sekiranya apabila ketika saat dicabutnya nyawa, kita dalam keadaan kita yang masih leka dan alpa dengan nikmat dunia yang tidak kekal lama. Apa kata bermula daripada saat ini dan waktu ini marilah kita sama-sama tajdidkan niat kita dalam setiap perkara yang dilakukan hanyalah kerana Sang Percipta yang paling Agung yakni Allah hatta kita mahu menghadiri mesyuarat ataupun tidur dan juga makan. Tak ruginya rasanya jika setiap daripada kita sentiasa ingat meperingati bahawa pentingnya niat dalam setiap perkara yang dilakukan. Semoga setiap daripada kita yang bergelar remaja ini tidak lagi hidup dalam angan-angan dan masih lagi duduk berpeluk tubuh sedangkan golongan tua ataupu golongan makcik-makcik ataupun pakcik-pakcik yang bekerja untuk agama Islam.




Wallahua'lam











No comments: