Páginas

Sunday, August 2, 2009

Betul Ke Nie?

(Wardatul Ad-Din)

Assalamualaikum khas buat sahabat-sahabat muslimat yang ana kasihi kerana Allah. Jom kita check betul ke cara kita berpakaian. Adakah sepertimana yang disyariatkan oleh Islam. Yakin ke yang cara kita berpakaian sekarang ini yang paling baik? Tak-takpe kita check dulu. Kalau salah kita sama perbetulkan perlahan-lahan ye..



(cara berpakain yang perlu diperiksa semula)



Betul ke tak? Erm... tahu tak ayat ape yang menyatakan tentang aurat? Okay nanti cuba check maksud ayat surah an-Nur ayat:30-31. Apa kata kita cuba fahami maksud ayat tersebut dan fahaminya. InsyaAllah moga-moga lepas nie kita sama-sama tahu adab berpakaian bagi seorang muslimah dengan betul Mesti kita cantikkan? Ingat Allah sayang sangat dengan kaum hawa sebab tu Allah suruh kita tutup aurat betul-betul agar tak jadi fitnah untuk kaum Adam. Betul tak? Lepas nie kita kena check betul cara kita berpakaian tak kisahlah nak pegi Mid Valley ke, nak ke kelas ke agar kita disayangi Allah.


(Alhamdulillah cantiknya kalau berpakaian macam nie)


Ana rasa semua dah tahu kan yang aurat kita adalah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Kalau kita nak lagi cantik kita kena pakai tudung sehingga menutupi dada. Tak pe tak pakai tudung bulat pun tak ape tapi ingat! jangan pakai tudung yang jarang sebab pakai tudung yang jarang samalah macam kita tak pakai tudung. Kesian kan semua dah perfect tapi jarang pulak dan baju pulak yang tak sesuai dengan badan . Takpe-takpe pas ni kita periksa sebelum beli.


No comments: